Balik meeting je mesti sakit kepala..balik je pening2 lalat, bdenyut kepala..pe lg, balik je umah, terus lepak tgk cartoon kt tv9 smbil mnum2 air teh yg dbuat puteri *put mmg suke lyn sy..hehe*..sampai tlelap2 la..punye la stress bile keje makin btambah.. takut2.. paper.. journal.. experiment.. writing.. waaaaaa..
It’s ok dedek..u can do it..=)
Masuk bilik tetibe ternampak majalah solusi atas meja..bila belek2, tberkenan satu artikel nie..*kajian sy sendiri mengatakan..menaip sesuatu yg takde kene mengena ngn keje2 master bole mnghilangkn stress*..=)
Umpama Memamah Daging Saudara Sendiri
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 12 yg bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Ayat al-Quran ini mengandungi tiga wasiat penting kpd org yg beriman iaitu larangan bersangka buruk sesama manusia, larangan mengintip dan mencari keaiban org serta larangan mengumpat.
Ayat ini membicarakan asas dan kaedah pendidikan dan hubungan dlm masyarakat demi mewujudkan masyarakat yg aman dan harmoni. Oleh sebab itu, anggota masyarakat perlu menghormati serta memelihara kemuliaan anggota masyarakat yg lain.
Larangan2 yg telah dikemukakan dlm ayat di atas bertujuan membina kehidupan masyarakat atas dasar hormat-menghormati antara satu sama lain.
Penggunaan kiasan dlm ayat di atas merujuk kpd perbuatan mengumpat yg diharamkan. Perbuatan mengumpat diumpamakan seperti memakan daging saudara yg telah mati. Menurut Imam al-Ghazali dlm kitab Ihya’ Ulum al-Din, mengumpat ialah perbuatan menyebut kekurangan atau keaiban org lain yg tidak disukainya sama ada kekurangan itu ada pd tubuh badan seseorang, keturunan, tingkah laku, perbuatan, perkataan, agama, dunia, baju, rumah, kenderaan dll.
Dalam erti kata lain, mengumpat ialah perbuatan menceritakan suatu keaiban org lain walaupun apa yg diceritakan itu sesuatu yg benar, ia tetap termasuk dlm kategori mengumpat kerana mendedahkan keaiban org. Manakala menyatakan sesuatu yg tidak benar ialah fitnah.
p/s: peringatan utk diri sendiri dan kwn2..marilah kita sesama kita berubah kearah yg lebih baik..amin.
No comments:
Post a Comment