Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 16

Dark Shadows


Semalam punye beria daku nak tengok movie ni, tak sempat-sempat balik rumah tukar baju, sharp pukul 5 je terus ajak hubby thumb print..nak berkejor tengok kat Megamall.. 


Tapi bila tengok, ada sedikit mengecewakan sebenarnya..

Disebabkan malas nak menaip atas kengkangan masa *eceh..eceh..*..daku copy luahan perasaan seorang Hamba Allah ni yang daku rasa sama seperti isi hatiku..

"aku dah tengok filem ni.. ni ulasan peribadi aku terhadap cerita ni 
seriously, bila aku dapat tahu The Dark Shadow ni diarahkan oleh Tim Burton aku rasa suka sangat.. sebab aku tahu filem dia ni unik sikit sebab filem2 dia ni filem yang dark film... lagi suka aku sebab Jonny Depp berlakon... kasi je lah watak apa kat dia semua boleh berlakon.. watak2 pelik macam Captain Jack Sparrow, Willy Wonka, Sweeney Todd, Mad Hatter semua dia boleh berlakon dengan sangat cemerlang.. Tapi bila trailer keluar, aku dapat rasa cerita ni macam bosan sedikit.. Maybe sebab filem ni adalah diadaptasi daripada TV show popular tahun 60/70-an, jadi aku pergi juga tengok filem ni sebab Jonny Depp..


Secara jujurnya, filem ni membosankan.. Walaupun ada Jonny Depp, filem ni tak berjaya membuatkan aku rasa WoW.. Aku ada baca sinopsis dulu sebelum tengok filem ni dan sebenarnya Dark Shadow versi 60/70-an ni Dark Shadow yang agak seram dengan pelbagai watak horror seperti werewolf, vampires, dan sumpahan keluarga.. Cuma Tim Burton menukarkannya kepada Dark Shadow versi komedi.. Tapi bila filem ni dikomedi kan oleh Tim Burton, ianya tak berjaya bagi aku.. Sejarah arahan filem Tim Burton bukan lah komedi (kecuali filem animated Battlejuice).. Percubaan Tim Burton ni aku boleh jadikan Tim Burton ni sebagai M.Night Syamalan yang baru.. 

Jalan cerita yang mendatar.. Plot bergerak dari satu plot ke plot agak bosan.. Unsur suspend pada akhir filem ni pula sengaja dibina dalam keadaan terpaksa.. Seluruh jokes filem ni sebenarnya jokes yang tak fresh dan tak lawak.. Macam kau sembang dengan kawan kat kedai kopi, member kau buat lawak tapi kita ketawa juga sebab nak ambil hati.. Jokes macam tu yang kau rasa bila tengok filem ni..  Tim Burton cuba nak menjadikan Dark Shadow ni kelakar, tapi tak menjadi.. 2 jam Dark Shadow rasa terbuang macam tu je.. Ada certain scene dibina tak berkait langsung dengan overall tema "gothic comedy" filem ni sebenarnya.. Dalam pengakhiran filem ni baru korang tahu budak perempuan tu sebenarnya werewolf.. Werewolf "diberitahukan" kepada penonton akhir cerita ni supaya semua watak Dark Shadow versi asal dimuatkan dalam filem yang durasinya 2 jam sedangkan Dark Shadow versi asal ditayangkan selama 6 tahun.

Lakonan Jonny Depp boleh dikatakan berjaya.. Tapi Dark Shadow ni tidak berjaya pada aku.. Dari 5 bintang bole beri 2 bintang.. Kepada yang nak menonton, jangan mengharap sangat dengan filem ni.. Kalau nak tengok sebab Jonny Depp boleh tengok!"


Sinopsis bole baca kat sini..

Daku sebenarnya mengharapkan sedikit jalan cerita yang bole "surprising me"..tapi agak mendatar hinggakan ada yang meninggalkan wayang ditengah tayangan cerita..sampaikan daku sendiri bole ckp dalam hati "bile cerita ni nak abis"..sighhhh...

Daku toleh mr.bie kat sebelah pun dah tersandar keboringan walau ade gelak-gelak sikit..hehe..tapi disebabkan daku yang beria ajak g tengok, kena la buat ceria sentiasa..hahaha

So, jangan la mengharapkan lawak dari awal hingga akhir cerita..ada part lawak, ada part macam "perlu ker"..

Yang paling tak patut ada, adegan lucah terlampau..rasanye banyak babak 18SX dalam cerita ni..

Overall daku bagi 3/5 bintang je..tu pun disebabkan lakonan Johnny Depp and Eva Green yang mantopp..





P/S: trailer Snow White and the Huntsman sangat menarik..tak sabar nak tengok..=)


No comments: