Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 18

bacaan ikut peredaran masa



Ingat lagi dulu time DIP & DEGREE..masih lagi membeli majalah REMAJA..lagi-lagi bahagian cerpen chinta dan horoscope, rasa nak lempang diri kalau ingat balik..hehe

Bila start MASTER, minat baca novel HARRY POTTER dan TWILIGHT..buku mesti sentiasa ada tepi bantal, kunun buat bacaan sebelum tidur, tapi memang sangat berkesan..hehe

Bila start KERJA di penang, balik kerja or dating malam sebelum tidur bila baca novel tebal-tebal, dah tak bole go dah, jiwa memberontak..haha..bila cubaan pertama beli majalah WANITA, terus lekat..

Dulu zaman degree, daku slalu nampak sally yang suka collect..dalam hati.."eh, aku muda lagi, majalah remaja la yang sesuai, majalah wanita untuk yang dah kawen"..

Rupanya, sesuai dengan peredaran masa, tak bole dah baca majalah budak-budak, novel cintan-cintan..ni daku cakap tentang diri sendiri, maybe lain orang lain cara..=)

Tapi betul la, kadang aku beli majalah ni kat kedai buku Laman Perdana, bila bawa balik opis dan orang lain nampak *selalunya lelaki*..dia akan cakap kat opismate yang lain.."tengok, ni baru betul, orang kawen baca majalah wanita"..errkkk
Kadang malu, sebab tajuk depan selalu kan gempak-gempak..macam kat bawah ni..perkataan SEKSI besar gila..hahaha..tu aku prefer baca kat umah sambil santai..hehe


Kat atas ni simpanan daku kat umah..bila kira 'stock', baru ada dalam 30 buah..yang atas tu paling latest la..yang daku ingat, pernah tertinggal beli 1 keluaran majalah, pastu meroyan cari kat kedai tak jumpa, dah keluar untuk bulan lain pulak..hehe

Mr.bie pun dah tau minat daku, kadang-kadang kalau dia keluar g basuh kereta ke kedai ke, call.."dah de majalah wanita yang cover depan dia si polan pakai tudung"..dah jenuh daku nak ingat latest majalah kat umah..hahaha

Kadang seronok ooo, balik kerja..landing baring sat sambil membaca..macam hilang stress..ko jangan pulak balik umah terus g baca journal, tambah stress lagi ade la..hehe

Lepas baca selalu terfikir, nasib semua orang tak sama, majalah ni bukan keluar cerita artis dan mak-mak datin yang duk tunjuk umah mewah or harta bagai..

Tapi banyak tentang kisah hidup bagaimana nak berjaya, orang ditimpa sakit yang daku sendiri tak bole bayangkan kalau di tempat mereka, ibu-ibu tunggal, kisah-kisah benar dari fail mahkamah, kisah benar ketika berada di Tanah Suci Mekah dan banyak lagi la..

Dan harga majalah ni sangat la murah..kadang hairan, majalah ni bole tahan tebal, banyak cerita kat dalam, tapi harga RM3.30..bole pulang modal ke, lagi-lagi sebulan 2 kali keluar pasaran..

Ok tu saja untuk pagi ni, mari kita sambung kerja..sekian..=)



P/S: bilik i tak guna karpet..kami kan 'student' lagi..hehe

Monday, April 16

Cameron highlands: sampai sudah..


Alhamdulillah last wikens, daku ngn mr.bie berjaya juge sampai ke cameron highlands (CH)

Kalau ikut perkiraan, dalam 3 jam gak dari penang nak sampai ke CH..keluar rumah kul 7.30, singgah isi minyak, angin tayar semua, kul 8.15 gak bertolak dari tol juru..

Ikutkan sejam lebih sampai ke tol simpang pulai dan sejam lebih sikit dari bawah ke atas..before ni selalu naik ikut tapah je, tapi bila sampai atas, dah tak bole rasa kaki kat bumi..hahaha..jalan sangat mencabar hokey..

So sangat disarankan naik ikut simpang pulai, walau jauh sikit tapi masih boleh buka mata menghayati alam disekeliling..hehe

Cameron Highlands..=)



Walaupun ni bukan pertama kali pergi, tapi kali ni bermakna sikit..sebab pergi ngn hubby dan dapat overnight  skali..


Gambar tak berapa nak mencapai piawaian, guna nset je..camera daku masih di melaka...

Tetiba rasa kurus walau hakikatnya TIDAK..hehe



Sampai-sampai, buah-buah merah ni yang aku cari dulu..punya la lama aku tahan diri beli strawberry kat penang..asyik ingatkan diri.."kat CH nanti ko pulun abis-abis".. 

2 hari kat CH, sampai naik sebu perut..haha..sampai g toilet berkali-kali dan 'proses'nye sangat senang..


Sampai tu tak lama hujan, tapi nasib baik sempat abis shooting..


Isi form dulu b4 check in..cantek kan lobi smokehouse ni..



Lepas tu, mari ikut 'dia' ke bilik kami..jangan fokus di tempat yang tak sepatutnye ye..hehe



Tadaaaaa...ni la bilik kami..walau agak semput nak sampai atas, tapi sangat privacy, i like..



Dalam bilik pula..walaupun bilik agak kecil comel, tapi kami sangat berpuas hati..takde kipas or aircond ye..sejuk-sejuk hangat semulajadi gitu.. 

Ohh...sangat suka style katil gini..nampak klasik seperti menggamit-gamit suruh landing je..hehe



Bilik air yang seksi..sebab mandi dalam kaca yang sentiasa berwap dan pintu bilik air ni takde kunci, ko nak kencing berak ke bgtau awal2..kang tak pasai tengah 'action' kena serbu masuk..kalau time mandi takpe, silakan...hahaha 



Overall..sangat berpuas hati...terus borak ngn hubby..

"kite beli umah nnti, kita design bilik camni ek, lighting dan katil sangat menarik hati"..tapi dia bole balas "dengan design bilik air sekali"..errkk..
  




Suis lampu pun klasik..



Teh cameron valley wajib ade kat setiap hotel kat CH kot..



Daku lebih mengharapkan semangkuk penuh strawberry..haha..


Tapi nasib dah beli awal-awal b4 check in, 4 kotak 10 hengget..feeling-feeling omputih sambil tengok tv atas katil, tinggal kuarkan dari peti ais je..

Lepas tu, kami takde la duduk dalam bilik je..baring-baring sat kasi lepas lenguh badan, then kuar sambung jalan lagi..=)

Cukup setakat ni..esok-esok sambung..macam takde kerja je kan nak buat part banyak-banyak..hehe



P/S: sem depan jadual sangat padat..

Tuesday, April 10

Mangsa fesyen


Sian tengok artis baru nak naik jadi artis..pe la dorang ni dok pekena mike-mike ni..ish2..

credit: ohbulan


Macam takde kerja kan post camni..
Punye la nak cari mood nak start writing pagi ni, duk berlegar kat blog-blog gosip dulu..hahaha

Ok..stop dedek merapu bagai..g sambung kerja..=)



P/S: x sabar tunggu jumaat...CH here i come...

Saturday, April 7

keseimbangan

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan,

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan,

Ambil waktu untuk belajar, itu adalah sumber ketenangan,

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa diberikan Allah,

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menujun kebahagiaan,

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati,

Ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa bererti,

Ambillah waktu untuk berkerja, itu adalah nilai keberhasilan,

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.




Mood: swing, swing by thesis...idea sila datang berterusan..=)

Thursday, April 5

burung unta




Jangan jadi burung unta. Deal the problems and challenges quickly and effectively, don't put your head in the sand. Finish what you start. Don't spend your life starting things that you never finish. Get the job done! walaupun, it ain't fun...matzaini's frens


Maka dengan itu, mari siapkan kerja...jangan kita kongsi "sand" dengan burung unta ini..=)



P/S: gym..gym..gym..saya mau kurus..



Wednesday, April 4

Wordless Wednesday: Semangat




Cilok dari fb kak zue...mintak halal..=)

Mari kita aja aja fighting

Monday, April 2

Sabar


Bila teringat apa yang sedang dilalui sekarang ni, mula la daku start nak bebel..

Sebab aku ingat seseorang tu tengah preggy la, aku sejuk kan hati..pembawakan budak, terus cool hokey..cuma ayat bila bermesej dan ber'email' sangat la menyakitkan hati, tak boleh ke cakap dengan elok, bukan main sedap mulut berkata-kata..

Sampai satu tahap, aku balas semule "jangan la merungut, ni kan tugas kita sebagai pensyarah"..tapi dia ehhh, bole balas semule dengan kata-kata yang rasa kalau depan aku, dah kena penyepak sejibik je..tak bole ditegur langsung..

Emmm..sabar je la, kang lebih-lebih dilayan..lain jadinya..jatuh reputasi i..

Diakui, hubby i bukan jenis suka dengar aku komen tak elok pasal orang lain, kadang-kadang daku siap protes.."ish, bagi la respon sikit"..

Dan bila dia jawab begini..

"kita jangan benci orang kerana orangnya, tapi benci pada perbuatannya"

Dan lagi..

"Barangsiapa mencela saudaranya dengan suatu dosa, maka ia tidak akan meninggal dunia sebelum melakukannya."
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dari Nabi saw)


Erkk la gak masa tuh..tapi daku ni bukan leh jenis terima, lagi-lagi tengah hangin kan..tapi bila dah cool, baru la daku renung balik ape yang dah ku katakan, ape dah ku lakukan...daku cari dan google hadis dan blog-blog yang berkaitan..

Yang paling menyentuh hati daku, petikan kat bawah ni..


"Dan ingatlah, kita tiada hak untuk membenci sesiapa pun.. kalau pun seseorang tu buat dosa besar mana pun, kita x boleh benci orang tu sebab kita sendiri pun x boleh nak jamin bahawa kita sendiri x kan lakukan dosa yg sama dengan orang tu di masa hadapan.. tp, kita mestilah dgn sedaya upaya berusaha & berdoa agar kita x buat dosa yg sama.. dalam erti kata yg lain,jangan sesekali rasa diri kita dah cukup bagus.. "


Ayat-ayat tu buat daku berfikir, mungkin ada silapnya juga, maklumla daku kan baru 1st time jadi penyelaras subjek, lambat untuk segalanya or something else yang tak kena..

Cuma harap-harap orang yang dimaksudkan berubahlah sedikit sebab difahamkan dia juga akan menyambung kontrak untuk semester hadapan..so, buat apa nak kutuk UiTM bagai yang sentiasa ada yang tak kena tapi still 'cari makan' kat sini lagi kan..

Ini peringatan untuk aku gak..nak kerja biar ikhlas..jangan asyik merungut itu ini..sebab dah ini memang tugas dan tanggungjawab kita sebagai pengajar di universiti..kalau ada sedikit yang tak kena, standard lah..tak semua benda perfect..kalau tak sanggup jangan la teruskan lagi..quit dan duduk umah diam-diam..tu pendapat aku la

Ok, kalau sambung bebel lagi, boleh kena darah tinggi aku..sekadar untuk renungan bersama..=)



P/S: Bila terkenang bole meradang..