Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Apabila datangnya Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mengapa walaupun syaitan dirantai pada bulan Ramadan, tapi kita masih menyaksikan orang yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan, tempat2 maksiat masih dibuka dan sebagainya??..
Ini kerana, sebelum bercuti dan dirantai, syaitan telah menggunakan sepenuhnya 11 bulan sebelum Ramadan untuk menerapkan segala sifat mazmumah dalam diri anak Adam kerana syaitan takkan bersama anak Adam sepanjang Ramadan.
Dipasaknya kukuh sifat2 buruk, kelakuan dan perbuatan yang bertentangan dengan syariat, seterusnya memujuk manusia agar terus mengerjakan larangan Allah. Bersungguh2 si syaitan menyeru manusia kepada mungkar dan menjauhkan manusia daripada makruf.
Oleh itu, apa kata sementara syaitan bercuti, kita giatkan kembali anggota badan melakukan ketaatan kepada Allah sama ada yang wajib ataupun sunat. Yang wajib dilakukan dengan ikhlas dan penuh penghayatan. Amalan sunat pun sama, malah ditambah dengan sukarela. Dengan ini semoga noda hati yang dituai ketika syaitan bebas menggoda anak Adam dapat dicuci kembali.
P/S: semoga terus diberi kekuatan dan semangat utk terus menunaikan solat tarawih pada malam esok dan seterusnya..amin..=)
1 comment:
Amin ya Rabb... :)
Post a Comment