Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Wednesday, September 12

Sabtu marathon


Macam lama dah tak update, niat ada tapi nak mengarang tuh yang macam dah tak reti..so, mari tulis sikit-sikit je..=)

Sabtu lepas, hajat cuma mau ke Gerik tengok member kawen..tapi biasa la, terlajak-lajak sampai ke malam..dalam-dalam sakit perut sebab makan macam-macam kat majlis hari jumaat lepas, boleh gigih jalan-jalan..

1st time ikut jalan ni..jalan straight je, kereta pun tak banyak



Gerik...1st time gak sampai ni..



Ni pengantinnye, laila..member masa UiTM Arau dulu...*abaikan muka berminyak*



 Daku tanya, "wah lai, nampak pink gitu"...sekali dia jwb.."tu la, aku nak pink macam ko kawen dlu, cantik..tapi butik tu last min ckp tak dan nak buat baju baru, tu pakai pink terang ni, pelamin pun aku ikut ko sikit2, gantung tanglung, bunga"...wah, ada gak org puji..hehe

Apa pun lai, patut dulu aku panggil akak, tapi dah geng sekepala, main ko aku je..Selamat pengantin baru, moga terus kekal bahagia..=)


Balik tuh, kami terus lalu Kuala Kangsar, hajat nak singgah Cameron Highland, tapi tak jumpa jalan..Mr.bie nak amik hati terus ajak singgah Bukit Merah..



Ni pintu masuk dia, tapi semacam je sebab lenggang sangat..



Memang lengang, tak ada orang sangat..pelik sebab weekend..



Laju je abe ni jalan cari tempat menarik nak masuk..



Errr..masa jalan kat sini janggal sebab berdua je, patut suke kn..



Yang ni nampak best, jeti ke pulau orang utan, tapi sebab tak ada org plus kena beli tiket RM30/head dulu, tengok dari jauh je la..



Yang terakhir..bincang2 then tak tau nak masuk apa, terus balik..hehe..



Tak terus balik rumah, tapi terus tuju Pulau..

Tengok wayang kat Queensbay Mall



Makan-makan kat tepi laut..=)



Next time, ada masa ada duit lebih, nak round-round sesuka hati lagi..=)





P/S: this wiken, aktiviti hanya di campus...hehe


Wednesday, June 6

Selamat Pengantin Baru


Alhamdulillah Puan Fazira telah selamat bergelar isteri pada malam 26/5/2012..

Masa nikah tu tak dapat nak g, kami g esoknya untuk majlis sanding..

Sampai-sampai terus terjah bilik pengantin, tengok dah siap dah..ingat tak sempat tengok ira sanding..hehe



Ambil gambar sikit-sikit je, then terus kuar makan, xmo nak kaco raja sehari nak bergambo ngan org lain..

Ketibaan pengantin lelaki..



"Aku tak sanding tau"....hehehe...



Rombongan tengah tunggu pengantin makan beradab..hehe



Wakil-wakil dari shah alam, perak dan penang...



Auuuwwwww...ira ke nie..gud job bebeh...



Kami...yang hujung tu anak sedara i...tinggi kalah muksu dia..Oh, ko sungguh gelap dedek..anak sedara aku dok cakap.."muksu nape nampak itam"..hampeh...



Pasangan pengantin..cute gitu..



Khas buat Puan Fazira dan Azarul Nazim..

Selamat Pengantin Baru dear..moga rumahtangga yang dibina kekal hingga hujung nyawa, bahagia sentiasa, dimurahkan rezeki dapat baby, gaduh-gaduh manja je ye..hehe

Jumpe next week ye mek, honeymoon jangan lama-lama, students dah naik sem next week, minggu ni kepit puas-puas..=)




P/S: still wondering..nape aku dulu kawen tak sempat nak posing berdua kat pelamin, nak makan beradab pun asyik kena panggil nak bergambor...emmmm

Monday, May 28

letih..


Alhamdulillah malam tadi selamat sampai Penang lepas hampir 8-9jam travel dari Kuantan ke Penang..

Badan semua terasa sakit-sakit...adakah disebabkan faktor usia??..

Dulu bila travel jauh-jauh tak terasa sangat, ni tengah otw nak ke Kuantan pun dah terasa sakit muntut la, pinggang la, belakang la..adakah disebabkan faktor duduk bertiga dibelakang yang tak bole nak buat aksi lain selain duduk??...

Tapi takpe, semua tu tak penting, asal dapat tengok Puan Fazira sanding cukup..=)

Sebenarnya ikutkan hati nak tidur kat Kuantan masa majlis ira, tapi disebabkan ada beberapa masalah, terpaksa buat plan lain..

