Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Sunday, March 24

Sup Power Padang Jawa


Fuhh..dah lama tak makan kat sini..tempat ni legend di hati ku..=)



Kelmarin alang-alang dah sampai shah alam, siap je keje kat kampus dalam 6 petang lebih singgah sini.. as expected, jemmmmmm..

Ikutkan mr.bie memang tak nak pergi, rela lagi tuju ke PAS atau PKNS..but, i nak sangat makan sup power, terus buat muka kesian..haha

Maka sampai la kami..banyak perubahan banding dengan sebelum ni..



Tapi yang penting..rasa dia maintain sama..sedaaaaapp sangat..Sup daging + nasi putih + telur masin + sambal belacan +sambal kicap..aduii, terus rasa terliuq..


 Sambal belacan dia memang tak tahan kepedasan, tapi macam biasa still minta extra..hihi

Cuma tak tahan sikit kat sini.. ko akan dapat lambat dari orang yang sampai lambat...paham??

Insya'Allah Jumaat depan akan turun Shah Alam lagi...

"bie plezzzzz, nak lagi"..hehe





P/S: ponteng jaga booth pagi ni, tidur lambat terus sakit kepala nak bangun, minta mr.bie ganti..hehe


Thursday, February 21

Dugaan

Pertama...

Pagi-pagi dah dapat berita yang tak menggembirakan..

My abah tak sihat, dari malam tadi tak boleh bangun..malam nak bangun masuk toilet, jatuh dalam tu..lepas tu pagi tadi nak solat subuh bangun, jatuh lagi dalam bilik air sampai dahi luka..

Masuk kerja tak semangat langsung, sampai batal kelas untuk pagi ni.."maaf ye, lect kamu down"..nampak sangat tak professional, tapi aku ni bab family sangat berjiwa sensitif

Pulak semalam aku bagitau esok nak balik Johor sebab ada bengkel kat Pasir Gudang, naik flight and stay hotel yang disediakan..dah mak aku cakap, abah bangun-bangun asyik tanya "dedek bila nak balik"

Ohhh..sedih ok..sebab aku tengok jadual kat sana sangat padat dan takde transport sendiri nak ke sana sini..apa nak buat ni..

Tapi tak kira, aku nak balik Pontian gak jumpa abah..alternatif lain...teksi..teksi..teksi..

Nasib baik abg ngah otw balik nak pujuk abah pergi hospital..mak aku cakap, abg ngah tinggalkan kerja terus balik dari shah alam..lega i, nasib la dia "bos" boleh main tinggal-tinggal..hehe

Oh..lambat lagi nak pindah Johor..akhir tahun ni..


Kedua...

Aku tengah pening writing sekarang ni, tengah susun data..dan planning nak hantar full draft dekat sv..niat nak hantar intention secepatnya seperti my hubby..tapi tup-tup dapat msj dari Ali, my sv nak 2 paper dlm masa 5 hari untuk dihantar ke Icame..

Yehaaa..sempat sangat la kan..dengan pagi esok bengkel pagi sampai petang, then habis tu terus ambil flight terus ke JB, malam dah start bengkel sampai la ke ahad...

Cakap ngan Ali.."mana sempat, bengkel lagi"..

"ala, masa bengkel sambil-sambil boleh taip"

Err...kita tengok nanti adakah aku se'terror' ituhhh..harap-harap iya..doa kan la ye


souce: google



source: google



P/S: i really do love my job..but some days are hard..Dear Allah, please give me strength...Aamiin..=)

Tuesday, February 19

Berpinar mata





Bila kepala berdenyut-denyut, hati aku sangat senang...kenapa??

Itu menandakan otak sedang digunakan untuk berfikir berat aka writing..hihi

Nampak sangat "malas" sebelum ni..

Moga dipermudahkan segala urusan ku...Aamiin..=)




P/S: jom maghrib sebelum hubby dtg ambil sat g utk balik or merayap..hehe

Wednesday, February 13

short update


Saya sekarang sudah berada di Penang..

Aku tak ambil cuti extra sangat, jumaat sampai selasa, rabu kerja..lagipun, jumaat & sabtu ada bengkel..emmm

Jenuh gak semalam, hampir 10 jam dari Pontian ke Permatang Pauh..menempuh jam yang agak ganaz di area Rembau, Seremban..tapi Alhamdulillah dari Nilai dah start lancar..=)

Lepas tu otw ke Penang, jalan sebelah menuju ke KL pula jam, lebih-lebih lagi area Ipoh..ehh, dah macam pengulas traffic pulak..hihi..

Ok..ok..saja nak update sebelum thumb print pukul 5, nak keluar jejalan ngan hubby..


Friday, January 25

mini pantry


Alhamdulillah...akhirnya siap mini pantry i..

Eh, boleh ke dipanggil pantry ek..walaupun takde sinki, asal ada cawan sudu ok la kot.



Semalam gigih juga cari termos elektrik dan meja tu, tapi tang cari karpet memang payah, jenuh gak berpusing tapi still tak jumpa

Akhirnya, tghari tadi masa lunch baru nampak 1 kedai karpet ni..beli yang saiz kecil je, takut tak muat

Tapi bila pasang, kecil sesangat la pula, terus lepas solat jumaat ajak hubby tukaq..maka dapat la penuhkan ruang..=)

Kenapa saya beli karpet?

Supaya bila mengantuk, tak payah landing atas meja or pergi surau lagi..boleh baring terus kat karpet ini, bantal dah ada dah..hihi..

Oh..pesanan untuk Puan Fazira..



Sila dapatkan 1 anak kunci mangga ini pada i ye..hehe




P/S: kadar tidur di waktu tengahari nampaknya semakin meningkat, org putih kata take a nap for a while gitu


Suka cuti


Salam pagi Jumaat...

Sunyi je opis pagi ni, banyak bilik gelap..bermaksud ramai lect cuti..kami gak rajin datang kerja, tak cuti pun sebab plan cuti raya cina nanti

Semalam cuti, isnin nanti pun cuti lagi..nampak seronok sangat cuti banyak, tapi sengsaranya nak ganti kelas..waaaaa

Semalam cuti keluar dari pagi sampai la ke malam, bukit jambul-queensbay-tesco-sunway karnival-jusco perda...fuhhh..kalau ada masa lagi, ntah-ntah sambung ke tempat lain..hehe

Banyak beli barang untuk opis, groceries rumah, barang mr.bie..hubby jarang shopping utk diri sendiri, 
biar semalam fokus untuk dia je..

Oh..semalam gak kat queensbay kami tengok movie ni...Hansel & Gretel 


Terbaekk cite dia..both hero and heroin, i like much much..tapi sayang berlakon sebagai adik beradik, kalau kekasih awal dan akhir lagi like..hehe

13PG..boleh tau dah keganasan dia macam mana, jenis tembak kepala badan berkecai sampai darah bersepah-sepah berterabur..

Ok..mari menikmati hari Jumaat ni di opis..=)




P/S: Isnin cuti lagi..lalalalala..


Friday, January 18

di saat akhir baru jalan

Mengantuk yang amat ni

Ko jangan ngengade nak tidur ek..siapkan keje..tu la buat lagi keje last minute..

Dah tau Jumaat (pagi ni) nak turun Shah Alam, baru la terhegeh-hegeh nak siapkan keje

Tapi kan pelik..beberapa hari sebelum ni, punya lama mengadap screen laptop, pc kat opis..1 ayat pun aku tak bole generate..blur + tak ada idea memanjang

Tetapi..bila masa dah suntuk..banyak idea pula, berjela-jela ayat aku karang..sungguh teman tak paham

Adakah sistem "takut" hingga pressure sampai tahap tinggi baru ko boleh buat..maka sebelum ni aku simpulkan adalah MALAS..

Bila dah start kerja ni, hari-hari hanya minat fokus ngajar, hanya fikir "esok nak ajar apa ek"..pulun cari soalan, examples nak bagi kat student..tapi writing punya la malas nak buat..haihhh..

Ingat la..selagi tak habis writing ni..hidup takde la tenang mana..maka cepat-cepat la siapkan ye..target before transfer Johor akhir tahun, ni dah siap hokey..

