Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label life perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label life perkahwinan. Show all posts

Sunday, March 17

Semangat bersenam


 Sejak hubby ikut class boxing tiap-tiap ptg, aku balik rumah tinggal sorang-sorang macam takde nak buat apa lak, selalu tengok tv je..lagipun "mne bole bie kurus sorang kan"..hehe

So, bila nampak Magnetic Elliptical Trainer kat rumah, yg dah lama tak main sejak berbeli, terus datang semangat baru.

Cite kat hubby baru pas main dengan kaki ayam, sebab semua kasut utk aktiviti luar, terus ajak pergi beli..hehe

Warna ungu putih hasil pilihan hubby i, dia boleh beza kn "ni utk running, bole buat lasak".."ni utk training".."ni utk life style jln2 je"..

Kalau ikut aku, main pilih ikut cantek dan murah, function tolak ke tepi..haha

Ni kasut baru saya..hanya utk guna dalam rumah shj, siap dah donload video utk aerobic depan tv lagi.



Balik2 je dari Jusco, terus try kasut baru..permulaan 2 km dulu..then tambah lagi 1 km..


Punya la lama tak senam, 3 km je berpeluh-peluh bagai nak rak.

1 km nak habis pun terhenti-henti, amik napas..dasar sungguh

Tapi hari ke-2 boleh layan 5 km dengan jayanya, 1 km bole layan tanpa henti..yehuuu

Lepas tu main yang ni pulak...ni legend ni, sejak dari zaman anak dara dah ada..rege baru RM19.90 rasanye



Ohhh..i teringin sgt nak treadmill, tapi harga sesebuah sgt la "menarik", kalau setakat 2k, org jual tu ckp bole buat slow walk je, jog tak sesuai..apakah??

Takpe, sekarang aku guna apa yg ada dlm rumah dulu..tunggu aku banyak duit nanti, aku sambar sebijik, ntah zaman bila la tu kan..hahaha






P/S: Suka bersenam, mengeluarkan peluh..tapi ikut mood jugak








Friday, March 8

Hari Wanita Sedunia


Aku lupe wanita ada hari special sndrik..pagi tadi dlm kereta dengar radio baru la tau.


Dipilih oleh PBB: 
"Janji adalah janji: Saatnya Bergerak Untuk Mengakhiri Kekerasan Kepada Wanita"

Dipilih oleh organisasi International Women's Day 2013:  
"Gender Agenda: Saat Meraih Momentum"


Maka dengan itu, untuk para wanita-wanita di luar sana...



ohoii, aku dah kita wanita sesangat kan, tahun depan nak masuk 3 series dah..hihi

Tanya hubby, 

"nak bagi apa hari ni untuk ayg"

"malam ni bie bwk tengok wyg"

..emmm, ok la diterima..=)







P/S: Selamat Hari Jumaat...penghulu segala hari...=)





Thursday, February 7

Esok sudah mula cuti


Yihaaa..nak balik kg esok..tapi singgah shah alam dulu, ada kerja mau di settle kan..

Rindu sama ini budak-budak..









Selalu anak-anak sedara datang dekat..."muksu, nak mainan nak jajan"..

Lepas tu mesti penuh 1 kereta dengan budak-budak..pantang muksu, puksu dia start enjin..menderu datang nak ikut punya..hehe

Kami mesti bawak ke market yang besar-besar, senang yang kecil-kecil angkut masuk dalam troli..baby selalu mr.bie dukung..hehe

Balik ni aku dah boleh agak apa diorang minta..=)

Tuesday, February 5

Buku baru


Hobbit....


Jenuh cari buku ni, kebanyakkan popular dah habis, ni pun jumpa kat Pulau..lepas tengok Part 1, hati meronta-ronta nak baca nak tau ending..hehe..setakat ni belum start membaca lagi..

Yang Sehangat Asmara tu terbeli..sebab murah gilak, RM13.90 je..baucer buku kan beratus..hehe

Ohh, hubby dah beli penempatan baru untuk buku-buku..



Buku yang lain, aku letak bersepah, ntah mana ntah..ni setakat yang jumpa je..nanti balik Johor, nak korek buku-buku aku..

Tapi majalah Wanita maintain kat sini..



