Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, June 29

sangat tersentuh





Rasa nak nangis tengok, kesian sangat-sangat...jujur..1st impression bila tengok gambar ni, air mata terus bergenang..

Ohhh...daku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...

Pada umur 28 tahun ni, ada suami yang baik dan sempurna untuk ku, family yang sentiasa sporting dan penyayang.. 

Dah ada kerja walaupun tak confirm dan habis master lagi, kereta walaupun bertahun lagi habis bayar..hehe..rumah tempat berteduh walaupun sewa je tapi bila dah de dalam rumah, tak nak keluar ke tempat lain..=)

Daku sentiasa bersyukur.....terima kasih Ya Allah, moga selepas ni kami dikurniakan 'rezeki dapat anak' pula...=)

Hubby pelik tadi, cakap lepas balik surau isya' nanti nak ke carrefour, daku cuma pesan sos tomato dengan minyak masak, yelah orang tu kan nak makan ketam, siap beli ketam kat pasar malam tadi..lepas tu, bila pesan dua barang tu siap cakap.."ala, pesan la lagi, bie nak shopping banyak-banyak"...errkkk..shopping tanpa bini disisi???...hah ko, siap pesan sabun, susu, pewangi dll bagai..kang suh beli tuala wanita segan pulak..hehe

Oh, malam ni takde movie di wayang..daku insaf kejap je ni, nak buat kerja..kunun-kunun nak stay up..yelah, jeles tengok orang dah viva...tahniah nana...=)...ni buat den semangat berkobar ni..hehe

Buat Mr.bie..."wayang tunda esok malam..malam ni nak jadi budak baik"...hehe




P/S: mudah tersentuh tengok orang susah...

Thursday, June 28

Naziha


Tetiba tertengok cerita Naziha kat tonton.com, sejak de astro, cerita-cerita kat tv3 daku tinggalkan, ameera tu pon daku top up tengok kat tonton gak, selalu tengok kat opis..hehe

Slot Zehra tv3 selalunya menarik sebab tentang keagamaan..last cerita, bunga-bunga syurga..suke tengok sebab jalan cerita dan pelakon-pelakon dia cantekkk, lagi-lagi heroin dia...wawa zainal, dia memang cantik dan nampak betul muslimah sejati even luaran skirt pendek maaa..hehe


Berbalik kat cerita Nazihah nih, baru 1st episod daku cuma dengar dialog..."dia paling cantik"..."paling cantik kat kampung".."sangat cantik"..."sebab cantik aku nak dia"...ehhhh..

Punya la dia nak gambarkan watak heroin tu cantik bangat sampai semua lelaki boleh tangkap syiookk kat dia..hehe

Cuma macam tak sesuai nak kata izara aisyah tu cantik sangat, adik lelaki jahat tu pun cantik gak tau..kalau watak tu diberi kat wawa zainal yang berlakon cerita bunga-bunga syurga lagi ok kot, sebab dia memang cantik bangat..


Tapi tak tau lagi kan next episodes..so far typical drama melayu...emmmm..


Sinopsis: Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.





P/S: dulu kat sekolah tak de pulak members yang cantik alami situasi camni...sekolah lain ade kot..

Tuesday, June 26

ubat


Tewas sudah..



Bila seminggu kena batuk, daku bole tahan lagi tak makan ubat, hanya gula-gula strepsil..

Tapi bila kena selsema 2 hari, sampai lubang hidung dua-dua tak berfungsi dan bernafas ikut mulut, terus tak boleh blah..

Biar batuk tapi jangan la selsema..bila kena je, sampai kepala sakitnye..ngajar pun dengan suara serak + sengau..tambah lagi dengan tidur lambat malam tu dalam kul 3am++..

Bila dah tak tahan sangat, balik keje semalam singgah farmasi beli ubat selsema dan kahak je, ubat batuk botol memang den tolak tepi le..

Balik umah dalam kul 9 tidur terus pengsan sampai kul 6am++.hehe..puas hati..mr.bie ada kelas malam, so tidur la tanpa perasaan bersalah..sampai hubby kata tidur muka berkerut..haishhh..

Tapi tadi pagi, konon nak sihat dengan jayanya, telan ubat lagi..pastu kul 10 dah lalok..hehe..dah la hari ni kelas full 8am-1pm, then sambung 2pm-6pm..nyempat lagi update blog time lunch hour..

Bila dah sakit camni, even baru sakit yang basics..terus rasa sangat memerlukan waktu sihat ku dulu..camne la perasaan orang yang sakit kronik kan..emmm




P/S: benci ubat...

Monday, June 25

berganti penyakit




Harini rasanye genap seminggu daku kena sakit tekak, batuk, tekak gatal, semua cukup la...dan hari ni juga daku dah mula selsema...

Malam tadi sebenarnya hidung dah mula rasa tak selesa, bila bangun pagi dah tersumbat dah..dugaan sungguh..tapi siang tak teruk sangat..bila malam baru terasa kesan kedua-dua penyakit ni..

