Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 15

semoga diberi kekuatan diri..


Perasaan ketika ini....

Sangat la serabut, td patutnye daku kena g meeting kat shah alam..tp disebabkan ade meeting wajib yg ber'attandance' kat sini, terpaksa utamakan yg kat sini dulu..

Tp perasaan sgt la tak tenteram..sebab dah lama ma, tak jumpe my sv..dpt ape-ape info pun dari ali je..<naseb ade beliau>..

Tp lepas meeting..alhamdulillah..dapat gak bercakap ngn my sv..dan lega sikit prasaan dalaman ni..risau ma, kang dia buang aku, taknk jadi sv camne..huhu



Kerja yg daku kena fokus skrg..

Thesis writing...yg ni sgt penting dari yg lain

OBE...kena siapkan sebelum student masuk isnin depan
(tetiba moody sbb nape la daku yg terpilih jd penyelaras ni..mencik)

Slide presentation.... utk seminar RTC




Tentang hal perkahwinan pulak

HIV test...errr...esok kot g klinik

Cincin....tak dapat yg berkenan lagi...mencik..

Barang hantaran...tak beli lagi...sambung cari lepas waktu kerja ni

Kad kawen..harap-harap esok siap..
(yg ni mmg simple punye kad sbb nak siap cpt...mencik)




Future Plans

Settle kan segala bagai yg kat atas sebelum jumaat ni..

Khamis kena gi fitting baju sanding..harap-harap sempat la kurus skit 3 hari ni..hehehehe

Khamis malam kena bertolak g JB..

Jumaat pagi settlekn pelamin, baju nikah, baju malam berinai, bilik tidur pengantin, edar kad kat member..err..sempat ke tak ek sehari je..fuuhhhhh

Sabtu dan ahad...KURSUS KAHWIN..

Ahad malam bertolak balik penang

Isnin pagi kena LANGKAWI sampai khamis...drive sendiri...

Khamis petang kena amik baju sanding dan bertolak balik JOHOR...drive sendiri gak..mencik..




Kepala daku sgt la sakit sekarang ni, berdenyut2..dulu masa mintak lepas g langkawi pun payah sebab student dah naik, diorg akan cari lecturer utk daftar subjek..dan daku dinasihatkan balik cepat kat kampus..

Tp bile nak kawen ni..lagi bertambah serabut..

Mane nak kejar student, kejar balik kg lg...haisshhh..

Ya Allah...semoga segalanya berjalan dengan lancar..dan sentiasa kuat menghadapi semuanya..amin..=)



P/S: tak sabar nak lepas sume ni...mau hidup normal kembali..


Saturday, November 12

Selamat Pengantin Baru: Ana & Khairy


Selamat Pengantin Baru

...Ana Syahidah Bt Mohd Rodzi & Mohd Khairy Abd Ghani...







credit pic: shazzy



Selamat pengantin baru ana..

Selamat menempuh alam rumahtangga, menjadi pasangan yg bahagia dan dirahmati Allah sentiasa..

Semoga berbahagia didunia dan akhirat..Amin..=)

Cepat2 dapat baby ye..




P/S: Esok ke teluk intan pule....puteri, i'm coming...yeeeaaahhhh....

Friday, November 4

perasaan apakah ini..


Emmm...daku mengalami masalah 'dalaman' akibat keje yg tak siap-siap..

Dia bukan rasa stress..tapi rasa lebih kepada nak nangis sebab tak mampu nak siapkan segera..bole kn..

Rasa macam lemah sangat diri ni..

Tengok la rupa paper yg kena betulkan ni..berapa banyak merah..lepas dh betulkn pun still kne betulkn lg..apakah daku sgt teruk..haishhhh..



Ditambah lagi dengan keje opis..Outcome Based Education - OBE.. tetiba sem ni subjek yg daku ajar kena buat OBE, dan daku sebagai penyelaras subjek pule..dan file course work ni kena siapkn sebelum student masuk..apakah nasib aku memang begini...haisshhhh...



