Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 10

Brunch


Ini adalah breakfast + lunch saya.. ikan kari, kerang sambal, ikan bilis.. sambal wajib..


Otw masuk kampus, singgah gerai tapau.. ni kes bagi orang yang malas nak keluar tengahari..

Disertakan sekali bersama secawan madu suam.. nak minum nes, tapi macam takut lak..hehe



Selamat menjamu selera..  

Hopefully tak ngantuk la lepas makan ni..=)



Friday, April 5

Weekend datang sudah




Tinggal lagi 1jam 32min nak thumb print then balik...=)

Terkesan....


Apa perasaan bila dapat tau ada orang print screen entry blog kita then tunjuk kat orang yang kita sedang ceritakan dalam entry itu..

Dalam kes ni aku tak tau nak cakap siapa salah..

Kalau ikutkan hati, dengan bongkak nye aku akan cakap "blog aku, suka aku la nak tulis pe pun kan"..

Tapi bila fikir dengan mendalam, sampaikan dalam solat pun boleh terbayang.. terus berkata "maybe ada hikmah nya, cuma aku je yang kena faham apa hikmah yang tersembunyi tu"

Dari sudut positif aku fikir, maybe kalau aku kat tempat "dia" pun, aku akan buat benda yang sama jika ada orang "kutuk" member dia dalam blog walaupun takde mention nama pun... tapi tak sesuai istilah kutuk kot, lebih kepada melepas perasaan je..

Kalau kutuk, mau kena saman pulak.. hehe.. gurau je, kang ada kena print screen lagi ni..hihi

Cuma agak terkilan, orang yang buat tu adalah seorang yang aku sangat hormati.. semua tentang "dia" aku puji melangit..

Tapi takpe, aku slow2 terima dengan hati yang terbuka, dengan berkata kepada diri sendiri "aku yang silap dalam hal ni, nak lepas perasaan pasal tempat kerja better sebut dalam hati je.. hehe"

Cuma dari segi negatif nye.. aku rasa cara "dia" mengakibatkan ketegangan yang berpanjangan.. macam ko nampak aku, aku toleh kanan.. aku nampak ko, ko toleh kiri.. hah gituh..

Walaupun kejadian ni dah hampir setahun lebih berlalu, waktu baru mula berkerja kat Penang, tapi bila baru mengetahuinya pun masih terasa sangat-sangat..

Ada hikmahnya.. bayangkan aku tau masa tu gak.. mau aku bungkus baju balik Johor, tak jadi nak mula kerja... hahaha..

Ok cukup.. mula-mula tak tulis kat sini.. tapi tak tau kenapa hati ni berdenyut-denyut sakit..

Hopefully selepas ni semuanya akan bertambah baik, aku boleh terima dengan hati yang terbuka, hilang sakit di hati ini.. Aamiin..=)





P/S: tak sabar nak pindah Johor.. walaupun ada "benda" yang aku tak berapa senang hati..tapi tak semua benda akan ikut kehendak kita kan... =)

Thursday, April 4

Negatif kepada Positif







aku seorang yang Positif apabila...

Sentiasa meningkatkan iman dan menjaga hubungan baik dengan Allah

Sentiasa bersemangat dan kreatif dalam tugasan dan kehidupan peribadi

Sering bahagia dan membahagiakan serta bersangka baik terhadap orang di sekeliling

Hati kecilku sering berkata "Kehidupan adalah hak setiap manusia. kite perlu hidup dalam damai, kebahagiaan, kasih sayang dan saling menghormati."

Fokus pada penyelesaian apabila menghadapi sesuatu ujian dan masalah, lalu bertanggungjawab berusaha mencari jalan penyelesaian.

Suka memberi

"Aura" positifku meresapi orang di sekelilingku sehingga mereka juga bersikap positif sepertiku.





aku seorang yang negatif apabila...

Lebih mendengar kata nafsu dan bisikan syaitan daripada mendengar kata hati dan bisikan iman.

Selalu malas, lemah semangat dalam kerja dan kehidupan.

Sering menderita dan bersangka buruk terhadap orang di sekeliling.

Hati kecilku sering berkata: "Kehidupan adalah satu kezaliman dan penderitaan. Ia penuh dengan dendam dan permusuhan."

Fokus pada masalah dan merungut serta mencari-cari dan meletakkan salah pada lain.

Suka meminta dan sukar memberi.

"Angin" negatifku telah menjadikan orang lain benci kepadaku bahkan mereka juga berfikiraan negatif sepertiku.



Minta dijauhkan seperti ini...tetapi jadi seperti di bawah ini...Aamiin..




Kredit: Majalah Solusi isu 52