Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, April 26

5 bulan dah..


Eh..sedar tak sedar dah 5 bulan dah kami nikah..

5 bulan lepas, waktu macam ni aku tengah dipakaikan inai semula rasanya, top up bagi merah lagi..tu pon selepas melalui azab tido malam tu dengan jari yang berdenyut..hehe..

Orang pakai inai awal-awal, ni tengah malam orang dah tido baru terkial-kial dalam gelap..pastu my pengapit bole ikat plastik inai kat tangan daku dengan getah, nah ko malam tu berdenyut-denyut jari sebab darah tak jalan..terus kejut ira dalam 3pg suruh bukak getah..haha..kenangan sungguh..btw, tq ira..=)

Macam sesetengah org dah tau, kami plan nak kawen ni lebih kurang 2 minggu je..hari sabtu 12hb11 malam, masa tu kat dalam kereta atas bridge penang, otw nak ke persisiran queensbay dapat panggilan suruh kawen..bunyi macam pelik kan, tapi tu realiti nya..tp sebelum tu memang ada konflik skit utk majlis pertunangan..tup-tup tak sempat tunang terus tukar jadi majlis kawen lak..yang lebih-lebih tu anggap la kenangan..=)

Tapi bukan senang ye jalan nak menuju tu..dalam 2 minggu, kosong tanpa apa-apa persiapan..dengan kami tak g kursus kawen lagi..

Sepanjang minggu pertama tu ok lagi..cuma call tanya camne procedure je, beli barang hantaran, cincin, cari baju majlis sanding..tu semua kami buat kat penang..cuma agak tension skit, sebab asik kene call dari kg tanya itu ini..tema warna apa, kad camne, nak goodies beg apa, baju camne, pelamin, hantaran, byk lagi la..hehe..aku org dok call tanya je dah tension, belum lagi kene buat sendiri kan..hahaha

Memandangkan tak g kursus kawen lagi, apply la cuti jumaat tu tuk balik johor..khamis petang, balik dari keje, singgah umah dalam kul 8 terus desup balik JB..sampai dalam kul 3am..gilir-gilir bawak kereta, mr.bie dari penang ke KL, pastu aku sambung sampai JB

Pagi tu pon sama, abah g uruskan kat pejabat agama..
kami dgn mak g tempah pelamin, pastu g angsana shopping baki barang yang tak ada lagi..malam tu siap sedia di rumah untuk di 'interview' oleh tok kadi..nasib dia nak datang umah, special katanya..hahaha

Esoknya 2 hari kursus kawen..



Last day, siap dapat present gitu untuk "sape paling terdekat nak kawen"..hah, tak dapat tak tau la..hehe



Sebenarnya masa hari jumaat tempah pelamin dan mak andam yang mak aku dah bayar deposit, tak jadi..nak buat gane, dah tak berkenan, aku kalo tak suka memang tak kan la nak pakai..terus burn RM700..=(

Terus petang sabtu lepas kurus kawen, survey cari kedai pengantin..dan jumpa dan terus booking yang berkenan dan janji esok lepas abis kursus kawen datang untuk bayar deposit..

Tetapi sangat menyedihkan pada petang ahad tu, bila datang dia cakap "maaf la dik, tak bole nak amik dah, penuh dan takde orang nak buat"..apakah??

Gile ko, petang ahad dalam kul 6, yang malam tu kami nak balik penang dan esok keje, org tu bole buat hal lak..rasa nak sepak je, cakap la dari semalam kn..ni aku dah rejek sampai rugi 700 sebelum tu, ni dia senang-senang cakap penuh..mongonkkss giler

Ni pelamin asalnye..



Menggagau cari kedai pengantin sampai ke malam yang kat area pontian tu semua penuh la..last-last kami g CC, search internet cari area JB..dan alhamdulillah, jumpa..walaupun lama mencari dan harga mahal..tapi nak bt camne kan..nasib my abah kata "takpela, nak buat camne"..tq abah, sob..sob..sob..

Ni kat CC, tengah stress call sana sini..



Malam tu dalam kul 11, balik penang..dan sampai penang pukul 8pagi..sebabnya dua-dua tido keletihan dalam kereta kat R&R..nasib tak kena tangkap basah kan..haha

Pagi tu aku memang tak masuk keje, sebab tengahari nak g langkawi utk conference..

Dengan tak cukup tido, drive sorang-sorang g kedah, naik feri g langkawi...tp dalam feri, dok pulun tido la..hahaha

Sampai petang gak, ali amik antar ke kondo..tak sempat rehat, kena g meeting kat hotel sampai la tengah malam..lupe lak jadi AJK..tapi balik tak terus tdo, sebab slide presentation tak buat lagi..stay up la sampai kul 3pg..sedihnye la kn





Aku mintak tukar present hari selasa, sebab pagi-pagi rabu nak chow balik..masa ni dah asyik ingatkan diri.."sabar, sikit je lagi ye"..



