Sabda Rasulullah s.a.w.:
Apabila seseorang daripada kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia adalah suci." (Riwayat al-Tirmizi no. 594)
Saranan Rasulullah s.a.w. sgt bertepatan kerana terbukti secara saintifik bahawa kurma membekalkan sumber tenaga segera kepada manusia, bahkan mengawal pemakanan agar tidak berlebihan kerana rasa letih dan kelaparan sudah berkurang dengan ketara.
Kebaikan buah kurma:
Protein 23 jenis asid amino:
- Glukosa - mudah dihadam dengan pantas dan masuk ke sel-sel otak, hati, darah, sistem saraf, sistem otot dan semua jaringan yang lain (tenaga manusia dapat dikembalikan dengan segera apabila memakannya).
- Kadar gula yang tinggi dlm bentuk glukosa dan fruktosa (Boleh kurangkan manis dalam makanan lain).
- Florin & kalsium - mineral yg sangat baik utk kesihatan gigi.
- Magnesium - mampu mencegah penyakit kanser.
- Lemak, vitamin A, B2, C, serta beberapa mineral penting iaitu kalsium, potassium, fosforus, magnesium, sodium natrium dan florin.
Khasiat kepada ibu mengandung:
- Vitamin B6, asid folik, kalium & magnesium - memantapkan jantung dan peredaran darah.
- Kalsium - berfaedah utk tulang dan gigi bayi didalam kandungan.
- Memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.
Keberkatan (tahnik):
- Rasulullah s.a.w. menggosokkan buah kurma lembut yang telah dikunyah oleh baginda di lelangit bayi yang baru dilahirkan lalu menggerakkannya di dalam mulut bayi tersebut (Masyarakat melayu - istilah "belah mulut").
gambar: google
Keperibadian:
- Membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :
"berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
- Kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran.
Source: solusi
P/S: kurma pilihan saya, kurma mariami..Semoga terus diberi kekuatan dan semangat utk terus menunaikan solat tarawih pada malam esok dan seterusnya..amin..=)
No comments:
Post a Comment