Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Thursday, April 26

5 bulan dah..


Eh..sedar tak sedar dah 5 bulan dah kami nikah..

5 bulan lepas, waktu macam ni aku tengah dipakaikan inai semula rasanya, top up bagi merah lagi..tu pon selepas melalui azab tido malam tu dengan jari yang berdenyut..hehe..

Orang pakai inai awal-awal, ni tengah malam orang dah tido baru terkial-kial dalam gelap..pastu my pengapit bole ikat plastik inai kat tangan daku dengan getah, nah ko malam tu berdenyut-denyut jari sebab darah tak jalan..terus kejut ira dalam 3pg suruh bukak getah..haha..kenangan sungguh..btw, tq ira..=)

Macam sesetengah org dah tau, kami plan nak kawen ni lebih kurang 2 minggu je..hari sabtu 12hb11 malam, masa tu kat dalam kereta atas bridge penang, otw nak ke persisiran queensbay dapat panggilan suruh kawen..bunyi macam pelik kan, tapi tu realiti nya..tp sebelum tu memang ada konflik skit utk majlis pertunangan..tup-tup tak sempat tunang terus tukar jadi majlis kawen lak..yang lebih-lebih tu anggap la kenangan..=)

Tapi bukan senang ye jalan nak menuju tu..dalam 2 minggu, kosong tanpa apa-apa persiapan..dengan kami tak g kursus kawen lagi..

Sepanjang minggu pertama tu ok lagi..cuma call tanya camne procedure je, beli barang hantaran, cincin, cari baju majlis sanding..tu semua kami buat kat penang..cuma agak tension skit, sebab asik kene call dari kg tanya itu ini..tema warna apa, kad camne, nak goodies beg apa, baju camne, pelamin, hantaran, byk lagi la..hehe..aku org dok call tanya je dah tension, belum lagi kene buat sendiri kan..hahaha

Memandangkan tak g kursus kawen lagi, apply la cuti jumaat tu tuk balik johor..khamis petang, balik dari keje, singgah umah dalam kul 8 terus desup balik JB..sampai dalam kul 3am..gilir-gilir bawak kereta, mr.bie dari penang ke KL, pastu aku sambung sampai JB

Pagi tu pon sama, abah g uruskan kat pejabat agama..
kami dgn mak g tempah pelamin, pastu g angsana shopping baki barang yang tak ada lagi..malam tu siap sedia di rumah untuk di 'interview' oleh tok kadi..nasib dia nak datang umah, special katanya..hahaha

Esoknya 2 hari kursus kawen..



Last day, siap dapat present gitu untuk "sape paling terdekat nak kawen"..hah, tak dapat tak tau la..hehe



Sebenarnya masa hari jumaat tempah pelamin dan mak andam yang mak aku dah bayar deposit, tak jadi..nak buat gane, dah tak berkenan, aku kalo tak suka memang tak kan la nak pakai..terus burn RM700..=(

Terus petang sabtu lepas kurus kawen, survey cari kedai pengantin..dan jumpa dan terus booking yang berkenan dan janji esok lepas abis kursus kawen datang untuk bayar deposit..

Tetapi sangat menyedihkan pada petang ahad tu, bila datang dia cakap "maaf la dik, tak bole nak amik dah, penuh dan takde orang nak buat"..apakah??

Gile ko, petang ahad dalam kul 6, yang malam tu kami nak balik penang dan esok keje, org tu bole buat hal lak..rasa nak sepak je, cakap la dari semalam kn..ni aku dah rejek sampai rugi 700 sebelum tu, ni dia senang-senang cakap penuh..mongonkkss giler

Ni pelamin asalnye..



Menggagau cari kedai pengantin sampai ke malam yang kat area pontian tu semua penuh la..last-last kami g CC, search internet cari area JB..dan alhamdulillah, jumpa..walaupun lama mencari dan harga mahal..tapi nak bt camne kan..nasib my abah kata "takpela, nak buat camne"..tq abah, sob..sob..sob..