Sampai penang, amik barang kat umah, amik ira, g amik baju pengantin kat butik..dan kul 4ptg, berdesup balik JB..nasib ira ada teman nak borak, sebab sedar-sedar dah sampai JB kul 11malam..perrghh, sangat la sakit badan, bila urut berbunyi-bunyi urat belakang badan ni..sob..sob..

Khamis pagi tu..mula la keje lain..tapi sangat bersyukur ada family dan sedara mara tolong..mane sempat nak buat tanpa mereka dalam masa 2 minggu..balik tengok hantaran dah siap, barang-barang sume dah beli, daku tinggal siapkan barang sendiri je..dan thanks gak pada ira, takde dia rasanya lagi stress kot aku kawen mase tuh..haha

Sangat panjang entry ni..tetiba rasa nak cerita cabaran dan dugaan kami menjelang hari perkahwinan..setiap orang ada dugaan dan masalah masing-masing..tapi kami bersyukur sebab hanya mengalaminya 2 minggu banding dengan orang lain, maybe bertahun or berbulan-bulan..=)

Lepas tu kami honeymoon di Kuantan...








Happy 5th month anniversary suamiku Matzaini.. 

LOve u manyak-manyak, ketat-ketat, kuat-kuat, penuh-penuh..=)





P/S: balik kampung...woooo...balik kampung...





Wednesday, April 25

paksa diri


Oh..tiba-tiba rasa masa dah tak banyak nak update blog..tapi otak tak tenang selagi tak 'membebel' kat blog..

Sekarang daku sedang mengalami sindrom "mata dan badan suruh tido, tapi otak kata JANGAN"..

Macam malam tadi dah ngantuk sangat, terus tutup laptop baring nak tido..tapi bila baring, rasa tak tenang fikir keje, mata terus segar semula..tapi bila daku buka laptop dan journal semula, mata jadi ngantuk semula..ehhh ko kan, bila buka, mata dah nak tertutup pulak kan..

Last-last daku terus baring sambil membiarkan laptop terbuka di sebelah..dan hasilnya..tertido hingga pagi..hahaha..gile punya mind set, kene buka laptop ngadap keje baru tenang tido..dan kalau tutup, rasa macam keje tak berjalan..haha

Takpe, daku kena paksa diri untuk 2 bulan ni, masa ni je student cuti dan ada masa nak writing..
naik bulan 6 nanti bila dah start kelas, jangan la harap nak ngadap thesis ni..

Lagi-lagi sem depan jam ngajar naik dari 16 ke 24, mr.bie lagi 27jam..bila daku tengok jadual sendiri yang daku buat sendiri *yang sangat bersyukur menjadi ajk jadual waktu bole atur masa sendiri*, sangat la ngeri..tak tau nak salahkan diri sendiri ke tak sebab ambil kelas part time utk sem depan..

Bak kata my ketua bidang "takpe, muda lagi bole buat part time, macam akak dah tak sanggup dah"..errkkk, saya pun bukan muda lagi..hehe..tapi sebab fikir duit lebih dan kami bercita-cita nak kumpul duit utk mengerjakan umrah..=)

Ok2 cukup puas hati..mari sambung kerja..hehe




P/S: student dok msg tanya result, ni la masa nk psycho mereka..hehe


Monday, April 23

jalan-jalan


Hasil paksaan keluar dari umah..



Dia merupakan seorang suami yang tak bole nampak bini dia terperuk je kat umah..abang bolat..




Before kuar ni hujan..daku pun apa lagi, kunun baring-baring manja..tup terlelap, pastu kena kejut.."jom makan cendol ngn abc kt pasar malam, pastu round penang"..bunyi macam nak ke pulau je kan..

Huh..dah jadi habit, setiap hujung minggu petang mesti round penang dengan motor..bukan g masuk mall ke apa, tapi masuk kampung dan sawah je setakat ni..i like..





Itu kami...bayang-bayang di dalam sawah...hehe



Tapi tempat yang kami masuk kali ni banyak serangga aggas rasenye..aku relax je kat belakang sebab tak kena..orang depan la..haha




Masa nak balik..SubhanAllah, sangat cantek..=)



Next wekends kami nak balik JB...insyaAllah nak tengok scene camni kat Tanjung Piai..=)




Friday, April 20

Cameron Highlands: Time Tunnel


Mari bersambung cite tentang 'pengembaraan' kami ke CH..hehe..

Lepas check in, rehat sikit-sikit, kami bergegas keluar cari tempat nak g..sebab before g ni, aku dah dok google cari tempat menarik nak dituju, siap print out berhelai-helai lagi..at least ada tujuan, kalau macam dulu datang, dengan tak tau apa-apa, tempat mana yang best, sangat la merugikan masa..

Time tunnel ni terletak kat tepi jalan dekat dengan Pekan Brinchang je..kalau otw naik dari simpang pulai ke atas, boleh je nampak kat tepi jalan, tak yah belok mana-mana.



Tiket masuk untuk dewasa RM5, kanak-kanak RM3..



Siap dapat buku ni percuma lagi..buku yang sangat membantu..macam-macam map ada


Dalam 'research' saya hanya catat tempat-tempat yang di'recommend' orang berdasarkan pengalaman blog-blog orang lain, jadi buku ni tunjuk jalan nak tuju ke tempat yang daku dah aim..hehe

Entrance...pakai selipar je ko ye..