Dah plan, pindah Johor akhir tahun ni nak beli rak buku besar...mau menempatkan kesemua buku yang ada..tapi kalau jumpa lagi la..hehe

Tuesday, January 29

streamyx dan kahwin 5

Tadi rumah kami telah bertukar ke streamyx dari P1 wimax..

Balik dari kampus lepas habis marking papers, tengok dah siap pasang.

P1 ni bukan apa, sebab limit 2G je, op kos harga murah baru RM59, streamyx yang sekarang ni ni RM110, 2 kali ganda kena bayar lepas ni, tapi unlimited la

Maka i pon try tengok movie online kat nset..ok, puas hati sebab laju je gerak..even streamyx kat opis pon lembab, line UiTM je laju, tapi tak boleh tengok movie online or Utube

Movie pertama..kahwin 5..


Aduii, nasib la tak tengok cerita ni kat wayang..boleh kategori 18SX ni.

Tetiba rasa geli tengok usop wilcha ni, gelenyar sesangat..maybe terlalu menghayati watak kot, tapi geli tetap geli.

Sinopsis boleh tengok kat sini

Lepas ni nak tengok pe ek..hehe..




P/S: esok sudah kerja...yihaaa...

Monday, November 26

Ulang tahun pertama..


Alhamdulillah..

Malam ni genap setahun pernikahan kami..sebelum ni aku update setahun mengikut kalender islam..yang ni ikut kalender omputih gituh..

Nape suka update malam?.siang tadi takde pulak mood nak update kan..

Jawapannya sebab nikah waktu malam..siang feel tu tak sampai lagi..

Honeymoon tangguh..ada benda lagi penting diutamakan dan diberi perhatian..InsyaAllah ada rezeki berjalan-jalan nanti..

Harapan moga rumahtangga yang dibina terus kekal bahagia hingga ke syurga..dan sentiasa dimurahkan rezeki kami..=)






P/S: sentiasa bersyukur...=)


Friday, November 23

saya dah tukar


Sejak disahkan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dalam badan, maka kami pun dengan semangat pergi ke Tesco borong barang rumah

Fokus adalah kepada minyak dan beras..

Minyak yang doc sarankan adalah Mazola Oil..



Tapi bila kat Tesco..baru la tau, Mazola Oil ada banyak jenis..soya. corn dan canola..

Canola ni aku tengok gambar bunga kat depan tu..jenis minyak bunga la kot..hihi 

Dan perubahan yang aku perasan, masa goreng kentang..minyak kureng melekat kat kentang tu..kat tisu pun tak basah..kira ok la tu kan..

Cuma harga menangis nak beli..aku jenis kedek.. nak ikutkan minyak habis kalau tak sempat nak beli kat pasar raya..gigih je beli minyak paket kat kedai biasa, balik tuang dalam botol..haha

Tapi boleh perasan sebenarnya..sekali goreng je, warna minyak dah tukar keruh sangat..





Dan beras pilihan, basmathi..

Ingat kan Faiza je ada basmathi ni..rupanya banyak pengeluar lain..jalan selamat, amik je la yang mana tau..

Doc ada sarankan campur kedua-duanya bila masak nanti..

Mr.bie bila masak nasi putih ni kureng makan, aku pula beras perang kureng..so, lepas ni campur la ye..






Thursday, November 22

kereta dah keluar


Alhamdulillah akhirnya keluar juga kereta "my precious"..

Tepi kereta dah tak kemek lagi..suke..suke



Tayar pun dah bertukar baru..nasib boleh ngam bila tukar sebelah je



Bonet yang sekangkang kera pun dah dipasang karpet..



Wiper pun dah ditukar..
Lepas ni haruslah diangkat begitu biar tak cepat mengeras bila kena cermin panas



Tengok sikit siapa yang rajin sangat buat semua ni masa bini sibuk tidur kat umah..




Hopefully lepas ni, jangan la "merajuk" duhai kereta..=)





P/S: keputusan saman tak keluar lagi...kang aku cakap sarjan tu lambat buat kerja marah pulak kan...kalau awal-awal cakap berbulan-bulan baru keluar results boleh lagi terima, ni awal-awal eksidens bagitau seminggu je dah keluar tapi hampeh...

Wednesday, November 14

Salam Maal Hijrah_tahun pertama kami


Selamat Tahun Baru bagi umat Islam..=)



Alhamdulillah juga malam ni genap pernikahan kami jika dikira dalam tahun islam ...i ada tulis kat entry ni lepas naik cuti dari kahwin dulu..=)

Jika ikut omputih punye kalender 26 Nov gitu..

Mengimbas kembali detik mendebarkan

Before nikah bole "main-main" dengan members dalam bilik..*sebelah i tu org penting i..tq ra*
Tq gak mak-mak orang dtg malam-malam dengan bawa baby masing-masing..muuahhh



...masa akad nikah i dalam bilik..segan nak keluar..



Bila dah habis kena panggil keluar..mula-mula tak nak, segan giler..tapi dah kena paksa..hah melangkah dengan muka waaaaaaa..



Then bacaan taklik rasenye..



Then malu-malu...hahahaha..nyampah aku bila kenang balik..



Ni precious moment...=)






Biarlah ni kali terakhir naik pelamin..nak pejam mata nak kenang sungguh-sungguh..hehe



Masa berdua sat sebelum hubby kena "halau" balik ke rumah sanggar...huhu



Harapan i...moga terus kekal bahagia hingga ke syurga..tahun pertama memang banyak cabarannye, tapi tu semua mematangkan lagi hubungan kami..dan semoga selepas ni dikurniakan zuriat soleh dan solehah..Aamiin..=)

Salam Maal Hijrah semua..=)

Wednesday, October 31

Nak sihat


Semalam lepas dapat saranan dari perunding kesihatan special dari klang, terus bedesup pergi Jusco..berkobar terus.



Tapi Prunes bekas kuning macam yang dikatakan tak jumpa, tengok petang ni camne, akan ku teruskan pencarian..

Dan kurma tak beli lagi..semalam petang hujan, tak bole nak singgah pasar malam, aku cuma suka kurma kering Mariami, so tunggu pasar malam mali jugak

Beberapa minggu lepas, kami dah tukar ke beras perang..setakat ni masih nak sesuaikan anak tekak untuk menerima..




Misi petang ni..sambil beli lauk..nak cari kurma + buah2an

Mari mengamalkan pemakanan yang sihat..tapi bersenam still malas lagi..gane tuh..










Friday, September 28

under the weather

Tajuk nak omputih kan..ayat atas tu hasil dari pembelajaran kelas bahasa kat UiTM..tapi lepas "grade" hampeh gak..

Sekarang aku sedang mengalami sindrom hidung tersumbat + kepala ting tong..adakah musim hujan sekarang ni mempengaruhi??

Kena kelmarin kot, tapi pagi tadi the worst..tak rasa nak bangun..masuk pun thumb print then balik baring semula kat rumah..aman dan tenang..

I benci selsema..sebab buat kepala ting tong..lepas tu bila makan ubat selsema mengantuk, semua keje tak jalan..bila makan ubat tahan ngantuk, badan macam ada serba tak kena..tak paham den..




Tahun ni dah berkali rasanye kena camni...dulu time study, susah nak hinggap penyakit, sampai satu tahap, semua housemates sakit, i je lenggang kangkung..eehhh..means sihat walafiat, alhamdulillah..=)

Bila tanya camne terhindar dari jangkitan...dengan yakin dan kompiden jawab.."aku minum Ribena"..hehehe..memandai je, ntah betul ke tak kan...

Lepas kawen, umah takde Ribena..yang ada Blackcurrant je, tu pun lepas kenyit-kenyit mata kat hubby time shopping barang *ok, tipu je*..ke kena minum Ribena semua..hehe

Sebenarnya bagus pergi klinik..amik proper ubat, yang penting antibiotik, kuatkan sistem badan semula..=)





P/S: tak shuke obat...









Thursday, September 27

Astro


Sabtu lepas mokcik ira gtalk bagitau astro buka semua siaran bole ditengok..aku pun macam "ye ke"..sekali bila tekan memang betul pun

Setakat ni siaran kat umah aku pun tak tertengok..oh, aku langgan basic + mustika + movies + HD..total pun dah lebih seratus setakat ni

Bila hubby balik, cakap kat dia...wahh, excited terus tekan semua channel dan berkata "eh, semua siaran ni bie suke"..

Ira siap cakap.."laki aku duk melekat tengok F1, laki ko tengok pe"..laki aku semua channels dia tekan ra..

