Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, January 1

EPO: Evening Primrose Oil


Pada petang ahad yg syahdu ni, sebelum daku nk lelap mata sat..saja nak tunjuk vitamin tambahan yg daku amik lepas kahwin ni..before ni daku beli kapsul herba masa urut & bekam zaman gadis-gadis dlu..*huh..*

Tapi bila dikenalkan produk dibawah ini oleh kak zue..daku terus melekat mencubanya..

EPO - Evening Primrose Oil



Masa beli ni..dia jual 2 botol melekat terus..1 botol ada 160 biji..bila terasa banyak sgt, daku minta 1 botol je..kot-kot la kn tak sesuwai..harga dalam RM70++..

Yg daku tau, EPO ni mengandungi Omega-6 yg daku sendiri tak tau apa manfaatnye Omega tuh..so, google2 jumpe la beberapa artikel tentang EPO ni..


Kebaikan Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan:
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah

So, mase bace blog Amanda ni..Doc kat klinik breast cancer mak dia keje akan suggest pade patients yg dtg supaya beli EPO ni..


Info kat bawah ni pon aku cilok dari blog Amanda tuh.. hehe..*sesuwai bila ade baby nnti..=)..*


Ketua Saintis Efamol Limited, Peter Clough, berkata antara petanda kekurangan EFA adalah kekeringan kulit, kehilangan air melalui kulit yang tinggi, penyembuhan luka yang perlahan dan lemah dalam melawan jangkitan kulit.

“Selain EFA dan LA, asid Gamma-Linoleik (GLA) penting untuk kulit. Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA. Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.

Bagi masalah lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi masalah yang dipanggil ekzema yang biasanya bermula di tangan dan merebak ke bahagian lain apabila terdedah kepada agen tertentu. Masalah ini boleh berkembang menjadi dermatitis yang kronik dengan kejadian rekahan kulit yang besar dan jangkitan kuman.

“LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO). GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup. Evening Primrose Oil EPO juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan, meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.

“Evening Primrose Oil EPO, meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok,” katanya
.


Setakat ni daku rasa ok je..sebab sebelum ni pun tak pernah ada masalah2 time period, muka jerawat - semestinya ada..hehe..tapi in future mungkin berguna..

Bak kata Amanda... Prevention is better cure ..sangat betul...(^_^)..
Info tambahan yg daku dapat dari kak zue: masa pregnant, sila berhenti makan EPO ni..

Daku pon google2 lagi utk dapatkan info bila hamil nanti..*amin*..=)

Diakhir trimester atau pada 9 bulan kehamilan, ibu hamil digalakkan untuk mengambil Evening Primrose Oil bagi membantu dan memudahkan proses kelahiran.Tetapi, jika tempoh mengandung baru mencecah trimester pertama dan kedua adalah amat dilarang untuk mengambil Evening Primrose Oil ini. Hal ini kerana dikhuatiri ancaman keguguran akan dialami oleh ibu mengandung. 

Ok...awal2 pregnant tak leh amik EPO ni..nanti dah nak bersalin nanti, baru ambil semula..

Sekian..tu saje..daku mau lelap sebentar..hehe..




P/S: azam baru utk harini...nak beli vacuum cleaner ptg ni....azam esok tak tau lg..hehe



No comments: