Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, November 4

Nak jadi macam dia..


Raihanna, bakal doktor pakar kek




SENI kulinari adalah 'cinta' pertama gadis ini, namun keputusan peperiksaan yang cemerlang membuatkan dia ditawarkan mengikuti kursus perubatan di Russian State Medical University, Moscow.

Mengejar dua bidang berbeza yang menjadi minatnya lalu dia berazam untuk bergelar doktor yang pakar dalam membuat kek.

"Bagi saya membuat kek umpama sesi terapi terutama ketika stres berdepan dengan pengajian yang semakin sukar," ujar, Raihanna Kamaruddin, 23.

Gadis manis ini mengakui menuntut ilmu di negara orang memang ada cabarannya tersendiri apatah lagi apabila ia dijalankan sepenuhnya dalam bahasa tempatan.

Gadis ini perlu melipatgandakan usaha mentafsir makna dan menguasai bahasa Rusia demi menjawab soalan peperiksaan yang bakal menentukan masa depannya kelak.

"Bukan sekadar masalah bahasa, kelas yang terletak jauh antara satu sama lain dan cuaca yang sejuk memang cukup menyukarkan," ujar Raihanna yang ditemui di Puchong, Selangor, ketika cuti semester baru-baru ini.

Justeru Raihanna menyifatkan minatnya membuat kek adalah sebagai salah satu terapi untuk dirinya yang berhadapan dengan pelbagai cabaran sebagai pelajar di sana.

Tanpa mengabaikan tanggungjawab hakikinya sebagai pelajar perubatan, dia meneruskan minat dan kepakarannya menghasilkan pelbagai jenis kek, tart, macarons, kek cawan dan sebagainya.

Bukan sekadar untuk diri sendiri bahkan Raihanna menerima tempahan melalui blog nyawww.raihannavanilla.blogspot.com.

Blog tersebut ditulis dan ditadbir sendiri bagi berkongsi pengalaman belajar, kisah suka duka dan paling utama memuat turun gambar kek serta masakan yang pernah dihasilkan.

Ilmu dituntut secara 'tidak rasmi' menerusi laman YouTube, namun jika pulang ke tanah air, Raihanna pasti tidak melepaskan peluang menghadiri kelas pembuatan kek.

Pada awalnya, ibu bapanya tidak begitu menyokong minat anak sulung mereka dalam bidang kek dan pastri kerana mahukan dia menjadi doktor.

Dalam diam Raihanna menggunakan duit poketnya sendiri untuk menuntut ilmu membuat kek.

"Saya dah macam ketagih, asal balik bercuti saja mesti mahu pergi kelas buat kek. Mungkin mama dan papa saya memahami minat saya yang terlalu kuat akhirnya papa menghadiahkan saya sebuah ketuhar dan pemutar kek," ujar Raihanna.

Berkat kesungguhan dan minat, gadis ini turut boleh berbangga apabila dapat menghadiahkan adiknya sebuah komputer riba dengan hasil jualan keknya.

"Di Moscow saya tinggal di asrama, hanya terdapat sebuah ketuhar. Bayangkan saya perlu berebut dengan pelajar lain.

"Untungnya berniaga di sana kebanyakan orang Rusia tidak begitu mahir seni perhiasan kek, yang mereka tahu kek yang sedap dimakan sahaja, jadi apabila kita menghasilkan kek yang bukan sekadar sedap bahkan cantik mereka menghargai dan dari situ saya mula menerima banyak tempahan.

"Biasanya saya mula membuat kek selepas kelas tamat pada jam empat setiap hari. Pukul 10 malam saya akan tidur dan akan bangun semula pada pukul 3 pagi untuk mengulang kaji pelajaran," jelasnya yang amat meminati membuat kek berbentuk anak patung 'Barbie'.

Mengenai barang mentah pula, Raihanna selesa jika mendapatkannya terus dari Malaysia kerana sukar untuk mendapatkan yang halal di Rusia.

Bapanya akan mengepos barangan mentah yang diperlukan anaknya dalam keadaan sejuk beku.

"Alhamdulillah, sekali jual saya mendapat kira-kira 300 ringgit, bukan sekadar kek, jika ada hari sukan atau karnival jualan, saya dan kawan akan bekerjasama menjual makanan seperti nasi lemak dan sebagainya," jelas Raihanna yang bercita-cita menjadi pakar perbidanan satu hari nanti.

Impian Raihanna adalah untuk mewujudkan sebuah kedai kek dan di sebelahnya klinik dia sendiri.

"Buat kek adalah satu terapi untuk saya, memasak adalah kepuasan sebenar. Menjadi cita-cita saya untuk menjadi wanita Melayu pertama yang berjaya dalam bidang bakeri dan perubatan," jelasnya.

Source: utusan

----------------------------------------



Nak jadi seperti dia yg pandai buat kek ye..bukan jadi doktor..suda terlewat utk tukar profession ku..hehe

Ooohhh..daku sangat la minat buat kek seperti dia..dulu masa ada, tapi duit terhad..sekarang duit ada, tapi masa sangatlah terhad..

Barang-barang buat kek pun dah hantar balik kg aritu masa pindah randah..cuti ni balik naik bas, so tak de la nak ngangkut barang bagai kn..tunggu nanti lepas master dah siap, lepas kawen..baru nak sambung semula hobi ku..dan mcm biasa naseb ada mr.bie ngn ira kat sini jadi 'taster'..hahaha

Nak tukar statement rai la...

"Menjadi cita-cita saya untuk menjadi wanita Melayu pertama yang berjaya dalam bidang bakeri dan kejuruteraan"

Berangan lebeh je ko ye..hehe..dah..dah..merepek lebeh je aku ni..




P/S: Dah start windu my 'busyuk'...gedix giler kn..

1 comment:

matzaini said...

Insya'Allah,lepas semuanya settle,kita belajar bt kek k. :) rindu kat ayg gak... Jgn nakal2 k syg. Love you...