Sekali bila dah abis promotion, hubby cakap nak purchase National Geographic..ingat main-main, esok pagi bangun tengok channel tuh dah ada...eh..aku ingat main..tapi aku still cakap "ok, sebab bie yang bayar kan"..





Tup-tup semalam astro called, cakap nak datang umah nak pasang astro beyond..aku pun..errkkkkkk

Pandai astro buat promotion kan..mereka telah berjaya influenced laki i menambah-nambah siaran kat umah..balik tu rasa nak gigit hubby bebanyak...nasib sayang bebanyak gak kan..hehe

Tapi ok la..sebab memang dari dulu dia cakap nak channel ni tapi aku yang tak bagi..cakap sayang banyak sangat nanti tak tertengok..tapi bila tengok dia pagi malam tengok channel ni, aku pon sejuk hati sebab manfaatkan sepenuhnya..tapi siaran lain..rasanya nak buang x???

Nasib time aku duk depan TV je, hubby akan hulur remote..bagi aku tengok apa je..so, takde la berebut..lagipun aku tidur awal, dia suka stay up, malam je dia conquered sesorang..=)





P/S: setiap benda ada pros & cons..

Monday, September 24

hasil tangkapan


Tetiba gatai nak tunjuk gambar makanan dlm blog kan...

Kali ni lain sikit..ikan dibawa khas oleh matzaini..dia pancing, dia siang, dia buang isi ikan..aku tinggal masak je..hehe

Dulu awal-awal kahwin, memang tak gemor laki i kuar wiken..nak bkepit je rase..dah lama-lama, dia pun dah pasangkan intenet, beli tv baru, pasang astro, aircond..bila dia cakap nak pergi mancing..daku terus jawab.."emmm, pergi la"..on the spot jawab tau, takde fikir-fikir dah..hahaha

Dia kuar je, daku terus letak tilam depan tv...layan cite hindustan sorang-sorang..tapi kalo laki ada, lagi syook woo...hehe

Bila petang bawa balik ikan..tapi kecik-kecik je..ok la kan..requested nak ikan duri masak asam pedas..

See..see...merah menyala gitu



Nape kuah asam pedas pekat?..sebab hubby sangat la suka serba kepekatan ni..kari, asam pedas, sambal tumis, lemak cilik padi, mee goreng etc..dengan air kopi pun same la..sy hanya menurut perintah..hehe

Eh...tak lengkap takde sayur..kailan ikan masin..errr, abaikan rupe dia..janji ade rasa ikan masin..hahaha




Petang kunun-kunun nak ajak hubby kuar..sebab tetiba teringin nak minum ice blended je..tapi bila teringat beli ubi keledek kat pasar malam, terus cancel..

Nak dekat sejam lebeh kot fokus buat kuih keria ni..errr, abaikan rupa gula tuh..nak makan baru la ketuk-ketuk buang gula..i tak reti nak bagi gula tu sikit & smooth je..




Pagi ni hantar adik ipar ke airport, dan paling tragis..bole salah tengok tarikh..rupanya semalam bukan pagi ni...dah kesian kena beli tiket baru utk petang ni...emmmm..jadikan pengajaran utk aku gak


Sekian laporan..=)





P/S: ikan kecik lain nak masak pe ek...goreng je la kot..




Wednesday, August 8

banyak nak cerita

Dah lama tak update blog...banyak nak story tapi masa sangat tak membenarkan..hehe

Plan nak pergi shah alam jumaat lepas, tapi disebabkan my sv pun se'buzy' saye, tangguh ke jumaat ni..so dapat la daku balik Johor..

Kami balik jumaat malam dan sampai penang selasa pagi 4am gitu, selalu 5am..maka sempat la sahur..

Lepas tu kelas berderet start 8am sampai la 5pm dan gap sejam tengahari je..balik kul 5 lebih masak sampai kul 7..lepas tu hubby kena urut kaki..hehehe..penat berdiri ooo, dalam kelas mana ada duduk sangat, masak pun berdiri sentiasa..

Reason balik Johor sebenarnya lebih kepada nak beli baju raya, tapi bila tengok harga...gila mahal, punya la berlambak orang singapore kat JB ni..tu harga naik mencanak-canak..tak bole bayangkan bila life pindah pasir gudang nanti..

