Minggu lepas sy pulang ke kg..
Tuesday, May 31
SELAMAT HARI LAHIR ABAH..
Minggu lepas sy pulang ke kg..
kak zue berpindah rumah idaman
Saturday, May 28
nur..nur..nur kasih...
Misi menonton wayang harini bermula selepas office hour..*eceh..bunyi mcm keje je kan*..plannya tghari, tp biasa la cik puteri, buzy ajer.. So tunda la ke petang..
Tak sempat wikens, ko dah kuar jalan2 ye dedek..x senonoh sungguh kamu ni..
Nasib la sempat sampai sebelum cerita bermula..tu la, last2 min baru nak beli tiket..ada rezeki dapat tengok cerita ni.. alhamdulillah..
Nur Kasih The Movie..malas nak cerita pasal sinopsis dia lagi, kalo rasa nak tau gak..sila la refer sini, blog cik nana..
Saat2 paling tak boleh lupa dalam wayang td..adalah pakcik yg duduk depan seat ktorg td..tengah2 semua org senyap kat part sedih, tiba2 dia bole keluarkn ayat emo..
"ish..kejap bro kejap abg..kepala otak dia la"
Waduhh..kami2 yg dengar ni, tak ke gelak sakan..jenuh gak la nak cover jgn sampai kedengaran kat telinga pakcik tu. kang tak pasai2, kitorg pulak kena kepala otaknya..hehe..
Ntah2 dia bengang sbb jln cerita yg agak slow..hehe..tu pendapat kami la..
Tp tu la, sebelum cerita bermula..aku ngan put asik ckp pasal tisu. yelah, dah baca review sebelum ni asik ckp sedih dan suruh bawa tisu je..nah ko, sekali 3 bungkus aku bawa. tp akhirnya tak guna gak, sebab tak tau kat part mana nak nangis..*Bole pulak ek*
Ayu raudhah tetap maintan ayu dan cantik walau muncul 2 babak je..
Bole borak ngan put pasal nur amina pakai jubah tgh2 hari kat kg..kalo kita mesti dh ckp, 'tak sanggup teman panas2 nak pakai jubah camtu'..tp tgk dia pakai dalam movie ni nampak cute n sopan je..tetiba rasa suka pula
Bila tiba part ending, duk la potpetpotpet..main teka2, rahim razali tu siapa, adam ke aidil..afida es terang2 nur amina..ade kelainan skit bila tiba part ending walau jenuh gak nak memahami, macam main teka2 sendiri..
Tp yg pasti..adam + nur amina = zain ruffege..
Overall cerita aku bagi 3.75 bintang..3.5 mcm sikit sgt, 4 pula mcm best sgt, so bagi tgh2..hehe
Aktiviti selepas keluar dr wayang..
Shopppinngggg….*kenyang makan popcorn dgn kacang dlm wayang td*
Errr bukan..window shopping..*sebab sorang pon takde beli apa2*.. Dah jalan2 sampai jusco nak tutup tp still tak beli apa2 kecuali buku UPSR put beli kat popular *buku kategori shopping ke?*, window shopping le namanya tu..hehe
Ok2..cukup..mau tidur pula..esok pg nak kena g tuition..jgn ngntuk suda la..=)
p/s: esok Saturday..mau tengok pirates of the caribbean dgn mr.be pula..jgn risau puteri, next week sy dh book utk tgk cerita x-men first class dgn kamu..mr.bie sy seorang yg memahami..hehe
Monday, May 23
holiday..holiday..
hidup kena cekal..
Weekends yg sgt busy..
Sabtu: tuition, kene dtg tghari umah abg ngah makan mak masak, tuition lg, tolong mak lebel harga kat barang nak jual, kene layan anak sedara jln2 kat fun fair & carrefour..sampai umah nak dekat pukul 11mlm..
Ahad: tuition, balik umah tdo dlu *kepala pening*, pergi umah abg uda makan, bawak mak pergi beli hadiah abah..sampai umah pukul 11 lbh..