Ni kat CC, tengah stress call sana sini..



Malam tu dalam kul 11, balik penang..dan sampai penang pukul 8pagi..sebabnya dua-dua tido keletihan dalam kereta kat R&R..nasib tak kena tangkap basah kan..haha

Pagi tu aku memang tak masuk keje, sebab tengahari nak g langkawi utk conference..

Dengan tak cukup tido, drive sorang-sorang g kedah, naik feri g langkawi...tp dalam feri, dok pulun tido la..hahaha

Sampai petang gak, ali amik antar ke kondo..tak sempat rehat, kena g meeting kat hotel sampai la tengah malam..lupe lak jadi AJK..tapi balik tak terus tdo, sebab slide presentation tak buat lagi..stay up la sampai kul 3pg..sedihnye la kn





Aku mintak tukar present hari selasa, sebab pagi-pagi rabu nak chow balik..masa ni dah asyik ingatkan diri.."sabar, sikit je lagi ye"..



Sampai penang, amik barang kat umah, amik ira, g amik baju pengantin kat butik..dan kul 4ptg, berdesup balik JB..nasib ira ada teman nak borak, sebab sedar-sedar dah sampai JB kul 11malam..perrghh, sangat la sakit badan, bila urut berbunyi-bunyi urat belakang badan ni..sob..sob..

Khamis pagi tu..mula la keje lain..tapi sangat bersyukur ada family dan sedara mara tolong..mane sempat nak buat tanpa mereka dalam masa 2 minggu..balik tengok hantaran dah siap, barang-barang sume dah beli, daku tinggal siapkan barang sendiri je..dan thanks gak pada ira, takde dia rasanya lagi stress kot aku kawen mase tuh..haha

Sangat panjang entry ni..tetiba rasa nak cerita cabaran dan dugaan kami menjelang hari perkahwinan..setiap orang ada dugaan dan masalah masing-masing..tapi kami bersyukur sebab hanya mengalaminya 2 minggu banding dengan orang lain, maybe bertahun or berbulan-bulan..=)

Lepas tu kami honeymoon di Kuantan...








Happy 5th month anniversary suamiku Matzaini.. 

LOve u manyak-manyak, ketat-ketat, kuat-kuat, penuh-penuh..=)





P/S: balik kampung...woooo...balik kampung...





Monday, March 26

4th months...

Alhamdulillah..sedar tak sedar, arini genap 4 bulan tarikh pernikahan kami..tapi malam ni la..(^_^)


Sementara boleh kira bulan ni, aku rajin la update by months..kalo dah lebih setahun nanti, aku update by years je..hehe



Dear suami ku..
Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga hujung nyawa..love u much-much, sayang ketat-ketat..=)



P/S: masih mencari mood writing..

Friday, March 16

selamat ulangtahun pertama...


Alhamdulillah...

Hari ini genap setahun usia blog ini..

Walaupun daku bukan seorang blogger tegar, ikut suka nak update bile..dan walaupun tak ramai yang baca..tapi daku tetap rasa gumbira menyambutnya..

At least suatu hari nanti..anak-anak i bole tengok life mak bapak dia dolu2..hehe..

Selamat Ulang Tahun "n0w and then"..=)


Nak ikutkan ni bukan blog pertama daku, before ni ada blog lain, tapi tak guna dah...kenangan lama tiada guna diingati..i'm hepi with my life now, bersama yang tersayang"...

Paling penting...

Semoga tiada lagi anasir-anasir luar yang tidak berpuas hati, tapi meninggalkan komen macam orang bacul gituh..
Tak puas hati cakap depan lorrr, ni aku tulis pasal besday sendiri pun 'dia' nak sentap..tak paham betul ngan 'orang' macam ni..ntah apa yang dijeleskan..ish2..

Ok2, takmo emo di waktu yang gumbira ni..salam jumaat semua..=)




P/S: tetiba rasa nak tengok cite "7 petala cinta"...

Monday, February 27

pagi yang cerah..


Apa yg buat pagi isnin saya semangat dan ceria..

Bila pagi-pagi suami kejut bangun subuh dan ajak solat bersama..

Bila lepas solat, suami bacakan buku agama sambil kita baring kat peha dia..err, walaupun isteri dia pejam mata, tapi still dengar masuk telinga terus ke hati..

Bila dapat breakfast sama walaupun kat pantry opis je..err, walaupun makan makanan dari gerai bukan hasil air tangan isteri..

Bila lepas breakfast, dapat salam tangan dan cium pipi suami..err, walaupun keje dalam satu fakulti je dan lepas sejam dua nanti mesti si suami datang office si isteri dengan tanpa tujuan..

Semua tu buat daku senyum sorang-sorang hingga saat menulis entry ini..

Buat suamiku..tq dear matzaini..=)

..Happy 3rd months anniversary dear..






P/S: No monday bluessss...

Friday, January 27

Genap 2 bulan


Semalam 26 Januari 2012, genap la 2 bulan kami 'hidup' bersama..

Tarikh nikah sebenar pada 26 November 2011 jam 10.05pm..

Ooohhhhh..how time flies!!..pejam celik pejam celik dah 2 bulan..

Eh, dah kawen, baru leh posing peluk-peluk bahu gitu..hahaha




Arini 27, 2 bulan yg lepas...sanding..hehe

Saje nak tunjuk sikit gambo pose ala-ala model tak siap..


Cukup la skali outdoor, i tak suke u kena arah-arah posing..sebab sangat tidak berbakat hokey..

"hanifah, tunduk..pandang sane..pandang sini..."..hehehe..

Memandangkan aku dah bayar 2 ribu lebeh..so ikut je la kn..sehari je pon, bukan slalu...huhu

Ok cukup, mari teruskan kerja pada pagi jumaat ini..=)


P/S: mood: flying..nak cuti lg..hahaha

Sunday, October 16

Happy 8th Month Anniversary...





Happy 8th month anniversary dear...
Love u more..more..and more...=)

Semoga plan kita utk berumahtangga dan membina keluarga akan termakbul dengan kehendak-Nya..amin..





P/S: This time tak makan kat nando's tp ayam penyet..sentiasa bersyukur..=)

Thursday, September 15

happy 7th month anniversary....


Dear matzaini...
Happy 7th month anniversary dear..
Semoga dipermudahkan segala urusan kita..amin



Tadi lepas balik keje, terus ke jusco..Sempena anniversary ni kunun-kunun nak makan special sikit, so tempat dituju sebulan sekali adalah nando's..our feveret place ever..=)




Disebabkan tak kuar lunch tghari tadi, nasi wajib dipilih..perut melayu la kata kn..

      


Lepas tu, ke secret recipe..semalam nampak kek ira kat blog, terus rasa tekak gatai nak makan..bole tak camtu..hehe 



Thanks mr.bie..dapat 2 kek lagi..love it so much..=)


Dan yang paling penting..love u so so much dear..=)

Sebelum abih, nak tunjuk gak gambar terbaharu...gumuks punya budak..muahahaha




P/S: thanks bie tahan dengan sikap ayg..maaf sangat, lately ni tekanan perasaan melanda diri tanpa bole dikawal..dan utk sementara waktu sebelum semuanya stabil, sila la terus menahan diri ye..=)

Monday, August 15

6th month already...



Happy 6th month anniversary matzaini..

Semoga segala yang kita rancang berjalan dengan lancar dan dirahmati-Nya..

Semoga hubungan kita kekal abadi dunia dan akhirat..amin..



P/S: Abg botak..pasni kalo berat bertambah..syg jangan berkurang ye..hehehehe