Muar mari...hehe



Yeahh..kami dah sampai..



Advantages untuk kami sebab pergi petang jumaat, ada la dalam 2-3 orang dalam tuh..sangat aman..

Banyak giler barang-barang dalam ni..layan gambar je la ek.. 













































Banyak sangat gambar dan barang..

Memang sangat nostalgia..dalam buku catat lebih dari 1000 artifak yang dipamerkan, daku pun tak kire masa tu, banyak sangat..

Dan lebih dari 25000 pelawat yang dah datang tempat ni..ok, yang ni daku percaya sebab kat CH, ni salah satu tempat yang lain dari lain..yelah, yang lain-lain tunjuk pokok kaktus, lebah, sayur, strawberry..kat time tunnel ada pelbagai benda yang boleh mengimbau masa lampau

Jujur, bila dalam ni..daku lebih teringat pada parents..terbayang kes guling-guling, sembunyi balik almari, nangis tak henti, muncung taknak makan bila tak dapat barang mainan yang daku nak..sungguh mengimbau zaman kecil-kecil dulu..oh miss them..terus ajak mr.bie balik JB hujung bulan ni, tapi naik bas je la, tak larat nak drive 8 jam...=)

Oh ye..lepas g sini, bole menjamu selera di cafe time tunnel dan dapat 20% diskaun pada hari yang sama..bangunan dia banyak made in kayu..



Kami tak makan pun sebab nak g dating kat sini..=)



Apa yang bole kata, semua tempat kat CH ni tutup awal gak dalam 5-6pm..so kena rushing la ye..




P/S: demi balik kg, saya dah janji kat mr.bie nak siapkan beberapa chapter weekends ni...(-_________-)




Thursday, April 19

Battleship..

Sebenarnya dah lama tengok cite ni..last week malam sebelum cuti pertabalan agong, yang esoknya ada tsunami kat Acheh...dah lama tapi gatai nak story gak..hehe


Punye la lama dok aim movie ni, bila check movie online, nampak keluar je terus call mr.bie ajak tengok malam tu gak..hehe..dah tak kira dah tayangan kul berapa, asal dapat tengok..

Sekali nah ko..keluar panggung nak dekat kul 2.30am..punya syok tengok, tak sedar masa berlalu 2 jam..cuba ko writing depan laptop, dapat setengah jam kusyuk memang salute la..

Cerita ni patut keluar 12hb, cmne leh ada tayangan tengah malam tu, daku sendiri tak tau..hehe..tapi memang recommend sape yang nak g tengok..

Daku siap bole borak-borak ngn puteri lagi suruh dia g tengok, puan tu pun kaki wayang gak..siap dapat msg dari dia.."battleship best"..i told u rite..hehe



Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.
Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones adalah adik kepada Stone Hopper (lakonan Alexander Skarsgard), StoneHopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Alex Hopper telah jatuh hati kepada Samantha Shane (lakonan Brooklyn Decker) yang juga merupakan anak kepada Vice Admiral Shane (lakonan Liam Neeson).
Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut.
Hinggalah pada satu keadaan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan budak-budak NAVY itu tadi. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.





Komen daku..

Overall memang sangat awesome...hero ni sama dengan hero movie John Carter, tapi cerita tu tak banyak aksi yang menggetar jiwa, maybe b4 tengok harapan terlalu tinggi kot..

Awal-awal tengok hero dia, terus berkata dalam hati.."ala, tak hensem la pulak hero dia"..sekali dia dah potong rambut..."fulamak hensem bangat"...

Cuma waktu kapal abang dia nak dibom, reaksi muka hero ni macam ada yang tak kena..at least ko jerit la "noooooooooo" sambil hulur tangan ke arah abang ko ke...hehe..ni tengok macam takde perasaan, dah la abang ko berkorban nak selamatkan ko..nilai kekeluargaan kena tunjuk kuat sikit..

Tak berapa faham kenapa perlu bagi isyarat kat planet unknown, presiden dia pun mengong g ikut cakap professor mongoks tu..nasib aliens yang datang bukan jenis makan orang macam dalam movie-movie sebelum ni..cuma main tembak-tembak je..

Yang lain-lain sangat best, aksi mengancam, jalan cerita terbaik, cuma kalau bole tukar heroin yang glamer skit..hahaha...

Menatang bawah ni sangat bahaya, once dah kena kapal, terjun selamatkan diri je la..



Kali ni i like u rihanna..ko acting bukan macam dalam video klip, yang jenis lenggok-lenggok seksi macam nak kena pelempang sebijik..keep it up bebeh..macam la dia bace komen teman ni kan..hehe




Ok..sekian review dari orang yang tak bertauliah ni..

Next movie adalah my way, cerita perang dari korea..lepas kawen ni, tak minat sangat nak tengok cite cintan-cintan, suka yang action..auwww...


P/S: kalau bole nak tengok sekali lagi.....