Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, October 24

Real Steel...terbaekk..




Sinopsis : hamik kat sini

REAL Steel dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton, bekas peninju yang dilupakan dan pernah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan tinju apabila robot mula menguasai gelanggang sukan berkenaan.

Kini, Charlie Kenton hanyalah seorang penganjur pertandingan tinju kecil-kecilan. Dengan bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang bawah tanah menggunakan robot yang dicantum daripada besi-besi terbuang, Charlie mampu mengumpul sedikit wang.

Namun, apabila dia pokai sepenuhnya, dia dengan berat hati bergabung dengan anaknya Max (yang sudah ditinggalkan sebelum itu) untuk membina dan melatih satu robot yang mampu menjadi juara iaitu Atom.


Bila bermulanya aksi yang seolah-olah tiada penghalang langsung, kedua-dua Charlie dan Max menongkah segala bentuk arus bagi memastikan satu peluang terakhir untuk naik kembali dan muncul juara tidak terlepas begitu sahaja.

Babak akhir adalah perlawanan antara Atom dan robot Zeus, iaitu robot paling hebat.


Komen:

Cite ni sangat menarik..lagi-lagi bila part robot gasak-gasak..terasa macam ngn kita-kita gak yg ada dalam cite tu..

Ada part yg lawak, hepi, sedih, teruja..sume rasa adalah..

Cite ni dah bole diagak mcm cite-cite yg lain..ayah akan berubah lepas jumpe anak sendiri yg dah bertahun-tahun tak jumpa..hero mesti kalah dulu b4 bangkit menang semula..

Yg lain-lain, sgt best utk ditonton..many like..=)

Overall...daku bagi 4.5/5...



Ni heroin nye...very the sweet..seksi gitu



Ayah dah lembut hati nak ajar robot ni tinju..double seksi..hehe




Ni Zeus..robot paling teror dan hebat yg tak terkalahkan oleh robot lain..tengok style dia naik pentas..lompat macho tuh..




Part Atom, mengalahkan zeus..tumbukan padu..


Akhir skali...


Ayah dia hensem tuh...hehehe



P/S: Sedang mengalami monday blues...

2 comments:

ira_violet_bee said...

isnin jea monday blues..monday jea isnin blues..blues jea mst monday..

ok stop,pe aku ngarut nie??

yeahhh selamat bercuti sempena beday sultan pahang walaupun aku de kt sgor skrg hikhik...

FARHANA said...

time sultan sgor nnti ..ko jgn cuti tau!....over tawwww........ahahahaa