Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label mY liFe. Show all posts
Showing posts with label mY liFe. Show all posts

Tuesday, February 19

Berpinar mata





Bila kepala berdenyut-denyut, hati aku sangat senang...kenapa??

Itu menandakan otak sedang digunakan untuk berfikir berat aka writing..hihi

Nampak sangat "malas" sebelum ni..

Moga dipermudahkan segala urusan ku...Aamiin..=)




P/S: jom maghrib sebelum hubby dtg ambil sat g utk balik or merayap..hehe

Saturday, September 15

apa nak buat

Bersiaran langsung dari opis..

Tadi petang test fluid...haisshh bole sakit jantung jaga budak test, sem lepas lects ngajar subjek ni ramai, so bole ngelat sikit2..sem ni memang kena fokus biji mata kat sorang2..

Student sekarang memang berani...aku dulu kalo lect dah fokus tengok kita sbb kantoi tiru, konpom duk menikus tak pandang kiri kanan dah..budak sekarang, ape dulik lect tengok, kalo tegur aku calar kereta..lagi2 sume lects perempuan jaga kan..issshhh, kalo adik aku, mau kena sekeh laju2..

Habis test, lepak minum makan kat kedai mamak, balik opis terus marking test..



So far, denyut2 kepala tengok jawapan..kemon la, soalan tutorial kot..haiishh, nampak beno tak study kan

Dah tak tau nak buat apa, bagi soalan baru tak bole jawab, soalan dah bagi dalam kelas pun hancur..seriyes dah tak tau nak buat apa..

Oh..tak sabar nak habis sem ni..letih tengok perangai student sem ni..

Terasa seperti tak pandai mengajar..=(



Sunday, July 15

Bad habits

Oh..sila la jadikan pengajaran...

Sangat tidak elok membuat kerja last minit..

Tapi kan, walaupun tau tidak patut mengulangi kesalahan yang sama *kerja last min*, tapi still meneruskan habit sedemikian..lepas tu baru nak nyesal kan...

Seperti pepatah melayu...sudah terhantuk, baru terngadah

Nampak sangat merepek.. 

Sebenarnya tengah layan mata, duk puas tahan ni..daku kena lepaskan stage menguap ni dulu, dah la jenis menguap sampai meleleh-leleh airmata, tak selesa u..

Stock vector of 'Yawning and stretching emoticon'


Ikutkan hati nak join je mr.bie berbungkus bawah comforter tuh...

Haisshhh..tahan..tahan..

Tapi nasib baik ade org sudi bangun urutkan bahu, bila dikejut tengah-tengah malam..=)




P/S: internet pun tak beri kerjasama...emmmm



Friday, July 13

Pau kukus

Fuhh..pagi ni rushing buat semua benda..nasib mr.bie dah pandai panaskan kari sendiri..keluar2 bilik air, ehhh tengok dah siap..kalau bab kat dapur memang selalu tunggu bini..lap u la bie..

Tengah2 sidai baju put pulak bole call..kira habis teror, borak dari sidai baju sampai la naik kereta, sampai la ke UiTM, dengan handset kat telinga..haha..sekarang caye tak put, umah aku dekat ngan campus, tengahari nak lari balik tido pun bole..hehe

Oh..sebenarnya nak tunjuk kemajuan memanaskan pau...

Panaskan pau nak kecoh kan, tapi tak kire nak tunjuk gak..



Kisah nya sebab masa awal-awal kawen, daku ada beli pau segera kat carrefour..mind set masa tu kata "bole la ni, kat umah ada oven"..

Balik masuk kan dalam oven, punya la jaga tak nak bagi hangus, nampak atas kuning-kuning sikit je terus angkat..

Tapi bila makan..."krraapp...krruuppp...kkrraapp...krruuupp"...

Terus jadi ranggup ok..masa tu tak sedar diri lagi..sekali mr.bie tegur..."bukan masak pau guna kukus ke"....eehhhhhh

Baru nak sedar diri...terus rasa loserrrrrr giler..

Last2...time holiday ngan family ke Langkawi singgah padang besar, terus requested kat mak nak kukus kecil satu...

