Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, July 31

Selamat Berpuasa...


Alhamdulillah...
Diberi kesempatan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan kembali..

Dikesempatan ni juge, saye ingin meminta maaf diatas segala kesalahan2 yg pernah saye lakukan..tersinggung perasaan atau terkasar bahasa, maaf sangat2 kepada semua..*mcm ucapan nak raya je kn..but i really mean it*

Semoga terus diberi kesempatan beribadah dengan lebih baik dari sebelum2 ni..Semoga diberi kekuatan utk terus menunaikan ibadah solat tarawih dari awal hingga hujung ramadhan..amin

Selamat menunaikan ibadah puasa...=)



P/S: Alhamdulillah dapat menunaikan solat tarawih td bersama mr.bie & puteri kat masjid negeri..balik sempat lg singgah tutti frutti..thanks mr.bie blanje..=)

Sunday, July 24

petua ramping


Lately ni mcm malas skit nk update blog..otak tgh bercelaru nk buat banyak benda lain..tu yg takde mood nak update..

Tadi time baca paper, ter'berkenan' kat satu artikel kat sini..

Isteri ramping rahsia rumah tangga bahagia

I like ramping2 ni..walaupun diri tak ramping mana..hehe



Mari tengok camne nk maintain ramping..kalau boleh amalkan la ye..*tuju pada diri sendiri*


  • Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif untuk sampai ke rumah, cubalah naik dan turun rumah dengan tangga.
  • Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan
  • Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
  • Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.
  • Usah makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
  • Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.
  • Kajian Universiti Chicago mendapati tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.
  • Berjaga hingga larut malam untuk menonton televisyen atau bercakap di telefon berjam-jam ada kalanya mengasyikkan tetapi apalah guna bangun dalam keadaan letih keesokan hari.
  • Senaman sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi.
  • Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.


source: petua badan ramping



P/S: saye teringin nak makan cheese cake..gane nak ramping kalau gini..=(

Friday, July 22

Jangan kutuk U tempat saye study ye...


Pada tengah hari jumaat ni, saja nk luahkan apa aku rasa dengan apa yg aku baca dan nampak..kisahnya camni..adalah sorang mamat ni duk hentam VC U..maaf ye ckp awal2, bukan nak sokong sgt cara pentadbiran U, ada yg telus, ada gak yg main putar2 guna cara lain..Kadang2 main guna kuasa juga..tu semua adat la kan, rezeki masing2..terima je apa yg ditentukan dan ditetapkan.


Berbalik pada cerita mamat sorang ni, dia asyik la post kat wall fb VC ni..duk komen bukan2 apa yg dia rasa..memang tak salah luah apa kita rasa, tp cara kena betul beb..


Dari apa aku tengok, dia ni asyik nak kondem U saja..tak dapat kerja la, susah nak cari kerja la..


Hello....ko tu, kena kira pointer ko sampai abis sem berapa ko dapat..dan setau aku la, ko tu 'special' sikit..org amik degree abis 6 sem, ko tu 8-9 sem kot..mana la ada company nak hired ko..fikir gak pasal tu, org lain lepasan U ni ramai je dapat kerja..so, fikirkan apa yg tak kena kalau ko tak dapat kerja tp org lain dapat.


Ni cara ko macam ko tu hebat..macam ko tu habis ontime, pointer bagus, 3 pointer..aduii..mental gak nye mamat ni..kalau aku cerita kisah riwayat hidup dia kang, ada kata aku menghina..tp apa yg dia buat sekarang ni memang tak bole blah langsung..


Ingat sikit beb, ko dh dterima masuk U ni pun dah bersyukur dah..takyah la nak kutuk bagai..lagi satu, VC tu duk la ulang ckp 'anugerah' tu bukan dia ngn U yg nak adakan..tp pihak lain..dan bukan terus senang2 diterima menggantikan anugerah yg sedia ada..ditapis hokeyy oleh badan2 yg sepatutnya..tolong jangan kondem U yg dah bagi ko ilmu n peluang..


Pasal anugerah tu aku tak nak komen, yg aku tak puas hati kat sini, bila kutuk U tempat belajar sendiri..iaitu U yg sama dia study ngn aku..kalau tak suka U tu, ko koyakkan degree ko tu, pastu g daftar study tempat lain..nk tengok, ada ke tak org amik ko study kat situ then tengok gak result ko dapat 3 pointer ke tak..


Diulangi kat sini..aku bukan bodek VC ni pun..Tp apa2 pun cara kena betul..kalau ko tak puas hati, g je inbox VC tu luahkan pe yg ko ckp hokeyy..bukan main kutuk bagai mcm ko yg betul n teror kat wall tu..in fact org tak tau pun result degree ko gane..kalau tau maunye lagi kena kutuk kaw2 beb...


Renung-renungkan..


Saturday, July 16

HARRY POTTER..till the end..


Alhamdulillah..

Td berjaya menonton Harry Potter and the Deathly Hallows part 2 untuk kali yg ke-2..First tengok dengan mr.bie.. Sian dia, dari tak layan, kena layan gak demi ai..hehe..Thanks dear..=)

Kali ke-2 pula dengan puteri & syikin *housemate kami*..Kalau pompuan2 masuk panggung, conform pot pet pot pet punye, sori ye cik abang2 kat depan line weols..Tahan je la ye..

Ai kalau bab HP memang tak pernah tengok sekali, paling kureng pun 2 kali. Paling banyak tengok, HP yg ke-4, 4 kali tengok wayang, gile kan..Nama pun minat..


Sempat lg pose dalam kereta..jalan nak ke JJ Bukit Raja jem maa...tensen ahkak..so, hiburkan hati dgn bergambar..



Balik tu sempat lagi singgah khulafah minum..err..ngan makan skali..hehe



Berbalik pada movie HP tadi..Jom imbas kembali HP dari movie pertama hingga ke tujuh (2 part)..Dari seorang yg cute miut hingga jadi jejaka hensem..=)



Harry Potter and the Sorcerer's stone



Harry Potter and the Chamber of Secret



Harry Potter and the Prisoner of Azkaban



Harry Potter and the Goblet of Fire



Harry Potter and the Order of Phoenix



Harry Potter and the Half Blood Prince



Harry Potter and the Deathly Hallows *Part 1*



Harry Potter and the Deathly Hallows *Part 2*




Kat sini, ai bagi sikit sinopsis movie HP yg terakhir. Nak tau yg lain, g cari sendiri k..hehe



Sinopsis: Harry Potter and the Deathly Hallows *Part 2*

Movie start dengan adegan Voldermort berjaya mendapatkan tongkat sakti kat makam Dumbledore dan Harry selepas mengebumikan dobby kat Shell Cottage. Then, Harry cuba memujuk atau meminta pertolongan Griphook utk menolong mereka masuk ke dalam peti keselamatan Lestrange di Gringott. Syarat Griphook adalah, pedang Gryffindor sebagai ganti. Utk menjayakan rancangan mereka, Hermoine menyamar sebagai Lestrange dan Ron sebagai ahli sihir yg aku sendiri tak kenal. Manakala, Harry dan Griphook sembunyi di bawah Jubah Halimunan kepunyaan Harry. Mereka berjaya masuk, tetapi terdapat pelbagai cabaran untuk mendapatkan horcrux dan melepaskan diri dari pegawai keselamatan dan Goblin. Mereka bertiga akhirnya melarikan diri dengan menggunakan naga yg dah lama tertambat di Gringott. Masa mereka menyelamatkan diri, Harry mendapat vision iaitu Horcrux yg terakhir berada di Istana Hogwarts. Maka bermula la perjuangan mereka dan pelajar Hogwarts melawan Voldemort and the gangs. Harry juga mengetahui kebenaran tentang Snape yg rupanya sentiasa berpihak pada Dumbledore dan banyak berkorban utk beliau. Ending mesti la Voldermort mati. Tapi nak tau macam mana dia mati, pergi la panggung tengok movie nie..hehe



Komen:

  • Tak dapat cari kesalahan cerita ni..rasanya terlalu 'perfect' utk ai..Mybe sebab ai ni peminat tegar kot, so nampak semua part dia best je.
  • Background muzik memang terbaik..Sedih+excited..Senang kata, muzik dia serba-serbi kena dengan setiap adegan.
  • Tak tau nape, tapi cerita omputih tang CGI memang sgt awesome..Tengok la bajet berapa la pulak kn, segalanya tak mustahil.
  • Ingatkan ai je perasan, tp puteri pun akui..Muka mak harry, lily..ada iras macam my sv, lagi2 bila part dia bercakap..adui, tiba2 teringat my research dalam wayang..huhu
  • Dinasihatkan bagi siapa2 yg nak pergi tengok movie ni, tengok la dulu movie Harry Potter and the Deathly Hallows *Part 1*. Di khuatiri tak faham.
  • Kesimpulan, HP yg last ni ada la movie yg paling sedih..Bertambah2 sedih sebab ni adalah movie yg terakhir..waaa..I want more..



