Malam tadi kul 8.30 daku santai-santai tengok tv..disebabkan tv2 berita dan tv9 tak dapat siaran, terbukak la ntv7..umah kami takde astro..tu yg siaran limited..hehe..dan daku memang malas sikit nak tengok berita tv3, maklum la nak dekat-dekat pilihan raya ni....oppss, no politics here..hehe
Apa yang daku nak cakap sebenarnye pasal rancangan dia ni...
TAKE ME OUT...ikut siaran '
game show take me out' dari UK hokey..
Yang daku tengok malam tadi, show dia camni..
Bawa masuk 30 ladies yg dikatakan gorjes dan jelita menawan, tempatkan diorang kat podium yang berlampu...lepas tu, pengacara akan pot pet pot pet puji bagai ladies nie dan perkenalkan sikit-sikit pasal lelaki bujang yang akan ladies ni pilih..
Show ni macam ada 3 cara nak impressedkan ladies ni..
Mula lelaki bujang ni akan masuk dengan gaya sendiri di iringi lagu pilihan, ladies akan menari goyang-goyang sama hokey..Time dia masuk tu pon, ladies ni dah bole tekan buzzer untuk padam lampu kat podium masing-masing, which automatically ladies ni dah tak berminat dengan lelaki ni..
Then, tayangan video untuk impressed ladies..kalau malam tadi ada 3 jejaka..1st mamat cina muka macam penyanyi vince cite yang dia adalah warganegara yang setia, sokong bola contohnya..2nd mamat melayu yang dah gaya bapak org cite dia CEO syarikat, nak gadis pilihan yang vogue, up to date dan punya senyuman menawan yang bole cairkan dia..3rd mamat bangla or india cite dia ditinggalkan awek sebab dia miskin..
Then, pusingan seterusnya buat persembahan..mamat 1st nyanyi ala-ala broadway..mamat 2nd, berpantun-pantun...3rd mamat india or bangla kot nyanyi lagu hindustan..
Lepas dah abis..lampu podium ladies mana yang masih nyala, tu la ko bole bawak gi date...huh...hampeh..
Setiap kali lampu tutup, makna ladies tu tak berminat dengan lelaki berkenaan..nanti siap pengacara tanya nape tak pilih...lepas tu perempuan tu bole la cakap apa yang tak suka dengan lelaki ni terang-terang...gile memalukan hokey kalo aku jadi lelaki ni..
Contoh macam mamat melayu ni...ada lady siap komen..."dia dah sebaya bapa saya, gaya tak sesuai dengan umur"...hampeh..
Pengacara pon hot giler hokey...semua ladies macam tak siap..daku bole terima kalo semua bukan melayu..ni dia selit jugak gadis-gadis melayu..macam har...
Dari apa yang daku tengok...
1st mamat cina ni..muka dah hensem..tu yang sampai akhir, sampai 5 dari 30 lampu bernyala pilih dia..lepas tu, dia bole pilih sendiri dari 5 orang ni mana yang dia nak..dari aku tengok, perempuan yang tak hot dan yang gemuk-gemuk dia gi padamkan lampu diorang..huh..pilih yang solid hokey...apakah???
2nd mamat melayu lak..memang gaya bapak orang dan rambut pon dah tinggal sikit, botak depan..bila awal-awal dia masuk je lampu dah banyak padam...hahaha...lagi kesian..bila dia cerita dia CEO je lampu maintain..sedangkan sebelum tu perempuan yang tinggal kata taknak dating ngan lelaki lagi tua dan selalu dating ngan lelaki lagi muda...dah tau CEO siap cakap, "saya bole ubah cara penampilan lelaki ni"...apakah???
3rd mamat lak, muka bole tahan walaupon tak pasti tu bangla or india..aku tengok lampu maintain banyak sampai la part dia cerita kena tinggal ngan awek sebab miskin dan nak perempuan yang bole hidup susah dan bekerja keras..gile obvious masa tu memang lampu banyak padam...apakah???
Daku tengok show ni sampai abis sebab nak tau keseluruhan cerita...saje je kan nak nampak perempuan ni materialistik dan pilih yang ada rupa je...dan lelaki kena joget bagai nak bagi perempuan minat...hampeh..dan lagi sakit hati siap ada gadis-gadis melayu..macam tak sesuwai gitu...
Sesiapa yang nak tengok..setiap hari jumaat 8.30-9.30 malam..
Take me out extra pulak, ahad, 3 petang kat ntv7...
Ok..cukup lepas perasaan...nak menikmati cuti 4 hari dengan kerja yang melambak-lambak..jangan merungut, senyum je...=)
P/S: Seperti biasa..aktiviti sabtu malam..merempit ke pulau bersama mr.bie...bole peluk erat-erat gituh..hehe..=)