Akhirnya, bukan setakat dapat kukus pau, buat ikan stim pon bole

Mr.bie siap nak lagi pasni...ok, nanti kita beli k, nak buat sendiri tak reti..hehe

Sekian kisah pagi jumaat...tak tau nape, kne buat sesuatu kat blog ni dulu baru leh start writing..=)



P/S: minggu ni tak pernah keluar lunch, makan roti kat opis je...

Friday, June 29

sangat tersentuh





Rasa nak nangis tengok, kesian sangat-sangat...jujur..1st impression bila tengok gambar ni, air mata terus bergenang..

Ohhh...daku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...

Pada umur 28 tahun ni, ada suami yang baik dan sempurna untuk ku, family yang sentiasa sporting dan penyayang.. 

Dah ada kerja walaupun tak confirm dan habis master lagi, kereta walaupun bertahun lagi habis bayar..hehe..rumah tempat berteduh walaupun sewa je tapi bila dah de dalam rumah, tak nak keluar ke tempat lain..=)

Daku sentiasa bersyukur.....terima kasih Ya Allah, moga selepas ni kami dikurniakan 'rezeki dapat anak' pula...=)

Hubby pelik tadi, cakap lepas balik surau isya' nanti nak ke carrefour, daku cuma pesan sos tomato dengan minyak masak, yelah orang tu kan nak makan ketam, siap beli ketam kat pasar malam tadi..lepas tu, bila pesan dua barang tu siap cakap.."ala, pesan la lagi, bie nak shopping banyak-banyak"...errkkk..shopping tanpa bini disisi???...hah ko, siap pesan sabun, susu, pewangi dll bagai..kang suh beli tuala wanita segan pulak..hehe

Oh, malam ni takde movie di wayang..daku insaf kejap je ni, nak buat kerja..kunun-kunun nak stay up..yelah, jeles tengok orang dah viva...tahniah nana...=)...ni buat den semangat berkobar ni..hehe

Buat Mr.bie..."wayang tunda esok malam..malam ni nak jadi budak baik"...hehe




P/S: mudah tersentuh tengok orang susah...

Tuesday, June 26

ubat


Tewas sudah..



Bila seminggu kena batuk, daku bole tahan lagi tak makan ubat, hanya gula-gula strepsil..

Tapi bila kena selsema 2 hari, sampai lubang hidung dua-dua tak berfungsi dan bernafas ikut mulut, terus tak boleh blah..

Biar batuk tapi jangan la selsema..bila kena je, sampai kepala sakitnye..ngajar pun dengan suara serak + sengau..tambah lagi dengan tidur lambat malam tu dalam kul 3am++..

Bila dah tak tahan sangat, balik keje semalam singgah farmasi beli ubat selsema dan kahak je, ubat batuk botol memang den tolak tepi le..

Balik umah dalam kul 9 tidur terus pengsan sampai kul 6am++.hehe..puas hati..mr.bie ada kelas malam, so tidur la tanpa perasaan bersalah..sampai hubby kata tidur muka berkerut..haishhh..

Tapi tadi pagi, konon nak sihat dengan jayanya, telan ubat lagi..pastu kul 10 dah lalok..hehe..dah la hari ni kelas full 8am-1pm, then sambung 2pm-6pm..nyempat lagi update blog time lunch hour..

Bila dah sakit camni, even baru sakit yang basics..terus rasa sangat memerlukan waktu sihat ku dulu..camne la perasaan orang yang sakit kronik kan..emmm




P/S: benci ubat...

Monday, June 11

Hujung minggu


Wiken kami kali ni dihabiskan di johor lagi...

Alhamdulillah...kami selamat sampai Penang pagi tadi..

Walaupun bas express tu bawak macam nak menggiler..tak pernah-pernah sampai dari Johor ke Penang kul 4am, selalu 6am..terhuyung-hayang bas tu..siap pesan kat mr.bie, sebelum tido jangan lupa mengucap...emmm

Ohhh, minggu ni kami balik Pontian lagi..urgent sesangat, dan tak plan panjang..jumaat tengah hari dberitahu, then terus amik tiket, malam naik bas, tido dalam bas, ahad malam pun tido dalam bas..sakit badan mak incik, kepala pun berat je..hehe

Rasanya start dari awal bulan lepas, kami tak pernah ada dirumah pada wikens..sentiasa keluar merata negeri di tanah airku..hehe

Hopefully, this wiken takde hal menybabkan kami tak stay kat umah lagi..home sweet home tau...huhu

Minggu ni student dah start naik sem, dan maka juga bermula la start bukak file..hehe..before ni  takde pulak mood nak buat revision..dasar sungguh..

