Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, February 25

tak tau tajuk


Alhamdulillah..semalam before maghrib, kami sampai di Penang..kapal torrrbang nowadays memang jenis merempit kat atas ek, selalu sangat sampai 30-45 minutes earlier..tak sempat nak nak bontot panas, ehhh dah sampai, baru nak fefeeling lebih kan

Now ada di opis, badan tengah sakit-sakit, rasa lemah semacam..ingat lepas kerja nak cari vit tambah tenaga, before tu nak buat research dulu apa yang terbaik.


Hari ini Isnin, pagi-pagi my sv dah call tanya pasal papers dan progress writing, terus kejung badan..hahaha..

Papers saya tidak siap lagi..kat Johor memang tak sempat buat, tak expected my abah akan seteruk tu sampai masuk ICU dan operated..ko tengah tunggu kat luar bilik pun tak akan tenteram la, lagi-lagi nak writing kekononnya..

Ok..ok sudah..banyak kerja nak dibuat, entry diakhiri dengan memperkenalkan my niece nephews ..ni yang latest..Muhammad Firas Ilham..=)






Yang lain-lain yang dah lama "keluar"..hehe





Yang ni kuat nangis..hehe



mata stiiim kena flash..hihi


Ok..cukup..selamat berkerja..=)






P/S: no monday blues..no monday blues..no monday blues












Friday, February 22

Allhamdulillah..

assalammualaikum..

sekarang aku sedang bersiaran langsung dr hosp pakar puteri..

alhamdulillah..lepas my abah operate mlm td, keadaan semakin baik. Dah boleh bangun duduk bercakap dan makan, paling penting kenal orang disekeliling.

insyaAllah esok dah boleh keluar..=)

sekarang i tgh tunggu hubby smpai dr penang, smlm i blk sndri..biarkn hubby settlekn keje kt opis..

esok..boleh la ber"bengkel" dgn senang hati..=)




Thursday, February 21

Dugaan

Pertama...

Pagi-pagi dah dapat berita yang tak menggembirakan..

My abah tak sihat, dari malam tadi tak boleh bangun..malam nak bangun masuk toilet, jatuh dalam tu..lepas tu pagi tadi nak solat subuh bangun, jatuh lagi dalam bilik air sampai dahi luka..

Masuk kerja tak semangat langsung, sampai batal kelas untuk pagi ni.."maaf ye, lect kamu down"..nampak sangat tak professional, tapi aku ni bab family sangat berjiwa sensitif

Pulak semalam aku bagitau esok nak balik Johor sebab ada bengkel kat Pasir Gudang, naik flight and stay hotel yang disediakan..dah mak aku cakap, abah bangun-bangun asyik tanya "dedek bila nak balik"

Ohhh..sedih ok..sebab aku tengok jadual kat sana sangat padat dan takde transport sendiri nak ke sana sini..apa nak buat ni..

Tapi tak kira, aku nak balik Pontian gak jumpa abah..alternatif lain...teksi..teksi..teksi..

Nasib baik abg ngah otw balik nak pujuk abah pergi hospital..mak aku cakap, abg ngah tinggalkan kerja terus balik dari shah alam..lega i, nasib la dia "bos" boleh main tinggal-tinggal..hehe

Oh..lambat lagi nak pindah Johor..akhir tahun ni..


Kedua...

Aku tengah pening writing sekarang ni, tengah susun data..dan planning nak hantar full draft dekat sv..niat nak hantar intention secepatnya seperti my hubby..tapi tup-tup dapat msj dari Ali, my sv nak 2 paper dlm masa 5 hari untuk dihantar ke Icame..

Yehaaa..sempat sangat la kan..dengan pagi esok bengkel pagi sampai petang, then habis tu terus ambil flight terus ke JB, malam dah start bengkel sampai la ke ahad...

Cakap ngan Ali.."mana sempat, bengkel lagi"..

"ala, masa bengkel sambil-sambil boleh taip"

Err...kita tengok nanti adakah aku se'terror' ituhhh..harap-harap iya..doa kan la ye


souce: google



source: google



P/S: i really do love my job..but some days are hard..Dear Allah, please give me strength...Aamiin..=)

Wednesday, February 20

Wordless Wednesday: mai secawan






P/S: Minum hanya apabila mengantuk sudah tiba...

Tuesday, February 19

Berpinar mata





Bila kepala berdenyut-denyut, hati aku sangat senang...kenapa??

Itu menandakan otak sedang digunakan untuk berfikir berat aka writing..hihi

Nampak sangat "malas" sebelum ni..

Moga dipermudahkan segala urusan ku...Aamiin..=)




P/S: jom maghrib sebelum hubby dtg ambil sat g utk balik or merayap..hehe

Motivasi Islam






Sumber: Buku Motivasi Gaya Rasulullah.

Monday, February 18

Ahad untuk jalan-jalan


Ahad adalah hari untuk berjalan-jalan di luar..

Tengah hari terus tuju ke Gurney..kekonon nak cari novel Hingga Hujung Nyawa, tapi takde juga..

Lastly, pergi makan kat Seoul Garden..hah, kat sini confirm berjam, sebab nak kasi berbaloi..hehe



Dah habis makan, ingat nak tengok movie Husin, Mon dan Jin pakai toncit, tapi takde tayangan pula kat wayang gurney ni..terus la balik ke seberang semula

Dan tuju ke Hasani untuk menghabiskan baucer buku..hihi

Hasil tangkapan kami..total dalam bakul ni bernilai RM250, then bila bayar dapat baucer Hasani RM50, tambah lagi beli sebuah buku dan beberapa batang pen.



Aku pilih kejap je, cik abg ni memang ambil masa sikit..rambang mata gitu, banyak sangat buku keagamaan kat Hasani ni.



Banyak-banyak buku...yang ni paling aku suka, siap bawa ke opis pagi ni, murah je RM12...=)


Kadang-kadang bila dah banyak sangat kerja, tapi tak jalan, takde mood nak buat..kena ada "sesuatu" untuk mendorong diri..=)

Habis baucer, pergi ke Jusco untuk menonton.

Tapi masa beli, lambat lagi nak tunggu movie start, terus balik rumah dulu..lepas maghrib baru keluar semula dengan hajat hati nak merempit, tapi hujan..muahaha

poster-filem-hantu-kak-limah-2


Ok la cerita dia, memang sebelum tengok review kebanyakkan  kata tak selawak Hantu Kak Limah dulu..tapi ok la untuk buat gelak.

Sampai rumah nak dekat kul 11 malam, lepas tu baru sibuk nak iron baju bagai kan..seharian tak lekat kat rumah..hehe

Hari ini Isnin..moga tiada Monday Blues untuk aku...=)




P/S: saya suka kerja saya...=)