Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 13

dilema seorang pendidik


Emmm..saje nak luah perasaan di hari Deepavali ini..

Ekceli lepas result students keluar, mesti akan dapat beberapa mesej sama ada berterima kasih or tak puas hati sebab fail paper...

Ohh..sem lepas dari untuk 1 subjek, 2 kelas dalam 60++ students ada seorang je failed

Sem ni up sikit sebab ada 5 kelas, 2 subjek..

Yang 1 subjek tu ok la sebab paper ada final, at least dorang bole buat recheck jika tak puas hati

Yang nak ditekankan kat sini paper takde final untuk 3 kelas ni.hai la student, ketahuilah kamu jika dah fail takkan bole buat recheck..

Dalam hampur 100 students, ada 2 org fail..yang sorang ni memang bermasalah sikit..kelas tak datang, test tak datang, assg project tak hantar..tup-tup dah nak abis sem datang jumpa minta tolong bagi dia pass..apakah??

Its ok, aku masih berlembut hati dengan syarat hantar la apa-apa yang aku nak..the end time nak key in marks, still ada project dia tak hantar..bila aku tanya tak hantar..senang je jawapan.."saya tak hantar, laptop sy rosak"

Giler ko, dlu lect aku pon tak penah msg tanya semata-mata nak tolong..budak sekarang jawab dengan rasa tak bersalah je kan..bila result keluar pandai lak bising kan..emmm

Yang sorang lagi ni...dah beberapa msg dia hantar, last sekali dia msg bagitau ni last sem dia..pastu baru aku jawab..

Ko awal-awal taknak datang jumpa kan..dengan 1 test tak datang, lab tak lengkap, project tak hantar..cakap kat aku mcm mana nak pass..lagipun maaf la, den tak cukup rajin nak cek kesemua hampir total 200 students, takkan nak cek background academics masing-masing kan..

Hopefully sem depan dengan 4 kelas takde la berdepan dengan masalah nak failkan student.. seriously, aku memang nak tolong..tp depends pada students tu juga k.. 

Trust me, i love teaching..aku memang sangat sedih bila students fail sebab terasa tak pandai mengajar..tp biasalah manusia berbagai ragam..so, i je kena kuat hadapinya..=)




chill yaaaaa....=)





Monday, November 12

Selepas "berkursusan"


Alhamdulillah..lega-seleganya lepas habis kursus Sabtu lepas..

5 hari dari pagi yang matahari terbit sikit-sikit sampai le ke maghrib dah tak nampak matahari duk dalam dewan seminar tu..



Sebenarnya i ok je masuk dewan dengar talk, then balik rumah tidur..esok datang lagi..

Tapi makin nak habis makin takut sebab last day ada Instructional Practices means mengajar ibarat didalam kelas dihadapan lects lain..hahaha...i paling benci present hokey, tp dah tu memang parts of our job kan..maka senyum la...




Lagi sikit nak habis sempat text mr.bie bgtau nak makan sedap-sedap lepas ni..

Bila orang last presented, selepas bertepuk tangan ke'happy'an..kami pon terus rushed balik rumah tukar baju then terus ke island untuk meraikan kelegaan kami, dah tak pandang free lunch kat Laman Perdana dah..hehe..

Makan kat Seoul Garden..

First time dapat rate sebagai student..selalu datang takde pulak cashier tu tanya.."ada student card"..eh, ada rupa student lagi rupanya kami ni, terus dengan bangga mengeluarkan dari dompet..haha




Dah puas jalan-jalan kat Gurney..tuju ke Queensbay pulak, hujan renyai-renyai bukan penghalang hokey semata-mata nak beli external HD..



Akhirnya berjaya dapat 1T..

Lepas tu bila nak bayar, toleh sebelah tengok rupa gini..



"bie, tak ikhlas ek"..

"eh, mane de, ok je la"

"tunjuk sikit muka ikhlas"

Nahhhhh...........



Rasa nak gigit je kan..

Queensbay bukan destinasi terakhir..balik seberang terus tuju Jusco Perda..

Mula-mula memang nak survey katil yang dah ditempah last week..tapi tersinggah kedai sebelahnya dan terus dapat Water Heater..



Nak dekat setahun ok i minta baru dapat..alasan.."rumah sewa, nanti nak pindah susah"

Petang ni nak pasang..insyaAllah lepas ni dapat mandi anytime any minute any day...Alhamdulillah..=)

Lepas tu balik rumah sakit pinggang naik motor lama...hahaha






P/S: bila kereta nak dapat ni...





Wednesday, November 7

Suratan atau Kebetulan


Seperti diketahui kereta myvi kami telah dilanggar dengan 4 wheel bersaiz besar yang datang dari emergency lane hampir sebulan lepas..

Keputusan siapa betul insyaAllah akan berpihak pada kami..hopefully semua akan baik-baik sahaja, bole claim insurans kereta cina tu

Tengok rupa kereta dibawah ini...4 wheel tu relaks je takde kemek apa-apa..see betapa kukuh body nye, sampai aku pernah cakap kat mr.bie.."lepas ni pakai 4 wheel je la, langgar org relaks je"..hehe


Tapi tak tau la suratan atau kebetulan..

Sehari sebelum dilanggar ni, memang aku ada story dekat mr.bie betapa cantik dan bergayanya Peugeot dibawah ini..


Tup-tup esoknya sabtu eksiden dilanggar..

Mula memang tak perasan..bila mr.bie cakap.."ayg la ni cakap nak tukar kereta semalam"...ehhhh, kesitu pulak kan..

Seperti maklum masa otw nak Ferringhi dalam entry ni..buntut kereta aku kena langgar dengan motor, uncle India yang bawa..yang tak faham, dia yang langgar, dia yang nak marah..eh ko..dan sepanjang jalan tu aku dok bebel pasal kereta.."nape la kereta ni asyik kena langgar je"...

Then mr.bie tanya nak tukar kereta apa..aku jawab.."jangan la cakap dalam kereta ni, nanti eksiden lagi kang".."mana ada, kalau nak eksiden, eksiden juga"

Aku pun ok la...terus borak kereta apa yang kemungkinan ditukar nanti

Sekali malam tu...nahhhh ko 


Aku yang langgar tembok ni...

Keluar kereta terus cakap dengan nada fade up...

"give la dengan kereta ni, lepas ni nak tukar kereta"

Kali ni siang hari cakap nak tukar kereta, malam hari berlaku lagi peristiwa tak diingini lagi...=(

Suratan atau Kebetulan

Memandangkan kereta dah masuk bengkel isnin lepas..ini la penampilan terbaru saya...



Cute tak..cute tak...hahahahaha

Even pakai baju kurung, sarung seluar gak kat dalam nye..i tak rela seksi u...yang ni i pakai jubah..




P/S: kereta ohhhh kereta....

Tuesday, November 6

Pc baru


Akhirnya sampai juga pc baru ni kat meja i ni

Sebenarnya tengah berkursus KAP..tapi sempat lari balik office menatap pc yang baru tiba..




Mula mula janggal je nak guna..monitor screen 17"..laptop pink aku pun baru 12" kot..

Tapi pe pon..tq uitm walaupun bagi pinjam je..hehe

So laptop cuma guna dirumah dan dibilik kuliah je..=)

Sekarang misi mencari external HD 1 tera..






P/S: bekas 4 segi merah tu mengandungi kurma + prune + kismis..

Monday, November 5

Short trip

Alhamdulillah wiken lepas ni kami dapat melepaskan lelah, ketengangan otak & otot kat tepi pantai..ehh..benar, last week setiap hari dok komplen kat mr.bie kepala ni asyik berdenyut-denyut...lagi-lagi nak masuk tengahari..

Sebenarnya tak planning awal-awal pun..spontan khamis malam terus requested..

"bie, jom bawa ayg cuti-cuti, 1 malam je"..."ok, nak pergi mana".."emmm, tempat yang ada pantai, bath tub & candle light dinner"...erti kata lain honeymoon

Hah gitu hover aku minta..lagipun memandangkan bulan ni genap setahun usia perkahwinan kami dan kereta nak masuk bengkel isnin hari ini..maka terhasil lah percutian singkat ini..=)

Jumaat terus mr.bie pesan.."ayg pilih dulu tempat, lepas solat jumaat bie datang booking"...

Maka tempat pilihan adalah di Ferringhi je..hihihi...Bayview Beach Resort..kriteria terpilih..dekat, malas nak travel jauh-jauh dan harga bilik boleh diterima lagi..cuma tak best masa check in lambat kul 3..tempat lain kul 2 ye..

Tapi bole kan..nak sampai ferringhi ni bole sesat kejap, nak dekat sejam lebih baru sampai..check in dalam kul 3 lebih..masa otw buntut kereta siap kena langgar dengan motor lagi..ish2..

Beg macam nak cuti jauh je kan..



Bilik kami...errr...utk 1 malam je..



Bilik pun simple je..katil tu utk single bed je rasenya..disebabkan dah 'tick' double bed masa booking...diorang combine kan..nasib pandai, takyah kitaorg tolak



Walaupun bukan seaview, pemandangan ok je..just nice..



Bathroom best..semua asing, 1st time dapat konsep gini..so, yang banyak aku conquered pic yang atas sekali..habis shower foam 2 botol aku bawa untuk buat buih je..bila berendam tak hengat nak keluar..sampai mr.bie asyik masuk ingatkan masa je..yelah, sehari semalam je, tak kan nak habis masa dalam bath tub je kan



Sampai je "sebelum ayg rendam sediakn air panas dulu eh"..sempat lagi tuh



Dalam kul 5 terus kami turun jalan-jalan kat bawah..pantai walau tak secantik Redang, kira bole lah..=)


Sampai pantai ni, banyak aktiviti bole buat..parasailing, banana boat, jet ski, island tour, naik kuda..

Mula tak main apa-apa..just jalan main air kat tepi je..tapi lastly datang idea nak main jet ski..



