Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label m0vies. Show all posts
Showing posts with label m0vies. Show all posts

Wednesday, March 27

The Croods


Kami tengok malam ahad lepas, cite ni best giler..lagi best dari Ice Age..



Pada aku cite ni lebih kepada bagaimana seorang ayah nak melindungi family dia, very protective..

Cite ni ada part yang happy, gumbira gelak-gelak, ada part sedih..i bab2 family ni sensitip..hehe



Sinopsis:

"The Croods" ialah sebuah filem animasi dari Dreamworks Animation. Latar belakang filem ini ialah zaman prasejarah. Kedudukkan seorang lelaki sebagai Ketua Pemburu dicabar kehadiran seorang genius dan ciptaannya yang menakjubkan seperti api. Hidup di gunung berapi sudah cukup sukar , tetapi orang zaman batu Grug (Nicholas Cage) akan menghadapi cabaran yang lebih sukar apabila satu gempa bumi memaksanya meninggalkan dunia yang dikenali. Dia keluar mencari rumah baru di dunia yang tidak stabil bersama keluarganya. Situasi menjadi lebih huru-hara apabila anak perempuannya Grug, Eep (Emma Stone), jatuh cinta dengan seorang pengembara (Ryan Reynolds). Misi pengembara tersebut untuk mencari masa depan tidak disukai Grug yang bergantung kepada tradisi silam. 





Bagi sesiapa yg kasi stress itu hilang sikit, bole la pergi menonton, kompom gelak kegelakkan nanti..hehe

Malam ni jom sapa nak ikut tengok G.I. Joe: Retaliation..jom2..





P/S: this week tak jadi turun shah alam, hubby banyak keje.. hopefully next week..aamiin..=)

Thursday, March 7

Movies


Sekarang tengah musim movie best kat wayang..kami berdua ada cite baru keluar je, mesti laju tengok...eh, kebanyakkan bini dia yang selalu ajak, nasib hubby je onnnn je..

Tapi ada satu malam tu, hubby yang beria ajak tengok..tak kisah cite pe2...emmm, i pun layan je walaupun rabu malam, esok nye kelas kul 8am kan

Cite kami tengok..Beautiful Creatures..



Mula-mula baca reviews kata macam ala-ala twilight, or better than twilight gitu..tapi the end ,takde pun vampire hensem macam Edward, rupanya ni pasal witches, cuma takde tongkat sakti je..ishhhh..

Cite dia ok la..ending je kureng skit

Sabtu pula, seminggu sekali kami akan ke Bukit Jambul, sebab ada Mydin kat sana..for sure lepas gaji masuk kan..lepas borong barang, layan cite ni pulak

Jack the Giant Slayer




Yang ni memang best, terbaekkk punya la..cuma panggung wayang yang kami masuk je tak best, dengan warga asing mat2 bang** kat belakang yang duk bising, budak2 kat depan nangis2..tapi tang budak aku tak kisah pun, nama pun budak kan lagi masuk tempat gelap..

Cuma yang dah bersunat*sunat ker* kat belakang tu yang buat ggggrrrrrrrr..

Pandai pengarah dia, scary + gelisss Giants dia..hehe

jack-the-giant-slayer-banner-poster

Macam nak tengok lagi je, tak puas menghayati hari tu..rasa-rasanya dapat tak..=)

Next target....

Oz the Great and Powerful

oz-the-great-and-powerful-banner-poster




P/S: Bie malam ni boleh???...esok takde kelas..hehe





Friday, January 25

Suka cuti


Salam pagi Jumaat...

Sunyi je opis pagi ni, banyak bilik gelap..bermaksud ramai lect cuti..kami gak rajin datang kerja, tak cuti pun sebab plan cuti raya cina nanti

Semalam cuti, isnin nanti pun cuti lagi..nampak seronok sangat cuti banyak, tapi sengsaranya nak ganti kelas..waaaaa

Semalam cuti keluar dari pagi sampai la ke malam, bukit jambul-queensbay-tesco-sunway karnival-jusco perda...fuhhh..kalau ada masa lagi, ntah-ntah sambung ke tempat lain..hehe

Banyak beli barang untuk opis, groceries rumah, barang mr.bie..hubby jarang shopping utk diri sendiri, 
biar semalam fokus untuk dia je..

Oh..semalam gak kat queensbay kami tengok movie ni...Hansel & Gretel 


Terbaekk cite dia..both hero and heroin, i like much much..tapi sayang berlakon sebagai adik beradik, kalau kekasih awal dan akhir lagi like..hehe

13PG..boleh tau dah keganasan dia macam mana, jenis tembak kepala badan berkecai sampai darah bersepah-sepah berterabur..

Ok..mari menikmati hari Jumaat ni di opis..=)




P/S: Isnin cuti lagi..lalalalala..


Friday, November 23

Twilight: Breaking dawn Part 2



Dah tengok cite ni malam tadi..

The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 Poster


Punya la ramai orang kat Sunway Carnival tu..dah rupa macam wikens je kan..panggung penuh..even mr.bie beli tiket tengahari pun dapat seats belakang sekali hujung dunia tapi ok la dari duduk mendongak kat depan..

Cite dia ok..aku dah bace novel dia, so bole expected lepas ni apa lepas tu apa..

Bella digambarkan new vampire yang cantek bangat..tapi ada certain parts yang aku rasa keputihan muka dia sangat la fake, erti kata lain putih tak cantik..



Renesmee anak Bella dan Edward, budak yang cepat membesar...dia ok la, tapi kalo cari budak yang lagi cute miut macam suri cruise  lagi cun kot..edward kan hensem..hehe



Adegan lawan-lawan best..unexpected sebenarnya, sebab ramai mati then akhir rupanya gambaran masa depan yang tak berlaku lagi..hah ko, gelak 1 panggung..



Jacob tak dapat mak, dapat anaknye..hehe..Jacob bakal menantu Bella dan Edward..hehe



Dalam cite 1 je yang tak gemar..adegan 18sx dia tak potong..nasib aku tengok dengan laki sendiri, tu pun pandang kanan, kiri, atas, bawah.. duration panjang pula tu kan..haisshhh



Overall aku bagi 4/5*..=)





P/S: rasanya ajak mr.bie tengok sekali lagi, dia nak tak..hehe

Friday, November 2

Julia




Aku memang gemor tengok cite ni, balik keje masak cepat-cepat then bertunggu la depan tv..

Tapi lately ni, makin nak habis makin kureng pulak..dan sepatutnya cite ni dah tukar tajuk SOFIA bukan JULIA..sebab muka mek watak jahat tu je keluar..bohsan hokey..

Patutnye..heroin mesti dgn hero..ni asyik berlakon asing-asing..tak best..tak best..tak best

Nak Julia dengan Amir..benci dgn watak ain...huhhhh..

Meh tukar aku jadi pengarah..bole?






P/S: bulan cinta dah datang...=)

Monday, October 15

Aku Terima Nikahnya...


Ok...semalam kami dah pergi tengok cite ni




Beria-ria aku nak tengok..opsss, i tak minat sangat AP ni..tengok pun sebab ND, cute molek gitu..

Tengok thriller "giler ko thriller, trailer la, mne de bunuh2 dalam ni..hihi"..., nampak macam feeling sesangat..tapi bila tengok, jadi macam "something goes wrong somewhere"..ntah betul ke tak aku cakap ni..

Tapi memang kenyataannya..

Jalan cerita ada yang kurang membuatkan ND nangis pun aku tak kesian..camne tuh..

Masuk-masuk panggung, kebanyakkannya perempuan yg bertudung...oh, ni mesti tempias cite "tentang dhia"...nasib sebelah mr.bie, datang 2 jejaka yang datang together2..ok lalink, means u're not "alone"..hehehe 

Walaupun i dah kawen, datang tengok ngan hubby...tapi kebanyakkan adegan dalam cite ni buat i terasa terlampau malu, sampaikan rasa.."eeee, cepat la datang part sedih"..bole?








Hah gitu semua...dah asyik peluk-peluk, raba-raba, gesel-gesel hidung..tak ke rasa "eerrrrkkkkkk"..kalo laki aku blakon ni mau aku oppa gangnam style pompuan ni..nasib laki i lecturer kan, bukan pelakon..hahaha, bajet giler..

Maybe dalam panggung tu ada org nangis, leleh airmata, hembus hingus slowly...cuma aku yang tak perasan..hehe

Ok..overall kasi 3/5 aje..sayang jalan cerita tak menarik sangat..pada aku la, lain orang lain citarasa..=)







P/S: kecewa...Movie Hotel Transylvania pun tak menarik...tengok semata-mata sebab selena gomez hokey..hehe

Tuesday, September 25

dua cerita satu malam


Disebabkan hubby nak pergi mancing sabtu tuh, jumaat malam tekad ajak tengok movie kat Jusco..niatnye nak tengok cite Untuk Tiga Hari je..

Sekali bila tiba pada malam kejadian, dia pergi beli 2 movie terus..berderet masa pula tu..katanya guna kad citibank, beli 1 free 1..so untuk RM22 bole dapat 2 movies untuk 2 orang..



Dalam hati dah berkata-kata.."haisshh, bole ke tahan sampai tengah malam ni"..aku sekarang ni jenis hari keje mesti tidur awal, selalu 11 malam dah berlayar dah..takde stay up waktu student dulu-dulu

Masuk 10pm-12pm...masuk balik 12.20am sampai kul 2 rasenye..

Sampai rumah kul 2 lebih, goreng nasi dulu untuk hubby makan pagi nanti..dia kul 7 nak gerak dah..so, balik-balik terus la menggoreng sambil siap-siap kan bekal roti nak bawa.



Balik pasal movies ni..sebab aku minat ayu raudhah tu yang beria nak pergi tengok..dan dia sangat cantek dalam cite ni..manja-manja gituh..

Kontroversi vanidah imran & laki dia pasal kahwin muta'ah tu, buat aku terfikir-fikir gak, tang adegan mane, sebab takde la arif sangat tentang ni..so kita tengok nanti kisah mereka camne..

Cite best, cuma aku expected more dari pengarah afdlin shauki..sebab tau dia sangat kreatif bila buat filem..tapi overall ok la..4/5 bintang..=)

Cite ke-dua hubby beli Dredd..


Aku tanya "nape beli cite ni" ..dia kata "dah takde cite lain"...

"Nape tak beli resident evil je" ..."eh, bukan ayg x suke tengok cite ganas camtu ke"

Memang betul pun..tapi cite Dredd ni seganas resident evil gak kot..beza takde menatang zombie yang kuar..

Dredd ni tembak-tembak..cucuk-cucuk..bom-bom..tikam-tikam..darah merata-rata..

Most of the cerita, aku duk lentok kat bahu hubby sambil pejam mata, buka time perlu..dan sambil tengok jam..hehe

Tapi jalan cerita cite dia ok gak la..bagi 3/5 bintang..






P/S: musim takde movie best...


Thursday, June 28

Naziha


Tetiba tertengok cerita Naziha kat tonton.com, sejak de astro, cerita-cerita kat tv3 daku tinggalkan, ameera tu pon daku top up tengok kat tonton gak, selalu tengok kat opis..hehe

Slot Zehra tv3 selalunya menarik sebab tentang keagamaan..last cerita, bunga-bunga syurga..suke tengok sebab jalan cerita dan pelakon-pelakon dia cantekkk, lagi-lagi heroin dia...wawa zainal, dia memang cantik dan nampak betul muslimah sejati even luaran skirt pendek maaa..hehe


Berbalik kat cerita Nazihah nih, baru 1st episod daku cuma dengar dialog..."dia paling cantik"..."paling cantik kat kampung".."sangat cantik"..."sebab cantik aku nak dia"...ehhhh..

