Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label mAkAn-makan. Show all posts
Showing posts with label mAkAn-makan. Show all posts

Wednesday, April 10

Brunch


Ini adalah breakfast + lunch saya.. ikan kari, kerang sambal, ikan bilis.. sambal wajib..


Otw masuk kampus, singgah gerai tapau.. ni kes bagi orang yang malas nak keluar tengahari..

Disertakan sekali bersama secawan madu suam.. nak minum nes, tapi macam takut lak..hehe



Selamat menjamu selera..  

Hopefully tak ngantuk la lepas makan ni..=)



Sunday, March 24

Sup Power Padang Jawa


Fuhh..dah lama tak makan kat sini..tempat ni legend di hati ku..=)



Kelmarin alang-alang dah sampai shah alam, siap je keje kat kampus dalam 6 petang lebih singgah sini.. as expected, jemmmmmm..

Ikutkan mr.bie memang tak nak pergi, rela lagi tuju ke PAS atau PKNS..but, i nak sangat makan sup power, terus buat muka kesian..haha

Maka sampai la kami..banyak perubahan banding dengan sebelum ni..



Tapi yang penting..rasa dia maintain sama..sedaaaaapp sangat..Sup daging + nasi putih + telur masin + sambal belacan +sambal kicap..aduii, terus rasa terliuq..


 Sambal belacan dia memang tak tahan kepedasan, tapi macam biasa still minta extra..hihi

Cuma tak tahan sikit kat sini.. ko akan dapat lambat dari orang yang sampai lambat...paham??

Insya'Allah Jumaat depan akan turun Shah Alam lagi...

"bie plezzzzz, nak lagi"..hehe





P/S: ponteng jaga booth pagi ni, tidur lambat terus sakit kepala nak bangun, minta mr.bie ganti..hehe


Monday, February 18

Ahad untuk jalan-jalan


Ahad adalah hari untuk berjalan-jalan di luar..

Tengah hari terus tuju ke Gurney..kekonon nak cari novel Hingga Hujung Nyawa, tapi takde juga..

Lastly, pergi makan kat Seoul Garden..hah, kat sini confirm berjam, sebab nak kasi berbaloi..hehe



Dah habis makan, ingat nak tengok movie Husin, Mon dan Jin pakai toncit, tapi takde tayangan pula kat wayang gurney ni..terus la balik ke seberang semula

Dan tuju ke Hasani untuk menghabiskan baucer buku..hihi

Hasil tangkapan kami..total dalam bakul ni bernilai RM250, then bila bayar dapat baucer Hasani RM50, tambah lagi beli sebuah buku dan beberapa batang pen.



Aku pilih kejap je, cik abg ni memang ambil masa sikit..rambang mata gitu, banyak sangat buku keagamaan kat Hasani ni.



Banyak-banyak buku...yang ni paling aku suka, siap bawa ke opis pagi ni, murah je RM12...=)


Kadang-kadang bila dah banyak sangat kerja, tapi tak jalan, takde mood nak buat..kena ada "sesuatu" untuk mendorong diri..=)

Habis baucer, pergi ke Jusco untuk menonton.

Tapi masa beli, lambat lagi nak tunggu movie start, terus balik rumah dulu..lepas maghrib baru keluar semula dengan hajat hati nak merempit, tapi hujan..muahaha

poster-filem-hantu-kak-limah-2


Ok la cerita dia, memang sebelum tengok review kebanyakkan  kata tak selawak Hantu Kak Limah dulu..tapi ok la untuk buat gelak.

Sampai rumah nak dekat kul 11 malam, lepas tu baru sibuk nak iron baju bagai kan..seharian tak lekat kat rumah..hehe

Hari ini Isnin..moga tiada Monday Blues untuk aku...=)




P/S: saya suka kerja saya...=)

Wednesday, February 6

Coklat


Lately ni asyik nak makan coklat je, benda-benda manis..even keluar lunch, mesti akan beli something nak makan dalam kereta..waffle ke, kek ke..janji manis

Mula-mula rasa macam normal, tetapi tetiba teringat entry by Puan Saliana

"kalo kita craving menda manis2 means kita kurang minerals macam chromium, carbon, phosphorus, sulfur, etc...tapi kalo kita craving coklat means kita kurang vitamin B and magnesium."

Bila aku kumpulkan balik coklat yang ada di opis ketika ini..


Ohh no no..saya punya kah itu??

Kinder Bueno dan kisses, bekas opismate beli kan last week masa cuti kat Langkawi..Snickers beli sendiri masa promotion 2 RM5, siap percuma small bar lagi..Cadbury dan Mars, ngorat hubby minta beli masa shopping barang rumah..Ferrero Rocher dapat dari hubby, bila ngadu dia dah tak romantik lagi..haha 

Rasanya lepas habis semua ni..Puan Fazira akan cakap aku kurus lagi tak..hehe

Vit B complex hari-hari aku makan, means kekurangan Magnesium le ni..hihi..




P/S: kalau tak habis, nak bawa makan dalam kereta otw balik kg nanti..=)

Psyllium Husks


Ok, just nak share produk baru yang i amik..Pysillium Husks



Cara nak minum..i tambah 1/2 sudu dengan jus..kebetulan masa tu, ada 2 botol Twister dalam peti ais..



Benda ni sesuai untuk aku yang susah nak "membuang"..rasanya nak dekat setahun dah tak makan merit, sekarang nak kasi keluar secara sopan..hehe

Tapi ikut kerajinan juga, bukan hari-hari minum pun..huhu

Apa itu Pysillium Husks

Psyllium dikenali dengan nama saintifik PLANTA OVATA atau PLANTAGO PSYLLIUM L. Biji benihnya yang halus berisi lendir. Apabila dicampur dengan air ia menjadi kembang dan besar 14 kali kandungan airnya. Dalam keadaan begini ia kelihatan seperti gel (agar-agar). Sejak zaman purbakala lagi, biji benih Psyllium telah digunakan sebagai julap yang amat berkesan.




1. Sejenis serat yang dhasilkan dari biji Plantgo Ovata yang boleh dijumpai di Eropah dan Afrika Utara
2. Bertindak sebagai berus usus. Ianya berfungsi bagi membersih dan menanggalkan kekotoran di sepanjang perut, usus kecil dan usus besar.
3. Bertindak sebagai prebiotik dalam saluran usus dan seterusnya membantu menyihatkan usus besar (kolon). Kolon yang sihat adalah kunci pertahanan bagi melawan patogen yang masuk ke dalam tubuh.
4. Membantu menurunkan berat badan.
5. Membantu menurunkan kolesterol LDL (kolestrol tidak baik).
6. Membantu mencegah batu hempedu yang berpunca daripada proses penghadaman yang tidak lancar.
7. Membantu mencegah sembelit.

TETAPI...

kena minum air yang banyak, sebab psyllium husk ni cepat mengembang, takut terlekat kat usus..






P/S: rasanya boleh kurus tak lepas ni..hehe


Friday, February 1

Tukar cara pemakanan


Pada selasa malam, hubby baru balik terus berkata...

"lepas ni bie tak nak makan malam, nak diet"

i terus errrkkkkk..biar betul ni, mimpikah i

Tapi bila esoknya dia bawa balik seplastik besar makanan, maka i pun akur..hehe

Malam nak makan ni je..
*abaikan minyak mazola botol kuning dan periuk minyak ituh*


Before ni balik kerja je terus masak, makan mesti before maghrib..start kelmarin tak masak macam janggal pulak..huhu

Buat dia senang je..potong dadu apricot kering, then campur semua sekali dalam mangkuk..




Tuang susu..siapppp



Pagi tadi before pergi kerja minta lagi..nasib la kejap je buat dia, main campak-campak je, siap breakfast pagi hubby..

Dulu pagi mesti singgah gerai makcik kat tepi jalan, nasi lemak, mee goreng, murtabak, kuih muih..sekarang kalau singgah, beli untuk aku je kot, sebab aku tak diet..haha

Tapi untuk aku ada gak..koko krunch...oat kureng skit..



Oh..i like..selalu layan 2 mangkuk kecil tu  



Tak tau nak cakap suka atau tidak bila tak perlu masak..sebab kadang-kadang masak tu terapi stress aku bila balik..nak masak pagi-pagi subuh, idok la serajin tu..

Tak pela, wikens ada..=)

Dan paling penting...

