Bila teringat apa yang sedang dilalui sekarang ni, mula la daku start nak bebel..
Sebab aku ingat seseorang tu tengah preggy la, aku sejuk kan hati..pembawakan budak, terus cool hokey..cuma ayat bila bermesej dan ber'email' sangat la menyakitkan hati, tak boleh ke cakap dengan elok, bukan main sedap mulut berkata-kata..
Sampai satu tahap, aku balas semule "jangan la merungut, ni kan tugas kita sebagai pensyarah"..tapi dia ehhh, bole balas semule dengan kata-kata yang rasa kalau depan aku, dah kena penyepak sejibik je..tak bole ditegur langsung..
Emmm..sabar je la, kang lebih-lebih dilayan..lain jadinya..jatuh reputasi i..
Diakui, hubby i bukan jenis suka dengar aku komen tak elok pasal orang lain, kadang-kadang daku siap protes.."ish, bagi la respon sikit"..
Dan bila dia jawab begini..
"kita jangan benci orang kerana orangnya, tapi benci pada perbuatannya"
Dan lagi..
"Barangsiapa mencela saudaranya dengan suatu dosa, maka ia tidak akan meninggal dunia sebelum melakukannya."
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dari Nabi saw)
Erkk la gak masa tuh..tapi daku ni bukan leh jenis terima, lagi-lagi tengah hangin kan..tapi bila dah cool, baru la daku renung balik ape yang dah ku katakan, ape dah ku lakukan...daku cari dan google hadis dan blog-blog yang berkaitan..
Yang paling menyentuh hati daku, petikan kat bawah ni..
"Dan ingatlah, kita tiada hak untuk membenci sesiapa pun.. kalau pun seseorang tu buat dosa besar mana pun, kita x boleh benci orang tu sebab kita sendiri pun x boleh nak jamin bahawa kita sendiri x kan lakukan dosa yg sama dengan orang tu di masa hadapan.. tp, kita mestilah dgn sedaya upaya berusaha & berdoa agar kita x buat dosa yg sama.. dalam erti kata yg lain,jangan sesekali rasa diri kita dah cukup bagus.. "
Ayat-ayat tu buat daku berfikir, mungkin ada silapnya juga, maklumla daku kan baru 1st time jadi penyelaras subjek, lambat untuk segalanya or something else yang tak kena..
Cuma harap-harap orang yang dimaksudkan berubahlah sedikit sebab difahamkan dia juga akan menyambung kontrak untuk semester hadapan..so, buat apa nak kutuk UiTM bagai yang sentiasa ada yang tak kena tapi still 'cari makan' kat sini lagi kan..
Ini peringatan untuk aku gak..nak kerja biar ikhlas..jangan asyik merungut itu ini..sebab dah ini memang tugas dan tanggungjawab kita sebagai pengajar di universiti..kalau ada sedikit yang tak kena, standard lah..tak semua benda perfect..kalau tak sanggup jangan la teruskan lagi..quit dan duduk umah diam-diam..tu pendapat aku la
Ok, kalau sambung bebel lagi, boleh kena darah tinggi aku..sekadar untuk renungan bersama..=)
P/S: Bila terkenang bole meradang..
3 comments:
oh la..kalo ai la terkedu juga kalo hubby ckp cenggitu..tapi kan kita ni manusia biasa..ara rs bengang, ada rs marah..mari meningkatkan prestasi..eceh..kurangkan kontroversi..eceh..
sangat sally, mule2 xleh terima..degil org nasihat xnk terima..hehe
oppss, mcm pernah dengar seh ayat yg last tuh..haha
dedek...sapa yg mengutuk2 uitm tu...bagus sgt ke dia tu....kakzu dulu pernah jugak ada rs 'bagus' sbb comes from USM...turned out,,,uitm lg mantops ok....plus kita cr redjeki kat sini...maka bersokor lah...heheheh
Post a Comment