Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, November 26

Ulang tahun pertama..


Alhamdulillah..

Malam ni genap setahun pernikahan kami..sebelum ni aku update setahun mengikut kalender islam..yang ni ikut kalender omputih gituh..

Nape suka update malam?.siang tadi takde pulak mood nak update kan..

Jawapannya sebab nikah waktu malam..siang feel tu tak sampai lagi..

Honeymoon tangguh..ada benda lagi penting diutamakan dan diberi perhatian..InsyaAllah ada rezeki berjalan-jalan nanti..

Harapan moga rumahtangga yang dibina terus kekal bahagia hingga ke syurga..dan sentiasa dimurahkan rezeki kami..=)






P/S: sentiasa bersyukur...=)


Friday, November 23

saya dah tukar


Sejak disahkan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dalam badan, maka kami pun dengan semangat pergi ke Tesco borong barang rumah

Fokus adalah kepada minyak dan beras..

Minyak yang doc sarankan adalah Mazola Oil..



Tapi bila kat Tesco..baru la tau, Mazola Oil ada banyak jenis..soya. corn dan canola..

Canola ni aku tengok gambar bunga kat depan tu..jenis minyak bunga la kot..hihi 

Dan perubahan yang aku perasan, masa goreng kentang..minyak kureng melekat kat kentang tu..kat tisu pun tak basah..kira ok la tu kan..

Cuma harga menangis nak beli..aku jenis kedek.. nak ikutkan minyak habis kalau tak sempat nak beli kat pasar raya..gigih je beli minyak paket kat kedai biasa, balik tuang dalam botol..haha

Tapi boleh perasan sebenarnya..sekali goreng je, warna minyak dah tukar keruh sangat..





Dan beras pilihan, basmathi..

Ingat kan Faiza je ada basmathi ni..rupanya banyak pengeluar lain..jalan selamat, amik je la yang mana tau..

Doc ada sarankan campur kedua-duanya bila masak nanti..

Mr.bie bila masak nasi putih ni kureng makan, aku pula beras perang kureng..so, lepas ni campur la ye..






Twilight: Breaking dawn Part 2



Dah tengok cite ni malam tadi..

The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 Poster


Punya la ramai orang kat Sunway Carnival tu..dah rupa macam wikens je kan..panggung penuh..even mr.bie beli tiket tengahari pun dapat seats belakang sekali hujung dunia tapi ok la dari duduk mendongak kat depan..

Cite dia ok..aku dah bace novel dia, so bole expected lepas ni apa lepas tu apa..

Bella digambarkan new vampire yang cantek bangat..tapi ada certain parts yang aku rasa keputihan muka dia sangat la fake, erti kata lain putih tak cantik..



Renesmee anak Bella dan Edward, budak yang cepat membesar...dia ok la, tapi kalo cari budak yang lagi cute miut macam suri cruise  lagi cun kot..edward kan hensem..hehe



Adegan lawan-lawan best..unexpected sebenarnya, sebab ramai mati then akhir rupanya gambaran masa depan yang tak berlaku lagi..hah ko, gelak 1 panggung..



Jacob tak dapat mak, dapat anaknye..hehe..Jacob bakal menantu Bella dan Edward..hehe



Dalam cite 1 je yang tak gemar..adegan 18sx dia tak potong..nasib aku tengok dengan laki sendiri, tu pun pandang kanan, kiri, atas, bawah.. duration panjang pula tu kan..haisshhh



Overall aku bagi 4/5*..=)





P/S: rasanya ajak mr.bie tengok sekali lagi, dia nak tak..hehe

Thursday, November 22

kereta dah keluar


Alhamdulillah akhirnya keluar juga kereta "my precious"..

Tepi kereta dah tak kemek lagi..suke..suke



Tayar pun dah bertukar baru..nasib boleh ngam bila tukar sebelah je



Bonet yang sekangkang kera pun dah dipasang karpet..



Wiper pun dah ditukar..
Lepas ni haruslah diangkat begitu biar tak cepat mengeras bila kena cermin panas



Tengok sikit siapa yang rajin sangat buat semua ni masa bini sibuk tidur kat umah..




Hopefully lepas ni, jangan la "merajuk" duhai kereta..=)





P/S: keputusan saman tak keluar lagi...kang aku cakap sarjan tu lambat buat kerja marah pulak kan...kalau awal-awal cakap berbulan-bulan baru keluar results boleh lagi terima, ni awal-awal eksidens bagitau seminggu je dah keluar tapi hampeh...

