Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 19

Wordless Wednesday: Yusairah sofiyyah





P/S: ada anak ni...upload gambar anak je la...hehe

Monday, March 17

First day...


Hai la anak..baru kejap hantar ke pengasuh dah rindu sgt...

Sedih pun ada...emooo nih..3 bulan tak pernah berengang lama-lama =(

Yusairah Sofiyyah.. permata hati






Balik kang ummi geget-geget dia...

Behave ye syg, jgn nakal-nakal.. balik nanti ummi belanja kek..errr tapi lalu mulut ummi la..hehe


Thursday, October 3

no words




Thursday, August 22

Aidilfitri 2013


Dah lebih 2 minggu raya baru nak upload ken..

Tak tau nape, sejak beberapa bulan ni.. mood update blog memang takde, blog walking saja la bace kisah hidup org lain.

Ingat nak update last week, tapi gastrik menyerang yang membuatkan aku tak bole buat apa-apa, sampai 1 tahap..bergolek tonggeng paling sedap..hehe

Di sebabkan gambar raya banyak, maka mari la merajinkan diri menghapdet blog ini setelah sekian lama berhabuk usang..=)

Tema tahun ini... HITAM.. 
yang ni mr.bie yang pilih sebab suka tengok i pakai jubah gitu.. i just follow.




Macam pelik tengok laki aku pakai baju melayu complete, raya tahun lepas tak pakai .. last tengok masa nikah dulu kot..



Start bergambar before keluar beraya.. yang ni adik beradik perempuan



Geng cucu-cucu..
tapi tak cukup korum, family abang ngah tak sampai lagi.. yang baju melayu merah menonggeng depan tu memang out, menangis nak melekat kat mak dia je.



Gegurls lagi.. tambahan kakak ipar..



Ok..masa untuk keluar beraya..tak banyak rumah pergi, dalam 3 je



Balik rumah setting tempat nak bergambar...

Plan nya nak bergambar di studio, tapi bila survey kedai gambar, punya la ramai manusia nak bergambar rupanya, ingat family aku je.



Ok..walaupun tak cukup korum, 2 anak sedara tidur masa ni.. still happy dapat gambar se"family" bersama..=)

Tapi silau pulak. 



Turunkan frame.. baru perfect..=)



Adik beradik seramai 6 orang..



Bersama pasangan masing-masing.. raya kali ni baru i dapat bawa pasangan bergambar tau, 2 tahun lepas, sorang-sorang je posing kat kerusi.. hehe



Geng gegurls.. 



Nak show off gak dengan family masing-masing.

Family along..



Family kak teh



Family Kak cik..tu budak nak melekat saja



Family kecil ku..hihi.. InsyaAllah tahun depan bertiga.. Aamiin



Entry di akhiri dengan cik abe dengan kucing jiran yang demok.. nampak kucing ni lalu je, mesti kena tangkap.. =)






P/S: Dugaan.. hilang nikmat makan di ketika ini.. huhu

Monday, June 17

Permulaan Sem..

ohh akhirnya..

Sudah tamat tempoh "honeymoon" mengajar..lepas ni kena fokus pada 4 kelas yang ada tu.

Tak boleh nak golek-golek atas katil lepas subuh dah.

Tak boleh nak masuk keje kul 9.

Tak boleh nak keluar bfast sampai kul 10 dah.

Tapi hopefully boleh tidur awal macam biasa..hehe

Aku baru masuk 1 kelas pagi ni..semua student lelaki..emmm, hilang semangat sikit sebab selalunya student perempuan yang rajin, buat soalan dengan pantas dan semua ok la..

Tengok lepas ni kelas lain camne..hopefully de gegurl.





P/S: Sedang kelaparan..dah terbiasa bfast kenn..

Thursday, May 30

update diri..

Assalammualaikum..

Lama tak tulis kat blog ni..tapi blog walking still on..

Keadaan tak mengizinkan..mood tarak, badan pun tak berapa sedap..rasa malas, ngantuk je..lepas isya' tu memang jarang la tengok tv, memang terus naik katil golek-golek, tunggu hubby buat susu then tak lama tu tidur..

Perut kerap lapar, tapi tekak tak nak makan..bila makan rasa nak keluar semula..gula-gula lemon sentiasa kena standby untuk membantu keloyaan itu.

Kena makan ontime, kalau tak pedih perut sampai ke hulu hati..nasib ada hubby yang beli makanan dan paksa makan, kalau tak confirm bini dia lagi kerap berguling atas katil tahan pedih perut..

Oh..aku memang tak masak ketika ini..dah nak dekat 2 bulan gak kot...sori lalink, tunggu ok sikit baru masuk dapur semula ye.

Makanan yang boleh diterima tekak ketika ini adalah nasi putih sahaja, plus dengan ayam atau ikan goreng dan sayur goreng..kuah-kuah memang tak makan la, cepat muak then makan sikit je..kalau nasi putih tu boleh la habis sepinggan.

Makanan yang sebelum ni jadi feveret memang dah tak feveret dah..pandang pun rasa loya tekak..

Kadang-kadang sampai 1 tahap, bila hubby tanya nak makan apa..aku dah tak boleh nak jawab..sebab sangat terhad sampai aku sendiri muak bila makan berulang makanan yang sama..

Takpe, tika ini memang aku sanggup harungi apa je kesusahan itu demi yang "tersayang"..

Tapi nasib aku sangat baik, Alhamdullillah takde pening-pening kepala sampai tak boleh bangun..hanya loya angin, muntah angin..kalau asyik keluar "something"..oh, tidak boleh dibayangkan..setakat ni ada la 2 kali ter eksiden muntah keluar "something"..hehe

Gosok gigi kena laju-laju, kumur laju-laju..i dah macam fasha sandha dah alergik ubat gigi..hahahaha

Aku ada masa beberapa hari je lagi nak rehat-rehat takde kelas..9hb start kelas, udah ko dedek jangan malas..duk bertandang ke opis semula ye dengan 4 kelas fluid mechanics utk di ajar, then start fikir nak buat soalan exam.

Oh..next week insya'Allah nak balik johor, lama tak balik rasenye sejak dari abah masuk ICU bulan 2 aritu..balik ni pun nak kumpul adik beradik, sambut bezday abah ngan anak sedara dan nak bayar nazar..doakan semua selamat k..Aamiin..=)

Lepas ni duduk opis depan pc, harap rajin la update blog ini ye..

Moga semuanya berjalan dengan lancar, insya'Allah..doakan keselamatan dan kesihatan kami..=)





Wednesday, April 10

Brunch


Ini adalah breakfast + lunch saya.. ikan kari, kerang sambal, ikan bilis.. sambal wajib..


Otw masuk kampus, singgah gerai tapau.. ni kes bagi orang yang malas nak keluar tengahari..

Disertakan sekali bersama secawan madu suam.. nak minum nes, tapi macam takut lak..hehe



Selamat menjamu selera..  

Hopefully tak ngantuk la lepas makan ni..=)