Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, May 31

misteri cermin mata

Tajuk semacam je kan..

Entry before ni kan ade daku post pasal letih pergi Khidmat Masyarakat UiTM kat cameron...

Dan nak jadikan cerita, sebenarnya masa tu spec mata ku patah..maklumla tido dalam khemah kan..

Siap berseletip bagai lagi..


Sadis giler...daku dah la jenis susah nak tukar spec, jenis selagi bole pakai, takkan tukar lain..sebab rasa itu bukan keperluan, selagi pakai nampak dunia tak perlu tukar lain..

Ni bila dah patah, maka haruslah cari baru..


Pilihan kali ni adalah frame-less sbb mr.bie kata nampak macam pakai tak pakai..erkk..nampak beno buruk sebelum ni...hahaha

Tapi memang dah beberapa orang dan even student akan tegur nampak lain tak pakai spec..kadang-kadang diorang ketuk pintu cari daku tapi tanya kat daku mana miss hanifah....T______T

Mana yang misterinye???

Takdela misteri sangat tapi misteri la jugak..hehe

Malam tadi nak masa nak kuar tengok wayang MIB3, daku baru perasan spec mata baru tak jumpa..sebab bila dalam umah daku akan pakai spec lama..bila tak jumpa mula la gelabah cari 1 umah tapi still tak jumpa jugak

Bila mr.bie cakap ada kat opis..aku deny kan, "takkan ayg balik umah tak pakai spec sepanjang jalan rilek je, mesti dah perasan".. dasar degil..

Rupanya bila sampai opis pagi tadi..cantek je spec tu terletak kat atas meja..


Baik bang..saya silap..ampun..

Tapi sampai sekarang daku masih terfikir-fikir camne daku berjalan ke kereta sampai la ke rumah dengan mata yang tak jelas dan tak perasan..tak pernah terjadi dalam sejarah hidupku..hehe




P/S: malam ni balik kg......ooooo balik kg....hati girang...=)

Monday, May 28

letih..


Alhamdulillah malam tadi selamat sampai Penang lepas hampir 8-9jam travel dari Kuantan ke Penang..

Badan semua terasa sakit-sakit...adakah disebabkan faktor usia??..

Dulu bila travel jauh-jauh tak terasa sangat, ni tengah otw nak ke Kuantan pun dah terasa sakit muntut la, pinggang la, belakang la..adakah disebabkan faktor duduk bertiga dibelakang yang tak bole nak buat aksi lain selain duduk??...

Tapi takpe, semua tu tak penting, asal dapat tengok Puan Fazira sanding cukup..=)

Sebenarnya ikutkan hati nak tidur kat Kuantan masa majlis ira, tapi disebabkan ada beberapa masalah, terpaksa buat plan lain..

Jujur daku rasa sangat la terkilan tak dapat tengok ira nikah, bersiap nak pakai baju pengantin, tukar baju potong kek..haisshhh...sampai la ni masih terasa di hati..sori makcik..

Nak buat gane, tak semestinya apa kita nak mesti dapat kan..=(

Entry majlis ira nanti daku update, sekarang nak amik mood berkerja dulu..hehehe..




P/S: Mr.bie, tengahari tak lunch ye..kenyang bfast McD masih terasa...=)

Wednesday, May 16

Dark Shadows


Semalam punye beria daku nak tengok movie ni, tak sempat-sempat balik rumah tukar baju, sharp pukul 5 je terus ajak hubby thumb print..nak berkejor tengok kat Megamall.. 


Tapi bila tengok, ada sedikit mengecewakan sebenarnya..

Disebabkan malas nak menaip atas kengkangan masa *eceh..eceh..*..daku copy luahan perasaan seorang Hamba Allah ni yang daku rasa sama seperti isi hatiku..

"aku dah tengok filem ni.. ni ulasan peribadi aku terhadap cerita ni 
seriously, bila aku dapat tahu The Dark Shadow ni diarahkan oleh Tim Burton aku rasa suka sangat.. sebab aku tahu filem dia ni unik sikit sebab filem2 dia ni filem yang dark film... lagi suka aku sebab Jonny Depp berlakon... kasi je lah watak apa kat dia semua boleh berlakon.. watak2 pelik macam Captain Jack Sparrow, Willy Wonka, Sweeney Todd, Mad Hatter semua dia boleh berlakon dengan sangat cemerlang.. Tapi bila trailer keluar, aku dapat rasa cerita ni macam bosan sedikit.. Maybe sebab filem ni adalah diadaptasi daripada TV show popular tahun 60/70-an, jadi aku pergi juga tengok filem ni sebab Jonny Depp..


Secara jujurnya, filem ni membosankan.. Walaupun ada Jonny Depp, filem ni tak berjaya membuatkan aku rasa WoW.. Aku ada baca sinopsis dulu sebelum tengok filem ni dan sebenarnya Dark Shadow versi 60/70-an ni Dark Shadow yang agak seram dengan pelbagai watak horror seperti werewolf, vampires, dan sumpahan keluarga.. Cuma Tim Burton menukarkannya kepada Dark Shadow versi komedi.. Tapi bila filem ni dikomedi kan oleh Tim Burton, ianya tak berjaya bagi aku.. Sejarah arahan filem Tim Burton bukan lah komedi (kecuali filem animated Battlejuice).. Percubaan Tim Burton ni aku boleh jadikan Tim Burton ni sebagai M.Night Syamalan yang baru.. 