Dan bila ada keje lain kena buat, keje writing thesis daku tak berjalan dengan lancar...haisshhhh...

Daku pulak jenis...kalau dah banyak sgt keje kena buat...last2 aku tinggai je sume..pastu g bawak diri...sangat la teruk berperangai demikian..bunyi macam kunun2 nak lari dari masalah..

Tapi camne lari pun, ko kena datang balik then hadapi semule masalah tu kn..

Dan untuk masalah daku ni..daku kena kuat hadapi semua...NO EXCUSES DEDEK..



Ingat...ni tanggungjawab ko..jangan ngeluh, buat dengan tabah hati dan rela..senyum sokmo..=)


P/S: malam ni balik kg...yeahhh....ceria sikit hati..


Nak jadi macam dia..


Raihanna, bakal doktor pakar kek




SENI kulinari adalah 'cinta' pertama gadis ini, namun keputusan peperiksaan yang cemerlang membuatkan dia ditawarkan mengikuti kursus perubatan di Russian State Medical University, Moscow.

Mengejar dua bidang berbeza yang menjadi minatnya lalu dia berazam untuk bergelar doktor yang pakar dalam membuat kek.

"Bagi saya membuat kek umpama sesi terapi terutama ketika stres berdepan dengan pengajian yang semakin sukar," ujar, Raihanna Kamaruddin, 23.

Gadis manis ini mengakui menuntut ilmu di negara orang memang ada cabarannya tersendiri apatah lagi apabila ia dijalankan sepenuhnya dalam bahasa tempatan.

Gadis ini perlu melipatgandakan usaha mentafsir makna dan menguasai bahasa Rusia demi menjawab soalan peperiksaan yang bakal menentukan masa depannya kelak.

"Bukan sekadar masalah bahasa, kelas yang terletak jauh antara satu sama lain dan cuaca yang sejuk memang cukup menyukarkan," ujar Raihanna yang ditemui di Puchong, Selangor, ketika cuti semester baru-baru ini.

Justeru Raihanna menyifatkan minatnya membuat kek adalah sebagai salah satu terapi untuk dirinya yang berhadapan dengan pelbagai cabaran sebagai pelajar di sana.

Tanpa mengabaikan tanggungjawab hakikinya sebagai pelajar perubatan, dia meneruskan minat dan kepakarannya menghasilkan pelbagai jenis kek, tart, macarons, kek cawan dan sebagainya.

Bukan sekadar untuk diri sendiri bahkan Raihanna menerima tempahan melalui blog nyawww.raihannavanilla.blogspot.com.

Blog tersebut ditulis dan ditadbir sendiri bagi berkongsi pengalaman belajar, kisah suka duka dan paling utama memuat turun gambar kek serta masakan yang pernah dihasilkan.

Ilmu dituntut secara 'tidak rasmi' menerusi laman YouTube, namun jika pulang ke tanah air, Raihanna pasti tidak melepaskan peluang menghadiri kelas pembuatan kek.

Pada awalnya, ibu bapanya tidak begitu menyokong minat anak sulung mereka dalam bidang kek dan pastri kerana mahukan dia menjadi doktor.

Dalam diam Raihanna menggunakan duit poketnya sendiri untuk menuntut ilmu membuat kek.

"Saya dah macam ketagih, asal balik bercuti saja mesti mahu pergi kelas buat kek. Mungkin mama dan papa saya memahami minat saya yang terlalu kuat akhirnya papa menghadiahkan saya sebuah ketuhar dan pemutar kek," ujar Raihanna.

Berkat kesungguhan dan minat, gadis ini turut boleh berbangga apabila dapat menghadiahkan adiknya sebuah komputer riba dengan hasil jualan keknya.

"Di Moscow saya tinggal di asrama, hanya terdapat sebuah ketuhar. Bayangkan saya perlu berebut dengan pelajar lain.