Tapi tak dapat baju, daku dapat kuih raya...pulun buat cookies dengan along & mak..5 jenis, dalam 7 balang bawa naik bas..

Dan dapat jumpa budak thecik ni..makin beso dah dia, dan makin bertambah putih gebu gitu..





Bila hubby pegang Dany ni, terus rasa hubby gelap...hehe...sedangkan sebelum ni nampak cerah la gak..



Harapan bila pergi shah alam jumaat ni, nak shopping baju raya sekali...stay sampai sabtu je, sebab ahad students ada test..

Dan paling penting..tiket balik Sabah tak beli lagi...huhu..back up plan, start cuti dari isnin depan sampai la raya..tapi tengok camne, sayang nak tangguh kelas ngan lab..jenuh nak ganti nanti..

1st time semalam tengok student bergaduh dengan lect..siap mencarut bagai..student sekarang semakin berani..dah ko datang 45 min lewat, terima je la hukumannye..ni lawan macam bajet betul je kan..so, rasanya terima je la utk fail, unless ko datang minta maap merayu bagai..hehehe






P/S: alternatif lain selain 'terbang'??




Monday, July 23

3rd Ramadhan...

Alhamdulillah...dah masuk hari ke-3 berpuasa...

Dan memandangkan dah 3 hari bercuti, sehari di shah alam, 2 hari bersenang-lenang kat rumah...badan dan minda terasa malas giler, rasa nak apply cuti lagi sehari..bole tak???

Adakah ini disebabkan makan nasi di waktu sahur...oh, beberapa tahun sahur kat shah alam, masa alam bujang..sahur ringan-ringan je, paling koman minum air masak segelen..

Sekarang 2 kali sahur, 2 kali gak aku makan nasi..sanggup tuh masak tengah malam sebelum tidur, bangun tinggal panaskan je..tapi tadi dah bagtau mr.bie, tak nak sahur nasi..minum air + makan kurma je..harap berjaya..tapi nak kena siapkan makanan lain utk hubby gak kan...hehe

Belum terlambat nak wish Selamat Berpuasa kepada semua..=)






P/S: mood...sila la datang kepadaku....

Thursday, July 19

Rushing

Huh...sakit giler kepala...

Dalam masa sehari ni dok pulun siapkan semua keje..disebabkan nak ikut mr.bie ke shah alam petang ni...weeeee

Mula-mula kan kena tinggal...tapi tengahari tadi dia bagitau.."ayg ikut bie petang ni, bie tengok ayg macam tak leh hidup tanpa bie je"....eeerrrrkkkkk...

Ayat hasil dari buat muka kesian berhari-hari..hahaha

So, sanggup siapkan semua dalam masa sehari, then larik ke shah alam..

Dapat makan dunkin donut....=)



P/S: sangat-sangat nak g shah alam sebab nak jalan..beberapa minggu ni stress giler..

Sunday, July 15

Bad habits

Oh..sila la jadikan pengajaran...

Sangat tidak elok membuat kerja last minit..

Tapi kan, walaupun tau tidak patut mengulangi kesalahan yang sama *kerja last min*, tapi still meneruskan habit sedemikian..lepas tu baru nak nyesal kan...

Seperti pepatah melayu...sudah terhantukbaru terngadah

Nampak sangat merepek.. 

Sebenarnya tengah layan mata, duk puas tahan ni..daku kena lepaskan stage menguap ni dulu, dah la jenis menguap sampai meleleh-leleh airmata, tak selesa u..

Stock vector of 'Yawning and stretching emoticon'


Ikutkan hati nak join je mr.bie berbungkus bawah comforter tuh...

Haisshhh..tahan..tahan..

Tapi nasib baik ade org sudi bangun urutkan bahu, bila dikejut tengah-tengah malam..=)




P/S: internet pun tak beri kerjasama...emmmm



Friday, July 13

Semangat itu....


Selalunye jumaat mesti hilang merayap..sesorang pun jadi sekarang ni..

Disebabkan arini jadi budak baik, duduk diam-diam kat opis, mr.bie kasi upah sikit...

Kunun-kunun bagi semangat katanya...hahaha


Btw, tq busyuk...ni saje nak kasi bini debab makan cekedis.. belum tambah dengan nasi lemak & ayam goreng yang gebu...dah lama tak makan nasi waktu tengahari, rasa macam full teramat pulak..