Jalan cerita yang mendatar.. Plot bergerak dari satu plot ke plot agak bosan.. Unsur suspend pada akhir filem ni pula sengaja dibina dalam keadaan terpaksa.. Seluruh jokes filem ni sebenarnya jokes yang tak fresh dan tak lawak.. Macam kau sembang dengan kawan kat kedai kopi, member kau buat lawak tapi kita ketawa juga sebab nak ambil hati.. Jokes macam tu yang kau rasa bila tengok filem ni..  Tim Burton cuba nak menjadikan Dark Shadow ni kelakar, tapi tak menjadi.. 2 jam Dark Shadow rasa terbuang macam tu je.. Ada certain scene dibina tak berkait langsung dengan overall tema "gothic comedy" filem ni sebenarnya.. Dalam pengakhiran filem ni baru korang tahu budak perempuan tu sebenarnya werewolf.. Werewolf "diberitahukan" kepada penonton akhir cerita ni supaya semua watak Dark Shadow versi asal dimuatkan dalam filem yang durasinya 2 jam sedangkan Dark Shadow versi asal ditayangkan selama 6 tahun.

Lakonan Jonny Depp boleh dikatakan berjaya.. Tapi Dark Shadow ni tidak berjaya pada aku.. Dari 5 bintang bole beri 2 bintang.. Kepada yang nak menonton, jangan mengharap sangat dengan filem ni.. Kalau nak tengok sebab Jonny Depp boleh tengok!"


Sinopsis bole baca kat sini..

Daku sebenarnya mengharapkan sedikit jalan cerita yang bole "surprising me"..tapi agak mendatar hinggakan ada yang meninggalkan wayang ditengah tayangan cerita..sampaikan daku sendiri bole ckp dalam hati "bile cerita ni nak abis"..sighhhh...

Daku toleh mr.bie kat sebelah pun dah tersandar keboringan walau ade gelak-gelak sikit..hehe..tapi disebabkan daku yang beria ajak g tengok, kena la buat ceria sentiasa..hahaha

So, jangan la mengharapkan lawak dari awal hingga akhir cerita..ada part lawak, ada part macam "perlu ker"..

Yang paling tak patut ada, adegan lucah terlampau..rasanye banyak babak 18SX dalam cerita ni..

Overall daku bagi 3/5 bintang je..tu pun disebabkan lakonan Johnny Depp and Eva Green yang mantopp..





P/S: trailer Snow White and the Huntsman sangat menarik..tak sabar nak tengok..=)


Tuesday, May 15

kembali

Alhamdulillah..arini berjaya duduk atas kerusi opis ni lepas 3H2M menjayakan khidmat masyarakat UiTM kat Kuala Boh Cameron Highland

Gambar bawah ni daku google je sbb tak bwk kamera or nset bkamera..takut ilang..hehe



Tapi silap sebenarnya, diorang ni jenis tak pandai mencuri, budak2 even masuk ke dalam khemah kami, tapi cuma jenguk2 je, tak usik barang pun..pics kanak-kanak orang asli kat sana pun daku dapat dari en.google



Orang asli kat Kuala Boh ni dah moden gak la, tinggal dalam separuh penduduk je yang masih ada rumah macam kat bawah ni..yang lain dah dinaiktarafkan mcm rumah kat belakang budak-budak kat atas tuh..



Dan bole kata ramai juga dah pasang astro ye..kalah i, umah kat penang ni pun xde astro..huhu

Dan bila tengok rupa daku kat cermin sekarang ni terus kata "gelap giler"..dah la b4 ni gelap, ni bertambah-tambah gelap..hahaha..

Bayangkan kat sana, siang sangat la terik, dan malam time tidur sangat la sejuk-sesejuknya, mau je rasa tengah-tengah malam g carik hubby kat khemah lain..hahaha

Overall,  apa yang bole dpelajari sepanjang kat sana adalah...kesabaran, survival, bersyukur, kerjasama n kurangkan merungut n etc lagi la..=)




P/S: deary nana..sabar ye atas dugaan yang menimpa..InsyaAllah 'dia' akan menanti kamu di syurga..


Thursday, May 3

Cameron Highlands: Cameron Valley Tea House


Saje je kan nak sambung entry pasl CH..Lepas time tunnel, kami terus tuju ke tempat yg bole "u pandang i, i pandang u"..hehe

Cameron Valley Tea House



Tempat ni sebenarnya ada 2..atas dan bawah bukit..utk makan ni kami pilih bahagian bawah..



Kalau kepingin teh dan makanan seperti disini, jangan risau..di Bangsar ada cawangannya..Tapi rege, ehemm..ehem..



Pada daku agak mahal keknye, sebab di'compare'kan dengan kek SR yg lagi sedap rasanya..



Pekerja dia sume India or Bangla mali..tak berapa pasti..



Dari dulu sampai sekarang masih ada buku ni, tapi kali ni daku tak isi, hanya memandang sepi..hehe



Suka suasana di sini...=)



Hasil pilihan kami..



Kalau kat penang, maybe daku akan komplen kata tak berbaloi dengan harga...tapi disebabkan kat CH, bersama org tersayang..rasa sedap terus..haha



Rasanya, sepanjang kat CH, ni je la satu-satunya gambar berdua bersama..kalau tak "kau amik aku, aku amik ko"..hehe



Pemandangan dari atas..nampak kan yang warna hitam tu, tetiba rasa "kesian"..



Lepas tu, kami g ke Tea House yang kat bahagian atas bukit..dengan harapan dapat turun ke ladang teh..




Cantek..i like..



Makin boolatt..



Tapi yang pasti bukan saya je..hehe


Bila tanya hubby sambil pegang perut dia, tanya "bie, ni apa ni"..

Jawab dia "kasih sayang ayg"..

Errkk..baik..terus pujuk hati "pandai i jaga hubby"..hahaha





P/S: stressss melanda..tinggal lagi 5 hari je nak siapkan..( T_T )