Monday, November 19

jangan terpengaruh dengan gambar


Ni kisah dah lama, ahad last week..minggu tu minggu aku tak masak, masih mencari-cari mood lepas kursus KAP dulu..

Macam dah lama tak jalan-jalan kat Sunway Karnival..bukan apa, mall ni sesak giler lagi-lagi wikens..penuh dengan budak remaja sekolah..huhu

Masa tengah cari makan, tertarik dengan gambar promotion kat pintu masuk Kenny Rogers Roasters...

Sangat menyelerakan hokey..aku dah la teringin nak makan spageti..set ni seperti pucuk dicita ulam mendatang kan...terus masuk..




Sekali bila sampai....





Aduiii..kiciwaaa nya i..

Sedap lagi bila tengok plate mr.bie, set biasa..huhu




Menyesal?..

Takpelah, tu rezeki i petang tu..hihi..cuma tertanya-tanya.."why, why, why..dalam gambar je nampak tempting..why, why, why"..harga dah la mahal..dah jangan merungut, anggap rezeki k..

Nak hilangkan kekeciwaan, terus cuti awal muharram aku masak sekuali spageti...muahahaha


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Pesanan buat diri sendiri..doc dah pesan suruh kurangkan makan ayam...






P/S: still tak leh lawan nando's..


Saturday, November 17

PRO 2020 + Hepatitis B


2 minggu lepas aku ada pergi klinik untuk buat beberapa test kesihatan..antaranya PRO 2020..



Actually aku tak tau pun ada test begini..paling-paling cek kesihatan masa medical checkup dulu-dulu..masa tu la tau darah jenis apa..xray tengok struktur tulang semua betul..lepas tu doc kata semua OK...

Mula-mula taknak buat, yolah ko total semua test dalam RM400..mahai ok bagi aku la, tapi bila doc tu cakap..kesihatan lagi penting dari duit..errrrkkk..baikkkkk, saya buat..

Ingat kan susah sangat, ambil masa yang lama..rupanya cuma ambil darah + urine je..muahaha..cuak bukan main kan..hehe

Macam tak caya, dengan 2 itu shj boleh detected kesemua sistem badan aku..ingat doc main acu tak acu je masa mula test tu..hihi

Dia just ambil darah + urine, then hantar ke lab..doc kat sana yang buat analysis..

Tadi masa jumpa doc, buka la sehelai demi sehelai sambil cerita pasal gula, darah, kidney, tumors & etc..semua normal

Sampai kat LIPID means FATS..aku kantoi tang situ..aku ingat semua aku NORMAL..hehe




Untuk LDL cholesterol atau  low-density lipoprotein (bad cholesterol)..aku punya agak tinggi, hampir 2 kali ganda paras normal..

Patut 2 minggu lepas, sebelum nak buat..doc syak aku akan ada masalah kolestrol sebab ada skin probs..pandai doc kan..hihi..

Solutions doc nasihatkan makanan lebihkan pada GREENS..buah, sayur, olive oil, basmathi...dan dia bagi ubat untuk rendahkan kolestrol..

Dan masa yang sama makan fish oil untuk maintainkan HDL cholesterol atau High Density Lipoprotein (good cholesterol)

Yelah kang makan ubat nak rendahkan kolestrol, dengan HDL turun, susah juga..ubat bukan leh detect LDL or HDL..

Patut la jenuh tukar sabun pencuci muka tapi jerawat still tak turun-turun, makin naik ada lah..huhu..doc tu nak tengok sebulan nanti..

Then lagi satu adalah HEPATITIS B..




Yang ni doc kata badan aku takde..so suggestion untuk ambil..suggestion ye, bukan wajib..tapi bila mr.bie dengar.."ok doc, cucuk je doc"....eerrrkkk...geget kang

Murah je RM35..

Yang tak tahan cuma tangan lenguh dari pagi tadi sampai la sekarang ni..lenguh sengal-sengal gitu..

Vaksin Hepatitis B ni kena ambil 3 kali..

1st hari ni, 2nd selepas sebulan, 3rd selepas 5bulan..

Apa itu Hepatitis B boleh baca sini dan sini..

Ok..overall sangat bagus tests macam ni..lepas ni aku nak paksa mr.bie buat pula..untuk kesihatan, kadang-kadang kita pun tak tau penyakit apa yang hinggap kita..lagi-lagi jika background family kita ada penyakit..

