Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 29

pemangkin tenaga saye...


Lately ni badan rasa letih je..tidur malam mesti tak berapa nyenyak, kalau dapat tido 3jam terus tanpa terjaga memang bersyukur sgt, selalunye 2 jam skali mesti terjaga..golek-golek then baru bole tidur semula..

Sudahnye..datang keje pagi, mesti kena lelap sat, dalam kul 9 bru leh ber'operasi'..lepas tu tengahari ngantuk yg amat..

Ayooooo, amat la tak larat kalo terus gini..

Tadi lepas beli ikan laga halfmoon..*yea, daku suda ada ikan baru..pasal ikan, esok la hapdet*..singgah farmasi, hajat hati nak beli vitamin utk pemangkin tenaga..

Kali ni daku beli 2 terus..jus tok guru dan pil multivitamin


Sebelum ni pernah gak minum jus tok guru ni..ni nak sambung semula, tengok masih berkesan ke idok..hehe

Kat kotak dia ada tulis khasiat, antaranya:

- Untuk menambahkan tenaga
- Untuk mencantikkan kulit
- Mengatasi rasa mengantuk dan keletihan

Daku fokus pada no-1 dan 3 je..kalo ke-2 tu berkesan..alhamdulillah...=)

Wednesday, September 28

hidup kena cekal...


<Mood: letih + ngantuk>

Ohhhhh..daku sangat ngntuk dikala ini..tp maghrib2 tak leh tido..tp nak tido, teringat paper tak siap lg..huhu..

Dear Ali..plez ye sabar, paling lewat, sok or lusa daku email kpd kamu..

Plan skrang??..tengok soffiya dulu, kul 8 solat, then lelap sat, then bangun buat koje..huhu..rasa2nya bole bangun ke tak nanti?..hehe

Ok..jom sambung layan soffiya..=)



P/S: Kekenyangan antara faktor menyumbang kepada kengantukkan..sila percaya..hehe


dalam kenangan: IKAN LAGA HALFMOON


< Mood: sedih >

Sabtu lepas masa jalan dan makan-makan kat JJ Perda, mr.bie tberkenan kat ikan laga jenis halfmoon yg dijual kat kiosk..

Mula-mula takde la minat sgt, tp lepas tengok, ada la terpengaruh sedikit..ikan ni sangat cantik, khayal pulak bila tengok ikan ni kembangkan ekor dia..

Terus pasang niat..esok survey tempat lain dulu then kalau takde baru datang sini semula.. 

Ni la kedai nye..betul-betul kat entry masuk..strategik gitu



Antara ikan yg dijual..Semua kena asingkan..nama pun ikan laga kn..



Muka org yg excited mau ikan tersebut..hehe



Ahad lepas survey tempat lain, kami pun decided nak beli kat JJ gak..walaupun mahal skit, tapi cantek lebih..

Tadaaa...ikan daku..merah + hitam gitu..i like..aku pun namakan beliau 'kuku'..mr.bie punya aku namakan 'kiki'...hehe



Masa beli ni...org jual tu adalah bagi tips skit camne nak jaga ikan ni..

Antaranya..

Ikan ni guna air yg dah ditapis shj, kalo guna air paip, letak anti klorin tu

Waktu malam sebelum tido, cover bekas ikan ni dengan cardboard yg dah ditebuk lubang..dikhuatiri ada cicak akan pancing ikan ni guna ekor, cicak makan ikan..huhu

Air tukar ikut suka, kalau keruh, tukar la

Ok la, lepas yakin bole bela ikan..kami pun beli, siap dengan batu bagai lagi..masa balik tu, nampak gak ikan ni macam kelaparan..esok pagi sebelum gi kerja bagi ikan makan, then balik air dah keruh..ahakss..terlebih bagi makan rasanya, tak habis dan mempengaruhi kjernihan air

Tukar air, tapi dah perasan ikan ni dah macam pasif je..tak bergerak aktif macam semalam..masa tu fikir, ikan ni mesti kesunyian..maklum la..ikan jantan tapi duk sorang-sorang dalam bekas..

