Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label reality hidup. Show all posts
Showing posts with label reality hidup. Show all posts

Friday, January 18

di saat akhir baru jalan

Mengantuk yang amat ni

Ko jangan ngengade nak tidur ek..siapkan keje..tu la buat lagi keje last minute..

Dah tau Jumaat (pagi ni) nak turun Shah Alam, baru la terhegeh-hegeh nak siapkan keje

Tapi kan pelik..beberapa hari sebelum ni, punya lama mengadap screen laptop, pc kat opis..1 ayat pun aku tak bole generate..blur + tak ada idea memanjang

Tetapi..bila masa dah suntuk..banyak idea pula, berjela-jela ayat aku karang..sungguh teman tak paham

Adakah sistem "takut" hingga pressure sampai tahap tinggi baru ko boleh buat..maka sebelum ni aku simpulkan adalah MALAS..

Bila dah start kerja ni, hari-hari hanya minat fokus ngajar, hanya fikir "esok nak ajar apa ek"..pulun cari soalan, examples nak bagi kat student..tapi writing punya la malas nak buat..haihhh..

Ingat la..selagi tak habis writing ni..hidup takde la tenang mana..maka cepat-cepat la siapkan ye..target before transfer Johor akhir tahun, ni dah siap hokey..

Doakan la saya ye..=)





P/S: sudah mula terbayang-bayang dunkin donuts..

Wednesday, November 7

Suratan atau Kebetulan


Seperti diketahui kereta myvi kami telah dilanggar dengan 4 wheel bersaiz besar yang datang dari emergency lane hampir sebulan lepas..

Keputusan siapa betul insyaAllah akan berpihak pada kami..hopefully semua akan baik-baik sahaja, bole claim insurans kereta cina tu

Tengok rupa kereta dibawah ini...4 wheel tu relaks je takde kemek apa-apa..see betapa kukuh body nye, sampai aku pernah cakap kat mr.bie.."lepas ni pakai 4 wheel je la, langgar org relaks je"..hehe


Tapi tak tau la suratan atau kebetulan..

Sehari sebelum dilanggar ni, memang aku ada story dekat mr.bie betapa cantik dan bergayanya Peugeot dibawah ini..


Tup-tup esoknya sabtu eksiden dilanggar..

Mula memang tak perasan..bila mr.bie cakap.."ayg la ni cakap nak tukar kereta semalam"...ehhhh, kesitu pulak kan..

Seperti maklum masa otw nak Ferringhi dalam entry ni..buntut kereta aku kena langgar dengan motor, uncle India yang bawa..yang tak faham, dia yang langgar, dia yang nak marah..eh ko..dan sepanjang jalan tu aku dok bebel pasal kereta.."nape la kereta ni asyik kena langgar je"...

Then mr.bie tanya nak tukar kereta apa..aku jawab.."jangan la cakap dalam kereta ni, nanti eksiden lagi kang".."mana ada, kalau nak eksiden, eksiden juga"

Aku pun ok la...terus borak kereta apa yang kemungkinan ditukar nanti

Sekali malam tu...nahhhh ko 


Aku yang langgar tembok ni...

Keluar kereta terus cakap dengan nada fade up...

"give la dengan kereta ni, lepas ni nak tukar kereta"

Kali ni siang hari cakap nak tukar kereta, malam hari berlaku lagi peristiwa tak diingini lagi...=(

Suratan atau Kebetulan

Memandangkan kereta dah masuk bengkel isnin lepas..ini la penampilan terbaru saya...



Cute tak..cute tak...hahahahaha

Even pakai baju kurung, sarung seluar gak kat dalam nye..i tak rela seksi u...yang ni i pakai jubah..




P/S: kereta ohhhh kereta....

Thursday, October 18

Dugaan Oktober


Alhamdulillah..pagi tadi settle 1 big thing kami..lega-seleganya..Alhamdulillah...=)

Yang ke-2..case yang kat bawah ni memang tak settle lagi..setakat ni documents sume dah hantar, tengah process lagi..diorg dah puas hati nanti baru panggil masuk bengkel, then kami "kaki patah"..nasib ada motor BKK..=)



Yang ke-3 pun penting juga...eh, pada aku sangat penting la..tapi masih di peringkat awal..minta-minta dipermudahkan..Aamiin..=)




P/S: semua case memerlukan duit..tapi anggap la sebagai dugaan...

Thursday, July 12

Radio merapu...

Currently tengah bersiaran langsung dari Nash Donut & Bakery...kedai ni memang selalu buka radio kuat-kuat, sampai nak fikir pun kne perah otak kuat-kuat..

Siaran yang dibuka Radio Era.. seriously,  daku rasa radio ni semakin mengarut lagi-lagi segmen, Johara Pagi Era...

Semalam lagi dah tak puas hati sebenarnya, bila opismate cuti, daku akan buka radio online..tetiba nak dengar Era, tapi bila buka rasa macam..eerkkk, pe motif dia panggil mak jemah aka johan tu la., merapu lebih..

Cakap sikit tapi gelak banyak...lepas tu gelak yang menyakitkan hati pulak tu, bingit ok...

Lepas buat lawak yang tak lawak tu, dia punya gelak tu, sakan giler..gelak sepenuh hati pulak tu..tak paham den, kalau lawak, diterima la juga kan..rasa nak ikut gelak sekali, tapi tak paham lawak ke tak..

Lepas tu tadi, segmen pe ntah..panggilan hangit kot...tak faham seh bila buat sesuatu yang tak jadi or nampak macam bodoh je, patut jangan la siar, terus orang ngutuk kan..even daku tak suka panggilan hangit kat Hot FM, rupanya kat Era lagi hampeh...

Tetiba nak bebel pasal radio..sebab rasa sangat geram mendengarnya...patut la hubby suka dengar siaran Red FM, *walaupun sarimah bingit juga*...kalau daku pilih sinar or suria fm, nampak matang *tua* gitu..hehe

Cukup bebel, nak habiskan brunch meals and masuk kelas semula kul 11 nanti..=)




P/S: sentiasa fikir positif dapat siapkan......

Friday, January 6

SBPA didakwa pinggir pensyarah



JPA diminta kaji kenaikan gaji dengan ambil kira kesarjanaan, kekananan

PUTRAJAYA: Majlis Persatuan Kakitangan Akademik (MPKA) Malaysia yang mewakili kira-kira 30,000 pensyarah gred 54 ke bawah di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula pelarasan gaji mengikut Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilihat meminggirkan mereka.

Pengerusi MPKA Malaysia, Prof Madya Dr Razli Che Razak, berkata kajian semula itu perlu kerana peralihan tangga gaji dari Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke SBPA untuk kakitangan akademik bergred DS54, DM54, DU54 dan DUG54 ke bawah didapati meminggirkan prinsip kesarjanaan dan kekananan seseorang kakitangan akademik di IPTA.
Beliau berkata, MPKA melihat pelarasan gaji berkenaan sepatutnya mengambil kira aspek kesarjanaan dan kekananan seseorang pensyarah dalam pelaksanaan SBPA supaya ia adil kepada semua pihak. 

“Jika kita lihat kembali pengumuman Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam mesti antara tujuh hingga 13 peratus daripada gaji mereka mengikut SSM, tetapi ia tidak berlaku kerana hasil analisis mendapati peningkatannya (mengikut SBPA) hanya kira-kira tiga peratus.

“Malah, jika dilihat dari segi gaji permulaan pensyarah gred DS45 mengikut SSM dan SBPA, kenaikan hanya RM3.90 iaitu daripada RM2,546 kepada RM2,550. Bagi kenaikan gaji gred 52 dan 54 pula tidak mengambil kira aspek kekananan dan tempoh perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil MPKA dari seluruh negara di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, MPKA mendesak JPA melantik sekurang-kurangnya tiga wakilnya menganggotai Majlis Bersama Kebangsaan tanpa kekangan gred dan tidak mengira sama ada mereka dari kumpulan profesional atau bukan. 
Selain itu, Razali berkata, JPA perlu mempertimbangkan pemberian insentif baru kepada kakitangan akademik berdasarkan status universiti atau kepakaran seperti Universiti Penyelidikan atau Universiti APEX menerusi pelaksanaan pemberian insentif di bawah SBPA pada 2013. 

“Kita juga berharap JPA akan mengkaji semula dan mengubah frasa opsyen dalam surat tawaran SBPA yang bertulis ‘muktamad’ kerana ia dilihat sebagai paksaan dan tidak membenarkan rundingan,” katanya.

Berikutan itu, MPKA bercadang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagi membincangkan masalah itu.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, yang turut hadir berkata, beliau menyokong tindakan MPKA itu dalam menyuarakan pandangan mereka kerana ia mampu menjamin kebajikan kakitangan akademik di negara ini.

“Kebajikan kakitangan akademik amat penting kerana mereka memainkan peranan besar dalam pembangunan modal insan dan melahirkan tenaga kerja berkualiti di Malaysia.

“Justeru, CUEPACS berharap JPA turut mengambil kira desakan dan pandangan kakitangan akademik di IPTA dalam perbincangan mereka tidak lama lagi,” katanya
. 




Source: bharian online

......................................................................................................

Daku sangat SETUJU!!!...

Asyik cekgu je dpt benefits lebeh..sampaikan org kata.."baik jadi cekgu dari pensyarah politeknik"..huh, sampai gitu sekali..

Walaupon daku tak fully abis master aka sarjana lg..daku sokong 100 percent..=)

Tentang bersara nanti pon same..masa meeting aritu, ada 2 pilihan..kalo setuju sain contract..kalo tak, bersara la kamu..haha..

Baik cakap terus terang, kalo ko tak terima opsyen baru ni, ko berenti keje terus..hehe..kan senang..



P/S: Ingat senang ke jadi pensyarah ni..lagi2 yg baru start ngajar...tolong hargai kami juge ye..=)












Wednesday, May 11

utusan diharamkan???..


Utusan diharamkan??..hihi..tak tau nak komen apa..(source:hmetro)

Aku bukan jenis sokong mana2..tp diakui agak menyampah gak bile baca utusan online..

Baca tajuk je pun dah buat aku terbantut nak teruskn pembacaan..Last2 terus tengok bahagian gosip2 artis je..ahakss..bole ek..

Tp pada aku utusan ni mmg agak Pro Umno-BN..Kipas lebeh..hehe

Takleh cite banyak2..bahaya..kite layan je gambar nie..



Aku cilok kat sini..

ish2..agak2 la kalau ye pun kan

Dah glamer kejap pakcik nih..hehe


p/s: bila la nak daftar sebagai pengundi..hehe