Doakan la saya ye..=)





P/S: sudah mula terbayang-bayang dunkin donuts..

Monday, January 14

Tinggal keseorangan sudah


Punya la semangat masuk opis pagi ni setelah balik dari bercuti....tetapi...

Pagi yang cerah..kini sudah gelap gulita..

Sebab-sebab?

Bila masuk bilik je, terus nampak situasi begini..


Kosong...

Waaaaaaa...roomates saya sudah berhenti sepenuhnya..kontrak beliau bersama UiTM tak disambung..

Sangat boring ok, selalu ada gak member nak gosip-gosip, gelak-gelak, kutuk-kutuk *ok, tu tak habits yang tak baik*..

Hari ini masuk terus terasa KOSONG dan MENGANTUK..dan terus aku lena atas meja sendiri..sedar-sedar dah pukul 9..hehe

Tempat tu memang ira akan ambil, or aku tukar ke situ..tapi mek kecik tu berapa kali je ada kat sini..selebihnya, aku nak gosip dengan sape..sob..sob..sob..

Level ni dah la semua lects lelaki, kecuali kak ifa yang belum masuk berkerja lagi..

Laki i suruh pindah bawah, duduk sekali dia tak mau..bahaya katanya..ntah apa yang bahaya pun aku tak tau..

Tapi betul gak, kat umah ngadap hubby, takkan kat sini nak berkepit je kan..

Tapi i still sangat sedih dan terasa..





P/S: terus jadi Monday Blues...

Tuesday, November 13

dilema seorang pendidik


Emmm..saje nak luah perasaan di hari Deepavali ini..

Ekceli lepas result students keluar, mesti akan dapat beberapa mesej sama ada berterima kasih or tak puas hati sebab fail paper...

Ohh..sem lepas dari untuk 1 subjek, 2 kelas dalam 60++ students ada seorang je failed

Sem ni up sikit sebab ada 5 kelas, 2 subjek..

Yang 1 subjek tu ok la sebab paper ada final, at least dorang bole buat recheck jika tak puas hati

Yang nak ditekankan kat sini paper takde final untuk 3 kelas ni.hai la student, ketahuilah kamu jika dah fail takkan bole buat recheck..

Dalam hampur 100 students, ada 2 org fail..yang sorang ni memang bermasalah sikit..kelas tak datang, test tak datang, assg project tak hantar..tup-tup dah nak abis sem datang jumpa minta tolong bagi dia pass..apakah??

Its ok, aku masih berlembut hati dengan syarat hantar la apa-apa yang aku nak..the end time nak key in marks, still ada project dia tak hantar..bila aku tanya tak hantar..senang je jawapan.."saya tak hantar, laptop sy rosak"

Giler ko, dlu lect aku pon tak penah msg tanya semata-mata nak tolong..budak sekarang jawab dengan rasa tak bersalah je kan..bila result keluar pandai lak bising kan..emmm

Yang sorang lagi ni...dah beberapa msg dia hantar, last sekali dia msg bagitau ni last sem dia..pastu baru aku jawab..

Ko awal-awal taknak datang jumpa kan..dengan 1 test tak datang, lab tak lengkap, project tak hantar..cakap kat aku mcm mana nak pass..lagipun maaf la, den tak cukup rajin nak cek kesemua hampir total 200 students, takkan nak cek background academics masing-masing kan..

Hopefully sem depan dengan 4 kelas takde la berdepan dengan masalah nak failkan student.. seriously, aku memang nak tolong..tp depends pada students tu juga k.. 

Trust me, i love teaching..aku memang sangat sedih bila students fail sebab terasa tak pandai mengajar..tp biasalah manusia berbagai ragam..so, i je kena kuat hadapinya..=)




chill yaaaaa....=)





Monday, November 12

Selepas "berkursusan"


Alhamdulillah..lega-seleganya lepas habis kursus Sabtu lepas..

5 hari dari pagi yang matahari terbit sikit-sikit sampai le ke maghrib dah tak nampak matahari duk dalam dewan seminar tu..



Sebenarnya i ok je masuk dewan dengar talk, then balik rumah tidur..esok datang lagi..