Ok cukup bebelan..

Moga segalanya berjalan dengan lancar..dan dipermudahkan segala urusan kami..Aamiin..=)





P/S: wujud ke "bus-lagged"...hehehe

Thursday, May 31

misteri cermin mata

Tajuk semacam je kan..

Entry before ni kan ade daku post pasal letih pergi Khidmat Masyarakat UiTM kat cameron...

Dan nak jadikan cerita, sebenarnya masa tu spec mata ku patah..maklumla tido dalam khemah kan..

Siap berseletip bagai lagi..


Sadis giler...daku dah la jenis susah nak tukar spec, jenis selagi bole pakai, takkan tukar lain..sebab rasa itu bukan keperluan, selagi pakai nampak dunia tak perlu tukar lain..

Ni bila dah patah, maka haruslah cari baru..


Pilihan kali ni adalah frame-less sbb mr.bie kata nampak macam pakai tak pakai..erkk..nampak beno buruk sebelum ni...hahaha

Tapi memang dah beberapa orang dan even student akan tegur nampak lain tak pakai spec..kadang-kadang diorang ketuk pintu cari daku tapi tanya kat daku mana miss hanifah....T______T

Mana yang misterinye???

Takdela misteri sangat tapi misteri la jugak..hehe

Malam tadi nak masa nak kuar tengok wayang MIB3, daku baru perasan spec mata baru tak jumpa..sebab bila dalam umah daku akan pakai spec lama..bila tak jumpa mula la gelabah cari 1 umah tapi still tak jumpa jugak

Bila mr.bie cakap ada kat opis..aku deny kan, "takkan ayg balik umah tak pakai spec sepanjang jalan rilek je, mesti dah perasan".. dasar degil..

Rupanya bila sampai opis pagi tadi..cantek je spec tu terletak kat atas meja..


Baik bang..saya silap..ampun..

Tapi sampai sekarang daku masih terfikir-fikir camne daku berjalan ke kereta sampai la ke rumah dengan mata yang tak jelas dan tak perasan..tak pernah terjadi dalam sejarah hidupku..hehe




P/S: malam ni balik kg......ooooo balik kg....hati girang...=)

Monday, April 23

jalan-jalan


Hasil paksaan keluar dari umah..



Dia merupakan seorang suami yang tak bole nampak bini dia terperuk je kat umah..abang bolat..




Before kuar ni hujan..daku pun apa lagi, kunun baring-baring manja..tup terlelap, pastu kena kejut.."jom makan cendol ngn abc kt pasar malam, pastu round penang"..bunyi macam nak ke pulau je kan..

Huh..dah jadi habit, setiap hujung minggu petang mesti round penang dengan motor..bukan g masuk mall ke apa, tapi masuk kampung dan sawah je setakat ni..i like..





Itu kami...bayang-bayang di dalam sawah...hehe



Tapi tempat yang kami masuk kali ni banyak serangga aggas rasenye..aku relax je kat belakang sebab tak kena..orang depan la..haha




Masa nak balik..SubhanAllah, sangat cantek..=)



Next wekends kami nak balik JB...insyaAllah nak tengok scene camni kat Tanjung Piai..=)




Friday, March 23

Terasa berbaloi


Malam tadi merajinkan diri bawa keje balik umah..

Kunun-kunun nonton tv sambil marking, dalam hati takde la mengharap rajin nak buat..sekali keje jalan hokey, slalu bawa balik umah, ending nye mesti tak bersentuh..haha

Tengah-tengah marking, terjumpa note ni kat answer booklet student..


Sangat terharu..sob..sob..siap 'berlagak' dengan mr.bie yang tengah marking paper gak, tanye dia "student bie ade ke tulis cmni"..hehe, maap lalink, gurau je ye..

Oh..tetiba rasa sangat berbaloi mengajar sem ni..tapi takde la rasa perasan bagus mengajar..