Takpe lagi..tapi balik dari kerja semalam..ikan daku sudah mati..waaaaaaaaaaaaa..

Ingat kan semalam pasif sebab keseorangan..takkan makan hati kot...huhu

Niat hati nak ganti baru, yg lebih murah..tapi before tu nak google dulu cari sebab munasabah punca-punca kematian ikan ku..

Jom tengok skit, antara ikan laga halfmoon yg lain..


Aren't they just adorable..suke sangat tengok, bole jadi khayal..lebih-lebih lagi kalau diletak dalam bekas kaca..jenuh gak cari bekas kaca ni, nak yg cantik dan murah je..bekas plastik taknak..bole tak kn..

Sedikit info untuk dikongsi bersama..=)





Kenapa ikan laga mendapat sambutan??
Ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.
Harga seekor ikan laga??
Harga yang paling tinggi yang pernah dicatat setakat ini, seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200.
Penjagaan secara komersial agak rumit.
Sebenarnya penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air, contohya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari.
Selain perlu memastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik. Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. Bagaimanapun,  tidak diggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.
Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.

Cara penjagaan dalam proses  pembiakan:
Ikan ini berkembang dengan cara bertelur dan telurnya melekat  pada substrat seperti akar tanaman, daun-daun atau serabut rapia.
Langkah-langkah yang perlu diketahui :
  1. Pilihlah induk yang baik dan jantan yang cantik dan agresif.
  2. Pisahkan antara induk jantan dan induk betina dan diberi makan yang cukup selama 4 s.d. 5 hari.
  3. Masukkan induk jantan dan induk betina kedalaman tempat pemijahan (toples, aquarium, ember, baskom) yang telah diberi tanaman air (eceng gondok atau serabut rapia dengan kedalaman air ± 25 cm).
  4. Setelah 2-3 hari akan terlihat telur menempel pada daun atau rapia.
  5. Pindahkan yang betina dan beri makan secukupnya.
  6. Selama 2-3 hari anak ikan tersebut tidak diberi makan karena masih ada persediaan kuning telur dalam tubuhnya.
  7. Selama 2-3 hari kemudian anak-anak ikan tersebut perlu diberi makan infosuria selama 3 hari kemudian diberi makan kutu air yang disaring selama 10 hari dan setelah itu dapat diberi kutu air tanpa disaring.
Induk ikan yang diberi makan cukup baik, setelah 2-3 minggu dapat dipindahkan kembali. Anak-anak ikan laga dapat dijual setelah berumur 2 bulan.
Peringatan:
  1. Jangan meletakkan apa – apa batu di dalam tangki mengawan.
  2. Tumbuhan amat penting.
  3. Selepas mengawan, ikan jantan ini akan menghalau ikan betina dari sarang – sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina dibawa keluar dari tangki tersebut
  4. Selepas anak ikan berenang bebas , keluarkan ikan jantan dari tangki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tangki mengawan itu.

Apapun semuanya banyak memerlukan modal yang agak besar untuk membuat penternakan ikan laga ini. Aspek yang perlu dikira ialah makanan, tempat tinggal, air,  dan juga suhu yang sesuai. Apapun, jika sudah ada ilmu yang cukup, analisis yang lengkap dan juga kerjasama dengan beberapa pihak. Teruskan sahaja usaha anda.






Moral: kena baca dan study betul-betul sebelum beli ikan laga untuk dipelihara ye..hehe



P/S: Still minat dengan ikan warna merah..menyerlah gitu..

Wordless Wednesday: Gaya breakfast di 'bilik'



Friday, September 23

yeahh..breakfast McD..


Alhamdulillah, tadi dapat bfast McD lg..dulu ingat lagi, time nak sahur kat shah alam, waktu bfast ditukar ke 6am-11am..hampeh tul, sape nak sahur pukul 6am..masa tu rasa nak bako je McD tu..dah la org tengah ngidam..