Tapi makin nak habis makin takut sebab last day ada Instructional Practices means mengajar ibarat didalam kelas dihadapan lects lain..hahaha...i paling benci present hokey, tp dah tu memang parts of our job kan..maka senyum la...




Lagi sikit nak habis sempat text mr.bie bgtau nak makan sedap-sedap lepas ni..

Bila orang last presented, selepas bertepuk tangan ke'happy'an..kami pon terus rushed balik rumah tukar baju then terus ke island untuk meraikan kelegaan kami, dah tak pandang free lunch kat Laman Perdana dah..hehe..

Makan kat Seoul Garden..

First time dapat rate sebagai student..selalu datang takde pulak cashier tu tanya.."ada student card"..eh, ada rupa student lagi rupanya kami ni, terus dengan bangga mengeluarkan dari dompet..haha




Dah puas jalan-jalan kat Gurney..tuju ke Queensbay pulak, hujan renyai-renyai bukan penghalang hokey semata-mata nak beli external HD..



Akhirnya berjaya dapat 1T..

Lepas tu bila nak bayar, toleh sebelah tengok rupa gini..



"bie, tak ikhlas ek"..

"eh, mane de, ok je la"

"tunjuk sikit muka ikhlas"

Nahhhhh...........



Rasa nak gigit je kan..

Queensbay bukan destinasi terakhir..balik seberang terus tuju Jusco Perda..

Mula-mula memang nak survey katil yang dah ditempah last week..tapi tersinggah kedai sebelahnya dan terus dapat Water Heater..



Nak dekat setahun ok i minta baru dapat..alasan.."rumah sewa, nanti nak pindah susah"

Petang ni nak pasang..insyaAllah lepas ni dapat mandi anytime any minute any day...Alhamdulillah..=)

Lepas tu balik rumah sakit pinggang naik motor lama...hahaha






P/S: bila kereta nak dapat ni...





Tuesday, November 6

Pc baru


Akhirnya sampai juga pc baru ni kat meja i ni

Sebenarnya tengah berkursus KAP..tapi sempat lari balik office menatap pc yang baru tiba..




Mula mula janggal je nak guna..monitor screen 17"..laptop pink aku pun baru 12" kot..

Tapi pe pon..tq uitm walaupun bagi pinjam je..hehe

So laptop cuma guna dirumah dan dibilik kuliah je..=)

Sekarang misi mencari external HD 1 tera..






P/S: bekas 4 segi merah tu mengandungi kurma + prune + kismis..

Thursday, September 20

Nash Donuts & Bakery


Akhirnye setelah setiap hari khamis untuk sepanjang sem ni lepak kat Nash Donuts & Bakery..hari ni adalah hari terakhir kelas di Perda..

Selalunye gap sejam kul 10-11am, mesti lepak sini *kecuali bulan puasa*..sebab bole makan roti bakar + telur separuh masak, layan internet, dekat dengan kelas dan duduk dalam aircond..hehe



Semalam, bila ira cakap Majalah Wanita dah keluar baru, habis kelas pecut pergi Pauh beli majalah dulu..baru datang lepak kat Nash..

Lepas ni maybe tak datang lagi..selalu setakat nak makan roti bakar + telur separuh masak, layan kat kedai mamak je

Ok..sekian..sedang menunggu kedatangan hubby disini..1st time makan sama kat sini...=)








Saturday, September 15

apa nak buat

Bersiaran langsung dari opis..

Tadi petang test fluid...haisshh bole sakit jantung jaga budak test, sem lepas lects ngajar subjek ni ramai, so bole ngelat sikit2..sem ni memang kena fokus biji mata kat sorang2..

Student sekarang memang berani...aku dulu kalo lect dah fokus tengok kita sbb kantoi tiru, konpom duk menikus tak pandang kiri kanan dah..budak sekarang, ape dulik lect tengok, kalo tegur aku calar kereta..lagi2 sume lects perempuan jaga kan..issshhh, kalo adik aku, mau kena sekeh laju2..

Habis test, lepak minum makan kat kedai mamak, balik opis terus marking test..