Jujur daku rasa sangat la terkilan tak dapat tengok ira nikah, bersiap nak pakai baju pengantin, tukar baju potong kek..haisshhh...sampai la ni masih terasa di hati..sori makcik..

Nak buat gane, tak semestinya apa kita nak mesti dapat kan..=(

Entry majlis ira nanti daku update, sekarang nak amik mood berkerja dulu..hehehe..




P/S: Mr.bie, tengahari tak lunch ye..kenyang bfast McD masih terasa...=)

Thursday, April 26

5 bulan dah..


Eh..sedar tak sedar dah 5 bulan dah kami nikah..

5 bulan lepas, waktu macam ni aku tengah dipakaikan inai semula rasanya, top up bagi merah lagi..tu pon selepas melalui azab tido malam tu dengan jari yang berdenyut..hehe..

Orang pakai inai awal-awal, ni tengah malam orang dah tido baru terkial-kial dalam gelap..pastu my pengapit bole ikat plastik inai kat tangan daku dengan getah, nah ko malam tu berdenyut-denyut jari sebab darah tak jalan..terus kejut ira dalam 3pg suruh bukak getah..haha..kenangan sungguh..btw, tq ira..=)

Macam sesetengah org dah tau, kami plan nak kawen ni lebih kurang 2 minggu je..hari sabtu 12hb11 malam, masa tu kat dalam kereta atas bridge penang, otw nak ke persisiran queensbay dapat panggilan suruh kawen..bunyi macam pelik kan, tapi tu realiti nya..tp sebelum tu memang ada konflik skit utk majlis pertunangan..tup-tup tak sempat tunang terus tukar jadi majlis kawen lak..yang lebih-lebih tu anggap la kenangan..=)

Tapi bukan senang ye jalan nak menuju tu..dalam 2 minggu, kosong tanpa apa-apa persiapan..dengan kami tak g kursus kawen lagi..

Sepanjang minggu pertama tu ok lagi..cuma call tanya camne procedure je, beli barang hantaran, cincin, cari baju majlis sanding..tu semua kami buat kat penang..cuma agak tension skit, sebab asik kene call dari kg tanya itu ini..tema warna apa, kad camne, nak goodies beg apa, baju camne, pelamin, hantaran, byk lagi la..hehe..aku org dok call tanya je dah tension, belum lagi kene buat sendiri kan..hahaha

Memandangkan tak g kursus kawen lagi, apply la cuti jumaat tu tuk balik johor..khamis petang, balik dari keje, singgah umah dalam kul 8 terus desup balik JB..sampai dalam kul 3am..gilir-gilir bawak kereta, mr.bie dari penang ke KL, pastu aku sambung sampai JB

Pagi tu pon sama, abah g uruskan kat pejabat agama..
kami dgn mak g tempah pelamin, pastu g angsana shopping baki barang yang tak ada lagi..malam tu siap sedia di rumah untuk di 'interview' oleh tok kadi..nasib dia nak datang umah, special katanya..hahaha

Esoknya 2 hari kursus kawen..



Last day, siap dapat present gitu untuk "sape paling terdekat nak kawen"..hah, tak dapat tak tau la..hehe



Sebenarnya masa hari jumaat tempah pelamin dan mak andam yang mak aku dah bayar deposit, tak jadi..nak buat gane, dah tak berkenan, aku kalo tak suka memang tak kan la nak pakai..terus burn RM700..=(

Terus petang sabtu lepas kurus kawen, survey cari kedai pengantin..dan jumpa dan terus booking yang berkenan dan janji esok lepas abis kursus kawen datang untuk bayar deposit..

Tetapi sangat menyedihkan pada petang ahad tu, bila datang dia cakap "maaf la dik, tak bole nak amik dah, penuh dan takde orang nak buat"..apakah??

Gile ko, petang ahad dalam kul 6, yang malam tu kami nak balik penang dan esok keje, org tu bole buat hal lak..rasa nak sepak je, cakap la dari semalam kn..ni aku dah rejek sampai rugi 700 sebelum tu, ni dia senang-senang cakap penuh..mongonkkss giler

Ni pelamin asalnye..



Menggagau cari kedai pengantin sampai ke malam yang kat area pontian tu semua penuh la..last-last kami g CC, search internet cari area JB..dan alhamdulillah, jumpa..walaupun lama mencari dan harga mahal..tapi nak bt camne kan..nasib my abah kata "takpela, nak buat camne"..tq abah, sob..sob..sob..

