Apa perasaan bila dapat tau ada orang
print screen entry blog kita then tunjuk kat orang yang kita sedang ceritakan dalam entry itu..
Dalam kes ni aku tak tau nak cakap siapa salah..
Kalau ikutkan hati, dengan bongkak nye aku akan cakap
"blog aku, suka aku la nak tulis pe pun kan"..
Tapi bila fikir dengan mendalam, sampaikan dalam solat pun boleh terbayang.. terus berkata
"maybe ada hikmah nya, cuma aku je yang kena faham apa hikmah yang tersembunyi tu"
Dari sudut positif aku fikir, maybe kalau aku kat tempat "dia" pun, aku akan buat benda yang sama jika ada orang "kutuk" member dia dalam blog walaupun takde mention nama pun... tapi tak sesuai istilah kutuk kot, lebih kepada melepas perasaan je..
Kalau kutuk, mau kena saman pulak.. hehe.. gurau je, kang ada kena print screen lagi ni..hihi
Cuma agak terkilan, orang yang buat tu adalah seorang yang aku sangat hormati.. semua tentang "dia" aku puji melangit..
Tapi takpe, aku slow2 terima dengan hati yang terbuka, dengan berkata kepada diri sendiri
"aku yang silap dalam hal ni, nak lepas perasaan pasal tempat kerja better sebut dalam hati je.. hehe"
Cuma dari segi negatif nye.. aku rasa cara "dia" mengakibatkan ketegangan yang berpanjangan.. macam ko nampak aku, aku toleh kanan.. aku nampak ko, ko toleh kiri.. hah gituh..
Walaupun kejadian ni dah hampir setahun lebih berlalu, waktu baru mula berkerja kat Penang, tapi bila baru mengetahuinya pun masih terasa sangat-sangat..
Ada hikmahnya.. bayangkan aku tau masa tu gak.. mau aku bungkus baju balik Johor, tak jadi nak mula kerja... hahaha..
Ok cukup.. mula-mula tak tulis kat sini.. tapi tak tau kenapa hati ni berdenyut-denyut sakit..
Hopefully selepas ni semuanya akan bertambah baik, aku boleh terima dengan hati yang terbuka, hilang sakit di hati ini.. Aamiin..=)
P/S: tak sabar nak pindah Johor.. walaupun ada "benda" yang aku tak berapa senang hati..tapi tak semua benda akan ikut kehendak kita kan... =)
No comments:
Post a Comment