Apa lg, benda 1st sampai penang lepas lapor diri hari tu adalah bfast di McD, so yg ni kire kali kedua la..kami amik set family breakfast box

Harga bagi set ni RM24.90..lepas tax jadi RM26.40..yg ni utk 3-4 org makan ye..kalo nak makan 2 org pun apa salahnya..hehe



Sekali ngan budak kecik ni..sori ra, kamu duduk membelakangkan cahaya, so jadi la gambo gini..ala-ala bling-bling gitu..huhu



Yg sorang ni mesti de..hehe..*peliknye aku senyum*


So sekian..=)



P/S: Jadi ke tak ek cik dye datang penang minggu depan...dh macam tunggu pakwe pulak..hehe

Thursday, September 22

Asfan: Terhenti disini


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta




PASSWORD: ditujukan khas buat mr.bie

Wednesday, September 21

berjumpa 'charlie' lagi..


Lepas maghrib tadi, aku terjumpa 1 makhluk ni.. tp dah jadi macam habit, bila nampak makhluk ni tangan automatik cari saletip..
Rasa-rasanya pe ade kat bawah saletip ni..


Tak lain tak bukan adalah..

CHARLIE...



Haiyaaa..musuh lama ku telah kembali.. bukan dia kembali tapi aku yg kembali jumpa dia semula kat sini..

Tak sampai 2 minggu duduk penang, aku dh kena 'gigitan asmara' dari beliau semula.. walaupun sikit, tapi ada la kesan kat lengan ni.. 

Dapat detected serangan dari sape je, aku terus pulun basuh tuala bagai.. takut kena parts lain pulak, tak sanggup teman.. kepedihan dia tu, sampai bila-bila akan ku kenang..huhu

Ingat lagi dulu time diploma kat penang, berparut muka.. berpalang macam lanun.. sedih ahkak kena ejek dulu tau.. sob..sob..

Yang paling sedih, kena beberapa hari sebelum nak final exam..
Punya nak cover, datang exam dengan muka tutup sebelah guna sapu tangan, time nak menulis je baru bukak.. Feels masa tu??
Pedih + sakit + sedih + malu..
Tak kusyuk jawab exam.. fikir nak abis cepat je

Tapi yang kena kat muka tu hasil charlie dari arau ye, bukan penang.. kat penang pun ada kena..tapi manja-manja je, tak seganas kat arau dulu..hehe



Meh tengok sikit info pasal charlie ni:

CHARLIE@ROVE BEETLE @ KUMBANG ROVE
Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Class : Insecta,Order : Coleoptera Famili : Staphylinidae
Spesies : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Sebab sentuhan akan menyebabkan kulit me'lecur'..tu yg kasi seletip sikit.. kalo sapa-sapa study kat penang dulu tau la cara nak melenyapkannya..

Nak tengok contoh kesan kalo kena camne??



Uhhh.. tiba-tiba terbayang kesan camni ada kat muka sendiri satu masa dahulu.. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..huhu





P/S: Kena sentiasa alert..hehe

wordless wednesday: alif irfan





P/S: Tembam giler rasanya...sy mau diet...waaaaaaaa..

Tuesday, September 20

kad baru




Yeyeh...
Aku dh dapat kad staff baru...suke..suke..
Walaupun muka kelat mcm mintak kena lempang, tapi i like gak..hehe

Pesanan utk cik dye: Cik dye lalink..kad staff lama i..u jage memolek ye..kalo rindu, tatap je k..hihi


P/S: Mood sekarang - tengah buzy cari pakej murah utk bercuti akhir bulan ni..insyaAllah..=)

Monday, September 19

isu nuffnang



Dah nak tido ni tapi sempat lagi cek nuffnang..

Dan aku perasan, kebanyakkan list kat atas berkaitan dengan jubah nikah....