P/S: Menunggu movie The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 pula...Tapi November lambat lg tiba..=)


Thursday, July 14

kebaikan belajar 'Kung Fu'


Bila tengok video ni, tiba-tiba teringat kenangan jatuh motor waktu zaman study degree dlu. Tergolek la gak beberapa kali, ada sampai meninggalkan parut kat kaki tangan *tettt..hantaran tak nak kurang ye*.

Kalau ai tau belajar kung fu bole menyelamatkan diriku dari accident, kaki tangan ku dari parut bagai, dah lama ku pelajarinya dari dulu...hehe..

Mari layan je video ni..=)

video





P/S: minat Kung Fu Hustle..sangat awesome..

Wednesday, July 13

Kelapa muda idaman hati..


Alhamdulillah..
Petang td ai dapat memenuhi idaman hati yg dah lama tertunggak..iaitu air kelapa muda...

Bukan yg beli dalam bekas minuman, 1 cawan sehinggit..Tp yg fresh punye, yg bole minum dari buah kelapa then makan isi nye terus..ntah le, tiba2 pulak lately ni jadi minat kat kelapa muda..ish, pelik..

Sebelum ni, tak tau pun kat mana bole cari..Kalau minum air kelapa pun, dekat ayam kampung je,tu pun dah campur dengan gula..tak kick dah pun

Tiba satu hari tu, masa drive nak pergi rumah tuition kat kampung jawa, klang..ai baru la perasan ada gerai jual kelapa muda kat tepi jalan..ala, yg dekat ngn petronas sekolah cina tu...

Dah berminggu2 lalu tp tak singgah, td baru la 'cekal' kan hati pergi menerjah..


Gerai dia kecik je kat tepi jalan


Banyak kn..kalau la dapat semua..huhu


Makcik tu bagi option...ais & air gula disediakn, tp letak ikut sesuka hati ye..
*ai guna ais saje*


Tadaaa...yg ni kelapa muda ai...


Bila dah minum, tak pandang dh org lain..

ye saye tau, kelapa saye nampak tua dr kelapa mr.bie...but believe me..kelapa saye, isinya lagi lembut dari mr.bie punye...hehe..nak juga kn..



end product....licin ditarah oleh ai..


Masa nak bayar td, ingatkan sebiji 5 hinggit..yelah, dulu masa minum kat teluk cempedak..kena sebiji 5 hinggit..*masa tu dalam hati ckp, rupenye mahal gak kelapa muda ni*..yelah, mana nak tau harga sebiji kelapa, selalu minum yg dalam cawan je..

Rupanya sangkaan ku salah..2 biji tadi baru RM5.40..sebiji RM2.70..
Fuhhh..murah tu..len kali bole la datang lg camni..=)


Jom baca sikit info tentang kelapa muda ni..



Mari kita tengok sikit apa khasiat kelapa muda:

  • Air kelapa yg bebas secara semula jadi drpd kuman, sebenarnya kaya dengan garam galian.
  • Merupakan diuretik yg kuat *mendorong kehilangan air*, maka ia membantu org yg menghadapi masalah sukar buang air kecil atau batu karang dalam buah pinggang.
  • Bersifat anti bakteria *digunakan utk mencegah taun*.
  • Digunakan dalam perubatan santau, menawar santau apabila dijampi dengan ayat al-Quran.
  • Boleh memulihkan pening kepala dengan kadar cepat.
  • Kaya dengan elektrolit & potassium, iaitu dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah & fungsi organ jantung.
  • Dapat menurunkan demam.



Maklumat lain: sila alert..

  • Air kelapa sgt 'sejuk' kpd sistem badan, perlu dielakan oleh penghidap lelah & batuk termasuk masalah ketika hamil.
  • Tidak baik diminum bagi mereka yg pernah mengalami kecederaan *kemalangan* hingga ada yg patah kerana akan melemahkan anggota tersebut.
  • Ubat berasakan dadah or kimia *ubat hospital* akan jadi tawar or tidak mujarab jika diminum dengan air kelapa.





P/S: idam jagung manis cameron kat pasar malam tak tertunai lg...bila la nak sampai stock ni..

Wordless Wednesday: Damia Hannah




Semoga besar nanti jadi anak yg solehah ye damia..=)

Tuesday, July 12

I'm Lovin it..Again..our GREAT supper


Siang td puteri dok la 'goda' ai..
Ajak beli Double Cheeseburger yg dalam promotion tu lepas balik dari tuition..


