Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, July 16

HARRY POTTER..till the end..


Alhamdulillah..

Td berjaya menonton Harry Potter and the Deathly Hallows part 2 untuk kali yg ke-2..First tengok dengan mr.bie.. Sian dia, dari tak layan, kena layan gak demi ai..hehe..Thanks dear..=)

Kali ke-2 pula dengan puteri & syikin *housemate kami*..Kalau pompuan2 masuk panggung, conform pot pet pot pet punye, sori ye cik abang2 kat depan line weols..Tahan je la ye..

Ai kalau bab HP memang tak pernah tengok sekali, paling kureng pun 2 kali. Paling banyak tengok, HP yg ke-4, 4 kali tengok wayang, gile kan..Nama pun minat..


Sempat lg pose dalam kereta..jalan nak ke JJ Bukit Raja jem maa...tensen ahkak..so, hiburkan hati dgn bergambar..



Balik tu sempat lagi singgah khulafah minum..err..ngan makan skali..hehe



Berbalik pada movie HP tadi..Jom imbas kembali HP dari movie pertama hingga ke tujuh (2 part)..Dari seorang yg cute miut hingga jadi jejaka hensem..=)



Harry Potter and the Sorcerer's stone



Harry Potter and the Chamber of Secret



Harry Potter and the Prisoner of Azkaban



Harry Potter and the Goblet of Fire



Harry Potter and the Order of Phoenix



Harry Potter and the Half Blood Prince



Harry Potter and the Deathly Hallows *Part 1*



Harry Potter and the Deathly Hallows *Part 2*




Kat sini, ai bagi sikit sinopsis movie HP yg terakhir. Nak tau yg lain, g cari sendiri k..hehe



Sinopsis: Harry Potter and the Deathly Hallows *Part 2*

Movie start dengan adegan Voldermort berjaya mendapatkan tongkat sakti kat makam Dumbledore dan Harry selepas mengebumikan dobby kat Shell Cottage. Then, Harry cuba memujuk atau meminta pertolongan Griphook utk menolong mereka masuk ke dalam peti keselamatan Lestrange di Gringott. Syarat Griphook adalah, pedang Gryffindor sebagai ganti. Utk menjayakan rancangan mereka, Hermoine menyamar sebagai Lestrange dan Ron sebagai ahli sihir yg aku sendiri tak kenal. Manakala, Harry dan Griphook sembunyi di bawah Jubah Halimunan kepunyaan Harry. Mereka berjaya masuk, tetapi terdapat pelbagai cabaran untuk mendapatkan horcrux dan melepaskan diri dari pegawai keselamatan dan Goblin. Mereka bertiga akhirnya melarikan diri dengan menggunakan naga yg dah lama tertambat di Gringott. Masa mereka menyelamatkan diri, Harry mendapat vision iaitu Horcrux yg terakhir berada di Istana Hogwarts. Maka bermula la perjuangan mereka dan pelajar Hogwarts melawan Voldemort and the gangs. Harry juga mengetahui kebenaran tentang Snape yg rupanya sentiasa berpihak pada Dumbledore dan banyak berkorban utk beliau. Ending mesti la Voldermort mati. Tapi nak tau macam mana dia mati, pergi la panggung tengok movie nie..hehe



Komen:

  • Tak dapat cari kesalahan cerita ni..rasanya terlalu 'perfect' utk ai..Mybe sebab ai ni peminat tegar kot, so nampak semua part dia best je.
  • Background muzik memang terbaik..Sedih+excited..Senang kata, muzik dia serba-serbi kena dengan setiap adegan.
  • Tak tau nape, tapi cerita omputih tang CGI memang sgt awesome..Tengok la bajet berapa la pulak kn, segalanya tak mustahil.
  • Ingatkan ai je perasan, tp puteri pun akui..Muka mak harry, lily..ada iras macam my sv, lagi2 bila part dia bercakap..adui, tiba2 teringat my research dalam wayang..huhu
  • Dinasihatkan bagi siapa2 yg nak pergi tengok movie ni, tengok la dulu movie Harry Potter and the Deathly Hallows *Part 1*. Di khuatiri tak faham.
  • Kesimpulan, HP yg last ni ada la movie yg paling sedih..Bertambah2 sedih sebab ni adalah movie yg terakhir..waaa..I want more..



P/S: Menunggu movie The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 pula...Tapi November lambat lg tiba..=)


3 comments:

FARHANA said...

Dr S pun berlakon jugak kot...hehehehe

areT said...

tolong!!!kzu mcm jatuh chenta kat voldemort...heheheh

gadiz meki said...

nana: ala..seram la tgk harry tbayang dr.s wlaupon dia cantek..=)

kak zu: kak zue, cite kali ni voldemort x nampak menakutkan la..lawak de la..hehe