Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 21

berjumpa 'charlie' lagi..


Lepas maghrib tadi, aku terjumpa 1 makhluk ni.. tp dah jadi macam habit, bila nampak makhluk ni tangan automatik cari saletip..
Rasa-rasanya pe ade kat bawah saletip ni..


Tak lain tak bukan adalah..

CHARLIE...



Haiyaaa..musuh lama ku telah kembali.. bukan dia kembali tapi aku yg kembali jumpa dia semula kat sini..

Tak sampai 2 minggu duduk penang, aku dh kena 'gigitan asmara' dari beliau semula.. walaupun sikit, tapi ada la kesan kat lengan ni.. 

Dapat detected serangan dari sape je, aku terus pulun basuh tuala bagai.. takut kena parts lain pulak, tak sanggup teman.. kepedihan dia tu, sampai bila-bila akan ku kenang..huhu

Ingat lagi dulu time diploma kat penang, berparut muka.. berpalang macam lanun.. sedih ahkak kena ejek dulu tau.. sob..sob..

Yang paling sedih, kena beberapa hari sebelum nak final exam..
Punya nak cover, datang exam dengan muka tutup sebelah guna sapu tangan, time nak menulis je baru bukak.. Feels masa tu??
Pedih + sakit + sedih + malu..
Tak kusyuk jawab exam.. fikir nak abis cepat je

Tapi yang kena kat muka tu hasil charlie dari arau ye, bukan penang.. kat penang pun ada kena..tapi manja-manja je, tak seganas kat arau dulu..hehe



Meh tengok sikit info pasal charlie ni:

CHARLIE@ROVE BEETLE @ KUMBANG ROVE
Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Class : Insecta,Order : Coleoptera Famili : Staphylinidae
Spesies : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Sebab sentuhan akan menyebabkan kulit me'lecur'..tu yg kasi seletip sikit.. kalo sapa-sapa study kat penang dulu tau la cara nak melenyapkannya..

Nak tengok contoh kesan kalo kena camne??



Uhhh.. tiba-tiba terbayang kesan camni ada kat muka sendiri satu masa dahulu.. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..huhu





P/S: Kena sentiasa alert..hehe

2 comments:

FARHANA said...

dedek..aku pun takut dgn charlie ni..ingat dl kena kat bahu ke lengan atas..giler bear dan ssgt pedih bila kn baju..bila peluh..lg la....klu alert pun mcm xberkesan..sbb charlie mmg sesuka hati dia nk landing kan?

ira_violet_bee said...

board depan meja study penuh dgn soletape dah mcm 1 seni plak..tp aku sgt bersyukur si chalie nie tak minat i..wahahahaha..selamat den....