Eh..sedar tak sedar dah 5 bulan dah kami nikah..
5 bulan lepas, waktu macam ni aku tengah dipakaikan inai semula rasanya, top up bagi merah lagi..tu pon selepas melalui azab tido malam tu dengan jari yang berdenyut..hehe..
Orang pakai inai awal-awal, ni tengah malam orang dah tido baru terkial-kial dalam gelap..pastu my pengapit bole ikat plastik inai kat tangan daku dengan getah, nah ko malam tu berdenyut-denyut jari sebab darah tak jalan..terus kejut ira dalam 3pg suruh bukak getah..haha..kenangan sungguh..btw, tq ira..=)
Macam sesetengah org dah tau, kami plan nak kawen ni lebih kurang 2 minggu je..hari sabtu 12hb11 malam, masa tu kat dalam kereta atas bridge penang, otw nak ke persisiran queensbay dapat panggilan suruh kawen..bunyi macam pelik kan, tapi tu realiti nya..tp sebelum tu memang ada konflik skit utk majlis pertunangan..tup-tup tak sempat tunang terus tukar jadi majlis kawen lak..yang lebih-lebih tu anggap la kenangan..=)
Tapi bukan senang ye jalan nak menuju tu..dalam 2 minggu, kosong tanpa apa-apa persiapan..dengan kami tak g kursus kawen lagi..
Sepanjang minggu pertama tu ok lagi..cuma call tanya camne procedure je, beli barang hantaran, cincin, cari baju majlis sanding..tu semua kami buat kat penang..cuma agak tension skit, sebab asik kene call dari kg tanya itu ini..tema warna apa, kad camne, nak goodies beg apa, baju camne, pelamin, hantaran, byk lagi la..hehe..aku org dok call tanya je dah tension, belum lagi kene buat sendiri kan..hahaha
Memandangkan tak g kursus kawen lagi, apply la cuti jumaat tu tuk balik johor..khamis petang, balik dari keje, singgah umah dalam kul 8 terus desup balik JB..sampai dalam kul 3am..gilir-gilir bawak kereta, mr.bie dari penang ke KL, pastu aku sambung sampai JB
Pagi tu pon sama, abah g uruskan kat pejabat agama..
kami dgn mak g tempah pelamin, pastu g angsana shopping baki barang yang tak ada lagi..malam tu siap sedia di rumah untuk di 'interview' oleh tok kadi..nasib dia nak datang umah, special katanya..hahaha
Esoknya 2 hari kursus kawen..
Last day, siap dapat present gitu untuk "sape paling terdekat nak kawen"..hah, tak dapat tak tau la..hehe
Sebenarnya masa hari jumaat tempah pelamin dan mak andam yang mak aku dah bayar deposit, tak jadi..nak buat gane, dah tak berkenan, aku kalo tak suka memang tak kan la nak pakai..terus burn RM700..=(
Terus petang sabtu lepas kurus kawen, survey cari kedai pengantin..dan jumpa dan terus booking yang berkenan dan janji esok lepas abis kursus kawen datang untuk bayar deposit..
Tetapi sangat menyedihkan pada petang ahad tu, bila datang dia cakap "maaf la dik, tak bole nak amik dah, penuh dan takde orang nak buat"..apakah??
Gile ko, petang ahad dalam kul 6, yang malam tu kami nak balik penang dan esok keje, org tu bole buat hal lak..rasa nak sepak je, cakap la dari semalam kn..ni aku dah rejek sampai rugi 700 sebelum tu, ni dia senang-senang cakap penuh..mongonkkss giler
Ni pelamin asalnye..
Menggagau cari kedai pengantin sampai ke malam yang kat area pontian tu semua penuh la..last-last kami g CC, search internet cari area JB..dan alhamdulillah, jumpa..walaupun lama mencari dan harga mahal..tapi nak bt camne kan..nasib my abah kata "takpela, nak buat camne"..tq abah, sob..sob..sob..
Ni kat CC, tengah stress call sana sini..
Malam tu dalam kul 11, balik penang..dan sampai penang pukul 8pagi..sebabnya dua-dua tido keletihan dalam kereta kat R&R..nasib tak kena tangkap basah kan..haha
Pagi tu aku memang tak masuk keje, sebab tengahari nak g langkawi utk conference..
Dengan tak cukup tido, drive sorang-sorang g kedah, naik feri g langkawi...tp dalam feri, dok pulun tido la..hahaha
Sampai petang gak, ali amik antar ke kondo..tak sempat rehat, kena g meeting kat hotel sampai la tengah malam..lupe lak jadi AJK..tapi balik tak terus tdo, sebab slide presentation tak buat lagi..stay up la sampai kul 3pg..sedihnye la kn
Aku mintak tukar present hari selasa, sebab pagi-pagi rabu nak chow balik..masa ni dah asyik ingatkan diri.."sabar, sikit je lagi ye"..
Sampai penang, amik barang kat umah, amik ira, g amik baju pengantin kat butik..dan kul 4ptg, berdesup balik JB..nasib ira ada teman nak borak, sebab sedar-sedar dah sampai JB kul 11malam..perrghh, sangat la sakit badan, bila urut berbunyi-bunyi urat belakang badan ni..sob..sob..
Khamis pagi tu..mula la keje lain..tapi sangat bersyukur ada family dan sedara mara tolong..mane sempat nak buat tanpa mereka dalam masa 2 minggu..balik tengok hantaran dah siap, barang-barang sume dah beli, daku tinggal siapkan barang sendiri je..dan thanks gak pada ira, takde dia rasanya lagi stress kot aku kawen mase tuh..haha
Sangat panjang entry ni..tetiba rasa nak cerita cabaran dan dugaan kami menjelang hari perkahwinan..setiap orang ada dugaan dan masalah masing-masing..tapi kami bersyukur sebab hanya mengalaminya 2 minggu banding dengan orang lain, maybe bertahun or berbulan-bulan..=)
Lepas tu kami honeymoon di Kuantan...
Happy 5th month anniversary suamiku Matzaini..
LOve u manyak-manyak, ketat-ketat, kuat-kuat, penuh-penuh..=)
P/S: balik kampung...woooo...balik kampung...
1 comment:
giler..aku membayangkan betapa stress nya ko masa tu..x cukup rehat kan? baca je dah rs mcm penat..haha..n tetiba rs johor-penang mcm dekat..haha..giler la korang ni..dh 5 bln ek..kejap je ms berlalu..
Post a Comment