Macam doc tu cerita, dia sendiri tak dapat detect dia ada kencing manis sampai la kena gigit dengan semut then bernanah..umur baru 32..then baru teringat ayah dia ada penyakit yang sama..dah tau baru nak buat kawal..

So, lepas ni nak pujuk hubby buat test ni..tapi biasalah dia, nak senam dulu la, kawal makan dulu la..ehh, ngelat tau, kita main redah je pergi test sampai kena dengan doc...aku syak kami sama je, sebab apa dia makan, selalu aku makan gak..haha

Tq busyuk temankan amik results..dia ada kerja utk faculty kat pulau, tapi pergi lambat sampai redah hujan demi i..hihi..tq lalinks..=)





P/S: petang ni kereta dah siap..tapi isnin baru nak amik, esok tutup..sian hubby taknak dia rushing...kita rempit lagi malam ni

Friday, November 16

hari ini jumaat..


Akhirnya sampai juga jumaat..

Memandangkan minggu ni ada 2 hari cuti umum, kerja pun selang seli selang seli..sampai satu tahap, hari apa pun jadi blurrr..

Ok..bear in mind..hari ini jumaat..esok baru weekends...hehe


Wednesday, November 14

Salam Maal Hijrah_tahun pertama kami


Selamat Tahun Baru bagi umat Islam..=)



Alhamdulillah juga malam ni genap pernikahan kami jika dikira dalam tahun islam ...i ada tulis kat entry ni lepas naik cuti dari kahwin dulu..=)

Jika ikut omputih punye kalender 26 Nov gitu..

Mengimbas kembali detik mendebarkan

Before nikah bole "main-main" dengan members dalam bilik..*sebelah i tu org penting i..tq ra*
Tq gak mak-mak orang dtg malam-malam dengan bawa baby masing-masing..muuahhh



...masa akad nikah i dalam bilik..segan nak keluar..



Bila dah habis kena panggil keluar..mula-mula tak nak, segan giler..tapi dah kena paksa..hah melangkah dengan muka waaaaaaa..



Then bacaan taklik rasenye..



Then malu-malu...hahahaha..nyampah aku bila kenang balik..



Ni precious moment...=)






Biarlah ni kali terakhir naik pelamin..nak pejam mata nak kenang sungguh-sungguh..hehe



Masa berdua sat sebelum hubby kena "halau" balik ke rumah sanggar...huhu



Harapan i...moga terus kekal bahagia hingga ke syurga..tahun pertama memang banyak cabarannye, tapi tu semua mematangkan lagi hubungan kami..dan semoga selepas ni dikurniakan zuriat soleh dan solehah..Aamiin..=)

Salam Maal Hijrah semua..=)

Jubah singkat


Ingat lagi gambar cute i kat sini..hihi

Nampak aku pakai jubah singkat kan...ekceli tak tau nak cakap aku salah pilih jubah or memang gitu la rupa dia..kalau macam ana *budak meki mesti kenai* yang kecik tu memang muat sampai ke kaki tapi dia still juga pakai seluar kat dalam.

Aku beli 2 helai, yang ni gatai nak tunjuk jubah hijau, feberet mr.bie

Setiap kali tanya, "bie, nak pakai baju apa ni"...mesti jawab.."jubah hijau"..sebab.."suka tengok ayg pakai"..auuwwww..hahaha



Jubah ni aku beli kat PKNS shah alam masa nak raya puasa dulu..harga dalam RM100, sekarang dah murah dah, tengok online RM69 gitu

Masa aku beli memang orang tu cakap untuk ketinggian aku akan singkat sikit kena pakai seluar kat dalam, sebab kat bahagian tepi jubah ni terbelah sikit macam gambar kat bawah ni..



Maka bila berdiri hasilnya seperti dibawah..
*abaikan muka org sebelah i*



Niat nak beli bebanyak jubah gini tapi tak terbeli..sebab aku jenis bukan suka beli online..kena try, amik, bayar terus..senang dan menyusahkan..hehe





P/S: nak buat baju kurung..tapi malas nak cari tailor..bole?..

Tuesday, November 13

dilema seorang pendidik


Emmm..saje nak luah perasaan di hari Deepavali ini..

Ekceli lepas result students keluar, mesti akan dapat beberapa mesej sama ada berterima kasih or tak puas hati sebab fail paper...

Ohh..sem lepas dari untuk 1 subjek, 2 kelas dalam 60++ students ada seorang je failed

Sem ni up sikit sebab ada 5 kelas, 2 subjek..