Akhirnya alat senaman yang dah berbulan beli ada rumah tu akan digunakan selepas ini..chayookk baby..hehe





P/S: belum dapat seru nak diet..hehe

Wednesday, January 30

late supper


Kejadian isnin tengah malam dalam kul 12..

"ayg lapar tak"

"lapar gak"

"jom McD"

Terus lompat katil, siap-siap kul 12.20 terus keluar..

Rasa macam dah lama giler tak makan McD, sejak dari boikot Gaza aritu, tapi malam tu tak tau kenapa terus setuju nak pergi..kepala terbayang bubur dia je sebenarnya

Kami perempit tegar...



Tapi sampai-sampai je bubur habis..sedih den..lastly makan twister fries ni je, cicah dengan sos + black pepper banyak-banyak..errr dan gigit sikit-sikit burger hubby, tu pun sebab dia paksa makan..hahaha..alasan sungguh



Ada orang tengah check burger dia..order dan bayar untuk Double Quarter Pounder, tapi dapat yang biasa je..wajib pergi kaunter tukar..



Maka jangan la ditanya kenapa kami semakin bulat ye..




Gambar i tak mau ambil..nak cover lepas makan..hehe

Sampai rumah dalam 1 lebih, tak terus tidur, kasi hadam dulu makanan..dah pukul 2 baru gelabah nak tidur sebab esok kerja dan kelas pagi kul 8..




P/S: Mau kek SR..




Saturday, January 26

heavy breakfast


Malam tadi balik dari jaga test students, tanya hubby.."esok nak makan apa"

"Spageti carbonara"

Ohoii..tak pernah den buat spageti putih ni, before ni bolognese je..

Takpe, main redah je la..habis makan steamboat kat syaz, cari daging kat kedai tapi kebanyakkan tutup sebab hampir tengah malam, esok pagi hubby keluar pagi-pagi cari baru jumpa..

Seawal kul 9.30 pagi, dah siap terhidang atas meja..


Carbonara ni memang cepat muak, aku makan sepinggan je..bfast spageti?..masih tak on kat tekak lagi, tapi layan je la..

Spageti ni cepat kenyang, cepat lapar..so tengahari layan roti sesorang lak..hubby ke campus, i buat kerja kat umah je..errr, plus tidur..baca journal 2 pages, tidur yang selebihnya..hahaha



Sebenarnya, kalau hubby minta spageti, aku memang happy sangat..sebab?..sekali masak je tahan sampai malam..dasar isteri yang rajin kan..hehe

Petang hubby balik dari campus, baru keluar jalan-jalan lagi..dan sempat singgah pasar malam, i wajib pekena nasi, dapat la beli nasi kerabu..lately ni perut sakit macam kena gastrik zaman diet-diet dulu..tapi tak diet hokey..hehe

Ok..wish me luck untuk writing malam ni..

Perut tengah penuh dengan nasi kerabu + spageti sepinggan..hopefully tak ngantuk sakan la ye..

Happy writing...=)





P/S: pagi esok nak bagi bfast coco crunch je..bole tak rasanya??

Tuesday, January 22

first time makan durian crepe


Fuhh..kali ni tajuk kasi panjang sikit..hehe

Demam durian crepe ni dah lama beno, tapi kami suami isteri ahad lepas baru first time dapat makan, tu pon sebab terjumpa kiosk jual durian crepe ni dekat Tesco..

Mula-mula hanya singgah dan emmmmm shj

Balik dari beli barang mr.bie tersinggah lama sikit dan terus agreed nak beli

Tadaaa...tak sempat nak snap, org depan i dah ngap sebiji dulu



Inti dalam macam ni...aku tak pernah makan before ni, so tak tau sama ada creme dia tebal sangat atau tidak



"Sedap bie?"..."rasa durian"..

Rasa macam nak geget kat situ gak kan dengar jawapannya..hihi



Aku makan dua biji je, selebihnya abe ini tamatkan..

Rasanya mahal tak, 6 biji saiz kecil kat atas tu harga RM12..selalu aku nampak kat FB, size gumuk-gumuk 6 biji RM10..

Tapi fikir +ve...kat Penang ni susah nak dapat.

Lepas tu masing-masing sendawa durian sepanjang dalam kereta, ingat kan rasa durian tu kurang bila di alter..hehe






P/S: ngantuk tapi soalan test tak siap lagi..huhu







Wednesday, December 5

supper time..


Pukul 10 malam, saat hubby masuk rumah..

"yang, masak spageti"

Mula-mula macam..ermmmmm

Lepas kali kedua bersuara...

"yang, tak nak masak spageti?"

Huhu..betul-betul nak le tuh..sampaikan bagitau mushroom habis pun sanggup keluar semula ke kedai

Maka malam-malam gigih la ke dapur memotong bagai..

Nasib hubby rajin tolong basuh-basuh..hehe



Hasil pukul 11 malam...lepas tu berat naik pandai ko komplen kan..lepas tu kul 12 masuk bilik pengsan..



Disebabkan masak sekuali..esok pagi-pagi b4 pergi kerja, gigih siapkan bekal nak bawa, tapi sebab hubby kelas awal 8am, dia gerak dulu meninggalkan daku keseorangan di rumah..sob..sob..

Tunggu dia habus kelas kul 10 baru makan..

Beg macam nak piknik, siap dengan pinggan sudu bagai..hihi



Masa untuk makan...kenyangnya masih terasa sampai sekarang..



Alhamdulillah..makan berkali tapi tak muak..maybe sedap kot..hahaha





P/S: tutti frutti...nyum..nyum..

Monday, September 24

hasil tangkapan


Tetiba gatai nak tunjuk gambar makanan dlm blog kan...

Kali ni lain sikit..ikan dibawa khas oleh matzaini..dia pancing, dia siang, dia buang isi ikan..aku tinggal masak je..hehe

Dulu awal-awal kahwin, memang tak gemor laki i kuar wiken..nak bkepit je rase..dah lama-lama, dia pun dah pasangkan intenet, beli tv baru, pasang astro, aircond..bila dia cakap nak pergi mancing..daku terus jawab.."emmm, pergi la"..on the spot jawab tau, takde fikir-fikir dah..hahaha

Dia kuar je, daku terus letak tilam depan tv...layan cite hindustan sorang-sorang..tapi kalo laki ada, lagi syook woo...hehe

Bila petang bawa balik ikan..tapi kecik-kecik je..ok la kan..requested nak ikan duri masak asam pedas..

See..see...merah menyala gitu



Nape kuah asam pedas pekat?..sebab hubby sangat la suka serba kepekatan ni..kari, asam pedas, sambal tumis, lemak cilik padi, mee goreng etc..dengan air kopi pun same la..sy hanya menurut perintah..hehe

Eh...tak lengkap takde sayur..kailan ikan masin..errr, abaikan rupe dia..janji ade rasa ikan masin..hahaha




Petang kunun-kunun nak ajak hubby kuar..sebab tetiba teringin nak minum ice blended je..tapi bila teringat beli ubi keledek kat pasar malam, terus cancel..

Nak dekat sejam lebeh kot fokus buat kuih keria ni..errr, abaikan rupa gula tuh..nak makan baru la ketuk-ketuk buang gula..i tak reti nak bagi gula tu sikit & smooth je..




Pagi ni hantar adik ipar ke airport, dan paling tragis..bole salah tengok tarikh..rupanya semalam bukan pagi ni...dah kesian kena beli tiket baru utk petang ni...emmmm..jadikan pengajaran utk aku gak


Sekian laporan..=)





P/S: ikan kecik lain nak masak pe ek...goreng je la kot..




Sunday, July 8

Puncak Mutiara Cafe


Malam tadi memang sadis...semata-mata nk makan ikan bakar, berpusing hampir 3 jam kat pulau cari tempat makan je..huhu

Lastly balik semula ke permatang pauh makan kat Puncak Mutiara Cafe kat Penanti..hehe

Nasib sempat catch up movie tengah malam..ice age 4...lawak giler..

Yang ni kali kedua makan kat sini..main menu daging kambing, sebab owner ni ada ladang bela kambing..otw nak ke cafe ni pun dah bole bau kambing, hehe..



Tempat ni memang terpencil, kalau opismate tak kenalkan, memang takkan tau la..otw nak ke sini memang kena lalu jalan kecil rumah kampung, hujung jalan baru jumpa...