Ikut hati nak main semua..tapi tengok rege...huhuhu..murah banana boat, tapi i is tak minat..



Snap dulu b4 naik..2-2 bolatt



Aku tak tau nape aku ikut naik..selalu bila umur dah meningkat ni, tak layan dah aktiviti camni..nak rasa je kot, almaklum la pestime..

Tapi yang lebih excited mr.bie la..asyik "wwoooooooo"..."weeeehoooooo"....atas jet ski tu..aku kat belakang pening dilambung ombak..hehe..gelap seketika sebab hujan renyai-renyai datang lalu..



Muka sonok...tak faham nape mr.bie basah kuyup..aku kat belakang relaks je..hehe



Sekali lagi kak...=)



Kami tak terus naik..nak jadi dugong kat pool sat..

Tempat ni memang cantek...like..like..



Syiookkk tengok..lepas tu komplen.."bie best la buka baju leh terjun".."ok2, nanti kita cari baju lepas tu datang sini lagi eh, cari hotel lain pula"..lepas tu tengok kat Jusco baju renang muslimah, harga bole dapat sebuah bilik hotel tanpa breakfast..hahaha



Naik aku rendam lagi..yelah org tu bole masuk pool..kita kat bilik air je la..

Lepas maghrib..kuar cari makan..mula-mula nak dinner kat hotel je..tapi disebabkan banyak company buat family day, hotel fokus tang tu je..cafe tutup..mencik..




Dinner sini..



Dah kenyang terus jadi suke terlebih...sepanjang makan asyik cite keseronokkan naik jet ski, kepuasan amat katanye..





Balik berlaku tragedi..


Ntah apa aku tengok..keluar terus langgar tembok sampai tayar pecah..org jaga kat situ cakap, aku la kereta kedua langgar tembok malam tu..gelap hokey kawasan ni, ala-ala romantik gitu

Tapi mr.bie dah pesan awal-awal..."benda ni jangan buat kita hilang mood cuti k"

Dalam kereta aku dengan dia..."ok, esok ayg belanja naik jet ski lagi, tapi lepas ni bie settlekan tayar ek"..sian dia, tayar depan tu baru gak tukar..

Hasilnye...esok pagi lepas breakfast..



Sampai tempat aku diri tu dengar dia jerit...suke sangat la tuh maknanye..



i tak naik...jadi budak baik kat tepi..pakai baju malam tadi sebab baju suar tinggal kat umah..harap beg je besar kan..



Lepas tu hubby mandi kat pool dulu then baru naik turn aku berendam..

Dalam kul 12 check out..



Tata bayview...dalam kereta duk bincang lepas nak pergi mana, hotel mana, main jet ski..yolah, bunyi macam banyak duit sangat..angan-angan tak kena bayar pun..hihihi



Hasil pulang...ye, kali ni saya yang buat...nasib bumper depan tak kemek, kalo tak haru.. 



Balik ni pun terus singgah Jusco Perda tengok James Bond..mula plan nak singgah Gurney tapi better ke seberang dulu kalau jadi apa apa kat tayar senang..

Takpe anggap ni dugaan..

Overall memang happy walaupun hanya 2 hari 1 malam..cuma tak dapat dinner kat hotel..

Kat sana takde pula kepala aku denyut denyut..tak puas cuti..tapi bole la dari takde..next time banjer lagi ye lalink..=)

Lepas ni nak cuti kat Holiday Inn ye bie..takyah pergi jauh-jauh, sini je dah best..=)






P/S: sebulan patah kaki...kereta dah masuk bengkel tapi tayar tak baiki lagi..















Friday, November 2

Julia




Aku memang gemor tengok cite ni, balik keje masak cepat-cepat then bertunggu la depan tv..

Tapi lately ni, makin nak habis makin kureng pulak..dan sepatutnya cite ni dah tukar tajuk SOFIA bukan JULIA..sebab muka mek watak jahat tu je keluar..bohsan hokey..

Patutnye..heroin mesti dgn hero..ni asyik berlakon asing-asing..tak best..tak best..tak best

Nak Julia dengan Amir..benci dgn watak ain...huhhhh..

Meh tukar aku jadi pengarah..bole?






P/S: bulan cinta dah datang...=)

Wednesday, October 31

Nak sihat


Semalam lepas dapat saranan dari perunding kesihatan special dari klang, terus bedesup pergi Jusco..berkobar terus.



Tapi Prunes bekas kuning macam yang dikatakan tak jumpa, tengok petang ni camne, akan ku teruskan pencarian..

Dan kurma tak beli lagi..semalam petang hujan, tak bole nak singgah pasar malam, aku cuma suka kurma kering Mariami, so tunggu pasar malam mali jugak

Beberapa minggu lepas, kami dah tukar ke beras perang..setakat ni masih nak sesuaikan anak tekak untuk menerima..




Misi petang ni..sambil beli lauk..nak cari kurma + buah2an

Mari mengamalkan pemakanan yang sihat..tapi bersenam still malas lagi..gane tuh..