Yang 1 subjek tu ok la sebab paper ada final, at least dorang bole buat recheck jika tak puas hati

Yang nak ditekankan kat sini paper takde final untuk 3 kelas ni.hai la student, ketahuilah kamu jika dah fail takkan bole buat recheck..

Dalam hampur 100 students, ada 2 org fail..yang sorang ni memang bermasalah sikit..kelas tak datang, test tak datang, assg project tak hantar..tup-tup dah nak abis sem datang jumpa minta tolong bagi dia pass..apakah??

Its ok, aku masih berlembut hati dengan syarat hantar la apa-apa yang aku nak..the end time nak key in marks, still ada project dia tak hantar..bila aku tanya tak hantar..senang je jawapan.."saya tak hantar, laptop sy rosak"

Giler ko, dlu lect aku pon tak penah msg tanya semata-mata nak tolong..budak sekarang jawab dengan rasa tak bersalah je kan..bila result keluar pandai lak bising kan..emmm

Yang sorang lagi ni...dah beberapa msg dia hantar, last sekali dia msg bagitau ni last sem dia..pastu baru aku jawab..

Ko awal-awal taknak datang jumpa kan..dengan 1 test tak datang, lab tak lengkap, project tak hantar..cakap kat aku mcm mana nak pass..lagipun maaf la, den tak cukup rajin nak cek kesemua hampir total 200 students, takkan nak cek background academics masing-masing kan..

Hopefully sem depan dengan 4 kelas takde la berdepan dengan masalah nak failkan student.. seriously, aku memang nak tolong..tp depends pada students tu juga k.. 

Trust me, i love teaching..aku memang sangat sedih bila students fail sebab terasa tak pandai mengajar..tp biasalah manusia berbagai ragam..so, i je kena kuat hadapinya..=)




chill yaaaaa....=)





Monday, November 12

Selepas "berkursusan"


Alhamdulillah..lega-seleganya lepas habis kursus Sabtu lepas..

5 hari dari pagi yang matahari terbit sikit-sikit sampai le ke maghrib dah tak nampak matahari duk dalam dewan seminar tu..



Sebenarnya i ok je masuk dewan dengar talk, then balik rumah tidur..esok datang lagi..

Tapi makin nak habis makin takut sebab last day ada Instructional Practices means mengajar ibarat didalam kelas dihadapan lects lain..hahaha...i paling benci present hokey, tp dah tu memang parts of our job kan..maka senyum la...




Lagi sikit nak habis sempat text mr.bie bgtau nak makan sedap-sedap lepas ni..

Bila orang last presented, selepas bertepuk tangan ke'happy'an..kami pon terus rushed balik rumah tukar baju then terus ke island untuk meraikan kelegaan kami, dah tak pandang free lunch kat Laman Perdana dah..hehe..

Makan kat Seoul Garden..

First time dapat rate sebagai student..selalu datang takde pulak cashier tu tanya.."ada student card"..eh, ada rupa student lagi rupanya kami ni, terus dengan bangga mengeluarkan dari dompet..haha




Dah puas jalan-jalan kat Gurney..tuju ke Queensbay pulak, hujan renyai-renyai bukan penghalang hokey semata-mata nak beli external HD..



Akhirnya berjaya dapat 1T..

Lepas tu bila nak bayar, toleh sebelah tengok rupa gini..



"bie, tak ikhlas ek"..

"eh, mane de, ok je la"

"tunjuk sikit muka ikhlas"

Nahhhhh...........



Rasa nak gigit je kan..

Queensbay bukan destinasi terakhir..balik seberang terus tuju Jusco Perda..

Mula-mula memang nak survey katil yang dah ditempah last week..tapi tersinggah kedai sebelahnya dan terus dapat Water Heater..



Nak dekat setahun ok i minta baru dapat..alasan.."rumah sewa, nanti nak pindah susah"

Petang ni nak pasang..insyaAllah lepas ni dapat mandi anytime any minute any day...Alhamdulillah..=)

Lepas tu balik rumah sakit pinggang naik motor lama...hahaha






P/S: bila kereta nak dapat ni...





Wednesday, November 7

Suratan atau Kebetulan


Seperti diketahui kereta myvi kami telah dilanggar dengan 4 wheel bersaiz besar yang datang dari emergency lane hampir sebulan lepas..