Sepanjang minggu batuk, daku tak pernah ambil ubat, tak pergi klinik walau diajak berkali-kali..cuma makan strepsils je, rasenye sehari sebungkus..kalau check darah ni, mau naik paras gula..hehe

Daku cuma mengamalkan minum madu + air suam je..akhirnya berguna juge madu yang dah berbulan beli kat Cameron Highlands haritu..


Oh...kalau diberi pilihan, daku lagi rela kena batuk dari selsema..sebab bila hembus, terus tangkap kat kepala, dan terus hilang semua fokus, fikir nak baring lelap mata je..

Dalam batuk ngan selsema, bole layan Java Chip kat starbuck tadi..dasar tak sedar diri kan..pastu bila habis saiz venti tu, batuk menjadi-jadi..hehe

Takpe..penyakit tu penghapus dosa, dan daku redha..=)




P/S: 2 hari cuti terasa sekejap bangat...

Thursday, June 21

Seoul Garden


Ikutkan hati masa ni nak lelap mata setengah jam, so kelas pukul 2 nanti daku akan segar bugar bercakap..tapi disebabkan asyik uhukuhukuhuk je, tekak sangat gatal dan sakit..terus batal hajat, capai mouse terus buat entry baru...

Semalam 1st time makan kat seoul garden ni...sebelum ni kat shah alam daku layan Flaming Steamboat..

Dan sebelum ni juga dapat bad reviews dari members tapi disebabkan ke'tension'an sesangat dengan students semalam, bila mr.bie tanya nak makan apa, aku jawab "nak makan banyak-banyak dan taknak masak"...sampai gitu sekali

Terus cakap.."bawa pergi pulau atau seoul garden"..dan terus ke seoul garden kat auto city, mr.bie dah pernah layan dah..

Mula-mula ok gak keterujaannya..cuma a bit formal compare dengan flaming..ke sebab pergi dengan pakai pakaian kerja...hehe..tapi suasana pada daku tak syok sangat..

Keistimewaan cuma bole bbq..



Amik pon sikit-sikit je..sebab tak habis kena bayar..kat flaming takde pon tau..



Sos-sos yang biasa-biasa je...



Part yang ni mr.bie yang mahir, duk bubuh, godek-godek ngan chopstick..errr, daku tak reti guna..hehe



Mula-mula latar belakang geng-geng cina yang memekak sepanjang masa, bukan tak leh sambut bezday kat dalam tu, cuma kalau dah tau diri tu jenis terpekik-pekik, ko g cari tempat open la, bukan tertutup camtu...

Dah la tengah stress, pastu makan dalam keadaan bising giler..hampeh tul, takde civik punye olang...



Lepas tu bila dah 2 kali daku terpadam kan api, terus tugas mengawal api diambil alih...kena pecat..hahaha



Desserts pun biasa-biasa je..aiskrim cuma ada 3 jenis dan lembik...sedih..



Yang menampakkan best, bangunan kat auto city ni sebuah-sebuah je.. 



Overall...tak berbaloi...mahal dan tak faham kenapa sup dan air yang cair tu kena kira asing-asing..total RM85++ untuk 2 orang..

Maybe pernah makan yang lagi best before ni..tu yang kecewa sedikit..

Ayat hubby bila daku ngomel "bie dah tau dah, tapi saja nak bagi ayg rasa sekali"..errkkkk




P/S: kelas 2 jam lagi...suara dah nak takde dah ni, kalah ella...

Wednesday, June 20

Wordless Wednesday: peaceeeeee









P/S: tak sabar nak ada anak sendiri...=)

Tuesday, June 19

selamat ulang tahun


Walaupun dah lama, tetap nak update tentang hari spesel..=)

Bezday daku 1 Jun lepas sebenarnya, so masa balik pada minggu tu, kami sekeluarga gabung sekali dengan bezday abah yg walaupun dah agak lama dariku, 25 Mac..

Yehuuu...kek kami...errr, yang sebelah nama abah tu, nama manja i..hehe



Dengan cucu-cucu yang tak reti duduk diam..



Kumpul hadiah dulu...tapi time potong kek, x dapek nak upload sebab i tengah free hair gitu, malas nak edit tutup sesemua..



Masa untuk buka hadiah...







Yang ni spesel sebab dari kami berdua...=)



Untuk daku pulak..malam before bezday tuh kami balik johor, so siang tu mr.bie just beli 2 slices kek SR yang dikongsi bersama 4 orang..hehe



Dan siang tadi, Puan Fazira telah melaksanakan janji beliau..banjer kek SR...tq mokcik..



So, malam ni i ade 2 slices kek nak dimakan....hepinye menaikkan berat badan...hehe




P/S: tekak sedang sakit...adakah kesan dari jerebu....hubby kata 'seksi'...huhuhu