Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, February 6

Psyllium Husks


Ok, just nak share produk baru yang i amik..Pysillium Husks



Cara nak minum..i tambah 1/2 sudu dengan jus..kebetulan masa tu, ada 2 botol Twister dalam peti ais..



Benda ni sesuai untuk aku yang susah nak "membuang"..rasanya nak dekat setahun dah tak makan merit, sekarang nak kasi keluar secara sopan..hehe

Tapi ikut kerajinan juga, bukan hari-hari minum pun..huhu

Apa itu Pysillium Husks

Psyllium dikenali dengan nama saintifik PLANTA OVATA atau PLANTAGO PSYLLIUM L. Biji benihnya yang halus berisi lendir. Apabila dicampur dengan air ia menjadi kembang dan besar 14 kali kandungan airnya. Dalam keadaan begini ia kelihatan seperti gel (agar-agar). Sejak zaman purbakala lagi, biji benih Psyllium telah digunakan sebagai julap yang amat berkesan.




1. Sejenis serat yang dhasilkan dari biji Plantgo Ovata yang boleh dijumpai di Eropah dan Afrika Utara
2. Bertindak sebagai berus usus. Ianya berfungsi bagi membersih dan menanggalkan kekotoran di sepanjang perut, usus kecil dan usus besar.
3. Bertindak sebagai prebiotik dalam saluran usus dan seterusnya membantu menyihatkan usus besar (kolon). Kolon yang sihat adalah kunci pertahanan bagi melawan patogen yang masuk ke dalam tubuh.
4. Membantu menurunkan berat badan.
5. Membantu menurunkan kolesterol LDL (kolestrol tidak baik).
6. Membantu mencegah batu hempedu yang berpunca daripada proses penghadaman yang tidak lancar.
7. Membantu mencegah sembelit.

TETAPI...

kena minum air yang banyak, sebab psyllium husk ni cepat mengembang, takut terlekat kat usus..






P/S: rasanya boleh kurus tak lepas ni..hehe


Thursday, January 31

Vitamins dan makanan tambahan



 Apa saya ambil setiap pagi..

B-Complex dan Asid Folic


Folic asid dulu aku makan tak regular, kejap makan, kejap tak, ikut dan je..sebulan sebelum preggy baru makan hari-hari..Alhamdulillah lekat, even masa gugur arituh pun aku still makan gak sampai sekarang ni

next...

Vitamin C


Yang ni aku letak kat opis, bila rasa borink + ngantuk, botol ni aku capai dulu..asal masuk mulut kan..hehe

next....

Jus tok Guru


Jus ni aku ambil sebulan sebelum preggy dulu..semalam baru start makan semula

next....

Pati Delima Gulsan


Hah...yang ni latest punya, baru je beli semalam..

Tetiba rasa nak beli, aku baca blog kat alamanda harga dalam RM15, kat sini RM22 @ RM25 @ RM35

Of course beli paling murah kan, kat tesco.

Hubby minta kurang, tapi suruh beli 6 botol baru bole bagi kurang..baik makcik, nanti dah kaya saya borong banyak-banyak ek..

Pati delima ni kami makan bersama *chewaahh*..tapi op kos kena suapkan hubby, bawa botol dan sudu kat mana dia berada..kalau tak, tak jalan.

Dan lagi..

Evening Primrose Oil

pic: google

Opss..yang ni baru je habis..tak tau bila nak pergi farmasi beli lagi..wikens kot. Lagi pun EPO ni aku jarang makan, ikut mood..punya la susah nak habiskan sebotol besar tu.

Kat rumah ada Fish Oil dan Iron tablets..masa pegi check kesihatan doc kat klinik bagi..masa preggy aritu je makan, bila gugur terus stop..tu tak tau bila nak makan balik. Iron tu buat aku susah nak "membuang", tu yang stop.

Ok..sekian..tu je


Monday, July 9

Madu Tualang

Sekarang ni bila malam mesti tak dapat online..dah nak dekat seminggu kot cenggitu, layan internet kat office je, tu pun banyak pergi kelas dari duduk ngadap laptop..nak tukar ke unifi, kontrak P1 tak habis lagi, tak sia teman nak bayo beratus semata..emmm

Terbebel pulak pagi isnin ni..maklum la "monday blues"..hehe

Oh, semalam akhirnya dapat beli madu tualang..dulu takde pulak suka minum madu ni, sejak beli dekat Cameron Highlands, terus suka..

Seriously, madu kat sini sangat mahal..

Kekonon nak jimat, masa pergi farmasi terjumpa madu dalam botol yang warna cerah kat bawah ni *abaikan background*, harga baru RM23++..pharmacist tu siap cakap, orang yang hantar kata pure madu, takde tambah gula..ok, terpengaruh terus beli



Sekali bila balik rumah, bancuh dengan air suam..rasa gula yang amat ketara, minum sikit je baki hubby habiskan...sangat mengecewakan, camne nak maju kalau meniaga tipu..

Lepas tu semalam, masa pergi kedai kat perda, terjumpa lagi madu..orang tu kata pure, owner kedai ni sendiri yang usahakan ternakan madu kat grik tu..tengok rupa madu ni macam meyakinkan, terus beli sebotol..harga RM60..

Budak tu kata, kalau nak kenal yang pure, kat permukaan dia takde buih..so, balik tengok memang berbeza la jumlah buih kat 2-2 botol ni



Bila rasa, sangat sedap macam madu kat CH tuh..siap minum 2 cawan lagik..hehe


Akhirnya, jumpa madu tualang yang diidamkan walaupun kat CH harga dia separuh lagi murah dari kat sini..

Mai tengok khasiat madu tualang ni..dulu main minum je sebab dah beli sesaja, pagi tadi baru nak google tengok khasiat madu..=)





 KHASIAT MADU LEBAH

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS)
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata – Titiskan madu lebah dalam mata.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.
Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.


Sabda Rasulullah swt., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."








P/S: bila cakap nak guna madu yang cerah tu dalam kopi hubby menggantikan gula, terus dia geleng laju-laju...errrkkk..takkan nak buat scrub badan kot...hehe

Monday, June 18

Merosakkan Otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



source: laman kongsi





P/S: oh tidak...no 7 tuh memang wajib buat la..kalo tak, tak leh lena...


P/S: alhamdulillah cik abe dah tak merokok sejak kawen...lap u dear..=)

Tuesday, January 24

Protection Entry


Sebenarnya, daku buat secret entry ni bila tengah ada masalah 'dalaman'..kena pulak daku jenis susah nak luah, main pendam je..tp bila dah tak tertahan, lepas terus..tapi secara bertulis la, nak cakap-cakap still tak terluah..hahaha

Setakat ni daku dah buat 2 entry untuk lepas perasaan..pastu daku bagi password pada sapa yg daku tak puas hati tuh, stakat ni memang utk sorang je la..hehe

Lagi-lagi dah kawen ni, hal rumahtangga tak leh nak reveal kat org..daku tulis entry then bagi password..pastu dapat la msg, "nape ayg tak bagitau dulu"..ok, nampak disitu, ada sedikit miscommunication..

Tapi pikir balik, bukan elok sgt guna cara ni..lebih elok face-to-face, dari hati-ke-hati..hehe..tapi daku kena ubah slow-slow kearah tu..cahyok..

Tapi kalo la tengah tak puas hati kat org-org terdekat, bole je ma luah kan sikit..ko nak tulis kat post biasa kompom-kompom org terdekat tu jugak yg baca blog ko..bukan maki-maki ye, tak elok even ko sorang je yang baca..hahaha

Entry ni khas utk nana..kot-kot la kamu nanti nak buat entry gini..hehe




STEP 1...

Gi kat Design - Edit HTML - cari coding </head>

Paste kan coding kat bawah ni atas </head> tadi

<script type="text/javascript"
src="http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js"></script>

Nanti jadi macam ni...

<script type="text/javascript" src="http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js"></script>
</head>



STEP 2...



Ada kotak2 kat web tuh..macam ni.


Kat Key tu la Password nye...sila la hafal sndirik hokey..

kat Plain Text tu la tempat luahan perasaan nye..bila dah siap tekan Encrypt..dia akan kuar kat Cipher & HTML Code..




STEP 3..

copy paste kan coding dalam HTML Code tuh kat New Post bahagian Edit HTML..yang Cipher tu abaikan je ye..


Bila dah copy paste..kat bahagian bergaris merah tuh..bole ubah ikut citarasa sendiri ye..

Contoh..."khas untuk my sweetheart"..dah siap bole la publish post..hehe..

Kalo bukan jenis macam aku takyah la buat entry ni...kasi lepas je pe yg tengah rasa secara terang-terangan..

Jangan letak gambar sensored korang lak..kang kena hacked sapa nak jawab..hahaha


P/S: esok dah keje..tak puas cuti.....





Thursday, November 3

ikan laga...akhirnye..penjagaan yang betul


Ingat lagi masa 1st time bela ikan laga..baru 2 hari bela dah mati..huhu..terasa seperti menganiya binatang pulak..bila tak ada 'ilmu', jadi le rupe gitu..

Bila dah jadi kematian..daku pun cari tau dulu cara-cara nak bela ikan ni..dan tanya juge org yg jual, tips yg betul..tak nak la menganiya binatang lg kn..

