Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, November 16

Balik Sabah


Masih dalam mood #terobek
Tarikh pergi sabah ni 18/9/2014, nak dekat 2 bulan dah
Umur Yusairah masa ni 9m3d

Ni kira 1st flight untuk Yusairah la.. dan 1st time balik since keluar dari perut ummi dia.. huhu

Dan kiranya 1st time juga jumpa datuk, nenek dah pernah jumpa masa umur 2 bulan..

Sementara nak tunggu boleh masuk, jenuh la kejar awek ni berlarian.. kawasan lapang, tu jadi excited terlebih tu.. tolak kerusi, tekan suis kat dinding, kacau org.. 



Reaksi jejak tanah... hahaha



Menghayati bumi sabah..



Hakikatnya tergolek masa berlarian.. hahaha


Kat umah mertua, nset memang sentiasa dalam beg kecuali malam nak tidur, baru belek-belek nset.. maka tiada la gambar.. walaupun main reason balik adalah untuk adik ipar kawin, gambar memang yilekkkss

Tau-tau ada dalam nset ada gambar nak balik semenanjung.. hahaha


Masa memang suntuk, takde jalan-jalan merayap.. pergi sabah khamis, ahad pagi tu dah balik.. next time ye hubby kata nak bawa tengok lembu ala-ala new zealand itu.. hehe

Yusairah masa pergi, tak berapa terkawal.. air asia kan sempit, jenuh gak nak entertain.. tapi masa balik tu, lega selega-lega nya sebab tidur hampir sepanjang perjalanan... errr termasuk mak pak dia... hahaha

Later...

Thursday, November 13

Suka memanjat

Yusairah ni memang aktif sikit... aku assume di sebabkan dia dah bole jalan, maka dia tak suka duduk diam.. suka bergerak bakar lemak.. hahaha

Tengok la badan dia, dari tembam sampai susut..

Ni aksi feveret.. on je kereta ni, then terus panjat ikut depan berjoget-joget



Ni juga salah satu cara nak masuk dalam kereta ni.. 


Panjat ikut depan, transit ke kerusi sofa dulu.. 



Then baru masuk dalam kereta... 


Nak langkah dari tepi pintu kaki tak cukup panjang, selalu tersangkut sebelah je, dah menjerit minta di selamatkan... hahaha

Lepas tu duduk la dalam tu, main tekan-tekan buttons tukar-tukar lagu sambil joget, bila kita gerak kan guna remote.. takut terus nak keluar.. sabor je la anak..


Later...

Wednesday, November 12

Percutian yang singkat


Ni pun kisah dah lepas... now tgh rajin nak buat #terobek entry... bila tengok fon laptop banyak pula gambar yusairah ni..

Maka sebelum adik dia "keluar"... kita kasi chance dalam blog ni... =)

Tarikh yang sebenar-benarnya 28/10/2014.. 

Masa ni yusairah 10 bulan 13 hari... memandangkan yusairah dah boleh berjalan seawal 8 bulan, masa 10 bulan ni dia dah kira boleh berlari la

Ni dekat Port Dickson... pagi tu VIVA dekat shah alam, habis je VIVA lari balik, tapi disebabkan stress tersinggah lah PD ini.. hehe




Pantai yang mandi petang tu depan hotel seri malaysia je... memang air tengah surut.. sesuai sangat rendam anak dara ni dalam ni

Tapi agak terkejut juga la..sebab ni 1st time kami bawa yusairah ke pantai... dan dia sangat suka.. sampai kalau lepas tangan, memang berlari ke air *ni seram*



Nak ikutkan chicken pox yusairah pun baru nak kering masa ni.. tengok dia tak nangis, tak pedih la kot... hahaha

Tengok.. siap bersimpuh main air.. syabas bete



Tu ada 2 makhluk Allah yg tak reti-reti nak naik... mak dia sabor je la.. 

I x join sbb baju limited.. tak plan pun nak singgah tidur PD, maka baju tak cukup



Cantik kan..tapi tak tunggu sampai sunset hilang matahari tu.. 



Entry di akhiri dengan 2 beranak yang suka berendam ini.. =)



Next vacation??

Later...

Tuesday, November 11

Yusairah ke zoo

Cerita ni dah lama...

27/9/2014 

Pertama kali yusairah ke zoo johor pada usia 9 bulan 12 hari

Zoo johor ni kecil je, sekali round je dah habis..tapi boleh la setakat nak bawa yusairah jalan-jalan tengok animals..





Anak dara ni memang suka bintang berbulu-bulu..boleh berlari nak kejar arnab ni..



See...setakat ni dia memang kenal "cat" je..arnab pun dah ala-ala cat, tu dia suka..



Dah lama x "menulis" kan..maka x tau nak cite apa..layan gambar je la












Last sekali...selfie dengan ummi...asyik gambar dengan abi je kan..hehe



Then last few weeks, plan nak pergi lagi sekali dengan muzium johor
..tetiba pula yusairah kena chicken pox weekends tu, terus cancel, duk bertapa dalam umah..huhu

Takpe...kita aim zoo besar-besar pula lepas ni...melaka ke zoo negara yg ada panda 20 hengget tu ke..

Later...