Ni kat CC, tengah stress call sana sini..



Malam tu dalam kul 11, balik penang..dan sampai penang pukul 8pagi..sebabnya dua-dua tido keletihan dalam kereta kat R&R..nasib tak kena tangkap basah kan..haha

Pagi tu aku memang tak masuk keje, sebab tengahari nak g langkawi utk conference..

Dengan tak cukup tido, drive sorang-sorang g kedah, naik feri g langkawi...tp dalam feri, dok pulun tido la..hahaha

Sampai petang gak, ali amik antar ke kondo..tak sempat rehat, kena g meeting kat hotel sampai la tengah malam..lupe lak jadi AJK..tapi balik tak terus tdo, sebab slide presentation tak buat lagi..stay up la sampai kul 3pg..sedihnye la kn





Aku mintak tukar present hari selasa, sebab pagi-pagi rabu nak chow balik..masa ni dah asyik ingatkan diri.."sabar, sikit je lagi ye"..



Sampai penang, amik barang kat umah, amik ira, g amik baju pengantin kat butik..dan kul 4ptg, berdesup balik JB..nasib ira ada teman nak borak, sebab sedar-sedar dah sampai JB kul 11malam..perrghh, sangat la sakit badan, bila urut berbunyi-bunyi urat belakang badan ni..sob..sob..

Khamis pagi tu..mula la keje lain..tapi sangat bersyukur ada family dan sedara mara tolong..mane sempat nak buat tanpa mereka dalam masa 2 minggu..balik tengok hantaran dah siap, barang-barang sume dah beli, daku tinggal siapkan barang sendiri je..dan thanks gak pada ira, takde dia rasanya lagi stress kot aku kawen mase tuh..haha

Sangat panjang entry ni..tetiba rasa nak cerita cabaran dan dugaan kami menjelang hari perkahwinan..setiap orang ada dugaan dan masalah masing-masing..tapi kami bersyukur sebab hanya mengalaminya 2 minggu banding dengan orang lain, maybe bertahun or berbulan-bulan..=)

Lepas tu kami honeymoon di Kuantan...








Happy 5th month anniversary suamiku Matzaini.. 

LOve u manyak-manyak, ketat-ketat, kuat-kuat, penuh-penuh..=)





P/S: balik kampung...woooo...balik kampung...





Saturday, March 17

Semoga Berbahagia...


Tengah godek-godek laptop tadi tetiba terjumpa gambar puteri kawen..

Tetiba sedar..eh, takde entry langsung pasal member sorang ni..nikah dan majlis..

Maka sambil menonton cite wolverine ni, merajinkanlah diri membuat quick entry untuk beliau..hehe

Masa tunang, pilihan warna ke'coklat'an..

Bila nikah u nampak ke'emas'an put...masa ni kami tak kawen lagik, dalam lagi 2 minggu majlis kami..


Oh, beliau bernikah awal dalam sebulan lebih sikit sebelum majlis persandingan, erti kata lain..nikah gantung..naseb la uolls dua duduk berjauhan masa tu..kalo tak, haru menahan diri..hehe

Masa majlis belah perempuan..biru..eh, dengan pasangan pengantin tak berapa nak baru gak masa tuh..=)



Ok la..nak wish selamat pengantin baru dah tak sesuai kot..

Dear Puteri..

Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga hujung nyawa disamping zuriat yang soleh dan solehah..amin..=)



P/S: esok pagi mau breakfast luar..rajin ke idak ye..


Monday, March 5

Selamat Pengantin Baru nana...

Alhamdulillah..dah lepas lunch baru bole update blog semule..gile awal lunch..sebab, nanti ada je rasa macam tak kena..baik la daku angkat kaki gi makan kat bumbung kuning, tempat yang murah & sedap..

Ok2, tujuan entry untuk majlis perkahwinan nana & wafi..

SELAMAT PENGANTIN BARU NANA & WAFI..

U olls nampak berseri gitu..

Pic ni cilok dari fb ira

Semalam bajet nak anto gambar nana kawen kat sal, tp disebabkan nset daku ni 'canggih' sangat, sekali anto gambor nak dekat 10 hinggit melayang..daku pass kat ira send kat sal, tapi keep failing lak..tak pe aku update kat blog je..hehe

Disebabkan juge kamera tak ada, maka kualiti gambar tak berapa nak elok..tapi bole la dari takde kan..

Oh nana..u look slim gituh..



Geng-geng bilik siswazah..



Oh..gadis-gadis single & gadis-gadis bini orang..errkk, ayat tak leh blah..hahaha..*Bush u look chubby yang comei*
 


Yeahhh..dapat gambar ngn hubby with pengantin gorjes..