Kalau bagus, mesti semua lulus kan..ni dalam 60 orang, ada sorang sangkut..tapi kalau tengok rekod budak tu memang dah 2 bulan tak masuk kelas, yang pelik test dan final boleh amik lak..bukan setakat kelas aku, nama dia kat kelas lain siap dah kena bar tak boleh masuk exam..aku malas nak bar-bar ni, dah beso kan, bole fikir sendirik..

Eh, bole bebel lak kan..takpela, maybe dia ada masalah yang tak nak orang tau...pe pon, wish u gud luck sem depan..=)

Alhamdulillah, sem ni dah abis, markah semua dah siap, tinggal nak collect markah group lain dari setiap lecturer je..=)




P/S: kadang-kadang terfikir bagaimana nak mengajar dengan baik..

Thursday, March 15

sahutanku...


Disebabkan ira dah main tagged nama ku kat entry dia ni...so, daku akan reveal apa benda yang terkandung dalam beg galas ku..i xde handbeg u, tu yang malu nak tunjuk..haha

Dan disebabkan waktu petang yang borink ni..maka, daku merajinkan diri meng'edit' gambar dan berceloteh sikit..

Mari cekedout..




  1. Handphones:   Disebabkan daku guna 2 nombor, maka wujudlah 2 phones dalam beg ku
  2. Pendrive:   Yang ni memang daku bawak kehulu hilir, sebab kecik kan saiz dia tak tau nak letak mana, so duduk la dalam beg galas shj..dan sebab apa ada tali bagai, sebab before ni dah berkali-kali hilang, saiz kecik, ni kalau jatuh insyaAllah perasan dah..hehe
  3. Dompet:   Benda standard ada bagi perempuan..kalau takde mau berterabur duit dalam beg..
  4. Pen:   Sonang mokcik kalau nak sign autograph nanti..hahahaha
  5. Lip ice:   i bukan jenis pakai gincu, tapi bila dah keluarkan barang baru perasan..eh, mana lipbalm yang takde kaler tu..selalu before guna yang lip ice sheer colour, daku akan sapu lipbalm yang biasa tu..kasi warna pink tak terlalu menyerlah...i kan pemalu..hehe
  6. Perfume:   Ni jarang guna, tinggal sikit sebab dah lama beli..daku sekarang guna perfume paris hilton yang beli masa kawen-kawen dulu..feveret sangat-sangat, cik abang pun suka...auwww
  7. Dalacin T:   Penghapus jerawat ku...tapi bukan selalu guna pun..sebab terlupa ada dalam beg, tu yang jerawat penuh je..hehe
  8. Kain pengelap cermin mata:   Wajib ada..kalau guna kain lain, cermin kabur..
  9. Compact Powder:    Cap Garnier..murah punye lorr...tak tau nape, dari zaman tak ada duit waktu study dulu sampai sekarang dah keje, still beli yang ni..kedekut or jimat??
  10. Penyepit kuku:    Errr, kalau tak sempat kat umah *yang memang selalu lupa bila kat umah*..kat opis aku tibai sepit kuku,apa dulik..hehe
  11. Tisu:     Time makan dan gi toilet senang bila keluar jalan-jalan..toilet opis, tisu tak pernah abis..rajin makcik cleaner tu refill..=)
  12. Kunci-kuncian:   Selalu aku ngn hubby pegang sorang satu kunci kete..kunci umah jarang guna, selalu tukang lap kaki je masuk umah *dasar pemalas*..kunci opis wajib ada..setakat ni alhamdulillah, daku tak pernah guna kad macam cik fazira bila masuk bilik, sebab kalau tertinggal pun, hubby pegang satu spare..tinggal call suruh datang buka je..hehe


Errr..tu je la kot..lepas kawen ni lotion jarang guna, letak atas meja kat opis jadi perhiasan..

Tapi kalau gi klas..penuh beg dengan marker, pemadam papan, pensil box, calculator..semua benda nak masukkan la..i kan lecturer baru, tu yang baik lagi..hehe

Dulu before beli SII, camera memang sentiasa ada dalam beg, maklum la bajet-bajet blogger gitu, asik nak merakam je..tu yang bahu senget-senget lenguh..

Setakat tu je...rahsia ku sekarang rahsia mu..hehe




P/S: saya lapar...

Friday, March 9

petang jumaat


Apa kaitan entry dengan tajuk petang jumaat..err, maybe sebab buat entry pada petang jumaat kot..haha..

Ok, tak kelakar langsung..nampak sangat memang tengah ngantuk + borink.. sampai merepek-repek..hehe

Motif nak cerita tentang keinginan...

Korang pernah tak, bangun pagi-pagi tetiba ada rasa 'something' then terus bagitau kat hubby sebelah, teringin nak makan itu makan ini..

Tulah yang terjadi pada daku pada minggu lepas-lepas..

Bangun terus rasa nak makan...pizza dengan cheezy lava yang melimpah ruah, cookies famous amos yang mengandungi nuts yang rangup lagi lazat dan jelly-jelly yang sedap dan berjenis-jenis rupa..

Ok..naseb 3 jenis je kan..hehe..dan semua semua itu hanya bole didapati di seberang pulau, Queensbay Mall..terpaksa la mr.bie menunaikan, kalau ikutkan kami selalu ke pulau pada waktu malam, romantik sikit..hehe

Tapi bila dah jadi gitu, terus la plan ke pulau..err, tunggu tengahari, pagi takde bukaknye kedai..

Emmm..tapi bila sampai, bukan makan pizza tapi the manhattan FISH MARKET..giler lari jauh dari keinginan..hehe




Daku bukan penggemar seafood sangat..maybe cepat muak kot, tapi demi yang tersayang, layan je la..dan daku selalu makan bukan banyak pun, tapi kali ni sama-sama membantu melicinkan tray ni..nampak sangat lapo..hehe



Errr...cappucinno yang kecil lagi pahit dan lagi mahal..haha..ni last aku order air ni..



Tetiba lapor..bole tak..
 


Feveret cookies..dah kenyang seafood pon bole masuk lagi tuh..



Then still bole lagi jalan-jalan gi cari jeli yang berjenis-jenis tu..gambar takdak, sebab kat kedai tu bole testing sesuka hati...so, buzy merasa la..hehe

Pastu layan movie...Ghost Rider...giler ngarut cite ni..aku bagi 2/5 bintang je



Dan akhir sekali aktiviti tukar tayar pancit diwaktu hujan renyai-renyai...sampai-sampai kat kereta, tengok tayar dah kempis..haha..kalau aku sorang-sorang ni konpom dah dok calling orang mintak datang rescue..dasar perempuan..


Cik abang tukar tayar, daku tukang ambil gambar aka supporter..hehe

Tapi berbaloi la cik abang ye, sebab dapat jam baru..senyum skit...=)
 


Maka berakhirlah keinginan sepanjang hari sabtu..hanya sedikit kerugian menampal tayar yang bocor..yang lain sangat happy, macam kuar dating ngan pakwe gitu..hehe



P/S: urut badan 6pm...sakit or sedap??

Thursday, March 8

lapar lagi


Time hujan sejuk-sejuk di petang yang dingin, tetiba perut daku berkeroncong lagi..sedangkan baru lepas lunch pukul 1 tadi...apakah???

Pastu bila naik berat, komplen memanjang...apakah??

Dan terus teringat kisah petang semalam, memang tengah lapar bangat, breakfast makan bihun goreng je..

Daku ngn ira memang tau kat bilik hujung tu ada sedia makan-makan, tapi bile dengar macam ramai orang kat luar, terus tak jadi kuar survey..hehe..last-last kami makan biskut senyap-senyap dalam bilik..haha

Lepas tu, bila ira dah balik dating ngn en.tunang, tinggal daku sorang menanda lab report dalam bilik, tiba-tiba ada orang ketuk bilik..


Student: miss, jemput la makan kat sana
Lecturer: takpela, saya pemalu, takpe-takpe..jemput makan..*rasa nak penampo je kan, jual mahal sangat*


Daku pun sambung marking..tup-tup tak lama pintu diketuk lagi..


Student: miss..jemput makan..
Lecturer: wah...baiknye kamu..trimas-trimas..*raso nak penampo lagi*



Nah ko, sepinggan nasi beriani dia hantar ke bilik...



Pucuk dicita ulam mendatang...licin wooo, tapi tinggal tulang ayam la...bila nampak gambar atas, terus lapar berganda time ni...hehe.

Lepas tu bole students lain "ngadu" kat my hubby..student yang hantar makan tu, student feveret daku, siap cakap student tu muka putih ala-ala korea gitu..wahaha..

