Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, June 30

apa ni gigit-gigit..


Ayooo..suami sekarang ni makin ganas ma..

Zaman dulu, tak 'dapat' main pukul je..Sekarang moden, tak 'dapat' main gigit..

Kalau gigit manja takpe, ni gigit luka..Mana la isteri tak pergi report polis..

Tapi kalau betul sayang, patut ke isteri report polis??

Tak bole ke settle sesama suami isteri..ish2

Ni mesti kes dah lama pendam..erti kata lain tak tahan dah..

Suami pun sepatutnya kena memahami keadaan isteri...

Kot2 tengah sakit, tak larat..faham2 la sikit beb

Kalau ai la yg kena gigit, ai gigit balik suami ai..

Alang2 bior dua2 luka..muahaha..

Tapi luka2 manja la ye..*ada ke luka manja*..huhu






P/S: kalau dah kahwin nanti, hubby ai tak tahan kena gigit dek ai, dia report polis tak rasanye???..hehe

Wednesday, June 29

oh..today takde wordless wednesday..


Alangkah 'kuciwa' kerana this week tak dapat buat blog tentang wordless wednesday

Siang tadi busy menguruskan hal2 TPM

Dengan mengadap dekannye

Dengan mendapat tekanan untuk menghabiskan writing by sept gak

Kesian syam bakal dipisahkan jauh dari kami

Kami ke penang, dia sorang ke pasir gudang

Takpe, jika ada 'jodoh' akan bertemu jua..=)



Sambung omelan semula..

Tadi bila dah tak busy, tak bole pulak nak upload gambar kat blog

Nama pun wordless, so kena la letak gambar lebih2

Tapi satu pun tak bole upload..

Kuciwa sungguh..

Takpe, save the pics for the next wednesday ya..=)



P/S: mengantuk yg amat..mau tido atau buat kerja mlm ni???

Tuesday, June 28

rakan serumah baru


Ish2, sekarang ni kalau sehari tak update tak bole gaknye..
Tangan gatai je nak menaip..
Kan bagus kalau writing pun camni..rasa yg kalau tak buat, tak aman hidup..hehe


Hari ni ai bersiaran langsung dr PTAR 3 UiTM
Sunyi sepi je u..Maklum la semester break..
Kalau tak, tengok balik bebelan ai kat sini..
Terpaksa..=(
Sebab ai nak guna handbook pd bahagian rujukan yg tak bole dibawa keluar


Hari ni gak ai nekad nak buat tempahan cheesetart rai tru fb..
Setelah berhari2 intai, td dgn tekadnye pm beliau
Uikks..on the dot tu balas, memang bagus la dia ni
So lepas deal men'deal'..Khamis mlm ni InsyaAllah dpt la cheesetart kami..
'Kami' means ai bkongsi ngn puteri & mr.bie *yg ni tak tanya lg tp dah masuk list..hehe*
Dah dapat nanti, ai update gambar ngn komen2 yg sepatutnya..=)


Berbalik pada tajuk entry..
Alhamdulillah kelmarin malam, housemate baru sudah mendaftarkan diri..*dari banting*
Masa first jumpa, first impression kami mengatakan..
Budak baru *umur baru 23* ni agak cerewet..
Sampaikan luka wei jari2 ai bergotong royong mengemas rumah demi nak menyambut kedatangan beliau..
Sebab dia komen umah kami banyak nyamuk..haipp..nk geget je dia mase tu


Tapi bagus la, tak pernah tengok rumah sekemas tu..muahahaha
Bilik air & toilet berkilat gitu...
Ai pun nampak sepah sikit terus nak kemas, nak mop, nak sapu..camne tu
Besar sungguh pengaruh budak ni..


Tapi kami silap..
Selepas beberapa hari kenal, rupanya dia ok je
Lagi ramah dari weols adalah..
Siap bagi gula2 cadbury & daim sorang sebungkus lg..*harap2 bukan bodek*
Bangun pagi pun takde la buat muka ketat, duk gak tegur 'akak' dia borak2..
I like..