Ai ni kurang sikit Chesse Burger, selalu minat Spicy Chicken McDeluxe
Tapi demi tak nak menghampakan..layankn je la..


Sempat lg amik gambar masa tuition..
Kalau la mak dia nampak...mesti jadi..'u r fired'..muahahaha


Puteri bersama anak didik dia..



'cikgu..ni macam mana?'..hehe
Tak reti berlakon langsung kami berdua ni, bole senyum2 lak..



Hah..ni la promotion McD yg diwar-war kan..
Free 1, get 1


Hasilnye..
4 biji burger kami 'borong'..
Utk 'adik2' kami sekali..hehe


Harga promotion adalah..
*including tax*

Utk 2 biji burger harganya RM6.75
Means, sorang hanya bayar dlm RM3.40

Kalau nak tambah air & kentang..
Means, 2 burger + 1 kentang + 1 air, harga jadi RM12.90..

Amacam..
Berbaloi2 tak...hehe

Kalau berminat, bole la print kat sini sebelum pergi McD..
Promotion sehingga esok saje ye...


Sonok pulak ade housemate baru...
Sebelum ni, kami berdua je dok bersembang..
Lately ni, ada lg 2 org yg banyak mulut mengalahkan weols lak..
Sampai nk ngajar tuition td pun, rahang mulut mcm dah letih nak gerak
Mana taknye, before tu duduk depan tv ramai2 then bergosip bagai nak rak..
Sampai time tuition, mulut mcm penat dah nak bercakap..bole pulak kn..




P/S: esok macam nak pergi beli lagi jer...nyum..nyum..murah lagi sedap..

Bagaimana nak menyambut ulang tahun ke-100?



Bila ai belek2 'paper' online..ternampak la artikel tentang pakcik nie..
Beliau baru je menyambut ulang tahun ke-100..
Bahkan beliau masih kuat bekerja dan mampu berjalan sejauh 5km sehari..
Kagum sungguh...



Antara rahsia beliau..

Tidak makan makanan bergoreng
Tidak minum kopi *melemahkan anggota badan dan tulang*
Makan nasi berlauk dan minum air kosong dan teh shj setiap hari
Bangun pagi dgn duduk perlahan2 sebelum berjalan *elak badan jadi bongkok*
Elak bangun dgn tergesa2 *tidak mengejutkan tulang*



Kagum kat pakcik ni..
Ai dh hidup 27 thn ni tak kan boleh ikut petua pakcik ni
Lebih2 lagi bab2 pemakanan..susah wooo
Bergoreng2 susah nak elakkan..minum ais tak gemar, tp still minum gak
Tapi dia tak sebut tak leh minum nes kan..hehe
*ke nes ngn kopi adik beradik?*


Ape2 pun...
Hepi besday pakcik saad..=)
Semoga terus dalam keadaan sihat sentiasa..amin..


Source: kosmo



P/S: Bila nak berdisiplin dalam bab2 makan ni...ni makan main suka hati je..ish2..

peristiwa ditengah malam..



My feveret ever..
Chocolate ice blended

Thanks syg 'layan' budak ngade2 ni tgh2 malam..

Mood lately ni tak berapa stabil..bulan ngambang dh berlalu..
Tp emosi still tak stabil lg..sori sgt2 dear..

Tak pasai2 kene pergi pak li kopitiam beli kn ice blended ni..sori dear..

Semoga dipermudahkan segala urusan kita..amin..=)



P/S: imat..imat..imat..imat..oh, sapa volunteer nak siapkan paper ai??...

Monday, July 11

our GREAT supper...


Dulu ai supper kat hostel makan biskut je
Kalau de rejeki lebih skit, dapat la kuih
Tp kadang2 je..mostly memang biskut 2 ketul je..


Sejak menjak duduk umah sewa sendiri..
Makan la ko pe aje tengah2 malam sesuka hati
Contoh macam kat bawah ni..


Supper pukul 12 tengah malam kami sgt la 'super'
2 jenis lauk udang + ikan masak gulai tempoyak + sayur campur masak lemak

Tak lengkap tanpa
....NASI.....


Hah..ni baru namanye diet 'seimbang'

Gulai tempoyak puteri bawa memang awesome..
Tq mokcik..len kali kirim lg ye..hehe

Sambal udang pula, mak ai bawa dari kampung..tu yg jadi 2 jenis lauk udang..
Alhamdulillah...=)



Sunday, July 10

FarmVille saye...