Maaf adik-adik student yang lain..bukan sebab cute buat jadi student kesayangan..tapi kerajinan dan kesungguhan seseorang tu ye..ahakss..dan paling penting, i tak pilih kasih dan berat sebelah tau..tapi memang diakui, student tu memang bagus pun..hehe

Ok2, test dan lab dah siap tanda..bole shopping dengan tenang esok..=)




P/S: mau urut badan....

Thursday, February 23

unwell..suam suam badan





ohh...sangat la rasa tak sedap badan..tp bukan preggy ye..

Yg daku agak pelik, 2 minggu berturut-turut tak sihatnya..minggu lepas baru je kena..agaknya daku banyak dosa kot..



Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ok..daku terima dengan hati yg terbuka walaupon hidung sentiasa sesak, suara sengau, nak tidur tak selesa, lemah rasa badan, kepala pusing, badan rasa sakit-sakit, rasa sejuk sehingga masuk ke tulang bila duduk dalam opis ni..
Minta-minta ahad ni sihat sepenuhnya untuk jaga test 2, ramai wooo..555 orang pelajar yg amik subjek fluid mechanics ni..lecturer 15 orang, belum tolak dengan yg taknak datang jaga lagi..haishh..
Bagi wa'a gedix yang dok tanya nape ku menghilang, mood nak update tak de la lalink, dan ada beberapa masalah sikit lately ni..i bace blog u je ye..hehehe..
Ni tiba-tiba bole buat entry sementara tunggu en.hubby balik ngajar kul 5..dia siap je..we olls angkat kaki laju-laju balik ..takde stayback sampai kul 10 macam malam td..baik balik, manja-manja ngn hubby, kot2 sakit leh kurang..hehehe..

P/S: tak sabar nak tunggu student cuti sem..=)

Sunday, January 1

EPO: Evening Primrose Oil


Pada petang ahad yg syahdu ni, sebelum daku nk lelap mata sat..saja nak tunjuk vitamin tambahan yg daku amik lepas kahwin ni..before ni daku beli kapsul herba masa urut & bekam zaman gadis-gadis dlu..*huh..*

Tapi bila dikenalkan produk dibawah ini oleh kak zue..daku terus melekat mencubanya..

EPO - Evening Primrose Oil



Masa beli ni..dia jual 2 botol melekat terus..1 botol ada 160 biji..bila terasa banyak sgt, daku minta 1 botol je..kot-kot la kn tak sesuwai..harga dalam RM70++..

Yg daku tau, EPO ni mengandungi Omega-6 yg daku sendiri tak tau apa manfaatnye Omega tuh..so, google2 jumpe la beberapa artikel tentang EPO ni..


Kebaikan Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan:
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah

So, mase bace blog Amanda ni..Doc kat klinik breast cancer mak dia keje akan suggest pade patients yg dtg supaya beli EPO ni..


Info kat bawah ni pon aku cilok dari blog Amanda tuh.. hehe..*sesuwai bila ade baby nnti..=)..*


Ketua Saintis Efamol Limited, Peter Clough, berkata antara petanda kekurangan EFA adalah kekeringan kulit, kehilangan air melalui kulit yang tinggi, penyembuhan luka yang perlahan dan lemah dalam melawan jangkitan kulit.

“Selain EFA dan LA, asid Gamma-Linoleik (GLA) penting untuk kulit. Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA. Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.

Bagi masalah lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi masalah yang dipanggil ekzema yang biasanya bermula di tangan dan merebak ke bahagian lain apabila terdedah kepada agen tertentu. Masalah ini boleh berkembang menjadi dermatitis yang kronik dengan kejadian rekahan kulit yang besar dan jangkitan kuman.

“LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO). GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup. Evening Primrose Oil EPO juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan, meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.

“Evening Primrose Oil EPO, meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok,” katanya
.


Setakat ni daku rasa ok je..sebab sebelum ni pun tak pernah ada masalah2 time period, muka jerawat - semestinya ada..hehe..tapi in future mungkin berguna..

Bak kata Amanda... Prevention is better cure ..sangat betul...(^_^)..
Info tambahan yg daku dapat dari kak zue: masa pregnant, sila berhenti makan EPO ni..