Tempat makan kami, dulu pilih sebelah dengan kolam..kali ni malas nk menapak kebelakang, pilih depan-depan je..




Pada aku memang cantek kawasan ni...tenang damai dan sesuai kalau nak buat event macam bezday ke..sebab tetiba keluar lagu bezday..haha




Kawasan dia memang besar...



Makanan yang sampai dan habis awal...bila tanya waiter tu, daging kambing masak apa yang special..daging kambing masala, pada hubby sedap, pada aku macam makan kat kenduri kawen je..



Eeerrr, nampak burung puyuh tu, comel je posing..tang posing tu yang mahal, seekor RM5..hehe




Ikan pari bakar..pelik kan, patut ada sampal atas dia..



Ohhh..gambar sangat tak cantek, kawasan dah lawa dah...semua tu total RM61.50, plus dengan ABC yang besar giler.. 



Overall, makanan dia takde la sedap sangat..sedap lagi kat BM tomyam..cuma kredit pada suasana tempat dia je..

Lepas tu terus berkejar ke Jusco..movie time..

Ok, mau pergi beli barang..hubby dah asyik sebut..ikan stim..ikan stim..ikan stim...hehe





P/S: minggu ni internet sangat teruk...lagi banyak takleh connect dari boleh, lagi-lagi malam...mencik


Thursday, July 5

Seberang jambatan pulau pinang


Apa yang buat daku suka kat pulau...


Semestinya makanan di sana
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Queensbay Mall...

Backerei..yang ni suke giler, sebab tengah jakun makan kan...hahaha



Strudel dia memang terbaik..setiap kali datang memang terus beli 10 biji..bole simpan dalam icebox, then bila nak makan panaskan dulu dalam oven...hasilnye, coklat kat dalam tu melting menjadi yang amat sedap dan lembut..



Jeli yang pelbagai jenis dan rasa...yang syiok kat sini, bole cuba semua jenis dengan percuma..daku kalau datang, cuba rasa banyak-banyak dulu, then baru beli 1 or 2 jenis je..hehe




Padang Kota....

Yang ni memang feveret, sotong kangkung...sepinggan sorang je makan, hubby tak suka sangat..



Kerang bakar ni dia suka la..kopek semua dia yang buat, daku tinggal ngap..



Pasembur.. suka gak makan, tapi sikit-sikit je, sebab cepat muak..




Motif letak gambar makanan...

Sebab sedang mengalami kelaparan..perut bunyi berkeriukk je..pagi tadi gap takde kelas sejam sempat makan roti bakar dengan telur separuh masak je..lepas tu petang lapar balik..hehe

Dan sebab lain...hubby ajak pergi pulau lepas balik keje nanti...oh, terus terbayang-bayang makanan yang enak-enak...

Nasib dia ajak harini, kalau tak esok mau macam minggu lepas, pergi pulau sorang-sorang time orang solat jumaat cari strudel...huhu




P/S: lambat nya tunggu hubby habis kelas kul 6....masa terasa lambat berlalu..dan tak sabar nak tengok WARIS malam ni...

Tuesday, July 3

coffee bean


Hari ini kelas sangat penuh...gap sejam je ni, sebelum sambung semula kul 2 sampai 5 nanti..

Sempat lagi update blog, letih berbicara dalam kelas, nak luahkan dalam blog pulak..hehe

Semalam, masa balik keje, tanya hubby nak pergi mana..hubby kata.."jom dapatkan yang ayg teringin-ingin kat blog tu"...eehhh..org cakap je..hehe

Memandangkan balik kul 6, punya la jem nak ke autocity tuh..sebab kat situ je ada coffee bean..

Bila dah sampai...fuuuhhh, rambang mata dengan kek..

Tapi stick pada 'teringin-ingin' tuh..hehe



Abang bolat..style dia dah berubah sejak-menjak ni...nak ikut mentor kat shah alam katanya..haha



Ni makanan orang diet ni..



Errr...tak cantik tau dia potong..tak nampak gebu..



Yang masa makan hari ahad malam lagi cantik..eh, makan je la kan, bising je lebih..ok, 2 hari berturut layan cheese cake..so, no wonder berat naik berkilo-kilo kan..



Tq hubby...lap u much-much-much-much...more-more-more-more..ehhh..






P/S: Badan letih....