Org lain dah tak main lg..
Tapi ai tetap setia 'menjaga' tanaman dan ternakan di ladangku..


Macam dh takde keje je kn...
Setiap kali nk quit mesti tak berjaya..
Tangan mesti automatically ter'klik' game ni
Tak shuke..tak shuke...


Bole ke game ni di'terminated' kn??
Tak bole la nak biarkan camtu je..
At least kalau dah takde lg, takde la tangan nk klik2 sebab dah tau tak wujud..hehe


Sapa2 bole bantu ai???..help..help..



P/S: game ni ada gak benefitnya..bila rase otak tak leh berfungsi lg..klik je, khayal la jap..hehe

Saturday, July 9

makan-makan: claypot JJ bukit raja


Alhamdulillah...
Td bjaya gak mr.bie tempah spec mata baru dia..
Spec dah 3 thn, mesti la makin 'kureng' nampak org..
Sampai drive mlm pun melelong je..
Semua lubang dilanggarnye..mase tu, mula la rase nak geget2 je dia..ish2
Lepas ni takde excuse langgar lubang lg ye..


Lepas siap tempah spec dia..
Kami pun tuju ke jj bukit raja, semata2 nak mkn kat food court *FC* dia je..


Kali ni ai nak rekemen claypot dia..
Sedap woo..
Dlu daku hanya memandang sepi je claypot ni..Tak nampak lazat langsung
Kat mata hanya sizzling yg sedap..
Tapi bila sekali dh cuba..terbayang2..huhu


Tempat ni terletak kat bahagian kanan FC..



Antara jenis2 claypot yg ada..banyak wooo


Menu sizzling..



Yg ni ai punya...claypot chicken rice with egg



Mr.bie...claypot beef rice with salted fish



Air panas dia pun tbaik gak ar..nes tarik, teh tarik, teh o..ai like semua..
*jauh beza dengan air kat cafe 3 meki*



Tengok muka, dah makin tembam semacam je..
Adakah faktor stress mempengaruhi pola pemakananku..??
Sekarang ni lapar dah tak kira masa..

Pagi petang siang malam, nak makan je..
Lepas tu berat tambah berkilo2, pandai bising ko ye..



Yang ni pelik sikit, habis semua kerak nasi dia makan
Habis dia punya, kita punya kerak pun dia makan gak..
Tapi bagus gak..tak membazir..hehe
Ai tak suka kerak nasi, sebab nanti tersangkut kat gigi..=)




P/S: cik puteri balik kg...daku kesepian, takde org nak dikacau...hehehe..





Thursday, July 7

bengang VS senang


Pagi td ai masa baca journal, mata ai sgt la ngantuk

Nape la baca ilmiah2 ni mesti rasa zzzzzz, terlentok2 kepala kat kerusi..

Sampai sv puteri, dr. yupi tegur..

Penat sgt kamu, buat apa mlm td??...muahaha..

Buat pe ek mlm td..hehe



Tapi kalau skodeng blog gosip macam abg nara, ohbulan takde pula zzzzzz

Haippp dedek..cekal kan hati tu

Dasar pemalas kamu ye..geget laju2 kang..

Bila nak hilangkan rasa zzzzzz tu,

Ai pun turun ke cafe 3, kunun nak beli air panas utk hilangkan ngantuk

Siap pesan..'pekat tapi kurang manis ye'

Tiga kali sebut hokey..bukan sekali dua


Nescafe o kurang 'manis'



Tp bila naik....

Ai rasa macam minum air gula..giler punya manis, bukan sikit2 pulak tu..Lori gula tumpah ke ape..

Sedap lagi ai buat kalau camni *sungguh ni..hehe*

Dua, tiga kali minum, top up air masak..

Sampai kali ke empat still manis gak ditambah dengan cair..

Ai terus keluar, pergi masuk kn bekas air ni dalam tong sampah

Sakit hati giler, ntah2 sampai kembung perut pun still manis gak..

Ni cakap kurang manis, kalau tak cakap..camne gak nye rupa air ni...*geleng kepala berkali2*

Rugi duit RM1.30..duit gak tau...menci..menci..



Demi nak hilangkan sakit hati tu..

Pergi la turun ke bilik siswazah, nak bagi duit hadiah kat cik dye..

Pendek kan cite, naik2 lab je..

..ada kek la..



Yuhuuu...ada kek chocolate cheese berries kat atas kerusi..