Daku pon google2 lagi utk dapatkan info bila hamil nanti..*amin*..=)

Diakhir trimester atau pada 9 bulan kehamilan, ibu hamil digalakkan untuk mengambil Evening Primrose Oil bagi membantu dan memudahkan proses kelahiran.Tetapi, jika tempoh mengandung baru mencecah trimester pertama dan kedua adalah amat dilarang untuk mengambil Evening Primrose Oil ini. Hal ini kerana dikhuatiri ancaman keguguran akan dialami oleh ibu mengandung. 

Ok...awal2 pregnant tak leh amik EPO ni..nanti dah nak bersalin nanti, baru ambil semula..

Sekian..tu saje..daku mau lelap sebentar..hehe..




P/S: azam baru utk harini...nak beli vacuum cleaner ptg ni....azam esok tak tau lg..hehe



Thursday, December 29

Teman Baru..Miss Pinky..




Miss pinky ni delah teman baru daku...

Kunun2 senang nak bawak notebook g ngajar, takde la usung laptop compaq ku yg berat tuh..*alasan sungguh kamu*..

Tapi tak tau nape pilih pink, ikutkan target nak amik silver..

Memandangkan kat uitm ni tak dapat PC lg, compaq akan ku tinggalkan di opis, dan teman baruku ini akan ku usung pula bawak balik umah dan opis..hehe

Mula2 nak beli Apple MacBook..



Tapi bila buat pro & cont, x sesuai pulak...aku besenye ngajar guna projector tapi notebook ni kene beli add external utk connect dgn projector..leceh pulak kn..

So...beli la Sony Viao Y series..=)

Dan target lepas ni adalah....PROJECTOR...




P/S: Moga lepas ni semangat nk menyiapkan thesis akan berkobar-kobar..hehe

Monday, December 12

ceritera tentang P1 Wimax..


Nak ceritera tentang internet kami..dulu duduk shah alam..wwwwah...heaven..dpt pakai streamyx 1M..

Tapi sejak pindah penang, paling laju pun internet kat cmpus, wireless internet yg laju x brape nak laju tuh..tp still syukur Alhamdulillah ade internet free..kat umah pulak guna BB digi mr.bie..tak kawen lg, kunun2 kejap je nak pinjam last2 berbulan pakai..sori lalink..dah org nak pulangkan, dia x bagi, suh pakai je..hehe

Sampai lepas kawen, bila pakai BB digi kat umah sewa mr.bie..sangat la menyakitkan hati..lagi banyak takleh pakai dari bole..huhh...

Last2 sabtu lepas, kami terus mendapatkan P1 Wimax ni lepas di'suggest' oleh yati, adik mr.bie..nak try ke'power'an nye..

Sampai2 kedai, dia tanya nak ape...aku pon jawab.."the cheapest one"...muahaha...dasar kedekut punye customer..terus dia suggested yg kat bawah ni..



Plan dengan harga RM19/ month je dengan kelajuan 1Mbps..tapi utk 2 bulan pertama..lepas tu bulan 3 & 4 jadi harga RM29..lepas tu baru maintain RM39..fixed!!!..

Bila dengar murah2 ni, aku pe lagi..grab la..



Dia kata bole guna max lepas 2 jam..ok dia tiuppuu....bukan 2 jam, tp esok nye baru leh gune..lebih dari 24 jam..haipp...tu aku sabar lg..

Tapi bila dapat connected tapi bole guna hanya di tepi tingkap..itu aku tak leh terima..giler ko, meja study aku kat luar..dia nak tingkap dalam bilik je...tak hengen daku..

Terus tadi gi tukar..kunun2 nak amik yg wireless punye, ala..yg kotak hitam tuh...

Plan nye nak amik home plan ni..RM59..walaupun kontrak setahun, kalo terminated ko kena bayar RM200..



Yang menyedihkan..duit 'Upfront Activation Fee' nye la bukan dapat on the spot..kalo antar kat diorg ni means kat penang, 45 hari selepas baru bole dapat..kalo nak cek cepat, kena pergi cawangan kat Pulau..




Memandangkan diri tak berapa nak kaya ketika ini..sanggup daku gi pulau utk mendapatkan duit RM150 ku kembali..hehe..tapi tunggu jumaat la, mase tu je kot kami free..



Sian suami *suami???..kene get to use la* aku..tensen ye lalink..hehe..