So far, denyut2 kepala tengok jawapan..kemon la, soalan tutorial kot..haiishh, nampak beno tak study kan

Dah tak tau nak buat apa, bagi soalan baru tak bole jawab, soalan dah bagi dalam kelas pun hancur..seriyes dah tak tau nak buat apa..

Oh..tak sabar nak habis sem ni..letih tengok perangai student sem ni..

Terasa seperti tak pandai mengajar..=(



Wednesday, September 5

Setahun sudah


Sedar tak sedar dah setahun duk kat penang ni..dan dah setahun juge bertugas di UiTM Pulau Pinang ni..

Setahun lepas, 5/9/2012 adalah hari isnin, bulan syawal juge..ingat lagi, ahad pagi dalam kul 5 travel dari johor, sampai shah alam dalam kul 9, ambil mr.bie terus gerak ke Penang..

Malam tuh, dan beberapa malam seterusnya tumpang umah Puan Fazira sebab susah gile nak dapat bilik sewa masa tuh..sampai konflik dalam diri hingga bawa tido hotel pun ada..hahaha

InsyaAllah jika ada rezeki, akhir tahun depan kami akan transfer ke Johor, UiTM Pasir Gudang buka awal tahun 2014, maybe beberapa bulan before tuh dah pindah kot..

Daku suka Penang ni, tapi tak berapa best sebab jauh dari family, nak balik makan masa 8jam..tak larat eh dah 'tua-tua' gini, dulu student bole la travel jauh-jauh, makin lama badan makin cepat penat..emmm

Sebelum transfer tahun depan, nak round utara puas-puas dulu..kang susah dah nak sampai..=)





P/S: nak cite pasal makan kat umah ira, tapi takde gambar pulak..segan mak mertua dia ada, tapi aku sibuk amik gambar makanan..hehe

Thursday, July 26

sejam tanpa apa-apa

Tahun pertama berpuasa dalam suasana dah berkerja..seriously sangat penat, lagi-lagi kena syarahan 3 jam straight..memang sakit dada..

Dulu student bole ngular, tidur siang, balik rumah sesuka hati...sem ni kelas banyak, tak sempat nak bermalas-malasan..kalau free pun, study utk subjek yang tak pernah ngajar lagi..

Setiap petang ngadu kat mr.bie...."rasa penat sangat, tak larat nak masak"..

Ni baru ngajar, bila bayangkan kat luar orang yang kerja berat-berat...terus rasa bersyukur yang amat..ko cuma perlu potpetpotpet je dalam aircond, kerah otak berfikir, bukan mandi peluh keluar tenaga kat panas matahari luar...

Hari khamis macam biasa pagi-pagi kelas kat perda, 8-10am..then sejam gap, sambung kul 11..selalu sejam gap bole lepak makan-makan kat kedai ber-wireless..

Tapi minggu bila habis kelas tak tau nak buat apa..nak stay dalam kelas nak tunggu student, tak sanggup sebab kelas tu takde aircond, mengadap matahari lagik...bahang giler..so, ternampak la bilik rehat pelajar, lecturer numpang sat..hehe

Nasib la ada space nak duduk, sebabnya most of the sofa student dah landing baik punye..

Maka, dengan sejam yang tak tau nak buat apa-apa plus dengan mengantuk nye..terluah la perasaan kat sini..kalo la student yang tidur semua pompuan, memang aku dah join dah, ni sume boboy...

Seriously, mengantuk yang pening, kang kalau dah start ngajor pot pet pot pet hilang kot.. 

Harini dah masuk Ramadhan yang ke-6..alhamdulillah, tak pernah miss sahur..buka apatah lagi kan..hehe..gigih cek bangun kul 4 panaskan lauk, kadang goreng sayur, ikan extra..

Dan bila dah jaga, memang sebolehnya tahan diri dari tidur semula..tu yang tengahari dah menguap-menguap and 10 malam dah ngantuk giler..hehe

Ok..sekian luahan seseorang yang tak tau nak buat apa dalam masa sejam ni...=)






P/S: next week maybe turun shah alam lagik...haishhhh, bunyi macam dekat je kan..=(



Wednesday, July 25

bertambah-tambah



Isnin - khamis je meja mesti tak cukup ruang..nak tulis pun kena tolak laptop ketepi..ni PC belum sampai lagi...