Waaa...sangat kagum...ramai gak org nak kawen pakai jubah sekarang ni...i like..=)

Tapi nasib tak keluar pencarian yg pelik-pelik..hehe

Ok..mau tido..sejak 2 minggu berkerja..aku sudah terbiasa tido seawal 11 malam..macam tak caya je kan..hehe



P/S: Takziah nana atas kehilangan nenek yang kembali ke Rahmatullah..al-fatihah..

Sunday, September 18

Restoran Kapitan


Misi untuk menghilangkan rasa nak makan teramat sangat di restoran kapitan..ni semua lepas ira kenalkan tempat ni kat kitorang la, mr.bie duk asik teringat2 nak makan lagi..ish2..

Tapi memang diakui, first time cuba tidak menghampakan..nasi briyani ayam dia memang sedap..nasi dia mesti guna beras berkualiti tinggi sebab memang kena dengan tekak la..harga utk nasi briyani ni RM8 shj

Ni la nasi briyani nya..


Ayam dia memang banyak..time aku makan siap bole bagi kat mr.bie lagi sebab tak terhabis sorang..hehe..nasi nye di bawah ayam tu k..

Cara makan dengan pindahkan sikit-sikit nasi dan ayam dalam pinggan yg disediakn..=)

Utk kali kedua, aku tak makan nasi..tp pilih cheese nan tandori chicken..


Sebelum ni makan kat khulafah shah alam je, ni cuba kat tempat lain lak..

Overall, ayam dan roti dia lagi sedap dari khulafah..cuma cecah kuah dia je tak bape ummmm..

Lepas ni kalau di ajak makan lg..sy hanya akan menggangguk senyum mau..hehe

Thursday, September 15

happy 7th month anniversary....


Dear matzaini...
Happy 7th month anniversary dear..
Semoga dipermudahkan segala urusan kita..amin



Tadi lepas balik keje, terus ke jusco..Sempena anniversary ni kunun-kunun nak makan special sikit, so tempat dituju sebulan sekali adalah nando's..our feveret place ever..=)




Disebabkan tak kuar lunch tghari tadi, nasi wajib dipilih..perut melayu la kata kn..

      


Lepas tu, ke secret recipe..semalam nampak kek ira kat blog, terus rasa tekak gatai nak makan..bole tak camtu..hehe 



Thanks mr.bie..dapat 2 kek lagi..love it so much..=)


Dan yang paling penting..love u so so much dear..=)

Sebelum abih, nak tunjuk gak gambar terbaharu...gumuks punya budak..muahahaha




P/S: thanks bie tahan dengan sikap ayg..maaf sangat, lately ni tekanan perasaan melanda diri tanpa bole dikawal..dan utk sementara waktu sebelum semuanya stabil, sila la terus menahan diri ye..=)

Wednesday, September 14

Wordless Wednesday: opis saye





P/S: Opis la sangat kn..duk kat meeting room je..

Monday, September 12

saye sangat 'BUSY'...

Alhamdulillah...
Last week, kami *me & mr.bie* telah selamat mendaftar sebagai warga UiTM Pulau Pinang..seronok rasanye dapat balik semula ke tempat study dulu..tapi sedih sebab lagi jauh dari kampung JB..ntah bile dapat balik lagi..=(

Setakat ni semuanya berjalan dengan lancar..cume aritu, part cari rumah je yg super tension sikit..

Yang lain alhamdulillah, lecturer2 lain pun semua ok2..InsyaAllah esok dah bole masuk bilik, sebelum ni duk menumpang 'bilik' ira..hehe

Subjek nak ngajar pun dah dapat, fluid mechanics..tp start bulan november nanti..alhamdulillah, ada la masa nak siapkan thesis..=)

Sementara tu, saja nak share gambar berdua bersama cik fazira kat fakulti kejuruteraan mekanikal..



Closed up sikit...



Masa tengah santai-santai kat sini..terjumpa la beberapa thesis masa zaman diploma dulu..Yg kenal cuma ira ngan nana punye je..yg lain, enggak tau sape..