Setakat ni Alhamdulillah..ikan ni hidup setelah beberapa bulan..bukan hari..hehe



Antara cara yg betul, dengan masukkan sikit daun ketapang yg dah kering dalam air ni..tu sebab air ni takdela  berwarna biru cerah sangat..tp coklat hijau sikit, sebab ada daun ketapang dalam ni..bukan sebab daku malas tukar air tau...hehe

Buih-buih yg kat tepi permukaan air tu, menunjukkan ikan laga jantan ni telah bersedia utk menerima 'soulmate' dia..erti kata lain, dia nak mengawan dah tu..kalau lagi banyak buih, lagi banyak gatai dia..hahaha

Air dia pulak, kalau bole..asingkan tepi dulu selepas dah titis dengan klorin..bagi sebati..paling kurang dalam setengah jam..kalau aku slalu lebih-lebih, sebab bila khayal buat benda lain, eh baru teringat pasal ikan ni...

Makanan dia, bagi sikit-sikit..sebab ikan ni bukan jenis pelahap..dia makan sikit-sikit..kang letak banyak-banyak, terus jadi keruh air dia..

Rasanya setakat ni je cara daku jaga...=)

Dan ini rupa daun ketapang..aku amik kat area perda je..




P/S: tetibe rase nak bela kucing..hehe..macam mampu jage je kn..

Saturday, June 25

Tips:Tahan diri dari tidur



Sy sangat la mengantuk di kala ini..

Bole sapa2 bagi tips untuk bertahan buat kerja seharian tanpa rasa letih dan ngantuk!!

Kalau takde takpe, mari kita buat teknik2 sendiri..hehe




Tips berjaga malam..

  • Layan lagu yg berentak rancak..*bukan lagu leleh2 tangkap cintan ye*
  • Jangan la sesekali cuba buat kerja or ngadap laptop atas tilam/toto empuk..*sekali terjebak, takkan bole bangun lg malam tu*
  • Pergi dapur kacau air nes/kopi kaw2 punye..*lg bagus takyah campur gula terus*
  • Kalau tak suka nes, try minum redbull or vitara..*tak bagus coz manis bangat, 100 plus pun ok dah*
  • Siap sediakan cekedis buat kunyah2..*diet tolak tepi*
  • Sebelum buat kerja, jangan makan terlampau kenyang..*cukup sekadar mengisi perut..eceh mcm bole je ko dedek*
  • Dulu ada member suggested, sambil buat kerja sambil rendam kaki dalam baldi kat bawah meja..*err, setakat ni tak pernah cuba teknik ni*
  • Fikirkan kerja yg berlambak..*fikir gak akibat bila tak siap kn kerja*
  • Cubit or tampar pipi laju2 sampai la sedar diri..*buat pd diri sndri je ye, kang ade yg bertarik rambut pula*
  • Cari org utk bermesej or berborak..*siapa la yg selalu menjadi mangsaku..hihi*

Kalau semua tips kat atas ni tak berjaya, pergi je la tidur..esok pagi sambung pulak kerja..dari dok tahan mata tak dapat apa2..baik 'recharge' diri tu utk kegunaan esok..=)



P/S: Sy mau 'recharge' diri selepas ini supaya segar berjaga di campus esok..hehe

Friday, June 24

rambut kelemumur??..mari atasinya

Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita..

Erkk..betul ke??

Mesti la betul dedek oii..

Pada pagi jumaat yg mulia ni *2.30am*

Mari la kita sama2 meng'alert' or dengan kata lain menjaga rambut kita sebaik mungkin..

Sedikit tips utk dikongsi..=)


Jaga rambut dengan betul seperti:

  • Jangan terlalu kerap mewarnakan rambut.

  • Pastikan pewarna rambut tidak terkena akar umbi rambut kerana ini boleh merosakkan struktur rambut.

  • Dapatkan nasihat doktor sebelum mewarnakan rambut.

  • Pilih pewarna yang tiada bahan berbahaya kepada struktur rambut.

  • Setiap kali mencuci rambut pastikan syampu benar-benar bersih, kerana bilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelemumur.

  • Urut kulit kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan akar rambut.

  • Menyikat rambut ketika basah menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut menjadi kering.

  • Selepas bersyampu guna perapi rambut. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, perapi rambut diperlukan untuk melembapkan rambut.

  • Hindarkan rambut daripada terlalu terdedah kepada sinaran matahari kerana ini boleh merosakkan struktur rambut.

  • Makan makanan berkhasiat, bersenam, jangan merokok dan minum minuman beralkohol.


  • Source: hmetro




    P/S: Ok2..mari sambung 'berkerja' semula..peace no war..=)