Hopefully, sampai akhir perjumpaan kami pun nanti dia still maintan ngn sifat dia sekarang
Akhir kata dari 'akak' berdua kamu ni..
Jaga la diri...*tetiba lak kn*..huhu
Duduk bilik master bedroom sorang2, tak tau pe dia buat..*sebuk je nak tau kn*


So, bakal housemate aka roomate puteri akan tiba pada hari khamis nanti..
Yg sorang ni asal Perak, put kata borak ikut phone ok je
Takpe, kita tengok je la nanti..=)



P/S: adakah malam ni kami akan menerima gaji tuition pertama kami??...huhuhu..tiba2 lak jadi tak sabar nak gi tuition malam ni..hehe..baru 2 minggu nk kecoh ko ni..ish2

Monday, June 27

kisah lalu: pencarian di tanjung lumpur


Seperti yg sedia maklum *eceh bajet org tau je*..last week, kami ke kuantan sebab mr.bie ada present paper..


So, utk kasi berbaloi skit trip ni, kami decided utk jalan2 sikit, tak leh banyak2 sebab dah petang hokey, kang kul bape nak sampai umah


Sementara tunggu mr.bie dalam bilik, tugas daku de la men'google' tempat2 menarik untuk pergi erti kata lain tempat makan yg best2..So, jumpe la tanjung lumpur ni..lagi2 mumy lin membantu menguatkan 'rasa' nak pergi tu..hehe


Destinasi seterusnya selepas tc..warong paksu & maksu di tanjung lumpur, betul2 terletak berhadapan balai polis penemu..


Mula2 tu sesat barat la gak..terlajak time nak masuk simpang ke jambatan ni..Nasib bila sampai giant, sedar diri tu dah sesat, u-turn la semula..Kalau kat shah alam ni, dah balik terus gaknye..hehe



Dah sampai tanjung lumpur pun bole sesat lg..yelah, mane la teman tau balai polis penemu kat mane..Nasib sekali je u-turn terus jumpa..

Akhirnya warong paksu & maksu..*tembok belakang warna biru putih tu balai polis nye*



Dia pulak yg excited ye..*sedangkan aku yg sibuk nk amik gambar*..hehe



Bila dah duduk dalam, tiba2 terfikir..'macam pernah je pergi tempat ni'..



Kami ambil yg simple2 je..udang, sotong, ikan, sata..

Udang tu lima ekor secucuk baru RM2.50 *kalau paksu corner kat sini mau 10 hinggit gaknye*

Sotong 2 ekor secucuk RM4.50 *emm, macam mahal skit tp sotong dia beso la gak*

Sata 5 ketul RM2..sodap beb, rasa ikan lebih..

Ikan masa ni tak siap goreng lagi..Harga RM4 seekor *beso punye saiz*



Hah, ikan sampai time udang n sotong dah abis..good timing..huhu



Tapi wa cakap seekor memang tak cukup beb, sedap gile bila makan ikan ni, maybe sebab ikan ni banyak isi & time dapat tengah panas2..

So, tambah lagi seekor..

Err..tangan kat ikan tu mr,bie punye..ai tak sanggup pegang ikan panas2, lagi2 isi dia..Nasib ada org 'baik hati' tolong kopek kan isi ikan, ai tukang makan je..*ngade giler*..hehe



Sebenarnya, kat sini banyak lagi ada..pulut panggang, nasi kerabu, kuih muih org pantai timur, otak2, kopok lekor n etc..

So, next time datang kuantan bole la singgah kesini sbb sudah tau jalan..=)


Memandangkan ni adalah last entry trip ke kuantan, so entry kali ni diakhiri dengan gambar..
.
.
.
.
.
'jejaka n gadis memandang sepi ke sungai kuantan'

..muahahaha





P/S: errr..tuition lg mlm nie??..ikutkan hati malas nak amik job mlm2..zaman tuition mlm dah lepas..tp kesian kat cik puteri, bkorban skit la ye dedek..