See..ira punye..nana punya tak nak la show up, sensitip sikit..



Mr.bie yg semakin membulat..muahahaha



Sementara nak dapat bilik tu, aktiviti yang bole dibuat adalah menonton 'wayang' di FKM..

See, siap dengan sofa lagi..



Time aku tengok, punya la sopan..volume sikit punye rendah..tapi datang Ir.zul bole cakap.."apa tengok wayang slow2 ni, kasi kuat la sikit"..dia bole gi kuatkan volume, bergegar rasanye..punya la nak cover, dia bole pulak galakkan lagi..hehe

Cite arini...LOTR..i like..



Ni la kerja lecturer yang tak ada kerja..hehe




P/S: Sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar..=)

Thursday, September 8

happy engagement puteri!!..


Ohhh...cik puteri telah selamat menjadi tunangan orang pada 3/9/2011


Tahniah put..maaf tak dapat hadir..

Masa majlis tak kena timing, kalau aku ada kat shah alam hari tu, mesti dah pecut gi teluk intan..ni daku berada jauh di johor..tak larat teman nak kejor 6 jam drive..InsyaAllah, nikah & sanding nanti, aku datang ye..masa tu dah kat penang, dekat sikit nak pecut..hehe

Walau nampak tembam skit pipi tu, kamu tetap cantek..=)



Yg ni hantaran put to azren..tema coklat gold..


Hantaran dari pihak lelaki..*siap ade botol ribena lg tau*



Panjang beno nama kamu put..azren kena berlatih selalu ni, bior lancar masa nikah nanti..hehe


Tahniah put dan azren..semoga sentiasa bahagia dan tabah menempuhi alam pertunangan..orang kata penuh dugaan, wallahualam..

Semoga hubungan pertunangan kamu akan kekal dan berakhir dengan ikatan pernikahan yang sah..amin..



P/S: Cik put, jangan rindui pemergiaan ku lagi ye..adik2 kamu kan ada buat teman..=)

Friday, September 2

jumpa siapa tadi???


Tadi kunun-kunun nak g makan steamboat kat tepi laut pontian..tempat yang sekali dh makan, terus rasa nak berkali-kali..



Siap bawa dua bodyguard lagi..tak syiok la nak makan sorang-sorang kn

Tapi sebelum sampai kat tempat steamboat tu, sempat singgah giant & bank in duit lagi..

Masa baru je gerak naik kereta nk ke tempat steamboat, aku dh dengar bunyi sms maxis, tapi tak tengok terus masa tu



Sampai-sampai sana..turunkan budak-budak kecik dari kereta sambil tengok sms..rupanya dari mumy nak datang beraya umah..bajet nak balas masa duduk nanti..tup-tup tak sempat, sebab dah nampak tuan empunya badan tengah makan kat tempat yg sama..sungguh kebetulan..

Tu pun kena bebel ngn mumy dulu..sebab nya mesej tu dia antar dari petang tapi malam baru sampai..hehe..sori mumy, salah talian maxis di sini..

Mumy & syahir..kamu berdua nampak kurus la..sian damia penat beraya seharian..



Bodyguard kecik dua org..dapat sepinggan je..baru pukul 9 dah tinggal sikit..sadis sungguh..



Damia lepas bangun tido..erti kata lain, lepas kena kejut dengan mumy dia..hehe..
Very good gurl..suara pun dah kedengaran..bole ajak karok dah pasni..



Bila dah jumpa, borak of course la sampai tak ingat dunia..bila orang dh nak tutup kedai, terus pindah tempat lepak..



Oh mumy..apa rahsia kamu kurus..huhu



Tengok apa anak sedara teman buat masa muksu dia berborak..
Tq aunty & uncle bagi duit raya..=)




P/S: Cepatnya masa berlalu..esok dah jumaat...nak cuti lelama lagi....waaaaaaaaaa....