Mintak2 plan lepas ni dapat connect dengan jayanye..kalo tak, aku amik unifi...yeahhhhh...

Tuesday, November 15

semoga diberi kekuatan diri..


Perasaan ketika ini....

Sangat la serabut, td patutnye daku kena g meeting kat shah alam..tp disebabkan ade meeting wajib yg ber'attandance' kat sini, terpaksa utamakan yg kat sini dulu..

Tp perasaan sgt la tak tenteram..sebab dah lama ma, tak jumpe my sv..dpt ape-ape info pun dari ali je..<naseb ade beliau>..

Tp lepas meeting..alhamdulillah..dapat gak bercakap ngn my sv..dan lega sikit prasaan dalaman ni..risau ma, kang dia buang aku, taknk jadi sv camne..huhu



Kerja yg daku kena fokus skrg..

Thesis writing...yg ni sgt penting dari yg lain

OBE...kena siapkan sebelum student masuk isnin depan
(tetiba moody sbb nape la daku yg terpilih jd penyelaras ni..mencik)

Slide presentation.... utk seminar RTC




Tentang hal perkahwinan pulak

HIV test...errr...esok kot g klinik

Cincin....tak dapat yg berkenan lagi...mencik..

Barang hantaran...tak beli lagi...sambung cari lepas waktu kerja ni

Kad kawen..harap-harap esok siap..
(yg ni mmg simple punye kad sbb nak siap cpt...mencik)




Future Plans

Settle kan segala bagai yg kat atas sebelum jumaat ni..

Khamis kena gi fitting baju sanding..harap-harap sempat la kurus skit 3 hari ni..hehehehe

Khamis malam kena bertolak g JB..

Jumaat pagi settlekn pelamin, baju nikah, baju malam berinai, bilik tidur pengantin, edar kad kat member..err..sempat ke tak ek sehari je..fuuhhhhh

Sabtu dan ahad...KURSUS KAHWIN..

Ahad malam bertolak balik penang

Isnin pagi kena LANGKAWI sampai khamis...drive sendiri...

Khamis petang kena amik baju sanding dan bertolak balik JOHOR...drive sendiri gak..mencik..




Kepala daku sgt la sakit sekarang ni, berdenyut2..dulu masa mintak lepas g langkawi pun payah sebab student dah naik, diorg akan cari lecturer utk daftar subjek..dan daku dinasihatkan balik cepat kat kampus..

Tp bile nak kawen ni..lagi bertambah serabut..

Mane nak kejar student, kejar balik kg lg...haisshhh..

Ya Allah...semoga segalanya berjalan dengan lancar..dan sentiasa kuat menghadapi semuanya..amin..=)



P/S: tak sabar nak lepas sume ni...mau hidup normal kembali..


Friday, November 4

perasaan apakah ini..


Emmm...daku mengalami masalah 'dalaman' akibat keje yg tak siap-siap..

Dia bukan rasa stress..tapi rasa lebih kepada nak nangis sebab tak mampu nak siapkan segera..bole kn..

Rasa macam lemah sangat diri ni..

Tengok la rupa paper yg kena betulkan ni..berapa banyak merah..lepas dh betulkn pun still kne betulkn lg..apakah daku sgt teruk..haishhhh..



Ditambah lagi dengan keje opis..Outcome Based Education - OBE.. tetiba sem ni subjek yg daku ajar kena buat OBE, dan daku sebagai penyelaras subjek pule..dan file course work ni kena siapkn sebelum student masuk..apakah nasib aku memang begini...haisshhhh...



Dan bila ada keje lain kena buat, keje writing thesis daku tak berjalan dengan lancar...haisshhhh...

Daku pulak jenis...kalau dah banyak sgt keje kena buat...last2 aku tinggai je sume..pastu g bawak diri...sangat la teruk berperangai demikian..bunyi macam kunun2 nak lari dari masalah..

Tapi camne lari pun, ko kena datang balik then hadapi semule masalah tu kn..

Dan untuk masalah daku ni..daku kena kuat hadapi semua...NO EXCUSES DEDEK..



Ingat...ni tanggungjawab ko..jangan ngeluh, buat dengan tabah hati dan rela..senyum sokmo..=)


P/S: malam ni balik kg...yeahhh....ceria sikit hati..