Isnin: meeting di UM, settle hal dgn supplier..balik johor *tak tau pukul brape*..tp singgah umah abg ngah ambil mesin badan abah, umah abg uda ambil mak & adib, melaka umah along & kak teh ambil hadiah abah..pukul brape la sampai kg nanti..ish2
Selasa – tak tau bila nak balik: majlis harijadi abah & bergumbira di kg..yahuuu..*masa utk gumuks kan lg badan*..hehe
p/s: harap2 majlis harijadi abah nanti berjalan dgn lancar..amin..
Thursday, May 19
wriTing timE
alhamdulillah..
Tuesday, May 17
kasih ibu..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?
dedicated special for u..
The Ariez – Khalimah Cinta
Ku ingin
Kau pejamkan matamu hanya untuk
Sekadar waktu
Ku ingin bisikkan
Khalimah cintaku
Dan selepas ini
Bukalah seluas mana pun
Yang engkau mahu
Ku hanya ingin kau tahu
Aku juga mencintai mu
Aku ingin
Kau slalu ada
Untuk menemani aku
Di segenap ruang hidupku
Aku ingin
Kau slalu mencintai aku
Supaya aku tenang
Selalu
Cintaku hanyalah milikmu
Itu yang kau mahu dariku
Cinta mu milik ku itu
Juga yang ku mahu
Dariku semua untuk mu
Darimu untuk ku
Semoga kita akan tetap
Menyatu…uh..uh…
Dedicated this song special for mr.bie..
Happy 3rd month anniversary too bie..=)
Thanks for the cake dear..
The Ariez – Khalimah Cinta
Ku ingin
Kau pejamkan matamu hanya untuk
Sekadar waktu
Ku ingin bisikkan
Khalimah cintaku
Dan selepas ini
Bukalah seluas mana pun
Yang engkau mahu
Ku hanya ingin kau tahu
Aku juga mencintai mu
Aku ingin
Kau slalu ada
Untuk menemani aku
Di segenap ruang hidupku
Aku ingin
Kau slalu mencintai aku
Supaya aku tenang
Selalu
Cintaku hanyalah milikmu
Itu yang kau mahu dariku
Cinta mu milik ku itu
Juga yang ku mahu
Dariku semua untuk mu
Darimu untuk ku
Semoga kita akan tetap
Menyatu…uh..uh…
Dedicated this song special for mr.bie..
Happy 3rd month anniversary too bie..=)
Thanks for the cake dear..
Sunday, May 15
babiEs visit..
Sebab banyak sangat gambar dalam camera..sy memilih nak cerita tentang babies..
ANIS QALISYA DAN NUR AAKIFAH
1st baby..Anis Qalisya
Baby comel dalam buai ni namanya baby qalisya..mama dia saliana..time kitaorg datang, qalisya tengah tido..nak panggil dia qelly la, bole tak??..hehe
Aktiviti bergambar dengan aunty dedek..wajib hokey..qalisya time ni memberi kerjasama yg baik..hehe..cheeseee..
Time ni baru nampak qalisya ada rupa huzai..before ni nampak more macam sally..nama pun ayah kan, pe la dedek nie..
“Aunty..sy bukan pakai gaun tau..Cuma tak pakai seluar je”..hehe..
Hah..tu dia..time orang nak balik, dia bagi sengihan yg mengancam..ahakkss..
Tata qalisya, next time aunties dating lg ye..=)
2nd baby..Nur Aakifah
Baby comel yg tengah tido ni namanya aakifah..time ktorg datang petang td, dia baru je tido..sian la pulak kene kejut dek aunty2 ni..baby yang ni anak saudara cik nana, mama dia huda..
“Panggil I kifah je k..”
Tengok tu..aunty ira kacau kifah tido, sedaya upaya dia nak bagi baby ni bangun..hehe..
Tadaa..datang lagi sorang aunty nak kejut kifah bangun..ahakss..sian dia kena kacau..
Ok..bergambar dengan kifah..boleh ye sambung tido semula..hehe
Qalisya dan kifah..aunty doakan semoga kamu menjadi anak yg baik, solehah dan berjaya dunia akhirat..amin..
p/s: Bila nak ada anak sendiri nih..=)
Wednesday, May 11
mari ber'Hot & RoLL'..
MAKAN..
Kali ni sy dgn mr.bie memilih makan kt sini..
HOT & ROLL
Setelah dimelayukan..jadilah..panas & gulung..hehe
Sedap..*dedek semua sedap je*
Tak cukup satu..sy order dua utk sy je *mana le tak debab*..hehe
Kat sini ade dua jenis, crispy and paratha..yg besar crispy and kecil paratha..
Ahad lepas, masa anak sedara beli kat sunway pyramid, tak rasa nak mencubanya..hanya memandang sepi..ahakss..
Tp semalam bila round2 Plaza Masalam..baru la datang seru nak try..
Berbaloi2..sedap..crunchy..yummy..semua ade..
Muka org rasa tertipu, dia dapat kecil je..muahahaha..sy dapat ‘besar punye’..
Harga..
Crispy chicken or beef RM5.90..Crispy peanut/banana RM4.90..Paratha RM3.90..
rasa2nya mahal tak??
Ahakss..enjoy menikmati my crunchy..muka tak bleh blah betul
The end product..licin..
p/s: pasni nak ajak puteri and ira pulak try kat sini..hehe
utusan diharamkan???..
Utusan diharamkan??..hihi..tak tau nak komen apa..(source:hmetro)
Aku bukan jenis sokong mana2..tp diakui agak menyampah gak bile baca utusan online..
Baca tajuk je pun dah buat aku terbantut nak teruskn pembacaan..Last2 terus tengok bahagian gosip2 artis je..ahakss..bole ek..
Tp pada aku utusan ni mmg agak Pro Umno-BN..Kipas lebeh..hehe
Takleh cite banyak2..bahaya..kite layan je gambar nie..
Aku cilok kat sini..
ish2..agak2 la kalau ye pun kan
Dah glamer kejap pakcik nih..hehe
p/s: bila la nak daftar sebagai pengundi..hehe
Tuesday, May 10
GIANT YG SUKA MEMPERMAINKAN PERASAAN
PANAS DUNIA..
Aduiii..patut le rasa panas je sekarang nie..
Tido malam jadi tak lena..kalo mandi rasa sampai tak nak keluar bilik air..
Minum air punya la banyak tp still rasa haus..camne tuh..ahakss
Dari jarang minum ais, terus jadi habit sekarang nie..hehe..tak tahan beb..bila dapat air ais, rase nak peluk bungkusan tu tak nak lepas je..camne tuh..
Kalo tido, jangan cakap..dulu tido tak bole tak pakai selimut..kali ni selimut aku campak jauh2, jadi seriau pulak nampak selimut ni..baju tido takleh citer*sensored*..hehe
Selalu coklat bar kalo aku letak atas meja bole je keras..sekarang ni lembek terus macam tak cukup sifat..sama gak dgn krim muka tia amelia aku..lembek semacam..ahakss..
Dulu masuk lab pukul 9pg sampai 4ptg..sekarang ni,pas subuh sepantas kilat bsiap nak masuk lab..8pg je dah terpacak kat depan pintu lab,ni semua gara2 lab ade aircond..*dapat masuk kereta pun dah lega tau, tak keluar2*..hehe
Tengah2 dengar sinar online kat lab tibe2 dengar berita punca berlaku sintom2 kurang sihat ni..
Rupe2nye..RIBUT TROPIKA AERE yag sedang melanda Filipina sedang meniup dari arah barat ke negara ni..dijangka berakhir minggu depan..
Waduhh..cepat la berakhir minggu ni..tak tahan teman 'menikmati' cuaca panas sekarang ni..
Ni baru panas dunia dedek..tak dapat ku bayangkan panas di akhirat nnti..(*-*)..
BENEFIT: baju cepat kering..tak liat nak bangun pagi..hehe..i like..