Sunday, June 26

flaming steamboat..

Alhamdulillah..semalam kami berpeluang menunaikan hajatku..Ngade kan bila asyik nak makan macam2..Nasib la ada org nak melayan..

Sebelum tu kena dulu ngn puteri..'dah buang tebiat' katanye..hehe
Dia risau duit kami habis, nanti dah takde duit nak tgk wayang transformer..ish2

Thanks to mr.bie & cik puteri kerana sudi menunaikan hajat daku..=)
*kan best ira de skali..really miss u ra*..
Dah tinggal 2 org je nak layan kerenah daku..hehe

Disebabkan wiken, kami 'booking' tempat dulu, tp baru la tau 'something'..Bila wiken, de rule lain iaitu limit makan adalah selama 2 jam shj, sebelum ni kitaorg main bantai je lepak selama mana. Takpe layan kan je..

Kali ni kami nak pergi ke branch flaming yg baru, kat seksyen 33 dekat dengan giant dan kfc yg besar tu..

So, utk tak buang masa selama 2 jam tu, kami berhajat solat maghrib kat sana, tp bole pulak tempat solat dia tak siap lg..nama pun tempat baru kn..pergi la run ke giant kat belakang tu, nasib la dekat..


Muka baru nk bertolak..kira teror gak aku amik gambar ni, slalu tugas ni ira yg buat..hehe



Rupa branch baru flaming..nampak macam exclusive sikit..tapi isi dalam tetap sama dgn yg kat sunway..

Fuh..ni baru makan betul..berkali2 ulang alik amik makanan..org sebelah 'sopan' je meja diorg..tp tak kira, 'ngidam' kena dipenuhi..



Aiskrim...my feveret yg warna kuning tu..aiskrim durian..sedap woooo


Muka org kenyang..hehe..tengok puteri, dia sorang je 3 mangkuk aiskrim..hehe

Tepat jam 10mlm..*nasib sedar diri*..kami terus undur diri. kaunter dia seksi kan, merah gitu..
Siap de sorang model pegang pinggang lg..hehe


Siapa2 nak makan steamboat bole la pergi ke flaming ni..branch baru ni siap de promotion lg.

Sepatutnya, utk dewasa sorang RM23.80 *makin mahal, dlu RM20.90 je*..Utk promotion ni, org ketiga akan dapat harga RM9.90 iaitu harga kanak2..

Tp utk kami makan semalam, total harga utk 3 org RM60.40 dibahagi dengan 3..muahaha..kasi adil skit, lgpun semua dewasa k, takde rupa kanak2 pun..hehe

Utk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi mike..*promote ni*



P/S: sedang menantikan housemate baru masuk rumah mlm nie..

Saturday, June 25

Tips:Tahan diri dari tidur



Sy sangat la mengantuk di kala ini..

Bole sapa2 bagi tips untuk bertahan buat kerja seharian tanpa rasa letih dan ngantuk!!

Kalau takde takpe, mari kita buat teknik2 sendiri..hehe




Tips berjaga malam..

  • Layan lagu yg berentak rancak..*bukan lagu leleh2 tangkap cintan ye*
  • Jangan la sesekali cuba buat kerja or ngadap laptop atas tilam/toto empuk..*sekali terjebak, takkan bole bangun lg malam tu*
  • Pergi dapur kacau air nes/kopi kaw2 punye..*lg bagus takyah campur gula terus*
  • Kalau tak suka nes, try minum redbull or vitara..*tak bagus coz manis bangat, 100 plus pun ok dah*
  • Siap sediakan cekedis buat kunyah2..*diet tolak tepi*
  • Sebelum buat kerja, jangan makan terlampau kenyang..*cukup sekadar mengisi perut..eceh mcm bole je ko dedek*
  • Dulu ada member suggested, sambil buat kerja sambil rendam kaki dalam baldi kat bawah meja..*err, setakat ni tak pernah cuba teknik ni*
  • Fikirkan kerja yg berlambak..*fikir gak akibat bila tak siap kn kerja*
  • Cubit or tampar pipi laju2 sampai la sedar diri..*buat pd diri sndri je ye, kang ade yg bertarik rambut pula*
  • Cari org utk bermesej or berborak..*siapa la yg selalu menjadi mangsaku..hihi*

