dah tau diri tu penakut,nak gak tengok..kan dah tak lena..tiap kali tiba hari khamis..akan kedengaran la suara2 jeritan paduan dari ira,puteri n dedek..hehe..suspen giler..kalah kak limah..tapi kalo diajak tengok kat wayang,aku mmg org pertama surrender..tak sanggup jd mcm cerita kak limah..cerita komedi,tp aku jerit mcm tengok cerita suspen amat2..sabo je le..
tp cerita ni memang best..ade kelainan sikit..tengok muka suami dia..kesian yg amat dibodoh2 kan isteri2 sendiri..dalam kes ni yg jadi mangsa lelaki..tp yg start jahat si suria aka fauziah gaous..kenapa la boleh tikam kawan dari belakang semata2 nak rampas suami ija aka sabrina yg tak berape hensem tu..ish2..kan dh kene balik..pada aku,suria ni lagi jahat dari sabrina walaupon sabrina yg guna mantera anjasmoro ni..kesian baby dalam perut sabrina,asik hilang je..sampai satu tahap nak santau dan bunuh sabrina..tak patut sungguh..
mula2 tak faham gak apa tu mantera anjasmoro..tp setelah diresearch*cari ni bole pulak*..tau la sikit2,tp jangan amalkan pulak ye..
mantera anjasmoro diambil sempena nama Ratu Anjasmoro yg berasal dr Keraton mengamalkan ilmu jahat yg melibatkan serapah dan makhluk halus.Ianya merupakan metafora amalan ilmu Jawa Kawi yg menggunakan 'pendamping' utk mengekalkan kecantikan dan menakluki suami dengan merebus seluar pendek*seluar dalam kot* suaminya yg dipuja utk diminum...yakkksss...geliss..tak tergamak teman..tp manusia kalo dah terdesak,semua jadi tak mustahil..
sinopsis:
Zahid dan Sabrina merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing. Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).
Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan. seterusnya..aku sendiri tertunggu2 apa kisah seterusnya..hehe..sebab tak faham tengok preview tuk minggu depan
p/s: kasihani la suami anda..kalo ada perempuan nak ngorat..bawa je lari jauh2..sanggup je berhijrah demi kebahagiaan rumahtangga..minta2 kita dijauhkan terkena seperti kisah dalam cerita ni..amin
2 comments:
menjerit jea keje nyer hahaha
haha..tkejut beb..kene la jerit..
Post a Comment