Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud: "Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:
Bonus 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah
Bonus 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
Bonus 3
Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan di dunia dan akhirat).
Bonus 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.
Bonus 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempunakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)
Source: Solusi
No comments:
Post a Comment