Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, June 7

Snow white and the huntsman


Malam tadi berjaya nonton movie ni, even balik tengah malam, tatap puas hati..takdela jenuh mr.bie dengor daku asyik sebut pasal cite ni..
Punye la penuh panggung, sampai ke depan penuh..sanggup pulak diorang dongak..emmm..budak-budak jangan cakap la, merata Jusco ada, lagi-lagi kat tempat wayang tuh..
Terfikir camne parents diorang bole lepas kan anak-anak balik tengah malam..yelah daku masuk 9.55pm, kuar dalam 12++..tak ke tengah malam tuh..emmm

Mengisahkan seorang Puteri Raja , Snow White yang menjadi mangsa kezaliman Ibu Tiri beliau selepas kematian Ayahanda Raja, akibat dibunuh oleh Ibu Tiri beliau, Ravenna, seorang Tukang Sihir. Ravenna seorang Sihir yang mahu kekal hidup dan mahu sentiasa cantik dengan menyedut keperawan gadis remaja.
Setelah meningkat remaja, kejelitaan Snow White menjadi ancaman kepada Permaisuri Ravenna. Belum sempat Ravenna menggunakan kekuasaan Snow White, Puteri tersebut sempat melarikan diri ke dalam Dark Forest.
Permaisuri Ravenna akhirnya mengarahkan The Huntsman untuk memburu Snow White supaya dapat ditangkap. Kenapa pesuruh Ravenna tidak mampu menjejak Snow White ke Dark Forest? Siapa dia The Huntsman dan berjayakah dia memburu Snow White?

Komen:

Mengecewakan sebenarnya..maybe expectation terlalu tinggi b4 tengok movie ni..
Jalan cerita yang tak berapa ngam..pe org kata "jalan cerita longgar"..hehe
Lawak bile terkenang balik time snow white kat pintu penjara, kamera fokus dekat muka dan jelas sangat-sangat gigi arnab snow white..semua gelak kot time tuh..hehe
Memang movie ni snow white ala-ala ganaz skit, tapi still macam pelik bile snow white yang realiti kristen steward ni berperangai serupa kat luar dan melakonkan watak yang sama macam dia..macam ade tak kena skit..ahhh, daku dah dibiasakan dengan snow white kartun yang nyanyi-nyanyi tuh..hehe
Yang lain ok..bila zaman kegemilangan, semua tempat nampak cantik..zaman kegelapan, semua tempat nampak menyeramkan dan menggelikan..kena dengan jalan cerita
Pengajaran paling penting, jangan terpengaruh dengan kecantikkan shj..macam king dlm cerita ni, jumpe    perempuan jahat arini, sok dah nak kawen pastu mati kena bunuh pada malam pertama..kesian sangat, tak sempat merasa..hehe
Adegan kat tempat fairies ni terkagum-kagum kejap..


Snow white yang sejak kecil dikurung di menara, tapi bole lead battles g berperang..siap menang lagi tuh..hehe


Lakonan permaisuri ni terbaekk...menjadi je mimik muka dia..time kesian ada, jahat giler ada, geli giler pon ada..

Overall 3/5 bintang..



P/S: suke tengok hari rabu sebab murah dan tak sesak..hehe

No comments: