Ahad adalah hari untuk berjalan-jalan di luar..
Tengah hari terus tuju ke Gurney..kekonon nak cari novel Hingga Hujung Nyawa, tapi takde juga..
Lastly, pergi makan kat Seoul Garden..hah, kat sini confirm berjam, sebab nak kasi berbaloi..hehe
Dah habis makan, ingat nak tengok movie Husin, Mon dan Jin pakai toncit, tapi takde tayangan pula kat wayang gurney ni..terus la balik ke seberang semula
Dan tuju ke Hasani untuk menghabiskan baucer buku..hihi
Hasil tangkapan kami..total dalam bakul ni bernilai RM250, then bila bayar dapat baucer Hasani RM50, tambah lagi beli sebuah buku dan beberapa batang pen.
Aku pilih kejap je, cik abg ni memang ambil masa sikit..rambang mata gitu, banyak sangat buku keagamaan kat Hasani ni.
Banyak-banyak buku...yang ni paling aku suka, siap bawa ke opis pagi ni, murah je RM12...=)
Kadang-kadang bila dah banyak sangat kerja, tapi tak jalan, takde mood nak buat..kena ada "sesuatu" untuk mendorong diri..=)
Habis baucer, pergi ke Jusco untuk menonton.
Tapi masa beli, lambat lagi nak tunggu movie start, terus balik rumah dulu..lepas maghrib baru keluar semula dengan hajat hati nak merempit, tapi hujan..muahaha
Ok la cerita dia, memang sebelum tengok review kebanyakkan kata tak selawak Hantu Kak Limah dulu..tapi ok la untuk buat gelak.
Sampai rumah nak dekat kul 11 malam, lepas tu baru sibuk nak iron baju bagai kan..seharian tak lekat kat rumah..hehe
Hari ini Isnin..moga tiada Monday Blues untuk aku...=)
P/S: saya suka kerja saya...=)
No comments:
Post a Comment