Kalau semua tips kat atas ni tak berjaya, pergi je la tidur..esok pagi sambung pulak kerja..dari dok tahan mata tak dapat apa2..baik 'recharge' diri tu utk kegunaan esok..=)



P/S: Sy mau 'recharge' diri selepas ini supaya segar berjaga di campus esok..hehe

Friday, June 24

rambut kelemumur??..mari atasinya

Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita..

Erkk..betul ke??

Mesti la betul dedek oii..

Pada pagi jumaat yg mulia ni *2.30am*

Mari la kita sama2 meng'alert' or dengan kata lain menjaga rambut kita sebaik mungkin..

Sedikit tips utk dikongsi..=)


Jaga rambut dengan betul seperti:

  • Jangan terlalu kerap mewarnakan rambut.

  • Pastikan pewarna rambut tidak terkena akar umbi rambut kerana ini boleh merosakkan struktur rambut.

  • Dapatkan nasihat doktor sebelum mewarnakan rambut.

  • Pilih pewarna yang tiada bahan berbahaya kepada struktur rambut.

  • Setiap kali mencuci rambut pastikan syampu benar-benar bersih, kerana bilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelemumur.

  • Urut kulit kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan akar rambut.

  • Menyikat rambut ketika basah menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut menjadi kering.

  • Selepas bersyampu guna perapi rambut. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, perapi rambut diperlukan untuk melembapkan rambut.

  • Hindarkan rambut daripada terlalu terdedah kepada sinaran matahari kerana ini boleh merosakkan struktur rambut.

  • Makan makanan berkhasiat, bersenam, jangan merokok dan minum minuman beralkohol.


  • Source: hmetro




    P/S: Ok2..mari sambung 'berkerja' semula..peace no war..=)

    Thursday, June 23

    tidurku terganggu..

    Oh...
    Malam td bermimpikan my sv..
    DR. S
    Ni mesti gara2 berhibur seharian kat kuantan..
    Sampai melupakan kerja yg berlambak2 kat shah alam
    Maka, untuk peringatan terus diingatkan melalui mimpi
    Bole ek...

    Siap mimpi DR.S ngn other cliques diskas tajuk yg ai tgh bt sekarang ni
    Wahh..dolat sungguh ko dedek siap de org buatkan
    Nampak sgt sebelum tdo, tau ai angan2 apa kn..hehe

    Takpun kena tanya cik dye..
    Dia pakar menghapdet pasal mimpi2 ni

    Tapi nama pun mimpi
    Patutnya bila bangun kena cepat sedar diri..
    Solat, mandi, buat kerja

    Tapi pe ai buat..
    Lepas solat, terus sambung tido balik
    Muamuamuamua..
    Memang dasar jenis tak sedar diri punya org..



    P/S: Ada peningkatan, td ada org dtg survey 'teratak' kami..mintak2 la jadi duduk, supaya dapat mengurangkan beban kami..=)..Thanks mr.bie, yesterday ai having a great time at kuantan..love u so much dear..


    Wednesday, June 22

    Wordless Wednesday: sEjEnak di tEluk cEmpEdak














    P/S: bila la mau dapat ipad ni..supaya tidak jenuh daku usung laptop kehulu hilir..muahahaha

    Tuesday, June 21

    oh UiTM..


    UiTM oooo UiTM..

    Nape la asyik takde aircond..

    Dah la cuaca kat shah alam panas je skrang nie

    Panas luar, panas dalam..

    Last2..duduk umah berdua ngn puteri..hehe

    Tapi jangan tido je ye dedek..

    BUAT KERJA..MASA MAKIN SUNTUK..

    Kalau tido, geget laju2..bole tak..muahahaha




    Penutup entry saja nak tunjuk gambar waktu zaman dolu2..
    Berlakon rajin je nie..hehe




    P/S: malam ni de tuition lg..mesti budak tu seriau dapat 'cikgu tuition' baru yg garang...hehe

    Sunday, June 19

    pencarian housemate baru bermula..


    Rasanya dah lama daku tak buat kerja2 camni
    Buat notis
    Print notis *put yg print*
    Malam2 round sek 2 & 7 naik motor..
    Tampal notis kat tempat2 strategik
    Sungguh dah lama tak mengalaminya..hehe

    So..bila malam ni sy ngn puteri nak pergi tampal notis
    Dua-dua blur...
    Errr...nak start kat mana dulu ni..
    Ok2..breath in, out..

    Dapat terus idea..
    First bawah blok sendiri..Then pergi area2 kedai..
    Pastu cari bus stop yg berdekatan
    Bila dah mula rancak *tamak*..bila terasa 11 copy ni sikit sangat..
    Pergi lagi fotostat lg 5 keping

    Pastu..Nah ko..mana nak tampal banyak2 ni..
    Bus stop sek 2 memang dah reject..
    Nampak mcm takde org sangat..Tp bila dekat, ramai la pulak la org
    Terus kami tak jadi turun motor..start enjin, terus blah..muahaha..
    Anak gadis manis mcm kami ni malu lorr bila ada ramai geng2 laki kat bus stop..
    Even, diorg takde la ngorat, rasa segan tu still ade..hehe

    Ok2..last2 berjaya gak abis kan 16 keping notis rumah..
    Walaupun sebelum tu, puteri dah agak give up, tp kena teruskan gak..
    Siap ingatkan puteri 'fikir duit put'..
    Takpe, biar susah dulu k my fren..hidup kena tabah

    Masa otw pergi khulafah nak singgah minum2..
    Bole ek saing geng2 mat rempit kat traffic light..put cuak, tp aku buat slumber je kena horn2..
    Try la buat pe2, aku flying kick skali *mcm berani je ko dedek*

    Tp bila dah sampai khulafah..Hah, yg ni daku pulak give up
    Put pulak sabarkan daku..'sabar dek, kita2 round2 je lg'
    Naik motor pun susah nak dapat parking maaa...
    Ish2..ada bola ke mlm ni??

    Kepada siapa2 nak cari rumah, bole la pergi round2 ke bus stop sekitar sek 2 & 7 utk mencari notis kami..hehe
    Kemasukan utk bulan julai..=)
    Harga bole dirunding..hehe..bole ek camtu..


    P/S: kalau tak dapat housemate utk bulan julai, berapa agaknye kena bayar ek..=)

    Wednesday, June 15

    bErehat sEbentar bErsama pEsanan pEnaja


    Saje nk kongsi kata2 dari penaja iaitu

    My supervisor..Dr S..


    Study mesti banyakkan amal..

    Elakkan diri dari mengutuk, mengumpat, mengata orang lain..


    Ayat biasa dia..'we must into it'..maksudnya, bersungguh2 bila buat apa2 pun hokey..



    Moral yg sy dapat utk hari ini:

    Elakkan diri dari banyak bercakap benda2 yg tak berfaedah dan elakkan dari buat sv kita 'terasa'..

    Bukan nak kata sv always right, tp bila kita dah jadi student under dia, kena la give and take..

    Aku sendiri bukan student yg bagus, kadang2 bila my sv 'minta' something, amik masa gak nak bagi..ahakss..tu bukan tabiat yg baik ye kawan2..

    Cuma kalau boleh, mari la kita sama2 elakkan dari sv kita menunggu dan menguji kesabaran beliau yg amat2 sgt..

    Ini peringatan utk diri sy sendiri..belajar dari kesilapan, jadikan pengajaran..



    P/S: Waaaa...terus teringat paper utk IMAT tak siap2 lg..ampun ye dr..

    Wordless Wednesday: Priceless






    Tuesday, June 14

    sepetang di klinik UiTM shah alam




    Cuba teka gambar siapa dari belakang ni..

    (Ni memang dah takde koje gaknye post camni..hehe)






    Ahaksss...

    Yg kat atas tu gambar sy ngn puteri..

    Disnap oleh mr.bie kat klinik kesihatan td

    Terbukti kami sama2 besar..



    Sori puteri, nk dukung angkat g klinik teman tak larat..hehe

    Nak suruh mr.bie dukung..haipp..tak rela u tengok..

    So, kita jalan slow2 ye..=)

    Sian put, asyik g klinik jer..

    Takpe put, penyakit tu penghapus dosa..=)




    P/S: Saja nak inform bangunan KPT dh pindah dari bangunan pjh ke presint 5..berpusing2 kami teman ali cari, tp alhamdulillah sign board yg dipasang sgt la berguna..mybe 'diorang' tau, susah nak cr tempat baru..=)

    MALAS...RAJIN...

    Oh penyakit M..
    Sila la pergi dari ku
    Daku mau menyiapkan kerja yg berlambak2

    Oh penyakit M..
    Sila la benci daku
    Benci la sebenci2 nya..

    Oh penyakit M..
    Jangan la kau hampiri ku
    Jangan la kau sedari kehadiran ku dalam hidupmu

    Oh sifat R
    Mari la datang kepada ku
    Supaya dapat kusiapkan kerja yg berlambak2

    Oh sifat R..
    Mari la menyayangi diriku
    Sayangi la sepenuh2 nya..

    Oh sifat R..
    Hampiri la diriku
    Sedari la akan kehadiran ku dalam hidupmu..


    Mood: Sedang mencari kerajinan dan ketekunan dalam diri..muahahaha

    Tuesday, June 7

    Fam0us am0s



    Oh..sy sangat menyukai cookies dari famous amos nie
    Rasanye bersepah outlet dia kat malaysia ni
    Nak beli paket yg ready made pun ada je..

    Label harga warna merah ni mcm kat tesco je..hehe

    Tapi sy lebih suka yg 'fresh'..*demand sungguh*
    Yg dibeli terus dari stall dia..


    Pilihan cookies sy utk arini..
    Butterscotch chip with pecans & Chocolate chip with macadamia nuts

    Thanks mr.bie for the treatz..=)


    Siapa2 mau resepi original dari famous amos berharga RM250 for free, bole pergi ke link ni

    Tak suka tagline dia..
    free smell
    Idea 'budus' sape la nih..


    p/s: dah lama tak makan Auntie Anne's..love their chocolate dips..nyum..nyumm

    Monday, June 6

    kasihan abg jem [salleh yaakob]


    Ish2..kesian abg jem
    Bila umumkan nak kahwin..dikatakan over melampau
    Tapi bila tak umum, tak bagitau wartawan
    Dikatakn sombong tak mengenang budi..


    Tengok artikel kat utusan ni


    Tapi, bila kahwin tak nak jemput, dingata lain pulak..
    Contoh artis bila kahwin tak nak jemput media


    Mana satu la yg patut buat kan..
    Kalau nak ikutkan..
    Memang payah nak puaskan hati semua org
    Buat apa pun jadi serba tak kena..ish2..


    Pasal dia bawa semua bini & anak2 ikut bulan madu pun nak komen..ish2
    Tp dah nama pun wartawan kan, mesti nk 'report' gak..

    Pe2 pun..
    Selamat Pengantin baru abg jem..
    Comei wife dia, muda belia gitu..


    Cantik je tengok org kahwin pakai kuning..

    Tapi my fren, bush kata:
    "org tua2 pesan, tak elok kahwin pakai kuning, jodoh tak panjang"

    errkkk...

    Wallahualam..=)

    Beberapa tahun sebelum..


    Tadi tengah2 surf2 tenet kat lab puteri
    Tiba2 tdengar puteri kata
    "eh, kenapa aku buka frenster ni"

    Opsss..
    Terus teringat daku dah berkurun lama tak buka frenster
    Pe lg..tiba2 nak check akaun sendiri kan
    Nasib pw ingat lg..
    Tu la bagusnya guna pw yg sama bagi setiap akaun..hehe

    Buka2 je benda 1st nampak kat home ada la gambar kat bawah ni
    credit to: nana


    Oh...Zaman akhir degree ku bersama cik nana
    Masa ni tengah present poster FYP..
    Dapat A lg tau..Blagak la tuh..hehe

    Siap ada komen lg kat bawah gambar tu

    I.E.R.A: dua2 kurus masa nie..isk2..

    Waaaa....maksudnya sekarang makin gemuk la ye..
    Tp betul la, semalam timbang naik lagi sekilo..hehe
    Terima je la kenyataan dedek oii..

    `Hah..de lg terjumpa gambar dolu2
    Konvokesyen degree bersama mr.bie & syam
    *syam datang semata2 nak bg support..*


    Kurusnya syam masa ni..rambut pun lebat lagi..hehe
    Mr.bie nampak muda la..huhu

    Ok2..cukup mengimbau kenangan
    Masa utk berkemas..otak den dah letih berfikir seharian, malam pula sambung
    Tp dinner dulu ngn mr.bie lepas maghrib..=)
    Cik puteri & cik ira ada tuition..


    p/s: mau makan apa malam ni ya...lapar sebab hanya makan waffle yg dibeli mr.bie je arini


    Sunday, June 5

    Perkahwinan Lailatul Harina & Diny


    Siang td sy, cik ira & cik puteri berpeluang menghadiri majis perkahwinan laila
    Dia ni member seangkatan master..
    Kiranya junior kami la..hehe

    Kami sampai rumah beliau dalam pukul 1.45 sebab sy ada tuition sampai pukul 1
    Ingatkan dah terlepas tengok dia bersanding sebab sampai2 je majlis agak lengang dan sunyi
    Rupanya belum lg, sanding dijadualkan pukul 2.30

    Lepas makan terus bergambar dengan pengantin sebab nak berkejar amik member put kat KLIA
    Tak sempat tengok nana jadi pengapit laila atas pelamin..=(

    Pe2 pun..
    Selamat Pengantin baru buat laila & pasangan..


    Nasib sempat tengok laila posing dalam bilik..
    Gaya kat bawah ni photographer suruh hokey..

    'Buat gaya gedix..pegang tgn kat bahu then kedepankan sikit bahu tu'

    Waaaa...
    Macam tak sanggup je kalau kena buat kn..
    Badan sy dah la keras je nak lenggok2 mcm tu..
    Tp laila berjaya buat..tahniah2..

    Sempat lg posing skali ngn laila atas katil
    See..nampak 'keras' je kn..hehe


    3 dara bersama pengantin..
    *macam terkilan nana takde dlm gambar*
    Tiba2 rasa laila jadi tinggi semacam..


    Ok2..
    Tiba turn sorang2 ambil berkat dari pengantin sebelum balik..


    Dalam perjalanan nak pergi KLIA, macam biasa aktiviti dalam kereta
    BERGAMBAR..

    Ira kalau bab bergambar dalam kereta, bagi je la dia..

    Bole ek tiba2 menyelit..macam takde rupa tengah drive je kn


    Hah..yg ni baru betul bersedia..
    Tp still tengah drive hokey..


    Sempat lg tu snap sementara tunggu put beli air untuk kami..


    Errr..yg ni tak tau ira buat gaya persendirian apa..hehe


    Ingatkan member put sampai awal..Punya la nak cepat sampai
    Last2 kami kena tunggu dia..takpe2, sabar je ye

    Rupa2 org kena jaga kereta sementara driver amik angin kat luar
    Jenuh ni cover dari kena saman..beralih2 tempat parking kereta


    Ok..driver sempat lg posing..
    *gaya nak gedix kn*


    Time ni muka memang dah ngantuk giler
    Tahan mata je ni..


    Hah..yg last ni ira yg suruh pose camni ek..
    Muka ala2 terkejut tak jadi..hehe
    jadi muka tengah geram de la

    Maaf la ye ira..sy ni memang fail bab2 posing pelbagai rupa nie..


    Sampai je shah alam, drop kan mike2 kat bawah rumah
    Then sempat lg keluar minum dgn mr.bie
    Tak leh sehari tak jumpa..hehe..

    Pastu lepas maghrib..
    PENGSAN..

    Ok2, cukup2 la letak gambar sendiri
    Tp peduli apa kn..
    Blog sendiri, suka hati sendiri la nak letak pe pun
    Bagi org2 yg tak puas hati tu..
    Takyah la nak nyibuk2 tengok blog org pastu komen bukan2 hokey
    Tak puas hati cakap depan2..Hidup biar berani sikit
    I'm waiting...


    p/s: gambar2 diupload atas permintaan cik ira..tapi takde la letak semua, muntah darah pulak org tengok..=)

    Saturday, June 4

    Oh..kek untuk daku lagi..


    Di suatu petang.....

    Adegan 1: dialog antara puteri & dedek

    Puteri: tgh buat koje?

    me: a'ah, nape

    Puteri: mkn jeruk, jom

    me: oo, mkn je la

    Puteri: benti la dulu

    me: xpe, dh mkn td, dlm peti

    Puteri: nk air teh?mkn dgn biskut

    me: xpe, kenyang lg

    Puteri: k


    Adegan 2: dialog antara ira & dedek

    norfazira: jom minum

    me: ceh

    norfazira: wat air teh, ngeh3

    me: bt air sndri nk ajak mnum

    norfazira:mn ade wat lagi...br nak wat, jom ah, dah mghrb, xpyh lepak depan pc lah

    me: mnum pe?

    norfazira: teh aje, mn ade lain2

    me: g buat

    norfazira: ckup ah 2

    me: pulak

    norfazira: okies, aku wat, pasnie ko kuar

    me: bgs2



    Bila tiba sy keluar dan diminta mengambil biskut dlm peti ais..tiba-tiba..

    tadaaa...

    Ok...patut la mike berdua beria ajak minum keluar bilik..ada surprise cake rupanya..sy boleh pula duduk dalam bilik sepanjang petang tak keluar2, tak buka peti ais kecuali utk pergi tandas je..lain2 masa 'berkubang' dlm bilik je..

    Sori la my frens..sy ni bila tiba bab surprise mesti tak berapa jadi..takde 'onggg' gak nye..hehe

    Pe lg, layan je la kek ni..'indulgence cake'

    Dihidangkan bersama2 air teh o buatan ira..hehe

    Yg ni kek sy ye..


    Yg ni kek mike berdua..'cheese chocolate cake'


    Tak tau nape, lepas makan mesti nak tunjuk 'end product'..


    Oh..small little card for me..
    Terharu..(^-^)..

    Lately ni kepala otak sy memang gelong skit
    Byk perasaan berkecamuk dlm diri ni
    Semuanya disebabkan nk siapkan thesis
    Tenseeennnn tauu..

    Tak caya tengok pic kat bawah nie
    Siap buat camni lg demi nak mengingatkan diri sendiri...

    Kalau tak sedar diri gak..
    Tak tau la..hehe

    Dear Ira & Puteri
    Thanks for the cake.. especially the effort for making surprise for me..I really appreciated it..siap ada kad comel lg..
    Ntah tahun depan kita dapat sambut birthday masing2 bersama2 lg ke tak kn..(*-*)
    Semoga persahabatan kita kekal selamanya..amin..=)


    P/s: Mau tido sekejap lepas ni..mengantuk bangat..otak tak bole berfungsi..