Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label penjagaan rapi. Show all posts
Showing posts with label penjagaan rapi. Show all posts

Monday, July 9

Madu Tualang

Sekarang ni bila malam mesti tak dapat online..dah nak dekat seminggu kot cenggitu, layan internet kat office je, tu pun banyak pergi kelas dari duduk ngadap laptop..nak tukar ke unifi, kontrak P1 tak habis lagi, tak sia teman nak bayo beratus semata..emmm

Terbebel pulak pagi isnin ni..maklum la "monday blues"..hehe

Oh, semalam akhirnya dapat beli madu tualang..dulu takde pulak suka minum madu ni, sejak beli dekat Cameron Highlands, terus suka..

Seriously, madu kat sini sangat mahal..

Kekonon nak jimat, masa pergi farmasi terjumpa madu dalam botol yang warna cerah kat bawah ni *abaikan background*, harga baru RM23++..pharmacist tu siap cakap, orang yang hantar kata pure madu, takde tambah gula..ok, terpengaruh terus beli



Sekali bila balik rumah, bancuh dengan air suam..rasa gula yang amat ketara, minum sikit je baki hubby habiskan...sangat mengecewakan, camne nak maju kalau meniaga tipu..

Lepas tu semalam, masa pergi kedai kat perda, terjumpa lagi madu..orang tu kata pure, owner kedai ni sendiri yang usahakan ternakan madu kat grik tu..tengok rupa madu ni macam meyakinkan, terus beli sebotol..harga RM60..

Budak tu kata, kalau nak kenal yang pure, kat permukaan dia takde buih..so, balik tengok memang berbeza la jumlah buih kat 2-2 botol ni



Bila rasa, sangat sedap macam madu kat CH tuh..siap minum 2 cawan lagik..hehe


Akhirnya, jumpa madu tualang yang diidamkan walaupun kat CH harga dia separuh lagi murah dari kat sini..

Mai tengok khasiat madu tualang ni..dulu main minum je sebab dah beli sesaja, pagi tadi baru nak google tengok khasiat madu..=)





 KHASIAT MADU LEBAH

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS)
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata – Titiskan madu lebah dalam mata.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.
Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.


Sabda Rasulullah swt., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."








P/S: bila cakap nak guna madu yang cerah tu dalam kopi hubby menggantikan gula, terus dia geleng laju-laju...errrkkk..takkan nak buat scrub badan kot...hehe

Saturday, August 13

Makan-makan di muara klang


Alhamdulillah..
Lepas siang hari bergerak kehulu hilir, malam nye berpeluang pula berbuka di muara dekat ngn pelabuhan klang ..


 Ni la muara ikan bakar..kali kedua datang sini



Sampai-sampai tu, pilih ikan dan masakan dlu sebelum duduk kat meja..Dia akan timbang dulu, then kita akan tentukan jenis masakan..


Bukan setakat ikan je ade ye..sotong, udang, ketam pun available hokey..


Orang yang bertanggungjawab memilih ikan dan jenis masakan..i ikut je..hehe
*Nak tukar nama bole..dari mr.bie ke abg botak..muahahaha*



Makanan sampingan lain yang ade..



Air kelapa pun ade..i like..



Tadaaaaa...makanan yg telah dipilih dan siap dimasak..



Kami pilih simple aje, sebab 2 org yang makan kan..kang tak abis..rugi..



Alhamdulillah..hasil selepas makan..=)
Semua habis, tak membazir tau..i like..



 Total makan arini RM65.40 saje..Murah dan berbaloi..
Thanks abg botak for the treat..hehe



Tak nak ketinggalan..nak juga tunjuk gambar posing diri sendiri..



Balik tu sempat singgah makan aiskrim dulu..



Bagus tau kedai ni..sempena Ramadan, kedai ni siang hari tutup then malam buka sampai tengah malam..bagus kan..menghormati umat islam..really2 like..



Amik yang simple je kali ni..no buah2 bagai hokey..makan gitu je dah cukup sedap..



P/S: Alhamdulillah..bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya..Thanks syg for the great night..=)

Monday, August 8

setelah hampir seminggu ramadan..


Alhamdulillah..
Setelah hampir seminggu berpuasa, dapat gak berbuka di luar
Sebelum ni kebanyakkannya masak je..lagi2 sebab cik puteri tahun ni jadi sangat rajin nk masak lauk pauk..sangat kagum..bagus put, teruskan usaha anda..sy akan sentiasa menyokong anda..=)

First time buka kat luar, terus pergi Flaming kat seksyen 33..bagus kn pilihan kami, nasib ada tempat lg walaupun last2 min tempah..

Kali ni tak amik gambar sgt pun, sebab timing makan di Flaming pd wiken adalah 2 jam shj..tak kire la bulan pose ke ape..memang 2 jam..so, kami kena kejar masa..bergerak kena pantas ye..

Apa lg, sampai2 je terus capai apa yg patut, masuk kn dalam periuk, pergi amik lagi, then penuhkan meja ngn makanan sambil ngap sikit2 makanan yg dh sedia masak..tak tau la laju semacam kami buat keje disebabkan lapar atau kejar masa..huhu

See..dah abis makan baru ada 'feel' nak amik gambar..



Dulu masa ni, pergi bertiga..kali ni bertambah lg sorang, tengok la ketinggian pinggan kat bawah ni..



Seperti biasa..bergambar bersama para pelanggan tetap Flaming..

 Kadang2 tengok dh macam akak ngn adik je mike berdua nie..sesuwai gitu..




Errr..rasanya setiap bulan kami berdua kat bawah ni makan kat sini..Start dr Jun hingga ogos..Eceh ko ni, baru 3 kali dh nk kecoh kan..hehe



Cuma tertanya2 sikit..kenapa bulan ramadan ni dia naik kan lg price..setakat ni dah 2 kali Flaming naik kan harga..

Tahun lepas..RM19.90, lepas tax RM20.90

Bulan lepas..RM23.80, lepas tax RM24.99

Bulan Ramadan..RM26.90, lepas tax RM28.30

Emmmm...fikir baik je la, maybe dia tau mase bulan puasa ni..orang2 makan berganda dari selalu, so naik kan la sikit harga, berniaga kena la untung kn, kalau rugi, tutup kedai la gamak nye..nnti kat mana saye nk makan seafood kalo flaming tutup..hehe

Sentiasa fikir positif hokey..baru la jiwa tu bole aman damai, fikir bukan2 pn buat sakit hati je kn...=)

Selamat berpuasa semua..



P/S: Mula merindui saat2 bertarawih kat masjid negeri..sabar ye dedek, tinggal berapa hari je lg..=)

Sunday, July 24

petua ramping


Lately ni mcm malas skit nk update blog..otak tgh bercelaru nk buat banyak benda lain..tu yg takde mood nak update..

Tadi time baca paper, ter'berkenan' kat satu artikel kat sini..

Isteri ramping rahsia rumah tangga bahagia

I like ramping2 ni..walaupun diri tak ramping mana..hehe



Mari tengok camne nk maintain ramping..kalau boleh amalkan la ye..*tuju pada diri sendiri*


  • Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif untuk sampai ke rumah, cubalah naik dan turun rumah dengan tangga.
  • Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan
  • Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
  • Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.
  • Usah makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
  • Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.
  • Kajian Universiti Chicago mendapati tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.
  • Berjaga hingga larut malam untuk menonton televisyen atau bercakap di telefon berjam-jam ada kalanya mengasyikkan tetapi apalah guna bangun dalam keadaan letih keesokan hari.
  • Senaman sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi.
  • Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.


source: petua badan ramping



P/S: saye teringin nak makan cheese cake..gane nak ramping kalau gini..=(

Friday, June 24

rambut kelemumur??..mari atasinya

Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita..

Erkk..betul ke??

Mesti la betul dedek oii..

Pada pagi jumaat yg mulia ni *2.30am*

Mari la kita sama2 meng'alert' or dengan kata lain menjaga rambut kita sebaik mungkin..

Sedikit tips utk dikongsi..=)


Jaga rambut dengan betul seperti:

  • Jangan terlalu kerap mewarnakan rambut.

  • Pastikan pewarna rambut tidak terkena akar umbi rambut kerana ini boleh merosakkan struktur rambut.

  • Dapatkan nasihat doktor sebelum mewarnakan rambut.

  • Pilih pewarna yang tiada bahan berbahaya kepada struktur rambut.

  • Setiap kali mencuci rambut pastikan syampu benar-benar bersih, kerana bilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelemumur.

  • Urut kulit kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan akar rambut.

  • Menyikat rambut ketika basah menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut menjadi kering.

  • Selepas bersyampu guna perapi rambut. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, perapi rambut diperlukan untuk melembapkan rambut.

  • Hindarkan rambut daripada terlalu terdedah kepada sinaran matahari kerana ini boleh merosakkan struktur rambut.

  • Makan makanan berkhasiat, bersenam, jangan merokok dan minum minuman beralkohol.


  • Source: hmetro




    P/S: Ok2..mari sambung 'berkerja' semula..peace no war..=)