Ni goodies bag..punye tak sempat nak amik gambar semalam, sampai ke opis aku bawak..hahaha



Cute dan sangat kreatif...=)



Buat Farhana dan Fadhlul..
Semoga berbahagia selalu dan semoga berkekalan hingga ke anak cucu dan akhir hayat..=)



P/S: muka terasa panas lagi hasil mengadap matahari balik dari shah alam ke penang..jom sambung marking paper..=)

Friday, January 27

Genap 2 bulan


Semalam 26 Januari 2012, genap la 2 bulan kami 'hidup' bersama..

Tarikh nikah sebenar pada 26 November 2011 jam 10.05pm..

Ooohhhhh..how time flies!!..pejam celik pejam celik dah 2 bulan..

Eh, dah kawen, baru leh posing peluk-peluk bahu gitu..hahaha




Arini 27, 2 bulan yg lepas...sanding..hehe

Saje nak tunjuk sikit gambo pose ala-ala model tak siap..


Cukup la skali outdoor, i tak suke u kena arah-arah posing..sebab sangat tidak berbakat hokey..

"hanifah, tunduk..pandang sane..pandang sini..."..hehehe..

Memandangkan aku dah bayar 2 ribu lebeh..so ikut je la kn..sehari je pon, bukan slalu...huhu

Ok cukup, mari teruskan kerja pada pagi jumaat ini..=)


P/S: mood: flying..nak cuti lg..hahaha

Wednesday, January 25

Wordless Wednesday: Inai di jari


Setelah 1 Bulan, 4 minggu, 2 hari




P/S: Tak sopan beno 'kangkangan' jari kelingking yg satu tuh..

Tuesday, December 6

saya dah tukar status...



Alhamdulillah dah lebih seminggu bergelar isteri..yes tukar dari MISS ke PUAN

Kami bernikah pada hari Sabtu, 26 November 2011 bersamaan dengan 1 Muharram 1433 Hijrah tepat pada 10.05 malam

Majlis bersanding pula pada hari Ahad 27 November 2011..waktu tengahari..hehehe

Nak ucapkan terima kasih terutama pada FAZIRA REDUAN sebab banyak bantu daku menjelang detik-detik nak tukar status ni...tanpa beliau, memang stresssss nak buat sendiri..sob..sob..tq ira..

Dan thanks pada kak zue utk cupcakes yg 60 biji tu...chantek sangat ikut tema putih pink...tq kak zue datang dengan hubby dan iman yg comei..=)

 Thanks pada mumy lin dan sally..sebab sudi teman daku pada malam nak nikah tu..debor tak hengat beb..thanks dear dtg 2 hari berturut..muah..muah

Thanks gak member bilik siswazah yg datang dari jauh...nana, p, reza, anip, put, dan adik2 serumah dulu..muah..muah..muah...=)

Dan pada member2 lain yg sudi hadir...hehe

Family paling utama..tanpa mereka, takdenye daku kawen skrng ni..thanks...love u all so so much...=)

Perasaan selepas berkahwin???...nanti daku citer, sekarang nak siap gi kelas..huhu


Thursday, August 18

jubah nikah idaman hati..


Semalam masa usya baju..jeling-jeling gak jubah-jubah moden..
Tapi takde banyak mana pun..maybe penjual tau, time raya ni orang mana nak pakai jubah sangat kan..

So..usya online je la..

Sy sangat adore pada jubah putih..sangat marveles..

Niat hati, nikah nanti nak pakai jubah putih..bole?..hehe

Gambar jubah tengah yg bawah ni unik skit, de main tingkat-tingkat lg..tapi tak rase nak pakai design camni



Gambar bawah ni pulak..banyaknye pilihan..emm, sy suke jubah kedua dari kiri, ada belah tengah..
Tapi batu lip lap lip lap dia nampak serabut sikit..takpe, kita usya lagi yg lain



 Camne dengan design yg ni??..err..yg bawah unik tapi lengan dia nampak semacam je..
*berapa banyak 'tapi' la ko ni*



Tadaaa...ni la jubah yg sy suke..chantek dan yg penting simple..i like..


Tapi...*ada 'tapi' lagi nie*..

Bahagian lengan tu sy nak design kn lain..nak letak ketip butang kat hujung lengan..macam gambar kat bawah ni..


Ohh...sangat suke..terbayang-bayang dalam otak ni, bila dah digabungkan satu hari nanti..=)

Oh..impian..bila mau jadi kenyataan..