Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 10

Mengapa Sayu dan Syahdu?


Alhamdulillah..
Arini dah masuk hari ke-10 berpuasa..dan malam ni merupakan solat tarawih malam ke-11
Next entry nanti sy kongsi kelebihan2 solat tarawih ye..

Sekarang ni sy nak kongsi sikit cerita yg di ambil dari majalah solusi..sangat terkesan dihati..=)



"Aku begitu terharu ni.." kata seorang lelaki, kenalan rapat saya ketika sama-sama meletakkan kasut di pinggir masjid sebelum kami masuk ke ruang solat. 

"Mengapa?"

"Apabila terdengar takbir sahaja, aku teringatkan kampung halaman. Sayu..."

"Takbir raya ini kita membesarkan Allah. Takbir itu ucapan Allahuakbar. Ertinya Allah Maha Besar."

"Eh, kau ni mesti nak tegur aku saja, Cakaplah terus terang. Aku tak marah..hari ni kan hari raya."

Saya senyum. Dia faham saya dan saya pun sangat memahami watak kelakarnya. Dia seorang yang tidak mudah ambil hati. Periang.

"Sepatutnya kita ingat Allah. Takbir untuk ingat Allah. Bukan teringat kampung halaman.."

"Ya tak ya juga. Tapi takbir kita sayu sangat.."

"Biasalah takbir orang melayu, memang begitu. Tak salah, sama ada sayu ataupun semangat, tapi rohnya mesti sama. Takbir untuk membesarkan Allah."

"Aku pernah dengar takbir hari raya ini berasal daripada takbir kemenangan tentera Islam mengalahkan tentera Musyrikin dalam perang Ahzab atau Khandak."

"Betullah tu. Kita seharusnya bersemangat, apabila Islam menang pasti Allah dibesarkan. Itulah sebabnya kita bertakbir. Kita pun kini berperang dengan hawa nafsu sepanjang Ramadan. Apabila tiba hari raya, kita bertakbir tanda kemenangan, Kenapa nak sayu-sayu pula?"

"Ah, aku masih dibelenggu adat dan nostalgia! Apabila takbir bergema, teringat kampung, kuih raya..Paling parah ada pula yang teringat 'si dia'...kekasih hatinya."

"Kita mesti buat anjakan paradigma. Hijrahkan minda kita. Hari Raya bukan lagi adat, tetapi ibadat. Hati kita mengingati Allah dan membesarkan-Nya, bukan membesarkan selain dari-Nya."

Allhamdulillah, kami datang awal. Setelah selesai solat Tahiyatul Masjid, kami bertakbir bersama-sama. Semoga hati ini sentiasa terasa kebesaran Allah sehingga timbul daya juang untuk memartabatkan kalimah-Nya. Allahuakbar!



Kisah ni buat sy terfikir, apa yg menyebabkan kita seringkali sedih dan sayu tiap kali menjelang Hari Raya..Renung-renungkan..=)



P/S: Alhamdulillah..Setakat ni tak pernah tak pulang berhari raya dan sentisa berpeluang berkumpul adik-beradik time Hari Raya..=)

No comments: