Pada selasa malam, hubby baru balik terus berkata...
"lepas ni bie tak nak makan malam, nak diet"
i terus errrkkkkk..biar betul ni, mimpikah i
Tapi bila esoknya dia bawa balik seplastik besar makanan, maka i pun akur..hehe
Malam nak makan ni je..
*abaikan minyak mazola botol kuning dan periuk minyak ituh*
Before ni balik kerja je terus masak, makan mesti before maghrib..start kelmarin tak masak macam janggal pulak..huhu
Buat dia senang je..potong dadu apricot kering, then campur semua sekali dalam mangkuk..
Tuang susu..siapppp
Pagi tadi before pergi kerja minta lagi..nasib la kejap je buat dia, main campak-campak je, siap breakfast pagi hubby..
Dulu pagi mesti singgah gerai makcik kat tepi jalan, nasi lemak, mee goreng, murtabak, kuih muih..sekarang kalau singgah, beli untuk aku je kot, sebab aku tak diet..haha
Tapi untuk aku ada gak..koko krunch...oat kureng skit..
Oh..i like..selalu layan 2 mangkuk kecil tu
Tak tau nak cakap suka atau tidak bila tak perlu masak..sebab kadang-kadang masak tu terapi stress aku bila balik..nak masak pagi-pagi subuh, idok la serajin tu..
Tak pela, wikens ada..=)
Dan paling penting...
Akhirnya alat senaman yang dah berbulan beli ada rumah tu akan digunakan selepas ini..chayookk baby..hehe
P/S: belum dapat seru nak diet..hehe
No comments:
Post a Comment