Hilang rasa sakit hati...terus senyum je...=)




Thanks mr.bie for the cake...

Sedap..Next time belikn chocolate cheese pula ye..hehe



Terus tukar selera, dlu bukan main minat kat chocolate strawberry..

People's changes...=)




P/S:

Cik nana, cik put, cik ira...ai dah byrkn dulu duit uols..dye 'dera' suh byr utk uols dlu..

Congratez dye..tercapai cita2 kamu nak jadi 'org melaka'..ngan sape la ai nk gosip2 nnti..=(






Our Song: Dirimu Satu by Ungu

I will always love you kekasihku
Dalam hidupku hanya dirimu satu
I will always need you cintaku
Selamanya takkan pernah terganti

Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
Ku mau menjadi mimpi indahmu

Cintai aku dengan hatimu
Seperti aku mencintaimu
Sayangi aku dengan kasihmu
Seperti aku menyayangimu

I will be the last for you
And you will be the last for me

I will always love you kekasihku
Dalam hidupku hanya dirimu satu

Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
Ku mau menjadi mimpi indahmu

Cintai aku dengan hatimu
Seperti aku mencintaimu
Sayangi aku dengan kasihmu
Seperti aku menyayangimu

I will be the last for you
And you will be the last for me
And i will be the last for you
And you will be the last for me

video



Thanks mr.bie for the song..

Love the melody, love the lyric and love u so much...=)



P/S: Sedang dalam mood jiwang...meredakan tension seketika..

Wednesday, July 6

Tuesday, July 5

Selamat pengantin baru: farizah & amin


Selamat Pengantin Baru

...Farizah Adliza & Aminuddin...










Jelingan setelah bergelar isteri..

seksi u..


Majlis berlangsung pada ahad, 3 Julai 2011..

Credit gambar to lin..ai tak dapat dtg, dapat tgk gambar pun jadi la..

Very nice and soft color...

Comel je tengok ja..=)..tahniah2..




Selamat pengantin baru ja..

Selamat menempuh alam rumahtangga, menjadi pasangan yg bahagia dan dirahmati Allah sentiasa..

Semoga berbahagia didunia dan akhirat..Amin..=)

Cepat2 dapat baby ye..hehe..





P/S: tak dapat datang..duit makin kureng nak jalan jauh2 nie..huhu..

baju pengantin..pelamin..kad kahwin..


Alhamdulillah..
Jumaat lepas kami berpeluang menghadiri festival pengantin *betul ke nama dia?* kat stadium melawati sek 13 shah alam..Nak ikutkan tak tau pun kewujudan festival ni, nana yg ajak..teman ikut je..hehe


Tghari lepas amik bush kat tempat kerja dia, terus pergi sini..
Kalu betul2 survey nak kahwin..2,3 jam pun tak cukup, nasib bush nak msuk kerja, kalau tak lagi larut duk perhati baju2, pelamin2, pakej2..


Sampai2, survey tempat paling dekat..kad kahwin..



Ai memang amik gambar je lebih, malas nk dengar org berceloteh..



Paling suka gambar ni..nampak klasik..
Pakej harga RM1000 utk outdoor shj..



See, kat sini harga banyak diturunkan..diskaun lebih..
Tp bagi ai, RM18,000 ni kira mahal



Katering Nurul Izzah pun ada..
Kira mampu tak mampu je la..



Rupa org2 terdekat nak naik pelamin..
Camni la gayanya, duduk sambil dengar..



Selain tu, banyak hadiah ditawarkan..antaranya TV kat bawah ni
Ada lg ye..tambah dengan pakej honeymoon..woowww..



Cik puteri ambil ilham..
*nak tunggu put amik gambar kat kamera lambat sangat*
Teman upload terus



Layan kn je gambar2 baju pengantin dan pelamin kat bawah ni..
*malas nk describe*..hehe




*bole tak gabung warna biru dengan design baju hijau ni...masyuk tak agaknya??*



Contoh2 pelamin...simple2 je, kebanyakkan untuk dewan sebab besar sampai 3 'coloum'















PELAMIN KESUKAAN AI....
Gabungan hijau dan krim..suka sangat..
Tp kena kurangkan sikit bunga tu, bagi kemas dan tukar kerusi lain..
*cerewet sikit bab2 ni*



Siapa2 nak pergi ke pameran pengantin lg..abg nara ada promote tempat baru..
klik kat sini..




P/S: nak keluar pergi makan ngn mr.bie...tata..