"Untungnya berniaga di sana kebanyakan orang Rusia tidak begitu mahir seni perhiasan kek, yang mereka tahu kek yang sedap dimakan sahaja, jadi apabila kita menghasilkan kek yang bukan sekadar sedap bahkan cantik mereka menghargai dan dari situ saya mula menerima banyak tempahan.

"Biasanya saya mula membuat kek selepas kelas tamat pada jam empat setiap hari. Pukul 10 malam saya akan tidur dan akan bangun semula pada pukul 3 pagi untuk mengulang kaji pelajaran," jelasnya yang amat meminati membuat kek berbentuk anak patung 'Barbie'.

Mengenai barang mentah pula, Raihanna selesa jika mendapatkannya terus dari Malaysia kerana sukar untuk mendapatkan yang halal di Rusia.

Bapanya akan mengepos barangan mentah yang diperlukan anaknya dalam keadaan sejuk beku.

"Alhamdulillah, sekali jual saya mendapat kira-kira 300 ringgit, bukan sekadar kek, jika ada hari sukan atau karnival jualan, saya dan kawan akan bekerjasama menjual makanan seperti nasi lemak dan sebagainya," jelas Raihanna yang bercita-cita menjadi pakar perbidanan satu hari nanti.

Impian Raihanna adalah untuk mewujudkan sebuah kedai kek dan di sebelahnya klinik dia sendiri.

"Buat kek adalah satu terapi untuk saya, memasak adalah kepuasan sebenar. Menjadi cita-cita saya untuk menjadi wanita Melayu pertama yang berjaya dalam bidang bakeri dan perubatan," jelasnya.

Source: utusan

----------------------------------------



Nak jadi seperti dia yg pandai buat kek ye..bukan jadi doktor..suda terlewat utk tukar profession ku..hehe

Ooohhh..daku sangat la minat buat kek seperti dia..dulu masa ada, tapi duit terhad..sekarang duit ada, tapi masa sangatlah terhad..

Barang-barang buat kek pun dah hantar balik kg aritu masa pindah randah..cuti ni balik naik bas, so tak de la nak ngangkut barang bagai kn..tunggu nanti lepas master dah siap, lepas kawen..baru nak sambung semula hobi ku..dan mcm biasa naseb ada mr.bie ngn ira kat sini jadi 'taster'..hahaha

Nak tukar statement rai la...

"Menjadi cita-cita saya untuk menjadi wanita Melayu pertama yang berjaya dalam bidang bakeri dan kejuruteraan"

Berangan lebeh je ko ye..hehe..dah..dah..merepek lebeh je aku ni..




P/S: Dah start windu my 'busyuk'...gedix giler kn..

Thursday, November 3

ikan laga...akhirnye..penjagaan yang betul


Ingat lagi masa 1st time bela ikan laga..baru 2 hari bela dah mati..huhu..terasa seperti menganiya binatang pulak..bila tak ada 'ilmu', jadi le rupe gitu..

Bila dah jadi kematian..daku pun cari tau dulu cara-cara nak bela ikan ni..dan tanya juge org yg jual, tips yg betul..tak nak la menganiya binatang lg kn..

Setakat ni Alhamdulillah..ikan ni hidup setelah beberapa bulan..bukan hari..hehe



Antara cara yg betul, dengan masukkan sikit daun ketapang yg dah kering dalam air ni..tu sebab air ni takdela  berwarna biru cerah sangat..tp coklat hijau sikit, sebab ada daun ketapang dalam ni..bukan sebab daku malas tukar air tau...hehe

Buih-buih yg kat tepi permukaan air tu, menunjukkan ikan laga jantan ni telah bersedia utk menerima 'soulmate' dia..erti kata lain, dia nak mengawan dah tu..kalau lagi banyak buih, lagi banyak gatai dia..hahaha

Air dia pulak, kalau bole..asingkan tepi dulu selepas dah titis dengan klorin..bagi sebati..paling kurang dalam setengah jam..kalau aku slalu lebih-lebih, sebab bila khayal buat benda lain, eh baru teringat pasal ikan ni...

Makanan dia, bagi sikit-sikit..sebab ikan ni bukan jenis pelahap..dia makan sikit-sikit..kang letak banyak-banyak, terus jadi keruh air dia..

Rasanya setakat ni je cara daku jaga...=)

Dan ini rupa daun ketapang..aku amik kat area perda je..




P/S: tetibe rase nak bela kucing..hehe..macam mampu jage je kn..

Wednesday, November 2

Wordless Wednesday: Senyum..tak perlu kata apa-apa...=)




P/S: Mood kembali normal setelah menghabiskn masa sejam di gym UiTM...=)

Tuesday, November 1

Hiking Bukit Jambul


Pagi Deepavali lepas..*dh nak seminggu bru aku nk hapdet*..berjaya menawan bukit jambul...eerrr...tp tak tau la tu puncak bukit ke tak...hehe

Punya bersemangat, pagi-pagi bangun buat sandwich bagai sampai 2 bekas lg..



Dan terima kasih juge diberikan kpd gps papago...berjaya sampai ke bukit jambul..

Daku memang tak tau jalan ke situ, dulu pergi hiking kat sini masa zaman diploma dengan nana, kak wan & liza..ingat lagi liza sampai muntah-muntah tak larat...ooohhh, kenangan..



Tp tak tau la sebab lapar, or memang sedap sgt...lepas je bridge, habis 1 bekas..hehe



Sampai situ, berpusing gak..sebab tak ada sign board tempat masuk hiking ni..dia betul-betul kat kawasan rumah org kaya-kaya...tp rasanya masa pergi dulu, masuk tempat lain..



Bila sampai dan memulakan acara dan nampak jalan ni..terus terfikir..

Mau tonggek bontot haku ni...hehe



Kami mau memulakan pendakian...*sebuk je dua org cina kt belakang tu, tengok pokok pisang ker*



Lepas tu...yg buat daku sedikit kecewa adalah...

Sepanjang jalan nak daki ni adalah TANGGA...waaa...aku bab-bab tangga ni menci..ingat trek daki yg biasa..dan bertambah-tambah yakin, salah tempat hiking..nak macam gi waktu diploma dlu...huhu



See...tangga je semua..



Abg baju hitam tu suke terlebeh je..sepanjang daki ni dia je tersengeh lebeh ..tak penat ke..hehe



Sampai satu tahap...tak larat beb naik tangga setinggi-tingginya..hahaha..



Part yg ni paling gerun...tinggi dan kecik je tangga dia..



Akhirnya..nampak cahaya...muka dah bole blah dah tu..



Puncak bukit jambul.....





Sampai-sampai lepak rehat dulu...gigil ma kaki gua..



Kalau nak air, diorg ada sediakan kat atas ni...macam-macam ada..cuma yakin tak yakin minum je la kn..



Air yg ni daku tak tau utk apa..cebuk kot...



Gym pun ada...workout bebeh..



Playground yg tak berapa meyakin kn pun ade...



Pemandangan dari atas...



Okeh...kami dah nak turun dah...kan aku dh kata..abg baju hitam tu suke terlebeh..



Turun memang laju..tp sndri paham la kn..gigil yg amat..hahaha



Berjaya sampai dibawah...=)



Satu yg tak berapa gemar...

Anjing bersepah-sepah, maklum la umah org-org kaya, diorg bela anjing je la nak jaga umah..memang tak gigit..tp tetap serem..



Dan satu maklumat yg daku dapat, rupenye ada satu lg jalan daki ke atas...kat Hotel Equotarial..next time kami nak aim ke situ pulak..



P/S: Mengalami kaki tegang utk beberapa hari..hehe