Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, April 19

Battleship..

Sebenarnya dah lama tengok cite ni..last week malam sebelum cuti pertabalan agong, yang esoknya ada tsunami kat Acheh...dah lama tapi gatai nak story gak..hehe


Punye la lama dok aim movie ni, bila check movie online, nampak keluar je terus call mr.bie ajak tengok malam tu gak..hehe..dah tak kira dah tayangan kul berapa, asal dapat tengok..

Sekali nah ko..keluar panggung nak dekat kul 2.30am..punya syok tengok, tak sedar masa berlalu 2 jam..cuba ko writing depan laptop, dapat setengah jam kusyuk memang salute la..

Cerita ni patut keluar 12hb, cmne leh ada tayangan tengah malam tu, daku sendiri tak tau..hehe..tapi memang recommend sape yang nak g tengok..

Daku siap bole borak-borak ngn puteri lagi suruh dia g tengok, puan tu pun kaki wayang gak..siap dapat msg dari dia.."battleship best"..i told u rite..hehe



Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.
Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones adalah adik kepada Stone Hopper (lakonan Alexander Skarsgard), StoneHopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Alex Hopper telah jatuh hati kepada Samantha Shane (lakonan Brooklyn Decker) yang juga merupakan anak kepada Vice Admiral Shane (lakonan Liam Neeson).
Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut.
Hinggalah pada satu keadaan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan budak-budak NAVY itu tadi. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.





Komen daku..

Overall memang sangat awesome...hero ni sama dengan hero movie John Carter, tapi cerita tu tak banyak aksi yang menggetar jiwa, maybe b4 tengok harapan terlalu tinggi kot..

Awal-awal tengok hero dia, terus berkata dalam hati.."ala, tak hensem la pulak hero dia"..sekali dia dah potong rambut..."fulamak hensem bangat"...

Cuma waktu kapal abang dia nak dibom, reaksi muka hero ni macam ada yang tak kena..at least ko jerit la "noooooooooo" sambil hulur tangan ke arah abang ko ke...hehe..ni tengok macam takde perasaan, dah la abang ko berkorban nak selamatkan ko..nilai kekeluargaan kena tunjuk kuat sikit..

Tak berapa faham kenapa perlu bagi isyarat kat planet unknown, presiden dia pun mengong g ikut cakap professor mongoks tu..nasib aliens yang datang bukan jenis makan orang macam dalam movie-movie sebelum ni..cuma main tembak-tembak je..

Yang lain-lain sangat best, aksi mengancam, jalan cerita terbaik, cuma kalau bole tukar heroin yang glamer skit..hahaha...

Menatang bawah ni sangat bahaya, once dah kena kapal, terjun selamatkan diri je la..



Kali ni i like u rihanna..ko acting bukan macam dalam video klip, yang jenis lenggok-lenggok seksi macam nak kena pelempang sebijik..keep it up bebeh..macam la dia bace komen teman ni kan..hehe




Ok..sekian review dari orang yang tak bertauliah ni..

Next movie adalah my way, cerita perang dari korea..lepas kawen ni, tak minat sangat nak tengok cite cintan-cintan, suka yang action..auwww...


P/S: kalau bole nak tengok sekali lagi.....

2 comments:

ally said...

dedek, nak tgk gak..best ek? me suke citer the hunger games? de nengok x? * sakan aku pi tgk wyg sorang diri..hahha...sobs..kalo la qalisya dh beso, ku angkut juga..hihi*

gadiz meki said...

sangat best sally..puas hati, kalah tgk transformer 3..hehe

ala, smlm nak tgk hunger games, tp waktu tayangan tak kena, ade ke b4 waktu maghrib, mne sempat nak masuk..mencik..

hehe..qisya dah beso, mesti bwk tgk cite kartun nnti..hehe