Banyak giler nak marking...



Tambah lagi dengan lab report aritu yang tak bersentuh lagi..dan assgmnt terkumpul kat rak ..



Daku sangat suka khamis malam sebab jumaat takde kelas...so, malam tu payah fikir apa nak ngajor esok..bole ngular..hihi

Dan esok datang keje, meja clean je..=)

Jangan jadi seperti saya, suka tunda-tunda..sabtu ni tambah lagi soalan test...waahhhhhh..





P/S: Teringin nak buka puasa kat hotel......

Thursday, July 19

Rushing

Huh...sakit giler kepala...

Dalam masa sehari ni dok pulun siapkan semua keje..disebabkan nak ikut mr.bie ke shah alam petang ni...weeeee

Mula-mula kan kena tinggal...tapi tengahari tadi dia bagitau.."ayg ikut bie petang ni, bie tengok ayg macam tak leh hidup tanpa bie je"....eeerrrrkkkkk...

Ayat hasil dari buat muka kesian berhari-hari..hahaha

So, sanggup siapkan semua dalam masa sehari, then larik ke shah alam..

Dapat makan dunkin donut....=)



P/S: sangat-sangat nak g shah alam sebab nak jalan..beberapa minggu ni stress giler..

Friday, July 13

Semangat itu....


Selalunye jumaat mesti hilang merayap..sesorang pun jadi sekarang ni..

Disebabkan arini jadi budak baik, duduk diam-diam kat opis, mr.bie kasi upah sikit...

Kunun-kunun bagi semangat katanya...hahaha


Btw, tq busyuk...ni saje nak kasi bini debab makan cekedis.. belum tambah dengan nasi lemak & ayam goreng yang gebu...dah lama tak makan nasi waktu tengahari, rasa macam full teramat pulak..

Oh, btw...next week, kami akan berada di shah alam pada 19 & 20hb, ada training disana...Insya'Allah puasa 21hb nak terus tuju ke Melaka, parents berada disana...suke..suke..

Sesapa nak jumpa kami, kami stay di Intekma...haha, bajet giler kan..

Err, harap2 dapat pinjam kereta abg ngah, kalau tak, patah kaki la kami...nak round2 shah alam juge..hehe



update: bukan intekma tapi hotel uitm shah alam..=)


P/S: pening pale minum nes yang telah sekian lama ditinggalkan...

Wednesday, July 11

Wordless Wednesday: need extra time...





P/S: Sangat memerlukan masa lebih yang banyak-banyak..ni baru 3 kelas utk 2 reports..total ade 6 reports...belum + assgmnts 2 kelas lain......hahaha...gelak laju-laju utk diri sendiri

Wednesday, July 4

saje je kan



Masa dapat macam ehhh..."bukan sem lepas saya dah pergi ke, amin kata gilir-gilir ngan lect lain every sem"...

Bila tengok ex-student yang hantar kad macam..err..errr...oh, aku tercakap ganaz kot tadi, sampai diorang pandang sesama sendiri..

Terus tukar topik.."husband saya dapat sekali tak ni"...bajet giler kan tanya gitu..tapi bila dah jawab.."mesti la ada puan"...daku bagi puji sekali.."pandai kamu"...hehehehe

Saje je kan nak bagi jumpe my sv malam tuh....memang dah set dalam otak..."takpe sem ni tak kena pergi lagi anugerah dekan ni, sem lepas ngn hubby dah tersenarai"..tapi takpela, makan free..hehehe

Bak kata ali, sv datang 15,16, 17 bulan ni..ini la masanya..tapi keje tak siap lagi..dah la malam tadi bantai tidur dari kul 8 lebih sampai ke pagi terus...hahaha..hubby balik dari surau pun tak sedar..

Kalau ngantuk lagi kat opis ni, tak tau dah nak cakap pe...emmm




P/S: dulu boleh bertahan stay up sampai ke pagi, la ni kul 12 mesti dah ngantuk giler...haishhhh