Punya la dia nak gambarkan watak heroin tu cantik bangat sampai semua lelaki boleh tangkap syiookk kat dia..hehe

Cuma macam tak sesuai nak kata izara aisyah tu cantik sangat, adik lelaki jahat tu pun cantik gak tau..kalau watak tu diberi kat wawa zainal yang berlakon cerita bunga-bunga syurga lagi ok kot, sebab dia memang cantik bangat..


Tapi tak tau lagi kan next episodes..so far typical drama melayu...emmmm..


Sinopsis: Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.





P/S: dulu kat sekolah tak de pulak members yang cantik alami situasi camni...sekolah lain ade kot..

Thursday, June 7

Snow white and the huntsman


Malam tadi berjaya nonton movie ni, even balik tengah malam, tatap puas hati..takdela jenuh mr.bie dengor daku asyik sebut pasal cite ni..
Punye la penuh panggung, sampai ke depan penuh..sanggup pulak diorang dongak..emmm..budak-budak jangan cakap la, merata Jusco ada, lagi-lagi kat tempat wayang tuh..
Terfikir camne parents diorang bole lepas kan anak-anak balik tengah malam..yelah daku masuk 9.55pm, kuar dalam 12++..tak ke tengah malam tuh..emmm

Mengisahkan seorang Puteri Raja , Snow White yang menjadi mangsa kezaliman Ibu Tiri beliau selepas kematian Ayahanda Raja, akibat dibunuh oleh Ibu Tiri beliau, Ravenna, seorang Tukang Sihir. Ravenna seorang Sihir yang mahu kekal hidup dan mahu sentiasa cantik dengan menyedut keperawan gadis remaja.
Setelah meningkat remaja, kejelitaan Snow White menjadi ancaman kepada Permaisuri Ravenna. Belum sempat Ravenna menggunakan kekuasaan Snow White, Puteri tersebut sempat melarikan diri ke dalam Dark Forest.
Permaisuri Ravenna akhirnya mengarahkan The Huntsman untuk memburu Snow White supaya dapat ditangkap. Kenapa pesuruh Ravenna tidak mampu menjejak Snow White ke Dark Forest? Siapa dia The Huntsman dan berjayakah dia memburu Snow White?

Komen:

Mengecewakan sebenarnya..maybe expectation terlalu tinggi b4 tengok movie ni..
Jalan cerita yang tak berapa ngam..pe org kata "jalan cerita longgar"..hehe
Lawak bile terkenang balik time snow white kat pintu penjara, kamera fokus dekat muka dan jelas sangat-sangat gigi arnab snow white..semua gelak kot time tuh..hehe
Memang movie ni snow white ala-ala ganaz skit, tapi still macam pelik bile snow white yang realiti kristen steward ni berperangai serupa kat luar dan melakonkan watak yang sama macam dia..macam ade tak kena skit..ahhh, daku dah dibiasakan dengan snow white kartun yang nyanyi-nyanyi tuh..hehe
Yang lain ok..bila zaman kegemilangan, semua tempat nampak cantik..zaman kegelapan, semua tempat nampak menyeramkan dan menggelikan..kena dengan jalan cerita
Pengajaran paling penting, jangan terpengaruh dengan kecantikkan shj..macam king dlm cerita ni, jumpe    perempuan jahat arini, sok dah nak kawen pastu mati kena bunuh pada malam pertama..kesian sangat, tak sempat merasa..hehe
Adegan kat tempat fairies ni terkagum-kagum kejap..


Snow white yang sejak kecil dikurung di menara, tapi bole lead battles g berperang..siap menang lagi tuh..hehe


Lakonan permaisuri ni terbaekk...menjadi je mimik muka dia..time kesian ada, jahat giler ada, geli giler pon ada..

Overall 3/5 bintang..



P/S: suke tengok hari rabu sebab murah dan tak sesak..hehe

Wednesday, June 6

3 idiots


Dah bertahun daku tak layan cite bollywood ni, rasanye cite dulu lagi 'gorjes' dari sekarang yang melebehkan seksi dan cinta shj..

Tapi bila tengok 3 idiots ni, jalan cite sangat lain dari yang lain dan sangat menarik hati..


Cite ni dah lama..dulu pernah tengok sekali, dan beberapa minggu lepas pun ada tayang kat TV..