Keputusan siapa betul insyaAllah akan berpihak pada kami..hopefully semua akan baik-baik sahaja, bole claim insurans kereta cina tu

Tengok rupa kereta dibawah ini...4 wheel tu relaks je takde kemek apa-apa..see betapa kukuh body nye, sampai aku pernah cakap kat mr.bie.."lepas ni pakai 4 wheel je la, langgar org relaks je"..hehe


Tapi tak tau la suratan atau kebetulan..

Sehari sebelum dilanggar ni, memang aku ada story dekat mr.bie betapa cantik dan bergayanya Peugeot dibawah ini..


Tup-tup esoknya sabtu eksiden dilanggar..

Mula memang tak perasan..bila mr.bie cakap.."ayg la ni cakap nak tukar kereta semalam"...ehhhh, kesitu pulak kan..

Seperti maklum masa otw nak Ferringhi dalam entry ni..buntut kereta aku kena langgar dengan motor, uncle India yang bawa..yang tak faham, dia yang langgar, dia yang nak marah..eh ko..dan sepanjang jalan tu aku dok bebel pasal kereta.."nape la kereta ni asyik kena langgar je"...

Then mr.bie tanya nak tukar kereta apa..aku jawab.."jangan la cakap dalam kereta ni, nanti eksiden lagi kang".."mana ada, kalau nak eksiden, eksiden juga"

Aku pun ok la...terus borak kereta apa yang kemungkinan ditukar nanti

Sekali malam tu...nahhhh ko 


Aku yang langgar tembok ni...

Keluar kereta terus cakap dengan nada fade up...

"give la dengan kereta ni, lepas ni nak tukar kereta"

Kali ni siang hari cakap nak tukar kereta, malam hari berlaku lagi peristiwa tak diingini lagi...=(

Suratan atau Kebetulan

Memandangkan kereta dah masuk bengkel isnin lepas..ini la penampilan terbaru saya...



Cute tak..cute tak...hahahahaha

Even pakai baju kurung, sarung seluar gak kat dalam nye..i tak rela seksi u...yang ni i pakai jubah..




P/S: kereta ohhhh kereta....

Tuesday, November 6

Pc baru


Akhirnya sampai juga pc baru ni kat meja i ni

Sebenarnya tengah berkursus KAP..tapi sempat lari balik office menatap pc yang baru tiba..




Mula mula janggal je nak guna..monitor screen 17"..laptop pink aku pun baru 12" kot..

Tapi pe pon..tq uitm walaupun bagi pinjam je..hehe

So laptop cuma guna dirumah dan dibilik kuliah je..=)

Sekarang misi mencari external HD 1 tera..






P/S: bekas 4 segi merah tu mengandungi kurma + prune + kismis..

Monday, November 5

Short trip

Alhamdulillah wiken lepas ni kami dapat melepaskan lelah, ketengangan otak & otot kat tepi pantai..ehh..benar, last week setiap hari dok komplen kat mr.bie kepala ni asyik berdenyut-denyut...lagi-lagi nak masuk tengahari..

Sebenarnya tak planning awal-awal pun..spontan khamis malam terus requested..

"bie, jom bawa ayg cuti-cuti, 1 malam je"..."ok, nak pergi mana".."emmm, tempat yang ada pantai, bath tub & candle light dinner"...erti kata lain honeymoon

Hah gitu hover aku minta..lagipun memandangkan bulan ni genap setahun usia perkahwinan kami dan kereta nak masuk bengkel isnin hari ini..maka terhasil lah percutian singkat ini..=)

Jumaat terus mr.bie pesan.."ayg pilih dulu tempat, lepas solat jumaat bie datang booking"...

Maka tempat pilihan adalah di Ferringhi je..hihihi...Bayview Beach Resort..kriteria terpilih..dekat, malas nak travel jauh-jauh dan harga bilik boleh diterima lagi..cuma tak best masa check in lambat kul 3..tempat lain kul 2 ye..

Tapi bole kan..nak sampai ferringhi ni bole sesat kejap, nak dekat sejam lebih baru sampai..check in dalam kul 3 lebih..masa otw buntut kereta siap kena langgar dengan motor lagi..ish2..

Beg macam nak cuti jauh je kan..



Bilik kami...errr...utk 1 malam je..



Bilik pun simple je..katil tu utk single bed je rasenya..disebabkan dah 'tick' double bed masa booking...diorang combine kan..nasib pandai, takyah kitaorg tolak



Walaupun bukan seaview, pemandangan ok je..just nice..



Bathroom best..semua asing, 1st time dapat konsep gini..so, yang banyak aku conquered pic yang atas sekali..habis shower foam 2 botol aku bawa untuk buat buih je..bila berendam tak hengat nak keluar..sampai mr.bie asyik masuk ingatkan masa je..yelah, sehari semalam je, tak kan nak habis masa dalam bath tub je kan



Sampai je "sebelum ayg rendam sediakn air panas dulu eh"..sempat lagi tuh



Dalam kul 5 terus kami turun jalan-jalan kat bawah..pantai walau tak secantik Redang, kira bole lah..=)


Sampai pantai ni, banyak aktiviti bole buat..parasailing, banana boat, jet ski, island tour, naik kuda..

Mula tak main apa-apa..just jalan main air kat tepi je..tapi lastly datang idea nak main jet ski..



Ikut hati nak main semua..tapi tengok rege...huhuhu..murah banana boat, tapi i is tak minat..



Snap dulu b4 naik..2-2 bolatt



Aku tak tau nape aku ikut naik..selalu bila umur dah meningkat ni, tak layan dah aktiviti camni..nak rasa je kot, almaklum la pestime..

Tapi yang lebih excited mr.bie la..asyik "wwoooooooo"..."weeeehoooooo"....atas jet ski tu..aku kat belakang pening dilambung ombak..hehe..gelap seketika sebab hujan renyai-renyai datang lalu..



Muka sonok...tak faham nape mr.bie basah kuyup..aku kat belakang relaks je..hehe



Sekali lagi kak...=)



Kami tak terus naik..nak jadi dugong kat pool sat..

Tempat ni memang cantek...like..like..



Syiookkk tengok..lepas tu komplen.."bie best la buka baju leh terjun".."ok2, nanti kita cari baju lepas tu datang sini lagi eh, cari hotel lain pula"..lepas tu tengok kat Jusco baju renang muslimah, harga bole dapat sebuah bilik hotel tanpa breakfast..hahaha



Naik aku rendam lagi..yelah org tu bole masuk pool..kita kat bilik air je la..

Lepas maghrib..kuar cari makan..mula-mula nak dinner kat hotel je..tapi disebabkan banyak company buat family day, hotel fokus tang tu je..cafe tutup..mencik..




Dinner sini..



Dah kenyang terus jadi suke terlebih...sepanjang makan asyik cite keseronokkan naik jet ski, kepuasan amat katanye..





Balik berlaku tragedi..


Ntah apa aku tengok..keluar terus langgar tembok sampai tayar pecah..org jaga kat situ cakap, aku la kereta kedua langgar tembok malam tu..gelap hokey kawasan ni, ala-ala romantik gitu

Tapi mr.bie dah pesan awal-awal..."benda ni jangan buat kita hilang mood cuti k"

Dalam kereta aku dengan dia..."ok, esok ayg belanja naik jet ski lagi, tapi lepas ni bie settlekan tayar ek"..sian dia, tayar depan tu baru gak tukar..

Hasilnye...esok pagi lepas breakfast..



Sampai tempat aku diri tu dengar dia jerit...suke sangat la tuh maknanye..



i tak naik...jadi budak baik kat tepi..pakai baju malam tadi sebab baju suar tinggal kat umah..harap beg je besar kan..



Lepas tu hubby mandi kat pool dulu then baru naik turn aku berendam..

Dalam kul 12 check out..



Tata bayview...dalam kereta duk bincang lepas nak pergi mana, hotel mana, main jet ski..yolah, bunyi macam banyak duit sangat..angan-angan tak kena bayar pun..hihihi



Hasil pulang...ye, kali ni saya yang buat...nasib bumper depan tak kemek, kalo tak haru.. 



Balik ni pun terus singgah Jusco Perda tengok James Bond..mula plan nak singgah Gurney tapi better ke seberang dulu kalau jadi apa apa kat tayar senang..

Takpe anggap ni dugaan..

Overall memang happy walaupun hanya 2 hari 1 malam..cuma tak dapat dinner kat hotel..

Kat sana takde pula kepala aku denyut denyut..tak puas cuti..tapi bole la dari takde..next time banjer lagi ye lalink..=)

Lepas ni nak cuti kat Holiday Inn ye bie..takyah pergi jauh-jauh, sini je dah best..=)






P/S: sebulan patah kaki...kereta dah masuk bengkel tapi tayar tak baiki lagi..