Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, October 14

KLIP 3GP


Malam td daku berpeluang menonton wayang kat JJ perda, bunyi mcm org tak keje je kn arini..hehe..tp beli tiket awal punye, so takde la balik lewat sangat..masuk keje pun maintain lg, thumb print pun still b4 kul 8pg..nanti dh lame2 keje, up jadi 8 lebih..confirm..hehehe

Cite yg daku tengok mlm td, KLIP 3GP..



Tengok thriller nampak menarik..hantu ade, gatal-gatal ade, pukul-pukul pun ade..sesuwai sgt la tu..

Aku ni kalo cite kontroversi skit mesti meronta-ronta nak gi tengok..nak tau pe jalan citenye, nak tengok pe yg bole di'kontroversi'kn..

Macam cite..jalang2 alam..cite yg org tak nak tengok tu la yg aku nak tengok..hehe

Yg aku membuak-buak nk tengok psl cite ni sebab jojoe, pakwe mimi ONE, marah sebab awek dia belakon terlampau sangat dlm movie ni..petikan ayat dia..

"Memang kami sama-sama artis tetapi menyanyi di pentas biasa saja, tidak perlu aksi berlebihan. Senakal atau sebebas manapun saya, tiba bab mencari isteri, saya mahu yang tahu adat sopan, tidak terlalu bebas dan menjaga tata susila sebagai gadis Timur" 

Ni la org laki..stok nak buat bini, nak yg baik-baik aje..perangai sendiri ntah ape-ape..huhhh..emo tetiba lak ni..

Malas nk fikir psl sinopsis, amik kat sini je..informasi..

Sinopsis: 

Ada 4 kisah dalam Klip 3gp yang ditulis oleh Sofea Aliza. Filem ini memaparkan perkara benar yang telah terjadi di kalangan masyarakat kini berhubung penyalahgunaan teknologi. Kisah pertama ialah mengenai Eddie yang menikmati kejayaan dalam perniagaan internet pada usia 20-an.
Kisah kedua ialah tentang Maya Akhtar lakonan (Mimi) seorang wartawan yang komited kepada kerjayanya, tapi malang sebab dia menjadi mangsa ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.
Kisah ketiga ialah tentang Suria, Mina dan Zakiah, tiga gadis remaja yang keluar malam untuk berhibur tetapi telah mengalami peristiwa yang menyeramkan apabila mereka diganggu makhluk halus.
Kisah ke empat ialah mengenai Sandra seorang pelajar yang menjadi mangsa deraan Jefri. Suatu hari Sandra telah diperkosa oleh sekumpulan lelaki bermotosikal ( mat rempit) yang diketuai oleh Jefri dan abang kandung Sandra sendiri bernama Burn. Mereka merakamkan kejadian rogol itu dalam telefon bimbit.
Kisah mereka berempat ini berbeza beza tetapi saling berhubung kait antara satu sama lain, kisah penyebaran video klip 3gp yang meluas dalam masyarakat melalui internet. Kisah mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.







Komen: 

Awal-awal cite buat aku pening sat..eh, tadi cmni..ni jadi lain pulak..banyak flashback, so kena tumpu betul-betul..

Huh, bole tahan melampau adegan terlampau dlm movie  ni, yg pompuan terselak-selak nak bg nampak adegan tu real sampai tinggal tutup bawah ngan atas sikit aje..haihh..camne la bole lepas tayang kat umum..

Sakit telinga dengar adegan..'sayang'..'sayang'..masa nk goda..tp jadi gelis lak, bukan tergoda..hahaha

Si mimi ni memang teror berlakon, walau 1st time *kalau tak silap* tp hebat lakonan dia..i like, patut la balak dia marah..hehe..

Nape la mimi tu tak bunuh laki yg rakam dan sebar video lucah dia, tp gi bunuh eddie yg uruskan klip video kat internet, kalau aku bunuh yg ugut dia sampai dia jd gile..tp kalau bunuh 2-2 skali, lg bagus kot..terus puas hati..hehe

Banyak-banyak kisah, yg jumpe dengan hantu tu tak bape nk best sgt, pelakon pompuan dia gedix goyang badan melampau sgt, tak paham nape tak leh duduk diam sesaat pun..tak best-tak best pun, aku tutup mata gak adegan tu..hahaha

Adegan rogol, masa geng-geng laki pukul pakwe sandra, sangat meng'geram'kan hati..sampai kalau ada dalam cite ni, nak tolong pukul semua lelaki kat situ..suka-suka je bagi rogol adik kandung sendiri then pukul org sampai mati..kisah yg sangat menyayat hati..huhu

Cite ni satu aku perasan..kalau dh tau bahaya, bising-bising kat luar rumah, nape nak gi buka pintu gak..kan selamat duduk dlm rumah or call pihak berkuasa dari sibuk-sibuk nak tau apa de kat luar sana..haihh..manusia, sifat ingin tau tu tebal..tp kn, kalau tak bukak tak jadi cite la pulak..hahahaha

Cite ni bagus dari segi pengajaran..kebanyakkan semua kisah, perempuan adalah MANGSA..so, sila la berhati-hati wahai kaum hawa di luar sana termasuk diri aku sendiri..

Overall aku bagi 3.5/5 utk movie ni...=)

No comments: