Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, March 28

Motip??




Perlu ke ada tompok darah tu...haishhh

janji ditepati..


Dialog pada suatu hari "bie, tolong jage kan test rabu ptg"

"rabu ptg bie ada boxing"

"kalau bie jaga, ayg sanggup bagi apa saje"

"ok, bie nak jam"

errrkkk..tetiba rasa nyesal..hahaha

 Banyak-banyak tempat yang dah survey, Queensbay yang terbaek.. maka, khamis mlm gigih pergi ke pulau,  lepas tu pagi tu kul 3 dah bangun nak pergi shah alam dan last last tidur kat R&R..hehe

Ni jam yang ke-3...



First rosak sebab bini dia belikan yang murah je

2nd bini dia beli kan gak tapi berakhir dengan hilang kat pontian dengan cara yang pelik,bangun-bangun tidur dah takde dalam bilik yang berkunci dari dalam..wujud ke Toyol Jam?

3rd lalink jaga leklok ye, 5 tahun baru bole baru lain..hehe

Amoi kedai ni manyak garang, patut pujuk lembut-lembut..hihi



Tunjuk muka hepi sikit.. jaga test tak sampai 2 jam..haha..tak de la, memang niat nak beli, tapi tertangguh-tangguh sebab abe ni suka survey lama-lama dari terus beli.. 
*abaikan beg yang bini dia malas nak bawak ituh*



So lalink, sem depan u jaga kan semua test ayg lagi ek... hihi.. tapi tq ye jaga kan semua test ayg..=)





P/S: petang ni..Big Bad Wolf Books lagi..teman hubby lak..


Wednesday, March 27

The Croods


Kami tengok malam ahad lepas, cite ni best giler..lagi best dari Ice Age..



Pada aku cite ni lebih kepada bagaimana seorang ayah nak melindungi family dia, very protective..

Cite ni ada part yang happy, gumbira gelak-gelak, ada part sedih..i bab2 family ni sensitip..hehe



Sinopsis:

"The Croods" ialah sebuah filem animasi dari Dreamworks Animation. Latar belakang filem ini ialah zaman prasejarah. Kedudukkan seorang lelaki sebagai Ketua Pemburu dicabar kehadiran seorang genius dan ciptaannya yang menakjubkan seperti api. Hidup di gunung berapi sudah cukup sukar , tetapi orang zaman batu Grug (Nicholas Cage) akan menghadapi cabaran yang lebih sukar apabila satu gempa bumi memaksanya meninggalkan dunia yang dikenali. Dia keluar mencari rumah baru di dunia yang tidak stabil bersama keluarganya. Situasi menjadi lebih huru-hara apabila anak perempuannya Grug, Eep (Emma Stone), jatuh cinta dengan seorang pengembara (Ryan Reynolds). Misi pengembara tersebut untuk mencari masa depan tidak disukai Grug yang bergantung kepada tradisi silam. 





Bagi sesiapa yg kasi stress itu hilang sikit, bole la pergi menonton, kompom gelak kegelakkan nanti..hehe

Malam ni jom sapa nak ikut tengok G.I. Joe: Retaliation..jom2..





P/S: this week tak jadi turun shah alam, hubby banyak keje.. hopefully next week..aamiin..=)

Opick


Macam baru lepas cakap dengan ira masa keluar makan + jlns berdua hari isnin..

"ada 1 lagi benda aku nak beli, album opick"..

"awat x beli"

"mahai sgt, RM29.90"..dasar kedeks

Ni la akibat kesan dari suka downloads secara haram before ni, nak beli yang ori akan jadi satu benda yang sgt membazir.. masuk kedai tu berkali-kali, tapi ended up mesti keluar dengan tangan kosong..hehe

Maka malamnye, tetiba hubby i terlebeh suweett bawa balik cd ni lepas balik dari isya'

Auwww, harap aku memang fikir 10x kali baru terbeli kot..haha  



My feberet.. No. 3 & 12..tapi bila dah dengar, semua best la..=)



Ori yg hubby beli..Maher Zain & Hafiz Hamidun



Ni memang tunggu masa nak buang, sebelum kena saman, naya...



Cd nasyid apa lagi best ek..




P/S: hari malas sedunia..hihi




Monday, March 25

alat bekam


Semalam, aku buat bekam kat Pauh jaya, tempat ni tak pernah pergi tu yang saja nak try..

Tapi sebelum bekam, dia buat diagnose dulu untuk tengok apa yang tak kena kat kita.

Kalo ikut aku, tunjuk mana yang sakit, bekam je kat situ..tapi lain tempat lain cara kan, maka i follow je

Lepas buat diagnose, nanti dia tunjuk la gambar-gambar yang di ambil dan dinasihatkan buat terapi sekian-sekian..tapi aku macam pelikss sikit, terus ambil pakej bekam je..haha

Habis bekam. me.bie beli ni..untuk bekam angin kat umah je



Balik dari bekam nak pergi makan kat Seoul Garden, dalam kereta tu, dengan gatal tangan nya aku keluar kan 1 cup yang paling kecil dan buat sendiri kat tempat yang senang aku capai; tangan, muka sendiri, tangan mr.bie

Tengah makan..baru la laki aku tegur..

"err, kat muka ayg ada bulat merah"

Aku dah la tengah duk garu hidung, balik dari bekam tetiba gatai giler kan..terus makan tak aman, masuk toilet tengok cermin..hamikk kooo



Gatai tangan lagi kan..tu aku buat kejap giler hokeyy, beberapa saat shj di muka.

Terus malam tu tengok wayang kat Jusco, duk cakap kat hubby.."semua org tengok muka ayg"..terus syookk sendiri..hahaha

Nasib la minggu ni takde kelas dah, student dah start study week..kalau tak memang plan nak beli concealer untuk tutup bekas merah..hihi 

Diagnose RM20 + Bekam 10 cups RM10, ahli RM5 + alat bekam RM30 tanpa jarum + daftar ahli Rm130 = RM240



P/S: nak duduk umah je, tak nak keluar-keluar..boleh??

Sunday, March 24

Sup Power Padang Jawa


Fuhh..dah lama tak makan kat sini..tempat ni legend di hati ku..=)



Kelmarin alang-alang dah sampai shah alam, siap je keje kat kampus dalam 6 petang lebih singgah sini.. as expected, jemmmmmm..

Ikutkan mr.bie memang tak nak pergi, rela lagi tuju ke PAS atau PKNS..but, i nak sangat makan sup power, terus buat muka kesian..haha

Maka sampai la kami..banyak perubahan banding dengan sebelum ni..



Tapi yang penting..rasa dia maintain sama..sedaaaaapp sangat..Sup daging + nasi putih + telur masin + sambal belacan +sambal kicap..aduii, terus rasa terliuq..


 Sambal belacan dia memang tak tahan kepedasan, tapi macam biasa still minta extra..hihi

Cuma tak tahan sikit kat sini.. ko akan dapat lambat dari orang yang sampai lambat...paham??

Insya'Allah Jumaat depan akan turun Shah Alam lagi...

"bie plezzzzz, nak lagi"..hehe





P/S: ponteng jaga booth pagi ni, tidur lambat terus sakit kepala nak bangun, minta mr.bie ganti..hehe


Tuesday, March 19

anak ali


Ahad lepas berkesempatan jumpa ali, bini dia kursus kat Penang, alang-alang dia ajak lunch..

Tengahari tu gerak ke pulau, singgah hotel dulu skereta sebelum makan..masuk je kereta ali jumpa budak debab yg tengah nangis ni.."hai, nama saya adli"


Sangat la gebuss, putih comel, muka memang dah macam apek dah

Bila angkat je.. kuss semangat, bole "rasa" badan dia..ali kata sikit je lagi nak sampai tahap obess bagi bayi 4 bulan..

Suka berdukung rasenye, lepas angkat je bole gelak-gelak gatai..hihi

Ni kakak dia, adlina.. mase jumpe dulu kecik je lagi, ni dah besar nampak orang terus buat muka nak nangis..hehe



Balik dari makan baru nak bergambar, sebab dah letak adli dalam car seat, tapi tak lama berbunyi je terus angkat balik..



Geram bangat ngan adli ni, rasa macam nak culik bawa balik rumah je aritu.. lepas tu mau bapak dia kejor pakai parang kan.






P/S: kemalasan melanda diri ketika ini..





Sunday, March 17

Semangat bersenam


 Sejak hubby ikut class boxing tiap-tiap ptg, aku balik rumah tinggal sorang-sorang macam takde nak buat apa lak, selalu tengok tv je..lagipun "mne bole bie kurus sorang kan"..hehe

So, bila nampak Magnetic Elliptical Trainer kat rumah, yg dah lama tak main sejak berbeli, terus datang semangat baru.

Cite kat hubby baru pas main dengan kaki ayam, sebab semua kasut utk aktiviti luar, terus ajak pergi beli..hehe

Warna ungu putih hasil pilihan hubby i, dia boleh beza kn "ni utk running, bole buat lasak".."ni utk training".."ni utk life style jln2 je"..

Kalau ikut aku, main pilih ikut cantek dan murah, function tolak ke tepi..haha

Ni kasut baru saya..hanya utk guna dalam rumah shj, siap dah donload video utk aerobic depan tv lagi.



Balik2 je dari Jusco, terus try kasut baru..permulaan 2 km dulu..then tambah lagi 1 km..


Punya la lama tak senam, 3 km je berpeluh-peluh bagai nak rak.