Dan tetiba petang ni lepas tampal jadual kat boards, daku bukak folder movies dan terjumpa cite ni..bila dah bukak..nah ko, tak leh stop sampai ira nak ajak gosip pon daku jawab sepantas mungkin..hehe

Dan sesungguhnya, cite ini sangat la sedap..disebabkan tengok kat laptop, so aku bole ulang tayang berkali-kali part yang daku suke..hehe

Amir Khan sangat kiuuttt...even umur dah 40++, tapi maintain gituh..



Dan Kareena kapoor sangat cantek..



Seriyesly daku suke giler cite ni, banyak pengajaran..friendship, family, education, love...auuuww..

Tapi banyak gak adegan laki pakai spender je..menyesakkan pemandangan..hahaha

Overall, daku bagi 5/5 stars...=)




P/S: malam ni snow white and the huntsman...can't wait..

Wednesday, May 16

Dark Shadows


Semalam punye beria daku nak tengok movie ni, tak sempat-sempat balik rumah tukar baju, sharp pukul 5 je terus ajak hubby thumb print..nak berkejor tengok kat Megamall.. 


Tapi bila tengok, ada sedikit mengecewakan sebenarnya..

Disebabkan malas nak menaip atas kengkangan masa *eceh..eceh..*..daku copy luahan perasaan seorang Hamba Allah ni yang daku rasa sama seperti isi hatiku..

"aku dah tengok filem ni.. ni ulasan peribadi aku terhadap cerita ni 
seriously, bila aku dapat tahu The Dark Shadow ni diarahkan oleh Tim Burton aku rasa suka sangat.. sebab aku tahu filem dia ni unik sikit sebab filem2 dia ni filem yang dark film... lagi suka aku sebab Jonny Depp berlakon... kasi je lah watak apa kat dia semua boleh berlakon.. watak2 pelik macam Captain Jack Sparrow, Willy Wonka, Sweeney Todd, Mad Hatter semua dia boleh berlakon dengan sangat cemerlang.. Tapi bila trailer keluar, aku dapat rasa cerita ni macam bosan sedikit.. Maybe sebab filem ni adalah diadaptasi daripada TV show popular tahun 60/70-an, jadi aku pergi juga tengok filem ni sebab Jonny Depp..


Secara jujurnya, filem ni membosankan.. Walaupun ada Jonny Depp, filem ni tak berjaya membuatkan aku rasa WoW.. Aku ada baca sinopsis dulu sebelum tengok filem ni dan sebenarnya Dark Shadow versi 60/70-an ni Dark Shadow yang agak seram dengan pelbagai watak horror seperti werewolf, vampires, dan sumpahan keluarga.. Cuma Tim Burton menukarkannya kepada Dark Shadow versi komedi.. Tapi bila filem ni dikomedi kan oleh Tim Burton, ianya tak berjaya bagi aku.. Sejarah arahan filem Tim Burton bukan lah komedi (kecuali filem animated Battlejuice).. Percubaan Tim Burton ni aku boleh jadikan Tim Burton ni sebagai M.Night Syamalan yang baru.. 

Jalan cerita yang mendatar.. Plot bergerak dari satu plot ke plot agak bosan.. Unsur suspend pada akhir filem ni pula sengaja dibina dalam keadaan terpaksa.. Seluruh jokes filem ni sebenarnya jokes yang tak fresh dan tak lawak.. Macam kau sembang dengan kawan kat kedai kopi, member kau buat lawak tapi kita ketawa juga sebab nak ambil hati.. Jokes macam tu yang kau rasa bila tengok filem ni..  Tim Burton cuba nak menjadikan Dark Shadow ni kelakar, tapi tak menjadi.. 2 jam Dark Shadow rasa terbuang macam tu je.. Ada certain scene dibina tak berkait langsung dengan overall tema "gothic comedy" filem ni sebenarnya.. Dalam pengakhiran filem ni baru korang tahu budak perempuan tu sebenarnya werewolf.. Werewolf "diberitahukan" kepada penonton akhir cerita ni supaya semua watak Dark Shadow versi asal dimuatkan dalam filem yang durasinya 2 jam sedangkan Dark Shadow versi asal ditayangkan selama 6 tahun.

Lakonan Jonny Depp boleh dikatakan berjaya.. Tapi Dark Shadow ni tidak berjaya pada aku.. Dari 5 bintang bole beri 2 bintang.. Kepada yang nak menonton, jangan mengharap sangat dengan filem ni.. Kalau nak tengok sebab Jonny Depp boleh tengok!"


Sinopsis bole baca kat sini..

Daku sebenarnya mengharapkan sedikit jalan cerita yang bole "surprising me"..tapi agak mendatar hinggakan ada yang meninggalkan wayang ditengah tayangan cerita..sampaikan daku sendiri bole ckp dalam hati "bile cerita ni nak abis"..sighhhh...

Daku toleh mr.bie kat sebelah pun dah tersandar keboringan walau ade gelak-gelak sikit..hehe..tapi disebabkan daku yang beria ajak g tengok, kena la buat ceria sentiasa..hahaha

So, jangan la mengharapkan lawak dari awal hingga akhir cerita..ada part lawak, ada part macam "perlu ker"..

Yang paling tak patut ada, adegan lucah terlampau..rasanye banyak babak 18SX dalam cerita ni..

Overall daku bagi 3/5 bintang je..tu pun disebabkan lakonan Johnny Depp and Eva Green yang mantopp..





P/S: trailer Snow White and the Huntsman sangat menarik..tak sabar nak tengok..=)


Thursday, April 19

Battleship..

Sebenarnya dah lama tengok cite ni..last week malam sebelum cuti pertabalan agong, yang esoknya ada tsunami kat Acheh...dah lama tapi gatai nak story gak..hehe


Punye la lama dok aim movie ni, bila check movie online, nampak keluar je terus call mr.bie ajak tengok malam tu gak..hehe..dah tak kira dah tayangan kul berapa, asal dapat tengok..

Sekali nah ko..keluar panggung nak dekat kul 2.30am..punya syok tengok, tak sedar masa berlalu 2 jam..cuba ko writing depan laptop, dapat setengah jam kusyuk memang salute la..

Cerita ni patut keluar 12hb, cmne leh ada tayangan tengah malam tu, daku sendiri tak tau..hehe..tapi memang recommend sape yang nak g tengok..

Daku siap bole borak-borak ngn puteri lagi suruh dia g tengok, puan tu pun kaki wayang gak..siap dapat msg dari dia.."battleship best"..i told u rite..hehe



Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.
Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones adalah adik kepada Stone Hopper (lakonan Alexander Skarsgard), StoneHopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Alex Hopper telah jatuh hati kepada Samantha Shane (lakonan Brooklyn Decker) yang juga merupakan anak kepada Vice Admiral Shane (lakonan Liam Neeson).
Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut.
Hinggalah pada satu keadaan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan budak-budak NAVY itu tadi. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.





Komen daku..

Overall memang sangat awesome...hero ni sama dengan hero movie John Carter, tapi cerita tu tak banyak aksi yang menggetar jiwa, maybe b4 tengok harapan terlalu tinggi kot..

Awal-awal tengok hero dia, terus berkata dalam hati.."ala, tak hensem la pulak hero dia"..sekali dia dah potong rambut..."fulamak hensem bangat"...

Cuma waktu kapal abang dia nak dibom, reaksi muka hero ni macam ada yang tak kena..at least ko jerit la "noooooooooo" sambil hulur tangan ke arah abang ko ke...hehe..ni tengok macam takde perasaan, dah la abang ko berkorban nak selamatkan ko..nilai kekeluargaan kena tunjuk kuat sikit..

Tak berapa faham kenapa perlu bagi isyarat kat planet unknown, presiden dia pun mengong g ikut cakap professor mongoks tu..nasib aliens yang datang bukan jenis makan orang macam dalam movie-movie sebelum ni..cuma main tembak-tembak je..

Yang lain-lain sangat best, aksi mengancam, jalan cerita terbaik, cuma kalau bole tukar heroin yang glamer skit..hahaha...

Menatang bawah ni sangat bahaya, once dah kena kapal, terjun selamatkan diri je la..



Kali ni i like u rihanna..ko acting bukan macam dalam video klip, yang jenis lenggok-lenggok seksi macam nak kena pelempang sebijik..keep it up bebeh..macam la dia bace komen teman ni kan..hehe




Ok..sekian review dari orang yang tak bertauliah ni..

Next movie adalah my way, cerita perang dari korea..lepas kawen ni, tak minat sangat nak tengok cite cintan-cintan, suka yang action..auwww...


P/S: kalau bole nak tengok sekali lagi.....

Monday, October 24

Real Steel...terbaekk..




Sinopsis : hamik kat sini

REAL Steel dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton, bekas peninju yang dilupakan dan pernah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan tinju apabila robot mula menguasai gelanggang sukan berkenaan.

Kini, Charlie Kenton hanyalah seorang penganjur pertandingan tinju kecil-kecilan. Dengan bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang bawah tanah menggunakan robot yang dicantum daripada besi-besi terbuang, Charlie mampu mengumpul sedikit wang.

Namun, apabila dia pokai sepenuhnya, dia dengan berat hati bergabung dengan anaknya Max (yang sudah ditinggalkan sebelum itu) untuk membina dan melatih satu robot yang mampu menjadi juara iaitu Atom.


Bila bermulanya aksi yang seolah-olah tiada penghalang langsung, kedua-dua Charlie dan Max menongkah segala bentuk arus bagi memastikan satu peluang terakhir untuk naik kembali dan muncul juara tidak terlepas begitu sahaja.

Babak akhir adalah perlawanan antara Atom dan robot Zeus, iaitu robot paling hebat.


Komen:

Cite ni sangat menarik..lagi-lagi bila part robot gasak-gasak..terasa macam ngn kita-kita gak yg ada dalam cite tu..

Ada part yg lawak, hepi, sedih, teruja..sume rasa adalah..

Cite ni dah bole diagak mcm cite-cite yg lain..ayah akan berubah lepas jumpe anak sendiri yg dah bertahun-tahun tak jumpa..hero mesti kalah dulu b4 bangkit menang semula..

Yg lain-lain, sgt best utk ditonton..many like..=)

Overall...daku bagi 4.5/5...



Ni heroin nye...very the sweet..seksi gitu



Ayah dah lembut hati nak ajar robot ni tinju..double seksi..hehe




Ni Zeus..robot paling teror dan hebat yg tak terkalahkan oleh robot lain..tengok style dia naik pentas..lompat macho tuh..




Part Atom, mengalahkan zeus..tumbukan padu..


Akhir skali...


Ayah dia hensem tuh...hehehe



P/S: Sedang mengalami monday blues...

Friday, October 14

KLIP 3GP


Malam td daku berpeluang menonton wayang kat JJ perda, bunyi mcm org tak keje je kn arini..hehe..tp beli tiket awal punye, so takde la balik lewat sangat..masuk keje pun maintain lg, thumb print pun still b4 kul 8pg..nanti dh lame2 keje, up jadi 8 lebih..confirm..hehehe

Cite yg daku tengok mlm td, KLIP 3GP..



Tengok thriller nampak menarik..hantu ade, gatal-gatal ade, pukul-pukul pun ade..sesuwai sgt la tu..

Aku ni kalo cite kontroversi skit mesti meronta-ronta nak gi tengok..nak tau pe jalan citenye, nak tengok pe yg bole di'kontroversi'kn..

Macam cite..jalang2 alam..cite yg org tak nak tengok tu la yg aku nak tengok..hehe

Yg aku membuak-buak nk tengok psl cite ni sebab jojoe, pakwe mimi ONE, marah sebab awek dia belakon terlampau sangat dlm movie ni..petikan ayat dia..

"Memang kami sama-sama artis tetapi menyanyi di pentas biasa saja, tidak perlu aksi berlebihan. Senakal atau sebebas manapun saya, tiba bab mencari isteri, saya mahu yang tahu adat sopan, tidak terlalu bebas dan menjaga tata susila sebagai gadis Timur" 

Ni la org laki..stok nak buat bini, nak yg baik-baik aje..perangai sendiri ntah ape-ape..huhhh..emo tetiba lak ni..

Malas nk fikir psl sinopsis, amik kat sini je..informasi..

Sinopsis: 

Ada 4 kisah dalam Klip 3gp yang ditulis oleh Sofea Aliza. Filem ini memaparkan perkara benar yang telah terjadi di kalangan masyarakat kini berhubung penyalahgunaan teknologi. Kisah pertama ialah mengenai Eddie yang menikmati kejayaan dalam perniagaan internet pada usia 20-an.
Kisah kedua ialah tentang Maya Akhtar lakonan (Mimi) seorang wartawan yang komited kepada kerjayanya, tapi malang sebab dia menjadi mangsa ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.
Kisah ketiga ialah tentang Suria, Mina dan Zakiah, tiga gadis remaja yang keluar malam untuk berhibur tetapi telah mengalami peristiwa yang menyeramkan apabila mereka diganggu makhluk halus.
Kisah ke empat ialah mengenai Sandra seorang pelajar yang menjadi mangsa deraan Jefri. Suatu hari Sandra telah diperkosa oleh sekumpulan lelaki bermotosikal ( mat rempit) yang diketuai oleh Jefri dan abang kandung Sandra sendiri bernama Burn. Mereka merakamkan kejadian rogol itu dalam telefon bimbit.
Kisah mereka berempat ini berbeza beza tetapi saling berhubung kait antara satu sama lain, kisah penyebaran video klip 3gp yang meluas dalam masyarakat melalui internet. Kisah mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.







Komen: 

Awal-awal cite buat aku pening sat..eh, tadi cmni..ni jadi lain pulak..banyak flashback, so kena tumpu betul-betul..

Huh, bole tahan melampau adegan terlampau dlm movie  ni, yg pompuan terselak-selak nak bg nampak adegan tu real sampai tinggal tutup bawah ngan atas sikit aje..haihh..camne la bole lepas tayang kat umum..

Sakit telinga dengar adegan..'sayang'..'sayang'..masa nk goda..tp jadi gelis lak, bukan tergoda..hahaha

Si mimi ni memang teror berlakon, walau 1st time *kalau tak silap* tp hebat lakonan dia..i like, patut la balak dia marah..hehe..

Nape la mimi tu tak bunuh laki yg rakam dan sebar video lucah dia, tp gi bunuh eddie yg uruskan klip video kat internet, kalau aku bunuh yg ugut dia sampai dia jd gile..tp kalau bunuh 2-2 skali, lg bagus kot..terus puas hati..hehe

Banyak-banyak kisah, yg jumpe dengan hantu tu tak bape nk best sgt, pelakon pompuan dia gedix goyang badan melampau sgt, tak paham nape tak leh duduk diam sesaat pun..tak best-tak best pun, aku tutup mata gak adegan tu..hahaha

Adegan rogol, masa geng-geng laki pukul pakwe sandra, sangat meng'geram'kan hati..sampai kalau ada dalam cite ni, nak tolong pukul semua lelaki kat situ..suka-suka je bagi rogol adik kandung sendiri then pukul org sampai mati..kisah yg sangat menyayat hati..huhu

Cite ni satu aku perasan..kalau dh tau bahaya, bising-bising kat luar rumah, nape nak gi buka pintu gak..kan selamat duduk dlm rumah or call pihak berkuasa dari sibuk-sibuk nak tau apa de kat luar sana..haihh..manusia, sifat ingin tau tu tebal..tp kn, kalau tak bukak tak jadi cite la pulak..hahahaha

Cite ni bagus dari segi pengajaran..kebanyakkan semua kisah, perempuan adalah MANGSA..so, sila la berhati-hati wahai kaum hawa di luar sana termasuk diri aku sendiri..

Overall aku bagi 3.5/5 utk movie ni...=)