Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, February 25

tak tau tajuk


Alhamdulillah..semalam before maghrib, kami sampai di Penang..kapal torrrbang nowadays memang jenis merempit kat atas ek, selalu sangat sampai 30-45 minutes earlier..tak sempat nak nak bontot panas, ehhh dah sampai, baru nak fefeeling lebih kan

Now ada di opis, badan tengah sakit-sakit, rasa lemah semacam..ingat lepas kerja nak cari vit tambah tenaga, before tu nak buat research dulu apa yang terbaik.


Hari ini Isnin, pagi-pagi my sv dah call tanya pasal papers dan progress writing, terus kejung badan..hahaha..

Papers saya tidak siap lagi..kat Johor memang tak sempat buat, tak expected my abah akan seteruk tu sampai masuk ICU dan operated..ko tengah tunggu kat luar bilik pun tak akan tenteram la, lagi-lagi nak writing kekononnya..

Ok..ok sudah..banyak kerja nak dibuat, entry diakhiri dengan memperkenalkan my niece nephews ..ni yang latest..Muhammad Firas Ilham..=)






Yang lain-lain yang dah lama "keluar"..hehe





Yang ni kuat nangis..hehe



mata stiiim kena flash..hihi


Ok..cukup..selamat berkerja..=)






P/S: no monday blues..no monday blues..no monday blues












Friday, February 22

Allhamdulillah..

assalammualaikum..

sekarang aku sedang bersiaran langsung dr hosp pakar puteri..

alhamdulillah..lepas my abah operate mlm td, keadaan semakin baik. Dah boleh bangun duduk bercakap dan makan, paling penting kenal orang disekeliling.

insyaAllah esok dah boleh keluar..=)

sekarang i tgh tunggu hubby smpai dr penang, smlm i blk sndri..biarkn hubby settlekn keje kt opis..

esok..boleh la ber"bengkel" dgn senang hati..=)




Thursday, February 21

Dugaan

Pertama...

Pagi-pagi dah dapat berita yang tak menggembirakan..

My abah tak sihat, dari malam tadi tak boleh bangun..malam nak bangun masuk toilet, jatuh dalam tu..lepas tu pagi tadi nak solat subuh bangun, jatuh lagi dalam bilik air sampai dahi luka..

Masuk kerja tak semangat langsung, sampai batal kelas untuk pagi ni.."maaf ye, lect kamu down"..nampak sangat tak professional, tapi aku ni bab family sangat berjiwa sensitif

Pulak semalam aku bagitau esok nak balik Johor sebab ada bengkel kat Pasir Gudang, naik flight and stay hotel yang disediakan..dah mak aku cakap, abah bangun-bangun asyik tanya "dedek bila nak balik"

Ohhh..sedih ok..sebab aku tengok jadual kat sana sangat padat dan takde transport sendiri nak ke sana sini..apa nak buat ni..

Tapi tak kira, aku nak balik Pontian gak jumpa abah..alternatif lain...teksi..teksi..teksi..

Nasib baik abg ngah otw balik nak pujuk abah pergi hospital..mak aku cakap, abg ngah tinggalkan kerja terus balik dari shah alam..lega i, nasib la dia "bos" boleh main tinggal-tinggal..hehe

Oh..lambat lagi nak pindah Johor..akhir tahun ni..


Kedua...

Aku tengah pening writing sekarang ni, tengah susun data..dan planning nak hantar full draft dekat sv..niat nak hantar intention secepatnya seperti my hubby..tapi tup-tup dapat msj dari Ali, my sv nak 2 paper dlm masa 5 hari untuk dihantar ke Icame..

Yehaaa..sempat sangat la kan..dengan pagi esok bengkel pagi sampai petang, then habis tu terus ambil flight terus ke JB, malam dah start bengkel sampai la ke ahad...

Cakap ngan Ali.."mana sempat, bengkel lagi"..

"ala, masa bengkel sambil-sambil boleh taip"

Err...kita tengok nanti adakah aku se'terror' ituhhh..harap-harap iya..doa kan la ye


souce: google



source: google



P/S: i really do love my job..but some days are hard..Dear Allah, please give me strength...Aamiin..=)

Wednesday, February 20

Wordless Wednesday: mai secawan






P/S: Minum hanya apabila mengantuk sudah tiba...

Tuesday, February 19

Berpinar mata





Bila kepala berdenyut-denyut, hati aku sangat senang...kenapa??

Itu menandakan otak sedang digunakan untuk berfikir berat aka writing..hihi

Nampak sangat "malas" sebelum ni..

Moga dipermudahkan segala urusan ku...Aamiin..=)




P/S: jom maghrib sebelum hubby dtg ambil sat g utk balik or merayap..hehe

Motivasi Islam






Sumber: Buku Motivasi Gaya Rasulullah.

Monday, February 18

Ahad untuk jalan-jalan


Ahad adalah hari untuk berjalan-jalan di luar..

Tengah hari terus tuju ke Gurney..kekonon nak cari novel Hingga Hujung Nyawa, tapi takde juga..

Lastly, pergi makan kat Seoul Garden..hah, kat sini confirm berjam, sebab nak kasi berbaloi..hehe



Dah habis makan, ingat nak tengok movie Husin, Mon dan Jin pakai toncit, tapi takde tayangan pula kat wayang gurney ni..terus la balik ke seberang semula

Dan tuju ke Hasani untuk menghabiskan baucer buku..hihi

Hasil tangkapan kami..total dalam bakul ni bernilai RM250, then bila bayar dapat baucer Hasani RM50, tambah lagi beli sebuah buku dan beberapa batang pen.



Aku pilih kejap je, cik abg ni memang ambil masa sikit..rambang mata gitu, banyak sangat buku keagamaan kat Hasani ni.



Banyak-banyak buku...yang ni paling aku suka, siap bawa ke opis pagi ni, murah je RM12...=)


Kadang-kadang bila dah banyak sangat kerja, tapi tak jalan, takde mood nak buat..kena ada "sesuatu" untuk mendorong diri..=)

Habis baucer, pergi ke Jusco untuk menonton.

Tapi masa beli, lambat lagi nak tunggu movie start, terus balik rumah dulu..lepas maghrib baru keluar semula dengan hajat hati nak merempit, tapi hujan..muahaha

poster-filem-hantu-kak-limah-2


Ok la cerita dia, memang sebelum tengok review kebanyakkan  kata tak selawak Hantu Kak Limah dulu..tapi ok la untuk buat gelak.

Sampai rumah nak dekat kul 11 malam, lepas tu baru sibuk nak iron baju bagai kan..seharian tak lekat kat rumah..hehe

Hari ini Isnin..moga tiada Monday Blues untuk aku...=)




P/S: saya suka kerja saya...=)

Friday, February 15

keadaan sekarang


Ini adalah aku ketika ini...gggrrrrrrrrrr






Wednesday, February 13

short update


Saya sekarang sudah berada di Penang..

Aku tak ambil cuti extra sangat, jumaat sampai selasa, rabu kerja..lagipun, jumaat & sabtu ada bengkel..emmm

Jenuh gak semalam, hampir 10 jam dari Pontian ke Permatang Pauh..menempuh jam yang agak ganaz di area Rembau, Seremban..tapi Alhamdulillah dari Nilai dah start lancar..=)

Lepas tu otw ke Penang, jalan sebelah menuju ke KL pula jam, lebih-lebih lagi area Ipoh..ehh, dah macam pengulas traffic pulak..hihi..

Ok..ok..saja nak update sebelum thumb print pukul 5, nak keluar jejalan ngan hubby..


Thursday, February 7

Esok sudah mula cuti


Yihaaa..nak balik kg esok..tapi singgah shah alam dulu, ada kerja mau di settle kan..

Rindu sama ini budak-budak..









Selalu anak-anak sedara datang dekat..."muksu, nak mainan nak jajan"..

Lepas tu mesti penuh 1 kereta dengan budak-budak..pantang muksu, puksu dia start enjin..menderu datang nak ikut punya..hehe

Kami mesti bawak ke market yang besar-besar, senang yang kecil-kecil angkut masuk dalam troli..baby selalu mr.bie dukung..hehe

Balik ni aku dah boleh agak apa diorang minta..=)

Wednesday, February 6

Coklat


Lately ni asyik nak makan coklat je, benda-benda manis..even keluar lunch, mesti akan beli something nak makan dalam kereta..waffle ke, kek ke..janji manis

Mula-mula rasa macam normal, tetapi tetiba teringat entry by Puan Saliana

"kalo kita craving menda manis2 means kita kurang minerals macam chromium, carbon, phosphorus, sulfur, etc...tapi kalo kita craving coklat means kita kurang vitamin B and magnesium."

Bila aku kumpulkan balik coklat yang ada di opis ketika ini..


Ohh no no..saya punya kah itu??

Kinder Bueno dan kisses, bekas opismate beli kan last week masa cuti kat Langkawi..Snickers beli sendiri masa promotion 2 RM5, siap percuma small bar lagi..Cadbury dan Mars, ngorat hubby minta beli masa shopping barang rumah..Ferrero Rocher dapat dari hubby, bila ngadu dia dah tak romantik lagi..haha 

Rasanya lepas habis semua ni..Puan Fazira akan cakap aku kurus lagi tak..hehe

Vit B complex hari-hari aku makan, means kekurangan Magnesium le ni..hihi..




P/S: kalau tak habis, nak bawa makan dalam kereta otw balik kg nanti..=)

Psyllium Husks


Ok, just nak share produk baru yang i amik..Pysillium Husks



Cara nak minum..i tambah 1/2 sudu dengan jus..kebetulan masa tu, ada 2 botol Twister dalam peti ais..



Benda ni sesuai untuk aku yang susah nak "membuang"..rasanya nak dekat setahun dah tak makan merit, sekarang nak kasi keluar secara sopan..hehe

Tapi ikut kerajinan juga, bukan hari-hari minum pun..huhu

Apa itu Pysillium Husks

Psyllium dikenali dengan nama saintifik PLANTA OVATA atau PLANTAGO PSYLLIUM L. Biji benihnya yang halus berisi lendir. Apabila dicampur dengan air ia menjadi kembang dan besar 14 kali kandungan airnya. Dalam keadaan begini ia kelihatan seperti gel (agar-agar). Sejak zaman purbakala lagi, biji benih Psyllium telah digunakan sebagai julap yang amat berkesan.




1. Sejenis serat yang dhasilkan dari biji Plantgo Ovata yang boleh dijumpai di Eropah dan Afrika Utara
2. Bertindak sebagai berus usus. Ianya berfungsi bagi membersih dan menanggalkan kekotoran di sepanjang perut, usus kecil dan usus besar.
3. Bertindak sebagai prebiotik dalam saluran usus dan seterusnya membantu menyihatkan usus besar (kolon). Kolon yang sihat adalah kunci pertahanan bagi melawan patogen yang masuk ke dalam tubuh.
4. Membantu menurunkan berat badan.
5. Membantu menurunkan kolesterol LDL (kolestrol tidak baik).
6. Membantu mencegah batu hempedu yang berpunca daripada proses penghadaman yang tidak lancar.
7. Membantu mencegah sembelit.

TETAPI...

kena minum air yang banyak, sebab psyllium husk ni cepat mengembang, takut terlekat kat usus..






P/S: rasanya boleh kurus tak lepas ni..hehe


Tuesday, February 5

Buku baru


Hobbit....


Jenuh cari buku ni, kebanyakkan popular dah habis, ni pun jumpa kat Pulau..lepas tengok Part 1, hati meronta-ronta nak baca nak tau ending..hehe..setakat ni belum start membaca lagi..

Yang Sehangat Asmara tu terbeli..sebab murah gilak, RM13.90 je..baucer buku kan beratus..hehe

Ohh, hubby dah beli penempatan baru untuk buku-buku..



Buku yang lain, aku letak bersepah, ntah mana ntah..ni setakat yang jumpa je..nanti balik Johor, nak korek buku-buku aku..

Tapi majalah Wanita maintain kat sini..



Dah plan, pindah Johor akhir tahun ni nak beli rak buku besar...mau menempatkan kesemua buku yang ada..tapi kalau jumpa lagi la..hehe

Friday, February 1

Tukar cara pemakanan


Pada selasa malam, hubby baru balik terus berkata...

"lepas ni bie tak nak makan malam, nak diet"

i terus errrkkkkk..biar betul ni, mimpikah i

Tapi bila esoknya dia bawa balik seplastik besar makanan, maka i pun akur..hehe

Malam nak makan ni je..
*abaikan minyak mazola botol kuning dan periuk minyak ituh*


Before ni balik kerja je terus masak, makan mesti before maghrib..start kelmarin tak masak macam janggal pulak..huhu

Buat dia senang je..potong dadu apricot kering, then campur semua sekali dalam mangkuk..




Tuang susu..siapppp



Pagi tadi before pergi kerja minta lagi..nasib la kejap je buat dia, main campak-campak je, siap breakfast pagi hubby..

Dulu pagi mesti singgah gerai makcik kat tepi jalan, nasi lemak, mee goreng, murtabak, kuih muih..sekarang kalau singgah, beli untuk aku je kot, sebab aku tak diet..haha

Tapi untuk aku ada gak..koko krunch...oat kureng skit..



Oh..i like..selalu layan 2 mangkuk kecil tu  



Tak tau nak cakap suka atau tidak bila tak perlu masak..sebab kadang-kadang masak tu terapi stress aku bila balik..nak masak pagi-pagi subuh, idok la serajin tu..

Tak pela, wikens ada..=)

Dan paling penting...

Akhirnya alat senaman yang dah berbulan beli ada rumah tu akan digunakan selepas ini..chayookk baby..hehe





P/S: belum dapat seru nak diet..hehe