1 km nak habis pun terhenti-henti, amik napas..dasar sungguh

Tapi hari ke-2 boleh layan 5 km dengan jayanya, 1 km bole layan tanpa henti..yehuuu

Lepas tu main yang ni pulak...ni legend ni, sejak dari zaman anak dara dah ada..rege baru RM19.90 rasanye



Ohhh..i teringin sgt nak treadmill, tapi harga sesebuah sgt la "menarik", kalau setakat 2k, org jual tu ckp bole buat slow walk je, jog tak sesuai..apakah??

Takpe, sekarang aku guna apa yg ada dlm rumah dulu..tunggu aku banyak duit nanti, aku sambar sebijik, ntah zaman bila la tu kan..hahaha






P/S: Suka bersenam, mengeluarkan peluh..tapi ikut mood jugak








Friday, March 15

shopping online


Seminggu skali baru nak update blog, bila buat-buat buzy jadi la gini..eh, tak la, minggu ni students test, next week last jumpa mike, so kena la marking habis2an..

Aku bukan jenis suka beli online sebenarnya, tapi untuk bulan ni, 3 barang aku dapat dengan cara ni..

1st beli dgn Mumy..skirt hitam potongan ala-ala duyung gitu.
Dah berkali-kali pakai bila kuar umah, means laki i suka la tu, kalau dia tak suka tak boleh pakai..i kan isteri mithali..hihi



 Kedua..kain ela 4 meter..Ohhh, kenapa aku beli? 
Sebab i like gabungan kaler biru dan kelabu..siap dah  ada tudung nak matching kan nanti.



Ketiga ni beli secara tak sengaja..shaklee, set trial sebulan..
nampak kat blog terus klik FB dia tanya, then bayar.


Dah seminggu makan, so far ok la..badan rasa ringan je, tang jerawat tu je belum hilang sepenuhnya..baru smnggu kan, tunggu cukup sebulan nanti.


Rasanya apa yang aku beli bukan di kategori kan shopping, lebih kepada keperluan...ehhh..

Selalu aku tanya hubby dulu baru beli, kecuali kain ela tu.."terbeli" baru bagitau.

Selepas ni tak de lagi barang akan menyusul, kalau nk beli pun, set shaklee ni je la.

Sekian, tu je laporan i untuk pembelian online ini..Salam Jumaat semua..=)




P/S: tetiba rasa lapar walaupun dah breakfast tadi..

Friday, March 8

Hari Wanita Sedunia


Aku lupe wanita ada hari special sndrik..pagi tadi dlm kereta dengar radio baru la tau.


Dipilih oleh PBB: 
"Janji adalah janji: Saatnya Bergerak Untuk Mengakhiri Kekerasan Kepada Wanita"

Dipilih oleh organisasi International Women's Day 2013:  
"Gender Agenda: Saat Meraih Momentum"


Maka dengan itu, untuk para wanita-wanita di luar sana...



ohoii, aku dah kita wanita sesangat kan, tahun depan nak masuk 3 series dah..hihi

Tanya hubby, 

"nak bagi apa hari ni untuk ayg"

"malam ni bie bwk tengok wyg"

..emmm, ok la diterima..=)







P/S: Selamat Hari Jumaat...penghulu segala hari...=)





Thursday, March 7

Movies


Sekarang tengah musim movie best kat wayang..kami berdua ada cite baru keluar je, mesti laju tengok...eh, kebanyakkan bini dia yang selalu ajak, nasib hubby je onnnn je..

Tapi ada satu malam tu, hubby yang beria ajak tengok..tak kisah cite pe2...emmm, i pun layan je walaupun rabu malam, esok nye kelas kul 8am kan

Cite kami tengok..Beautiful Creatures..



Mula-mula baca reviews kata macam ala-ala twilight, or better than twilight gitu..tapi the end ,takde pun vampire hensem macam Edward, rupanya ni pasal witches, cuma takde tongkat sakti je..ishhhh..

Cite dia ok la..ending je kureng skit

Sabtu pula, seminggu sekali kami akan ke Bukit Jambul, sebab ada Mydin kat sana..for sure lepas gaji masuk kan..lepas borong barang, layan cite ni pulak

Jack the Giant Slayer




Yang ni memang best, terbaekkk punya la..cuma panggung wayang yang kami masuk je tak best, dengan warga asing mat2 bang** kat belakang yang duk bising, budak2 kat depan nangis2..tapi tang budak aku tak kisah pun, nama pun budak kan lagi masuk tempat gelap..

Cuma yang dah bersunat*sunat ker* kat belakang tu yang buat ggggrrrrrrrr..

Pandai pengarah dia, scary + gelisss Giants dia..hehe

jack-the-giant-slayer-banner-poster

Macam nak tengok lagi je, tak puas menghayati hari tu..rasa-rasanya dapat tak..=)

Next target....

Oz the Great and Powerful

oz-the-great-and-powerful-banner-poster




P/S: Bie malam ni boleh???...esok takde kelas..hehe





Wednesday, March 6

Wordless Wednesday: Dah jumpa....







P/S: akhirnya..shuke..shuke..