Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, June 3

X-Men first class


Petang td sy pergi menonton wayang bersama2 cik ira & puteri..X-Men first class..

Sy ni bukan la peminat hard core cerita berantai x-men ni..minat biasa2 je, bukan mcm sy minat cerita harry potter & twilght, kalau tak tengok, tak leh tido tau..

----------------------------------------------------------------------------------


sinopsis: mummynemo (cilok kat sini sbb malas nk fikir ayat karangan)

Kisah bermula ketika era perang dunia kedua, ketika ini Erik Lensherr belum menggunakan nama Magneto dan Charles Xavier belum dikenali sebagai Professor X. Sebaliknya, mereka adalah dua pemuda yang ditemukan takdir sebagai sahabat baik dan sama-sama memperjuangkan hak mereka sebagai golongan manusia yang mempunyai kemampuan luarbiasa (mutan).

Perlahan-lahan, persahabatan mereka diduga dengan cabaran perselisihan pendapat dalam apa yang mereka perjuangkan. Charles lebih bersifat diplomatik manakala Erik berpendapat hanya dengan kekerasan dapat memastikan golongan mereka tidak ditindas.

Persengketaan inilah yang akan menjadi detik permulaan kepada perang antara X-Men dan Brotherhood of Mutants.


Pendapat sy:

Pada sy cerita ni agak panjang duration dia..so, sebelum masuk panggung tu, pergi la buang apa2 yg patut supaya tak terganggu kosentrasi sebab cerita ni memerlukan kefahaman yg tinggi..sampaikan ira keluar je berdenyut2 kepala akibat terlebih fikir..


Hero X-Men (wolverine) ada je, jangan risau..walaupun watak cameo..


Ada bahagian2 tertentu membuat sy sebagai perempuan malu menonton..Tp gelak tetap gelak hokey..


Aksi agak kurang, part2 last cerita baru la ada banyak aksi..kebanyakkan bercakap, lagi2 tentang perang *mula2 tak berapa faham*.So, fokus betul2 bila nak tengok..sila jgn palingkan muka anda ke tempat lain..hehe


Kenapa la watak mat salleh berkulit hitam mesti mati dlm keadaan yg menyedihkan..watak negro sorang tu juga dia nak matikan, nak bg org kesian lebih kot


Kan bagus kalau ada banyak lg watak mutan dikeluarkan, ditambah lg dengan aksi2 yg menarik..mesti lg awesome cerita ni


Tak tau la kenapa sy asyik terkejut bila tengok cerita ni..terasa macam sy sorang je yg mengeluarkan pitching yg tinggi td..malu..malu..


Overall sy bagi 4/5 bintang..tetap menarik utk ditonton..=)

---------------------------------------------------------------------------------

Sebelum masuk panggung sempat lg window shopping..cuci2 mata..


Bila la bole shopping dengan sesuka hati..pe la kamu ni dedek, tokey balak pun bole bankrap kalo beli sesuka hati..muahaha..


Tq cik ira & cik dye buat entry utk sy..dan cik anis juge..really appreciated it..=)


p/s: Lepas ni nak tgk cerita pe lak ek...hehe


No comments: