Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, May 30

update diri..

Assalammualaikum..

Lama tak tulis kat blog ni..tapi blog walking still on..

Keadaan tak mengizinkan..mood tarak, badan pun tak berapa sedap..rasa malas, ngantuk je..lepas isya' tu memang jarang la tengok tv, memang terus naik katil golek-golek, tunggu hubby buat susu then tak lama tu tidur..

Perut kerap lapar, tapi tekak tak nak makan..bila makan rasa nak keluar semula..gula-gula lemon sentiasa kena standby untuk membantu keloyaan itu.

Kena makan ontime, kalau tak pedih perut sampai ke hulu hati..nasib ada hubby yang beli makanan dan paksa makan, kalau tak confirm bini dia lagi kerap berguling atas katil tahan pedih perut..

Oh..aku memang tak masak ketika ini..dah nak dekat 2 bulan gak kot...sori lalink, tunggu ok sikit baru masuk dapur semula ye.

Makanan yang boleh diterima tekak ketika ini adalah nasi putih sahaja, plus dengan ayam atau ikan goreng dan sayur goreng..kuah-kuah memang tak makan la, cepat muak then makan sikit je..kalau nasi putih tu boleh la habis sepinggan.

Makanan yang sebelum ni jadi feveret memang dah tak feveret dah..pandang pun rasa loya tekak..

Kadang-kadang sampai 1 tahap, bila hubby tanya nak makan apa..aku dah tak boleh nak jawab..sebab sangat terhad sampai aku sendiri muak bila makan berulang makanan yang sama..

Takpe, tika ini memang aku sanggup harungi apa je kesusahan itu demi yang "tersayang"..

Tapi nasib aku sangat baik, Alhamdullillah takde pening-pening kepala sampai tak boleh bangun..hanya loya angin, muntah angin..kalau asyik keluar "something"..oh, tidak boleh dibayangkan..setakat ni ada la 2 kali ter eksiden muntah keluar "something"..hehe

Gosok gigi kena laju-laju, kumur laju-laju..i dah macam fasha sandha dah alergik ubat gigi..hahahaha

Aku ada masa beberapa hari je lagi nak rehat-rehat takde kelas..9hb start kelas, udah ko dedek jangan malas..duk bertandang ke opis semula ye dengan 4 kelas fluid mechanics utk di ajar, then start fikir nak buat soalan exam.

Oh..next week insya'Allah nak balik johor, lama tak balik rasenye sejak dari abah masuk ICU bulan 2 aritu..balik ni pun nak kumpul adik beradik, sambut bezday abah ngan anak sedara dan nak bayar nazar..doakan semua selamat k..Aamiin..=)

Lepas ni duduk opis depan pc, harap rajin la update blog ini ye..

Moga semuanya berjalan dengan lancar, insya'Allah..doakan keselamatan dan kesihatan kami..=)





1 comment:

lovely shazlin said...

chaiyok dek!dugaan lain2..hehe..nnt dh leh amek gmbr yg 'trsyg'...suke2!