Oh, btw...next week, kami akan berada di shah alam pada 19 & 20hb, ada training disana...Insya'Allah puasa 21hb nak terus tuju ke Melaka, parents berada disana...suke..suke..

Sesapa nak jumpa kami, kami stay di Intekma...haha, bajet giler kan..

Err, harap2 dapat pinjam kereta abg ngah, kalau tak, patah kaki la kami...nak round2 shah alam juge..hehe



update: bukan intekma tapi hotel uitm shah alam..=)


P/S: pening pale minum nes yang telah sekian lama ditinggalkan...

Pau kukus

Fuhh..pagi ni rushing buat semua benda..nasib mr.bie dah pandai panaskan kari sendiri..keluar2 bilik air, ehhh tengok dah siap..kalau bab kat dapur memang selalu tunggu bini..lap u la bie..

Tengah2 sidai baju put pulak bole call..kira habis teror, borak dari sidai baju sampai la naik kereta, sampai la ke UiTM, dengan handset kat telinga..haha..sekarang caye tak put, umah aku dekat ngan campus, tengahari nak lari balik tido pun bole..hehe

Oh..sebenarnya nak tunjuk kemajuan memanaskan pau...

Panaskan pau nak kecoh kan, tapi tak kire nak tunjuk gak..



Kisah nya sebab masa awal-awal kawen, daku ada beli pau segera kat carrefour..mind set masa tu kata "bole la ni, kat umah ada oven"..

Balik masuk kan dalam oven, punya la jaga tak nak bagi hangus, nampak atas kuning-kuning sikit je terus angkat..

Tapi bila makan..."krraapp...krruuppp...kkrraapp...krruuupp"...

Terus jadi ranggup ok..masa tu tak sedar diri lagi..sekali mr.bie tegur..."bukan masak pau guna kukus ke"....eehhhhhh

Baru nak sedar diri...terus rasa loserrrrrr giler..

Last2...time holiday ngan family ke Langkawi singgah padang besar, terus requested kat mak nak kukus kecil satu...

Akhirnya, bukan setakat dapat kukus pau, buat ikan stim pon bole

Mr.bie siap nak lagi pasni...ok, nanti kita beli k, nak buat sendiri tak reti..hehe

Sekian kisah pagi jumaat...tak tau nape, kne buat sesuatu kat blog ni dulu baru leh start writing..=)



P/S: minggu ni tak pernah keluar lunch, makan roti kat opis je...

Monday, July 2

cube@jusco perda


Kelmarin masa teman hubby cari kemeja kerja, sempat singgah tempat game kat sebelah food court..

Selalu layan game tolak-tolak plat bulat kecik tuh..syiok bangat, walaupun setiap kali lepas mr.bie menang, daku akan cakap.."tak kire bagi ayg menang lak, kalau tak, main lagi"..hahaha..the end, sampai 3 game main, still kalah..hahahaha..

Nasib nampak box cube kat bawah ni...kalau tak, mau sambung game lagi..



Tetiba gatai nak try kan..tengok token nak 10 keping = RM10

Mula-mula macam...apakah yang menyebabkan mahal sebegitu??

Tapi bila dah cuba, nak lagi dan lagi..hehe

Step 1...masuk box pertama, tempat berposing ... 



Step 2...masuk box untuk buat sendiri editing...



Step 3...ambil gambar yang dah siap....



Senang je kan...tapi paling lama dalam tempat editing la...sebab 1st time kan..main tekan-tekan tanpa motif je..

Tengok hasil....terasa muda...terasa geli pun ade..hahaha



Lepas tu beria cari frame nak letak gambar...

Tapi gambar ni sebenarnya stiker cuma kami tak sanggup nak bukak tampal, bukan senang nak ada gambar posing mesra alam gituh..mau muntah orang snap kan...hahaha..

Kang tampal kat board office mau student nampak lak..bagi adil, letak kat rumah..



Semua aksi adalah spontan..lepas ni kalau nak buat lagi, dah boleh berangan-angan nak buat aksi camne sebelum masuk box..hehehe




P/S: berangan nak buat outdoor photo shoot masa sekian..sekian..sekian..hehe